Baju seluar dalam mak basuh pakai sabun mandi je. Bila mlm xde org, mak sidai tepi katil

Gambar sekadar hiasan. Asalam semua pembaca. Tujuan saya menulis di sini adalah untuk meluahkan serta mahu meminta pendapat para pembaca .. Saya merupakan anak perempuan tunggal. Ibu bapa saya sudah berpisah sejak saya kecil lagi . Ibu saya sudah banyak menderita dengan perangai ayah kandung saya. Saya mempunyai 2 orang abang tetapi tak mahu lah saya cakap lebih lebih cukup lah sekadar para pembaca tahu ‘harap je anak jantan tapi tak guna’.

Ketika saya sudah hampir tamat sekolah menengah ibu saya berkahwin lagi dengan lelaki yang hampir sebaya dengan arw4h atok saya , tetapi saya tak kisah pun sebab ibu saya dah lama menjadi ibu tunggal . Bukan senang membesarkan anak seorang diri , kalau semua anak perangai elok takpa la jugak ni tak .

Bagaimanapun , Alhamdulillah syukur saya mampu merealisasikan impian mak saya yang teringin lihat anaknya ke menara gading walaupun saya takde lah ANC pun. Berbalik kepada cerita asal tadi , mak saya jaga ayah tiri saya dgn baik sekali walaupun dia sering jatuh skit atas faktor umur yg sudah lanjut.

Mak saya tak pernah tinggalkan bapa tiri saya . Untuk pergi mengaji di surau pun kalau bapa tiri saya tak izinkan mak saya tak kan pergi. Mak seorang yang cantik dan nampak sangat muda walaupun umurnya dah menjangkau 50+.

Saya pun sayang ayah tiri saya cuma sometimes tu ada la pertelingkahan sikit biasa la keluarga mana yang perfect tiada salah faham kan .. Mak pun pernah bergaduh dengan ayah tiri saya kerana dia seorang yang agak kedekut tapi mak tak pernah tinggalkan dia dan masih bertahan.

Mak cakap la dia seorang yg baik cuma ‘kedekut’ tu saja tak boleh buang.. takpe lah kami boleh terima kekurangan dia tu.

Pada penghujung tahun lepas bapa tiri saya s4kit teruk. Hampir 2 bulan dia berada di hspital dan selama itu juga lah mak sentiasa berada di sisi dia .. para pembaca bayangkan lah selama 2 bulan tu hanya sekali atau 2 kali saja mak saya pulang ke rumah.

Saya sendiri kasihan melihat ibu saya , krus kering tak terurus macam mak pulak yg s4kit. Mak memang lah nampak muda tapi umur mak tetap dah lanjut.. ada sekali tu mak menangis sebab letih sangat.

Saya pulak ketika tu bekerja jauh dari rumah cuti pun susah dapat. Seminggu sekali je cuti mana sempat nak balik lawat mak . Kalau nak cuti lebih dari 2 hari kena apply awal2 dan sebulan hanya sekali sahaja boleh.

Ada sekali tu saya balik , mak bagitahu saya mak pakai baju yg sama berulang kali sebab xde baju .. baju dalam dan seluar dalam pulak mak basuh guna sabun mandi je dan bila malam takde orang baru mak sidai di tepi katil.. Allah sedihnya saya dengar .. saya terus kutip baju mak dan bawa ke dobi.

Mesti ramai tertanya mana perginya anak anak bapa tiri saya ? Ada .. cuma mereka semua dah besar dan berkahwin dan bapa tiri saya pula mmg nak mak je yang jaga dia xnak orang lain. Mereka ada lah juga membantu serba sedikit ..

Namun begitu, Allah lebih sayangkan ayah tiri saya.. Akhirnya dia pergi .. mak sedihhh sangat .. mak tak gila harta mak serahkan segala dokumen buku bank kad bank geran kereta geran tanah semua kepada anak2 dia .. bapa tiri saya mempunyai pencen.

Saya pula berhenti kerja sebab nak balik jaga mak , saya tak mampu nak bawak mak tinggal dgn saya di ibu kota kerana living cost dekat sana sangat tinggi. Tak kan saya nak sewa bilik untuk mak pulak . Kemudian kami buat keputusan untuk berpindah dari rumah bapa tiri kerana rumah tu nama anak papa lepastu pulak rumah tu besar dan agak jauh dari bandar .

Hampir sebatu untuk ke pekan . Kalau saya nak berulang alik kerja jauh dan banyak gunakan duit untuk minyak.. kalau nak menyewa di luar saya kesian nak tinggal mak sorang sebab kawasan situ agak sunyi.

Saya malas nak cerita panjang tentang hal ni sebab saya depressed bila pk pasal ni. Saya cuma nak tanya betulkan wang pencen bapa tiri saya tu harus difaraid. Mereka cuma bagi mak 100+ sahaja sebulan . Gaji yg saya ada skrg pun tak cukup nak tampung kehidupan kami , nak bayar sewa rumah lagi keperluan rumah lagi api air lagi .. mak pula buat kerja part time di rumah .. Saya kesian tengok keadaan mak .. Saya pulak gaji kecik , kalau gaji saya besar mak tak payah kerja .. saya tak kesah kalau saya tak kahwin pun .. janji saya dapat jaga mak .. Maaf lah kalau luahan saya ni beterabur .. Saya cuma nak tahu tentang hak mak .. Mak cakap mak tak kisah pun pasal harta yg lain cuma mak sedih kenapa sikit sangat wang sara hidup yang mak dapat .. Pembaca bayangkan lah 100+ bayar sewa rumah pun tak cukup. Saya harap xdela yang cakap saya tak bersyukur .. Buat pengetahuan pembaca anak2 bapa tiri semuanya hidup senang ..

Bila ditanya mereka kata mereka rujuk kepada ustaz , dan ustaz kata wang pencen bapa tiru tu mesti lah difaraid .. betul kah ? – Anak mak.

Apa reaksi warganet

Marissa, haih anak2 bapak tiri, kalau baca ni, korang kena sedar itu bukan hak korang..duit pencen arwh ayah korang adalah utk mak or mak tiri korg…korang sbg anak, xdak hak utk amik duit pencen arwh ayah korang..jgn terlalu taksub dgn duit…nnt hidup korang xkan aman…porak peranda dlm family kalau korg amik hak orang lain…bg lah pada mak tiri korang..anggaplah sedekah…Allah akan bg lebih lg rezeki pada korang nnt

Nadia, Mcm tula dik jd mak tiri ibarat unsung hero, patut nye anak2 bapa tiri bg je pencen tu sbg reward sbb dh jaga bapa mereka semasa hidup. Ramai org tak mampu berpikir sebegini sbb mak tiri sering didendangkan sbg org luar.. tak layak diberi penghormatan. Saya kata begini sbb saya sendiri punya anak2 tiri. Bertabahla. Pasal pencen tu, pergi refer kpd badan yg memberi pencen minta ianya dimasukkan terus ke acc ibu awak.

Keet Salleh, Bab pencen tak berani nak ulas..akak tak arif..tp utk urusan melibatkan wang ringgit dan harta dunia ni kdg² org akan pandang kita yg uruskan ni sbg tamak atau gila harta..sedangkan hakikatnya, hal ni melibatkan hak kita dan hak org lain, paling utama melibatkan hukum agama. Tak dinafikan memang byk dgr k3s yang tak telus berkenaan pembahagian harta pusaka n etc ni, tapi tak boleh menidakkan juga hak orang yg sepatutnya.

Andaikata mak confessor yang berhak taknak sekalipun haknya, seeloknya bt keputusan dan beri kata putus setelah pembahagian harta dilakukan secara sah ikut hukum agama dan undang². Bincang dan bagilah bahagian mak tu pada anak tiri ke camna yang dipersetujui semua..baru tak timbul isu.

Situasi mak confessor ni secara tak lansung, anak² tiri dah terjebak dalam isu makan/ambil hak/harta orang lain kalau dorang tak faraidkan harta² yg sepatutnya dgn prosedur yang betul..nampak remeh, tp big issue sebenarnya, halal haram syurga neraka sekali terkait.

Wan Syeddah, Duit pencen utk isteri bila dah mngal n xperlu difaraidkan…sila rujuk kpd Jab.Agama Islam Negeri …byk k3s mcm ni..kahwin dgn Duda yg banyak anak…semua anak hempuk segala kat Maktiri…bila Ayah sehat dtg bkerumun mcm gula…Ibu tirilah masak sorg2..anak tiri dok kelek anak 24jam..bila makan diorg makan dulu..x hengat kat Maktiri…bila dah habis makan…

Maktiri jugak yg bkemas n mbasuh p/mangkuk..ini belum anak2tiri bab tgk setiap inci dlm rmh…ada yg hilang or pecah…bila Bapak s4kit lari btempiaran xjaga..Mak tiri lah mjaga..bila Bapaknya mngal…belum sampai 2jam dah tanya semua harta kad Atm buku Asb dll…klu mcm ni baik xyah blaki….

mjadi Babu xbgaji…mana dpt pahala besar ..klu hati xikhlas dgn keadaan ini..last2 Maktiri kena halau..byk k3s mcm ni…Baik xyah kahwin ..hidup jadi burung bebas kemana juga.

Julie, Tuntut semula harta melalui faraid. Adik repot ke pej agama amanah raya. Harta yg ada akan disita, disenarai balik, dinilai semula n dibahagi mgikut faraid. Suka tak suka, mrk akn dpt hak masing2 secara adil. Pencen hya utk pasngan.

Jika arwh ayah kawin dg mak semasa masih bkerja n nama mak ada dlm senarai nama isteri maka semua pencen adalah hak mak sbb itu pampasan kos sara hdup, bkn harta peninggalan.

Lagipun ank3 yg sdh bkahwin n berumur 21thn ke atas tdk layak ke atas pencen. Adik pergi ke jpa bahagian pencen di putrajaya utk mbetulkn hal ini, supaya pencen ayah tiri dpt dimasukkn terus ke dlm akaun mak..bawa semua dokumen bkaitan yg telah disahkn, dokumen asal sebagai bukti termasuk surat nikah.

Insya allah mak akan dpt pencen sehingga ke akhir hayatnya. Jika adik melakukan ke2 perkara ini, adik dpt mbela nasib ibu n mberi pengajaran kpd ank2 tiri ibu yg zalim n menipu emak tiri.

Npk sgt mrk tamak harta tp tdk mau jaga n btgjwp ke atas bapa kandung sdiri.. hrp adik slu bsama mak n jga kebajikan mak dg baik lps bjaya dlm tuntutan hrp jaga harta emak dg baik supaya abg2 tdk amik kesempatan pula… semoga allah merahmati adik n mak hga akhirat. Amin.

Ruhaiza, Sorry kalau tersinggung.. the biggest mistake yg mak awak buat ialah the moment dia serah semua harta arwh utk kpd ank tiri.. ye sy fhm.mmg mak awk xnk harta arwh.. tp sbg isteri, mak awak pun blh utk bwk harta2 tu ke pjbt lwyer utk difaraidkan..

kdg kita bkn fikir tamak harta atau apa, tp at least ad sikit jaminan utk mak tu utk lalui hari tua.. skrg ni dah teekena dgn adk beradik tiri, baru awk fhm kn pe mksud yg sy cuba smpaikn.