Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku perempuan berusia 40 tahun mempunyai 2 cahaya mata. Aku sebak membaca confession budak-budak remaja/awal 20 an yang tersilap langkah memilih dan mencintakan suami orang. Hal begini malu untuk diperkatakan. Bukan setakat skitnya hilaang dara, malah kepada suami orang. Aku juga begitu dahulu dan aku amat menyesal dI pergunakan suami orang sebagai pemuas nafsu.
Kamu semua janganlah terlampau menghina perempuan seperti ini, kerana kamu tidak berada di tempat mereka. Mereka juga tidak pernah terfikir untuk berada di tempat gelap itu.
Hampir 18 tahun juga untuk aku berani mulakan hidup normal kembali. Kepada adik-adik yang tersilap langkah mencintai suami orang, aku faham susah untuk berhenti tetapi betapa sayangnya adik kepada lelaki itu, sayangilah diri sendiri dahulu.
Saya faham lelaki itu sudah melayan adik seperti isteri sendiri, mengawal hidupmu, mengatakan sayangnya setiap hari dan paling teruk, mengambil daramu. Bagaimana adik nak lupakan semua itu?
Tidak akan. Sampai ke hari ini, aku masih trauma ditinggalkan sekej4m itu. Bukan aku mahu mencintakan suami orang, dan bukan aku tidak mahu untuk meningg4lkan dia dengan cepat.
Ketika bercinta dahulu, setiap malam aku menangis berdoa agar semuanya tamat dan dihalalkan segera.
Semuanya bermula dengan tarikan yang biasa. Adik bersembang dan tiba-tiba, kamu berdua klik dan makin mesra.
Disitu, mulalah adik mempersoalkan diri adik. Tidak mengapakah buat sebegini pada isterinya? Kalau lelaki itu okay sahaja, adik pun makin merasakan hal ini okay juga.
Awal-awal adik menjaga batas, tetapi lelaki ini perlahan-lahan menarik adik. Adik tiada kawan untuk menyedarkan adik kerana hal ini memalukn dan tidak diperkatakan.
Adik hanya bergantung kepada pemikiran adik dan lelaki itu yang dianggap lebih dewasa. Kata-kata dan pujian lelaki itu melambung-lambung.
Adiklah yang terbaik, bagus dari isterinya, adik special, adik perempuan yang berbeza dan jika dia masih bujang dan berpeluang, dia pasti pilih adik untuk dijadikan isterinya. Dia mula meminta untuk menyentuh tubuhmu dan adik sukar untuk menolak kerana adik sudah rapat.
Dalam pemikiran adik sekadar berpegang tangan sahaja, kerana adik tidak tahu langsung cara untuk bermesra.
Sekali dia pegang, dia mula merayu dan menunjukkan kepada adik rasa-rasa yang tidak sepatutnya diperlakukan. Secara perlahan, daramu diambil dengan senang.
Bermula dari sini, adik perlukn dia. Meningg4lkan dia tidak lagi menjadi salah satu option kerana maruah adik terletak padanya, suami orang.
Semua orang memandang hina kepada perempuan seperti ini, perampas lelaki orang. Adik juga malu kerana terlibat dan sepatutnya berhenti dari awal. Lelaki itu juga mula mengawal dengan berkata adik adalah hak mereka sahaja dan tiada lelaki lain akan terima adik.
Aku di brain-washed untuk merasakan aku terpaksa berada disisi dia dan hanya dia akan terima aku. Dengan ini, aku terus bermaksiat untuk menunjukkan kasih sayangku disamping menunggu dia menghalalkan aku.
Aku merasakan diriku juga sebagai isteri desentuh dengan senang bila-bila dimahukan, di elakkan dari bergaul dengan lelaki lain, perlu memberitahu keberadaanku dan banyak lagi.
Diwaktu itu, aku fikirkan perbuatannya sebagai tanda sayang yang dia betul-betul serius akan menjaga maruahku kelak. Hari demi hari aku makin attach dengannya.
Aku cuba membetulkan keadaan dan meminta untuk cepat di halalkan dan diberitahu isterinya tentang hal ini, tetapi lelaki menyuruhku terus menunggu waktu yang sesuai, dan bila aku memberontak, dia mula mengatakan mahu meningg4lkan aku.
Tetapi seperti biasa, dia akan mengingatkan aku yang tiada siapa akan terima aku.
Kata-kata seperti ini lah yang membuatkan perempuan meneruskan hidup bersama lelaki dayus walaupun mereka suami orang. Sukar kerana tiada siapa mahupun family sendiri yang mengetahui dan dapat menyedarkan adik.
Dimata adik, hanya lelaki itu sahaja yang nampak dan faham situasi adik. Dengan sayang yang makin membesar, adik hanya nampak dia sahaja yang boleh dipercayai.
Setelah semua yang adik lalui dan gadaikan jiwa raga untuk bahagiakan suami orang, adik mula ada perasaan ingin diutamakan seperti isterinya.
Bagi adik, adik tahu adik tidak layak untuk cemburu tetapi apa kurangnya adik dengan isteri dia selain ada perkahwinan yang sah.
Disaat perempuan mempunyai perasaan itu, tandanya cinta dan sayang adik sudah sampai ke limit dan tidak mampu lagi menahan rasa hina disembunyikan, walhal, isterinya boleh ditunjuk sana sini.
Walaupun begitu, adik memujuk diri sendiri untuk beringat adik yang jahat dan perampas.
Adik akan sentiasa berdoa dan bertaubat agar semuanya tamat dengan cara yang betul.
Walaupun 18 tahun sudah berlalu, aku masih dapat bayangkan lagi lelaki itu berpegangan tangan dengan aku menyatakan cintanya dan betapa dia mahu memperisterikan aku dengan muka yang serius.
Ternyata semua itu hanyalah penipuan semata. Hidup aku mula gelap dan hncur bila isterinya tahu.
Aku sangka lelaki itu akan berlaku adil kepada aku dan isterinya, slow talk kepada kedua belah pihak, tetapi tiba-tiba, aku yang selama ini dikatakan special dan disayangi lebih dari apa pun, dibuang dan hanyalah dikenali sebagai perempuan tidak tahu malu, gatal memikat suami orang.
Dengan isterinya, aku tidak berani berkata apa dan aku juga terus berjanji akan meningg4lkan dia kerana kasihankan isterinya. Tetapi diriku? Pandai-pandailah untuk teruskan hidup kerana aku lah yang bermasalah.
Adik-adik yang tersilap langkah, bertaubatlah. Rasa hncur hati dipermainkan suami orang ini teramatlah sksa.
Jika dibincangkan, semua jari akan tunding menyalahkan dirimu yang gatal merampas. Tutuplah aibmu kerana hanya Allah tahu betapa keliru dan sedihnya adik diberi ujian sebesar ini.
Kalau ikutkan, adik pun tidak mahu suami orang dan berzina. Semasa ditinggalkan, hidup adik akan menjadi segelap gelapnya kerana adik juga berasakan seperti isteri kepada lelaki ini.
Adik tidak percaya yang dia, setiap hari mengatakan sayang kepada adik terus lenyapkan diri, hilaang seperti semuanya tidak pernah berlaku.
Adik tidak percaya lelaki yang memeluk adik berjanji dia akan ada di sisi adik walaupun apa jua berlaku lansung tidak berpihak sedikit pun kepada adik. Tiba-tiba, perasaan isterinya sahaja menjadi keutamaan walaupun dia katakan adik lebih baik darinya.
Bila makin dewasa, adik akan faham, yang lebih diutamakan mungkin adalah anak dan hartanya. Adik sangkakan skit dipergunakan hanyalah sebulan atau setahun, tetapi rasa skit p4rah ini tidak pernah pergi, apat4h lagi jika adik merahsiakannya seorang.
Hal ini bukan sahaja memberi impak kepada isterinya, adik juga layak diberi bantuan, pujukan dan nasihat.
Fizikal dan ment4l akan merosot dengan teruk. Berdasarkan pengalaman aku, aku akan mula trauma melihat tubuh sendiri kerana jijik, rasa pat4h hati 24 jam yang tidak pernah pergi sehinggalah 5 6 tahun,
Aku benci segala perkara yang mengingatkan aku kepada lelaki itu termasuklah minatku sendiri, tidak lagi percayakan lelaki dan pasangan yang kelihatan mesra.
Bagiku semua itu hanyalah penipuan semata. Adik akan terus bertaubat, dan ada masa adik juga akan hilaang kepercayaan kepada tuhan kerana perasaan sayang yang terlampau kuat.
Bayangkan dizin4hi banyak kali, dan setiap kali, dia mengatakan dia tidak akan tinggalkan adik dan kemudian, dia hilaang.
Adik akan sentiasa trauma ditinggalkan sebegitu tanpa mendapat closure yang adik perlukn.
Isterinya sedar kesilapan suaminya dan memperbaiki diri sendiri, alhamdullilah. Lelaki itu pun cuba berbaik dan mula berkomunikasi bersama isterinya. Diwaktu itu, semua pihak merawat diri sendiri, tetapi bagaimana dengan adik?
Dalam fikiran adik, lelaki itu lah penyelamat adik dan adik tiada sesiapa melainkan dia. Adakah dia masih sayangkan adik? Adakah dia akan kembali untuk menyelamatkan maruah adik? Adakah itu adakah ini?
Adik tidak tahu nak buat apa sebab selama ini, dia yang kawal hidup adik. Aku kesian sangat kat diri aku dulu dan perempuan yang dilakukan sebegini. Allah tidak kej4m dan adik perlu banyak bersabar menunggu sehingga rasa sayang itu pudar sendiri.
Bukannya aku tak bertaubat dan berharap kepada Allah, kadang-kadang aku rasa bersalah bila merasakan benci pada isterinya kerana memutuskan kami dengan ugutan walaupun tahu suaminya sudah mengambil daraku.
Mungkin aku terlalu berharap kepada lelaki itu untuk membetulkan keadaan sampai aku lupa berharap pada Allah.
Aku tahu adik rasa macam adik pun isteri dia, dan sebagaimana isteri mahu suaminya kembali, begitu juga adik, tetapi adik tidak berhak berbuat apa dan hanya hncur melihat lelaki itu buang adik untuk bersama isteri sebenarnya kembali.
Tapi sedarlah awal, dia dah hilaang, dia bersama keluarganya dan adik tidak bolehlah terus menghncurkan diri sendiri dengan berharap.
Lelaki itu menganiya dua perempuan, kenapa hanya membetulkan keadaan untuk seorang sahaja? memihak kepada isterinya tanpa memikirkan apa kesannya kepada hidup adik.
Ya, isteri memang harus diutamakan, tetapi cara untuk membetulkan keadaan perlu adil kerana ia akan memberi impak yang besar.
Sepatutnya, lelaki itu jika betul mahu berpoligami,pujuk dan slow talk bersama isterinya dengan baik dan jika tidak, slow talk bersama adik tentang kesalahan ini, respect, berhenti menyuruh adik melayannya seperti isteri dan support adik untuk berani melangkah lagi.
Jadi pesanan aku, untuk beberapa tahun, hidup adik tidak akan lagi sama. Berlainan dengan isterinya yang hanya curiga dengan suaminya, adik akan merasa curiga terhadap semua orang termasuk family sendiri dan berpendapat mereka akan mempergunakan adik dan ada niat jahat.
Adik tidak akan mempercayakan diri sendiri selepas kesalahan yang dilakukan dan sesiapa sahaja yang menyayangi, adik tidak lagi percaya dan sentiasa takut ditinggalkan.
Adik teruskanlah bertaubat dan jika adik berdoa untuk dihilaangkan rasa sayang, ianya akan mengambil masa. Semua insan ada melakukan kesalahan,dan insyaallah, satu hari, bila adik sudah matang, adik akan memahami apa yang terjadi.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan ingat Allah maha adil. Bagi para lelaki, janganlah merosakkan dara perempuan dengan mudah dan lepas tangan dengan alasan sendiri rela selepas dijanjikan bermacam-macam. Kepada suami orang, bersyukurlah dengan yang halal.
Kamu tidak tahu semasa kamu memujuk isterimu yang luuka akibat mengetahui percur4nganmu, ada budak perempuan yang hampir membnuh diri kerana takut yang melampau kepada masa hadapannya.
Jauhilah zin4 sebab ianya memang memberi banyak masalah. Perkongsian ini adalah untuk perempuan yang hilaang dara kepada suami orang. Aku mahu adik semua tahu yang adik bukan keseorangan dan ada juga yang lain deperkenakan sebegitu kej4m.
Allah sentiasa ada dan memahami, ujian adik berat sangat kerana Allah sayang. Bersabarlah dan percayalah takdir Allah walaupun puluhan tahun berada didalam kegelapan, akan sentiasa ada cahaya menanti.
Ini antara reaksi netizen untuk kisah ini.
Hazwani. Dizin4hi ni bahasa apa pulak ni? Hilaang dara ke serah dara? Dara diambil ke, dara diberi?
Setiap kita dipertanggungjawabkan apa yg kita buat… Lelaki tu akan dipertanggungjawabkan, awak pun akan dipertanggungjawabkan. Awak dah buat langkah yg salah tapi minta diadili macam awak m4ngsa? Tak faham ment4liti ni.. Lainlah awak menolak atau dir0gol…
Seronok jd perempuan simpanan, nak makan apa dapat, nak beli apa dapat… Cuma tak dapat kahwin je…masa belajar pun dah ada spesies gini kat u…skrg keje ada perempuan murah gini kat ofis sy..Sy isteri orang, bukan tak pernah kena try dgn suami orang atau lelaki bujang.
Tapi bila kita tau salah, kita tak terima apa2 offer pun dr mereka.. Jarakkan diri, pandai2 bg alasan bila diajak keluar.. Tapi perempuan murah, mostly yg muda, tgh intern, atau baru keje…gedik perasan hot…
Lepas office hour dating dgn suami orang… Takkan la taktau suami orang lepas office hour tanggungjawabnya di rumah…
Ada masa pulak nak layan awak makan dan tengok wayang? Tapi sebab gedik gatal miang.. Itu semua pilihan SENDIRI…
Takde orang letak pis4u kat leher utk awak dating dgn dia, takde orang letak pis4u kat leher utk awak pegang tangan dia… Dan segala aksi yg sememangnya dibuat utk NAFSU sendiri…
Orang lain kalau nak buat, boleh sangat? Kenapa orang lain tak buat? Pernah soal diri sendiri tak
Lambat sedar? Mustahil tak tau, cikgu2 sekolah mesti ajar, ustaz ustazah mesti ada sebut kat sekolah.. Semua keputusan di tangan awak..
Jadi stop nak salahkan Tuhan, nak salahkan lelaki tu, nak salahkan isteri lelaki tu… Semua ni salah diri awak sendiri… Takkan nak salahkan syaitan hasut awak pulak…
Cukuplah fake confession admin… Takyah nak normalisasi kan budaya bersekedudukan…
Mereka bukan rasa bersalah, mereka nak masyarakat terima yg mereka kononnya adalah m4ngsa…
Padahal dua2 sama miang, pem4ngsa dan mem4ngsakan diri..
Serai. Bagi pendapat mokcik, memang dua- dua bersalah TETAPI , pihak perempuan mesti lebih KUAT menolak kerana kerosakan tersebut akan di tanggung lebih oleh pihak perempuan.
Jadi dalam segala hal, perempuan mesti LEBIH beringat, berjaga-jaga, bertanggung jawab atas diri sendiri, berhati-hati, kuat, rasional dan segala-galanya mesti lebih drp lelaki.
Kalau ya pun salah lelaki 90%, kesannya jelas atas perempuan. Lelaki boleh lepas tangan dan hilaang. Tinggal perempuan yang akan menangis di bucu katil…
Hanie. To adik adik dan to confessor( cz i pun dah pening baca kejap adik kejap aku kejap saya) , ingatlah,jangan sesekali terus percaya kata kata org lelaki ni okey. Dorg test market je dulu tu….
So , girls, u jadilah mahal dulu. Jadi exclusive sikit. Yg lelaki pulak, tolong lah behave sikit adik adik kecik korang tu… Ingat sikit isteri dan anak anak korang okey. Kang org lelaki lain buat gitu kat anak anak n keturunan korang pandai lak marah….