Gambar di atas sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Razlan. Umur 38 tahun dan berkahwin. Isteri aku Nur. Aku nak kongsi kisah berkenaan duit hantaran rendah yang menjadi isu. Hantaran Nur RM30k. Tak termasuk RM10k untuk barang kemas. RM3k mas kahwin dan RM5k untuk barang barang hantaran seperti jam dan handbag.
Aku kenal Nur sejak kami berumur 16 tahun. Nur sangat cantik. Anak kacukan. Tingginya 180cm, berhidung mancung, bermata hazel. Persis model. Nur anak orang kaya, dia manja, keanak anakan, seorang yang outspoken, kelakar dan tak fake. Dia bijak dan boleh menjadikan jalan cerita menjadi menarik walaupun topik tentang secawan kopi. Antara sebab kenapa aku jatuh cinta.
Kami bercinta 14 tahun. Lama kan, sebab Nur cakap lelaki yang nak halalkan dia mesti fight untuknya. Nur mahukan bakal suaminya seorang yang rajin dan sabar dengan karenahnya. Setia dan sanggup membayar hantaran dan hadiah hadiah yang tersebut.
Nur beri tempoh sehingga umurnya 30 tahun. Jadi apabila aku mula bekerja pada umur 21 tahun sebagai kakitangan kerajaan gred 19 aku mula menyimpan. Gaji aku rendah. Hanya Allah saja yang mengetahui betapa susahnya aku mengumpul duit.
Aku berasal dari keluarga yang susah. Aku anak yatim kem4tian ayah dari umur 10 tahun. Ada abang dan kakak yang ramai. Abang dan kakak aku mempertikaikan hantaran Nur. Kami ni ibarat enggang dengan pipit tapi aku usahakan juga sebab cintanya aku pada dia.
Aku pernah juga minta diskaun tapi Nur menolak. Katanya dia letak hantaran berdasarkan nilai dirinya. Dia tahu dia cantik dari keluarga berada. Ada perniagaan sendiri dan mempunyai master degree.
Oh ye.. hantaran Nur ni ditetapkan sendiri oleh Nur. Tiada campur tangan dari ibubapanya. Aku bekerja siang malam nak mencukupkan duit hantaran. Siang dengan kerja hakiki, malam pula aku jual burger.Hujung minggu aku buat kerja kerja seperti baiki paip, pasang lampu dan sebagainya. Aku pegang janji Nur nak tunggu aku mencukupkan duit hantaran.
Dalam masa yang sama aku dapat tahu ramai yang meminang Nur. Ada yang punya stesen minyak, ada yang nak letak hantaran RM60k. Kecil betul aku di kalangan mereka mereka ni. Aku kerja kuat kuat. Aku padam keinginan aku nak pakai kereta, nak pakai baju yang mahal mahal.
Nur akhirnya menjadi isteri aku pada umur 30 tahun. Kami dikurnikan 3 anak yang sihat. Cantik macam Nur, hensem macam aku. Memiliki Nur sangat mencabar. Aku bekerja non stop. Aku hargai dan menyayanginya sepenuh hati. Nur sangat manja disebabkan anak kesayangan ayahnya jadi dia sangat degil, mulutnya sangat deras.
Jika bertengkar, kata katanya sangat menikam jiwa aku. Sebab tu Nur cari psangan yang sabar. Namun, selepas beberapa tahun berkahwin Nur berubah menjadi lembut. Ada juga dia membebel tapi aku diam aje. Hadiah coklat pasti buat dia tersenyum. Nur pandai sesuaikan diri dengan keluarga aku. Semua ahli keluarga aku sayang padanya.
Oh ye.. duit hantaran tu Nur bantu aku buat modal mula perniagaan aku sendiri. Barang kemas masuk ArRahnu sebagai tambahan modal. Bertahun tahun bekerja pelbagai mencari duit hantaran menyebabkan aku terbiasa.
Perniagaan aku secara part time membuahkan hasil. Aku bercadang nak berhenti kerja. Sekarang aku sedang menyiapkan rumah berharga RM500k untuk Nur complete dengan pool. Sebagai hadiah kepercayaan dan kesetiaan Nur pada aku. Doakan kasih sayang kami berkekalan hingga akhirat.
Pesanan aku kepada bakal bakal pengantin perempuan terutamanya. Nilai diri setinggi langit. Jika diri sendiri tak letak nilai selayaknya bagaimana orang lain nak menilai kamu. Jgn bantu pihak lelaki mencukupkan hantaran. Biar dia cari dengan kudrat sendiri supaya dia lebih menghargai kamu.
Kepada pihak lelaki pula, berusaha untuk mencukupkan duit hantaran. Anggaplah sebagai hadiah kerana si isteri akan take toll hampir semua hal hal rumahtangga, mengandung, bersalin dan sebagainya. Selagi boleh diusahakan. Jika tak mampu bermaksud belum layak lagi berkahwin. Usaha dahulu pasti berhasil.
Warganet turut terkesan dengan kisah ini, antara reaksi mereka.
Hazwah, Mesti nur suka gile kat razlan ni. Dia mintak hantaran tinggi tu mmg utk razlan sebenanye. Nk razlan bsedia jd suami & ayah yg berusaha keras utk keluarga. Betulkn bila razlan ckp dia dh terbiasa keje keras. They both love each other. Masing2 menanggung risiko masa bcinta. Razlan takut nur dipinang org lain, nur pulak takut razlan give up utk sediakan 30k. Tapi diorg berjaya jugak
Maznah Mahmud, Sebenarny nk ltak tinggi rendhnya hntrn itu x ad salahnya.xad dosa pun.tp klu blh ikut sunnah Rasulullh itu yg baiknya.
Nilai rendh tinggi hntrn x ad kaitn dgn nilai diri seorg perempun yg mukmin. Sebaik2 perempuan itu ad yg pling rendh maskahwinnya. Tp utk tt tahniah kerna awk berjya mmbuktikn yg awk mmpu bahgia dgn sgala cabarn yg awk hadapi. Kuatnya semngt awak.
Noor Afidah, Haaa…. Hantaran 30k tu macam iklan seng heng “berbaloi-baloi”. Ada juga kisah positif dari confessor lelaki kan, bila dah biasa susah simpan duit nak kumpul untuk hantaran, lepas kahwin bukan lagi masalah bila susah duit kan kan kan. Dan untuk Nur, contoh perempuan bijak. Dah sah jadi suami, baru boleh berkorban untuk sama2 bina keluarga, kumpul harta bersama, bantu suami capai impian bersama. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat sampai akhirat.
Nomy Asri,Kalau dah jodoh, inshaa allah akan kahwin juga. Benda nampak mustahil pun, akan berlaku. Sebab jodoh. Yang kata tak jadi kawen sebab hantaran / mas kawen tinggi tu, bukan tu sebenarnya punca dia. Punca dia memang Allah dah kata takde jodoh. Jadi usahalah keras macam mana pun, kalau memang Allah kata takde jodoh, maka takkan berlaku. .
Jadi hantaran 30k, barang kemas 10k tu, semuanya izin Allah. Allah izinkan benda tu berlaku. Bukannya razlan berjaya kumpul sebab razlan rajin. Ramai lelaki yang sangat rajin dan cermat tapi tak berjaya kumpul. Ada saje halangan kiri kanan. Sebab Allah tak izinkan. Semoga rumahtangga yang dibina itu allah berkati, allah jaga dan allah payungi rahmat supaya kita dan psangan serta keluarga kita sama2 masuk syurga.
Sara laila, Ada betul nya.. Dari diri masing2 lah klu rasa ksian tak nak susah kan bkl suami takpe boleh je hantaran murah. Mcm saya saya cantik pndai masak.. Tp blajar tak tinggi lah hehe. Saya dah ckp dgn bf hantaran saya minta rm10k saja. Lgpun saya prefer majlis simple ja asal dah nikah. Nnt lepas kawin lg byk duit nak pakai utk anak.. Anak pun saya tetap kan 2 org.. Sepasang. Dia pun okey sbb dia taknak saya stress byk2 anak2. Takde anak pun dia okey ja. Syukur lah sbb dia mmg baik…
Layanan dia smaa saja tak prnh brubah. Bab duit mmg tak bkira. Birthday pun dia bg rm800 utk hadiah. Beli kan macm2.. Apa saya minta dia bagi.. Hehe trpulang kat masing2. Asalkan hati tak brubah lepas kawin.. Doa saja yg baik.
Norain, Ni la baru betul tujuan hantaran tu,utk diguna lepas kawin bersama2. Bukan nk support kenduri belah pompuan pastu duit kaut mak n pak tutup rapat pintu simpan bawah bantal, anak menantu terkontang kanting settle Hal kenduri. Satu Hal lg, Ada pompuan Nk letak hantaran tinggi tp xtengok cermin, yg laki nk hantaran rendah or kalo boleh kawin pree tapi nk bini serba serbi cap A mcm Nur. Benda mudah tp mentality yg jadikannya susah.
Nurhanah, Saya kawen takde wang hntaran.. mas kawen rm30 shj.. sy sndiri yg pujuk parents supaya jgn letak wang hntaran.. sbb sy ni Tak pndai masak, tak cantik, serba serbi kurang. Tapi alhmdulillah dah hmpir 3 tahun jd isteri, sy dah mahir kerja2 rumah, memasak dan lain2. Sy sayanggg suami sy sgt2. Nak memudahkn dia untuk memiliki sy dan memudahkn sy untuk menuai pahala sbg isteri.
Puan Sham, Alhamdulillah..tahniah Confessor..you are one in a million. Susah nak cari mcm u zaman sekarang. Zaman sekarang, hantaran x boleh tinggi. Lepas kawin, isteri buat semua. Keje rumah, jaga anak, cari duit, bayar bil, bayar rumah. Semua. Ye betul. Bekerja keras cukupkan hantaran supaya lebih menghargai. Semoga u dan isteri serta anak2 bahagia dunia akhirat. Aamin
Sumber – Razlan (Bukan nama sebenar) via IIUMC/edisimedia