Foto sekadar hiasan. Salam. Confession ni ditulis sebab aku stress dengan diriku, yang trigger nya ada kejadian semalam, bilamana aku ter flash back balik kehidupanku, benci. Confession sedikit panjang.
Penat jadi mak..
Anak sulung. 6 tahun. Isu dengan makanan. Selalu tak nak makan. Badan kecil dari usia. Padahal aku dan suami bukannya rendah, aku 160cm, suami 170cm. Tapi anak bantut. Dari kecil tak nak makan, kawan cakap masa tu, tak mengapa, dia masih menyusu.
Nanti dah berhenti menyusu, banyak la makan nya, seperti anak dia. Tapi sekarang sampai besar tak nak makan. Suka makan benda merepek seperti jajan dan gula- gula. Aku dan suami tak ajar makan macam tu.
Tapi bila pergi rumah nenek, nenek bagi jajan, ikut nenek pergi kedai, nenek belikan jajan banyak banyak. Oh ye, rumah nenek dekat. Suka la dia. Dah rasa jajan sedap, mana dia nak makan nasi. Pergi kenduri dapat jajan, suka.
Jamuan sekolah , bawa balik satu plastik besar jajan, tu aje la yg dimakan. Balik rumah tak nak makan nasi. Kelmarin aku masak, dari pagi sampai petang tak nak makan. Kata nak puasa (Bila bulan puasa tak nak pulak dia puasa).
Aku paksa makan jugak pkul 4. Lepas tu muntah. Yela, perut dah masuk angin. Pastu malam suruh paksa makan lagi, isi perut sebab petang dah muntah. Muntah lagi. Saakit hati aku tengok. Dah la suka membazir makanan (bukan kelmarin saja), pastu dimuntahkan lagi.
Semalam aku bawa pergi kedai, suruh dia pilih makanan apa dia nak, dia pilih pastu makan sikit2, sampai malam berapa sudu saja makan.
Lepas tu buang. Aku mengmuk. Dah la yang dia pilih tu mahal. Duit bukan senang nak dapat. Kalau masak beli lauk pun dah mahal, ni apatah lagi yang dibeli.
Aku tengking anak aku dengan suara tertinggi. Kalau aku marah, aku selalu tengking sebab aku penat. Aku benci tengok semua ni.
Dulu masa aku kecil, keluarga aku tak pernah membazir makanan, sebab tahu, susahnya nak dapat duit beli makanan dulu.
Keluarga suami lain. Tak habis makanan tak mengapa. Diberi pada ternakan. Masalah sekarang rumahku rumah taman, bukan ada ternakan untuk dibazirkan makanan.
Aku stress nak tengking tengking anak, tapi dia tidak mahu mendengar kata..dulu aku cuba praktik kan cara barat, cakap baik baik dengan anak.
Bila cakap baik baik, langsung tak nak dengar cakap aku. Makin menjadi jadi perangai. Jadi, nak tak nak aku kena naik suara pada anak aku.
Aku sedih bila marah dia, aku nangis selalu lepas tengking dia, tapi dia seperti tak faham faham apa yang aku cakap. Tiap tiap hari ye anak sulung ku dimarah kerana hal makan. Bukan aku masak pelik pelik, masak ayam goreng, kurma, semua yang dia cakap suka.
Bila dah masak, cakap tak nak ayam la, tak nak ikan la, tak nak telur la. Suami dah belikan multivitamin pun selera dia macam tu jugak. Bagi ubat cacing macam tu jugak. Dah la suka makan benda manis, nanti kecil kecil dah dapat penyaakit.
Mainan pun tak pandai nak kemas walaupun berbuih mulut tiap tiap hari suruh kemas. Lepas mandi tuala campak campak saja. Yela, mak kau ni memang kuli.
Kedua sebab Anak kedua. Anak istimewa. Tak payah nak cerita banyak bila ada anak istimewa. Faham faham aje la. Orang cakap sabar, sabar.
Memang la sabar tapi kalau tiap tiap hari menghadap aku stress juga. Main najis, mengmuk. Tiap tiap hari mencuci. Nak kena pantau sentiasa.
Keperluan perlu dipenuhi tepat pada masanya. Lambat sikit mengmuk. Bukan tak hantar terapi. Hantar. Tapi lambat sikit nak nampak perkembangannya.
Nak berjalan jalan pun tak boleh sebab anak istimewa akan berkelakuan bukan bukan di khalayak ramai.
Pernah pergi hotel, receptionist suruh bawa anak keluar dari lobi. Bawa kenduri, orang pandang jelik. Akhirnya, aku juga la yang jaga dia di rumah. Suami saja yang pergi, dah dia yang dapat jemputan. Oh ye, aku surirumah.
Dah takde kawan, mana nak dapat jemputan kenduri ke apa dah. Dulu kerja, ada anak istimewa berhenti. Hidup terkurung kat rumah saja.
Yela, nak berjalan, pergi kenduri semua tak boleh sebab ada anak istimewa.
Ketiga sebab Anak ketiga, baru masuk setahun. Tapi high demand baby. Aku jauh sikit pun tak boleh. Tinggalkan dengan suami pun tak boleh. Nak aku jugak. Penat la. Nak masak pun nak kena dukung. Tambah lagi stress aku.
Penat jadi isteri..
Kalau dah nama, suami, mesti la nak tuntut hak dia dari isteri. Aku penat la tiap2 hari aku ajela yang bangun pagi sebelum subuh.
Hari bekerja aku bangun awal pagi, buat sarapan, suami nak kerja, anak nak sekolah. Suami pun dalam seminggu hari biasa tu pun nak layanan.
Pastu pkul 7, bayi aku dah bangun. Bila tah nak rehat. Sambung buat kerja rumah, basuh kain, sidai kain, lipat kain, masak, anak nak balik sekolah.
Petang masak lagi suami nak balik makan. Vacuum rumah, banyak habuk. Tengah hari masak cincai saja pasal anak aku bukan suka makan sangat tapi masak la jugak, nanti cakap aku ibu yang kej4m pulak takde bagi anak makan.
Hujung minggu pun sama la. Mana nak rehat. Kena juga bangun sebelum subuh. Suami nak hak dia lagi, sebab cuti katanya. Dah aku bila dapat rehat? bila dapat menikm4ti tidur yang panjang? Dah la malam aku yang tidurkan bayi, sebab dia nak aku saja yang tidurkan dia.
Pastu terbangun bangun malam. Pagi aku juga la yang bangun awal. Lepas tu anak bangun, aku jugak la yang jaga sebab anak tak nak kat bapak dia.
Aku la yang masak sarapan, masak tengah hari, masak malam, cuci kain, sidai kain, beli barang basah, barang kering. Laki sedap la, tidur cukup, takde gangguan, lepas tu main telefon.
Kadang kadang bantu vacuum dan mop tapi selalu sekerat jalan. Lepas vaccum, letak camtu saja. Lepas mop, biar saja air mop kat situ.
Lepas tu anak main celup2 air mop yang kotor tu. Suami tak bising rumah bersepah, tapi aku yang saakit mata. Kalau anak muntah, muntah tak lap pun dia ok. Kain 5 bakul tak lipat, dia cakap gantung saja. Celah mana nak gantung?
Almari besar ke nak gantung semua. Nanti aku juga yang susah nak cari baju anak anak. Suami memang tak pandai buat kerja rumah sebab mentua tak ajar anak anak dia buat kerja rumah.
Dulu aku tengok adik adik perempuan dia sebelum kahwin, baju pun mentua aku yang lipatkan. Padahal masing masing dah umur 20an.
Tolong la jangan suruh aku bersyukur ke apa. Memang bersyukur tapi aku penat. Jangan cakap siapa suruh kahwin. Aku mana tahu kehidupan berkahwin macam ni.
Aku tak tahu masa depan. Kalau boleh diundur masa mungkin tak nak kahwin. Hidup aku untuk orang lain saja. Dah hilaang dah jati diri aku.
Aku pun tak tahu yang Allah nak bagi aku anak istimewa.
Terima kasih baca.
Sambungan di bawah.
Salam pembaca budiman. Terima kasih membaca luahan hatiku. Lega sedikit membaca komen komen yang menyejukkan hatiku. Ini luahan terakhirku, sekadar luahan, kerana aku tidak mempunyai tempat luahan.
Mahu bercerita pada ibuku, aku ambil pengajaran dari kisah kakakku, masalah rumahtangga dicerita pada ibuku, kemudian habis dicerita pada saudara mara.
Akhirnya mereka suami isteri bergduh kerana suaminya mengatakan aibnya disebar. Begitu juga ibu mertua, kisah rumah tangga adik ipar dicanang pada saudara mara. Confession ini panjang juga.
Suka untuk aku bermula dengan kehidupanku sebagai mak orang, kerana ini yang aku hadap 24 jam. Terima kasih diatas cadangan robot vaccum dan sebagainya. Aku ada terfikir, tapi mungkin aku masih perlu membersihkan rumah. Ini kerana, aku mempunyai anak istimewa.
Rumah selalu kotor berhabuk kerana anak sulung & anak istimewa suka menyepahkan mainan dan membuat sampah. Adik kecil, akan mengutip sampah2 ini ataupun mainan dan masukkan ke dalam mulut. Pernah adiknya tercekik kerana makan mainan. Nasib aku nampak.
Aku bukan tak boleh nak kemas. Boleh, tapi aku tiada kemampuan kerana aku banyak perkara lain yang perlu dibuat. Nak kemas, kena dukung sekali anak kecil. Lagipun, anak sepatutnya diajar berkemas tetapi kenapa aku yang jadi kuli buat segala galanya? Anak diajar tapi tidak mahu berkemas.
Suruh suami marah anak, dia ugut ugut cakap macam tu saja. Sebab tu aku cakap aku marah aku tengking sebab cakap baik baik tak mahu dengar. suamiku cakap baik baik tak mahu dengar.
Rumah perlu dicuci dan dikemas sentiasa kerana ada anak istimewa yang suka bermain najis. Pantang leka, habis najis dicalit sana sini.
Ketika aku sembahyang, dia membuang air besar tanpa aku sedari, belum sempat habis sembahyang, najis dah dicalit sana sini di dinding.
Sembahyang pun tidak boleh tenang. Dengan adiknya menangis nangis.
Bila aku mandikan adiknya, sempat dia keluarkan penis, kencing di lantai. Air kencing dimain, dilap2 sana sini juga. Bukan sekali perkara ini berlaku. Banyak kali juga. Mana mungkin aku dapat berehat. Mana mungkin aku dapat tidur kerana anak istimewa aku perlu dipantau sentiasa.
Baju dan seluar dipakaikan berlapis , siap di pin, masih dia berjaya bermain dengan dengan najis. Kadang kadang aku menangis semasa membersihkan najis, nak termuntah muntah. Adik pulak asyik menangis je bila aku membersihkan abangnya, sebab tak boleh ditinggal.
Anak istimewaku juga akan mengmuk dan menangis tiba tiba. Pening dan stress aku dengar nangis tak henti2. Aku sebenarnya fed up dengar tangisan dah sebab anak istimewa aku semasa kecil juga menangis menangis tanpa henti selama 2 hingga 3 jam. Kadang aku marah, kadang aku pekakkan aje telinga.
Tapi itula, bila anak menangis, jiran sibuk bertanya kenapa anak menangis, mengmuk. Bukan dia tak tahu aku ada anak kecil. Bukan dia tak tahu aku ada anak istimewa. Benci aku. Adakah budak budak kecil tidak boleh menangis?
Anak istimewaku juga suka meludah ludah dalam rumah. Nak tak nak aku kena mop dan bersihkan. Rumah aku seperti nak kena samak tiap tiap hari. Dia belum berjaya dilatih bebas lampin kerana dia tidak faham arahan. Setelah terapi, dia dah boleh makan sendiri, tidak mahu disuap lagi.
Perkembangan yang baik, tetapi aku masih perlu mencuci makanan yang dicampak ke lantai, yang diteraburkan, air yang ditumpahkan.
Setiap kali makan.
Aku masak banyak kali kerana anak istimewaku tidak mahu makan makanan yang sama..contoh, pagi jika aku sediakn roti atau mi, tengahari dia mahukan makanan lain. Dia tidak mahu makanan yang sama.
Makan perlu tepat pada masanya, kerana dia seperti tahu rutinnya, walaupun dia tidak tahu tengok jam dan waktu. Kadang aku masak lebih, anak istimewa aku nak makan lebih. Seketul ayam atau ikan tidak cukup untuknya. Jadi lauk tidak cukup sampai malam.
Anak sulung tiada masalah jika makan makanan yang sama, cuma itula, dia kadang nak makan, kadang tak nak. Kalau makan sampai berjam jam. Boleh sampai 6 jam untuk habiskan makanan yang sedikit. Leka asyik main sahaja. Makan tengah hari bawa ke malam terus.
Aku malas nak suap sebab kalau suap pun dia akan ambil masa yang lama untuk kunyah dan telan sampai berjam jam & kering tangan aku tunggu. Fed up aku. Aku jarang beli makanan kerana aku tinggal di pinggir bandar. Tidak banyak kedai makan yang ada. Pilihan yang ada di grabfood atau foodpanda pun terhad.
Nak sedap pun kfc sajalah. Itupun anak anakku sudah muak. Aku bagi saja anak sulungku pergi ke rumah nenek dia sebab aku tak nak marah marah selalu pada dia tentang makanan dan mainan. sebab kalau aku marah, aku marah betul, sampai tengking. Tapi tula, dah pergi rumah nenek, jajan jajan jela dia makan.
Kain kain, seperti baju baju dan cadar perlu dibasuh setiap hari kerana seperti kataku, anak istimewa ku suka bermain najis dan meludah ludah. Minta dryer pada suami, dia macam tak masuk dikepalanya. Bukan dia yang menguruskan. Entah apa yang difikir dalam otaknya.
Mesin basuh sudah cukup baginya.
Anak istimewaku juga kerap bangun malam, mengmuk, menangis, menyebabkan adiknya bangun, menyebabkan aku terjaga, tidak boleh tidur, tidak cukup tidur. Jika tidak dipantau, dia akan mengeluarkan kem4luan ketika berjaga malam dan kencing di tilam. Mana mungkin aku dapat tidur lena jika setiap masa perlu dipantau.
Suami. Baik, cukup nafkah, tetapi malas, tiada common sense. Anak muntah atas tikar, tikar gulung basuh, tinggal dalam bilik air. Kerja tak lengkap. Tak siap. Tikar tak disidai.
Anak kencing atas carseat, basuh, tinggal dalam bilik air. Tidak dijemur. Vaccum rumah, perabot di alih, tetapi tidak disusun semula. Begitu juga setelah dimop, perabot dibiar bertebaran. Jika mop di ruang tamu, air mop dibiar ajela tinggal di situ.
Kalau makan, dua pinggan lauk, satu dibasuh , satu tak dibasuh. Potong buah, pisaau dan papan pemotong dibiar tidak dibasuh. Sampah penuh, dibiar sampai terkoyak plastik. Aku boleh buat semua tu tapi aku kulikah di rumah? Aku cakap sekali, seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Aku membebel, dia fedup dengar, lagi dia pekak kan telinga. Bila aku bagitahu, aku mahu tindakan. Dia tidak membuat tindakan. Aku kadang membebel, dia buat, tapi lambat lambat.
Aku nak makan, anak istimewa panjat panjat meja. Aku suruh ambil anak, tak ambil. Sibuk tengok telefon. Aku menangis sambil makan, dia masih tengok telefon. Aku jerit minta ceraai, baru dia ambil anak. Takde common sense. Aku nak makan pun tak boleh senang. Mandi pun sama la.
Kalau hujung minggu minta beli sarapan, dia akan balik rumah pkul 10. Buat janji lepak dengan kawan. Pkul 10 aku nak masak tengah hari dah. Anak istimewa aku pun dah mengmuk dah. Baik aku masak sarapan. Kalau suruh pergi pasar, lagi lambat balik. Pkul 11 baru dapat sarapan. Takde common sense.
Nak tak nak aku juga la yang keluar ke pasar awal pagi. Pkul 8 aku sudah balik rumah. Ye, memang aku aje yang buat semua.
Suamiku begini kerana inilah didikan keluarga dia. Perangai suamiku sebiji perangai bapa mertuaku. Keluar lepak minum, balik rumah pkul 11 atau 12 baru balik bawa sarapan. Itulah ibu mertuaku cerita. Bapa mertua ku cari nafkah ibu mertua menguruskan rumah dan anak.
Mungkin ini yang suamiku jadikan contoh. Ini yang dia praktikkan di rumahku. Dia mahu aku jadi seperti ibunya. Ibu mertuaku juga suka membebel bebel.
Aku cerita pada ibu mertuaku, suamiku malas, tidak mahu dibebel bebel. Dia cakap suamiku memang macam itu. Dari dulu susah untuk disuruh suruh buat kerja. Dia lagi rela suruh anaknya lain.
Kalau dah begini, sudah pasti suamiku selesa dengan kehidupan malasnya. Maknya atau isterinya membebel, dia akan pekakkan telinga sahaja. Setel masalah dia.
Bawa bercuti, tapi aku yang penat. Aku yang kemas segala benda. Pergi pantai, aku duduk tepi pantai jaga barang, jaga anak kecil. Anak mengmuk balik. Kejap ajela pergi cuti pun. Banyak duduk bilik je. Pergi tido hotel mahal dekat KLCC tu, dia dan anak2 sedap tidur atas katil. Aku?
Anak kecik meragam tidur atas kerusi je. Katil pun tak muat. Nak pergi KLCC, anak istimewa buat perangai, balik rumah ajela. Percutian apa tu? tu untuk bukan untuk aku. Baik tak payah pergi bercuti. Duduk rumah lagi bagus. Aku pun dapat tidur tilam.
Nak pergi bercuti sendiri, dia tak bagi sebab aku pernah ugut nak bnuh diri. Takut aku sendirian buat perkara bukan bukan. Aku memang tertekan. Nak pergi mall, dia bagi tapi suruh bawa anak. Anak istimewa je tinggal. Aku nak pergi sendiri. Aku nak masa bersendirian.
Aku tak nak pegang2 anak. Sekali sekala aku mahukan kebebasan dari anak. Aku tak nak bawa beg pampers ke apa. Itu pun tak boleh. Aku tak tahu kenapa dia tak faham faham.
Aku pun dah penat menaip ni. Aku cuma terkilan bila baca komen yang membandingkam dan mengatakan aku tidak ikhlas dengan perkahwinan kerana jika dilihat zaman dahulu lagi susah. Seperi aku katakan, aku bersyukur, cuma aku penat. Salahkah meluahkan rasa penat.
Aku pasti orang zaman duhulu juga penat. Aku pernah nampak ibuku menangis semasa aku kecil. Aku faham pasti dia penat. Ibu mertuaku pun pernah bercerita, semasa berpantang dahulu, dia basuh kain di tepi sungai. Aku faham, zaman dahulu susah, suami mencari rezeki.
Suamiku mungkin melihat pengorbanan ibunya, ayahnya seperti itu, lelaki mencari nafkah isteri menjaga rumah. Kerana itu suamiku berkelakuan seperti itu, memberi nafkah, cukup untuk keluarga tapi aku perlu uruskan segala urusan rumah.
Tetapi, adakah ini yang perlu diterapkan dalam pemikiran masyarakat melayu kita? Adakah ini yang perlu dilalui oleh wanita melayu yang berkahwin? Adakah ini tradisi yang perlu dikekalkan, dimana wanita perlu berkorban masa , badan dan lelaki dilayan seperti raja?
Adakah wanita sahaja yang perlu menanggung masalah emosi? Tidak boleh diluah masalah, dikata aib, mengeluh, hilaang pahala. Semuanya perlu ditelan sendiri. Bila mahu meluahkan pada suami, suami endah tak endah. Kadang kadang tiada respon pun.
Aku seperti bercakap sorang sorang. Kadang kadang dia cakap orang lain ok je. Dia tahu ke? Setakat tengok kawan kawan kerja tak payah.
Ataupun dia suruh buat bisnes. Buat bisnes apa? Semua nak komitmen.
Dengan anak kecil, anak istimewa yang perlu dipantau sentiasa dan urusan rumah, aku tiada kapasiti memberi komitmen.
Ya, jika diundur masa, aku mungkin tidak mahu berkahwin jika inilah yang sepatutnya wanita lalui selepas berkahwin.