Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca semua. Sebelum itu saya nak minta maaf ya kalau ada yang kurang berkenan atau terasa dengan confession saya ini.
Nama saya Nora (bukan nama sebenar) umur sudah lewat 50-an. Saya ada tiga orang anak. Dua lelaki dan satu perempuan. Masih bersuami Alhamdulillah.
Saya nak minta pendapat dengan semua pembaca, anak sulung saya lelaki dan sudah berkahwin. Sudah pun mempunyai seorang anak.
Dalam keluarga saya, memang kami anggap dan layan suami itu seperti raja. Semua benda saya siapkan. Malah stokin pun saya sarung untuk suami. Kerja suami hanyalah pergi mencari rezeki.
Bila anak saya sudah berkahwin, saya dapat melihat lain sungguh cara menantu saya melayan suaminya.
Bukan saya nak pertikaikan atau masuk campur. Tapi saya rasa sangat saakit mata dan hati melihat perkara itu.
Bila saya datang menjenguk anak cucu saya di rumah depa, saya nampak anak saya yang lebih banyak buat kerja rumah.
Anak saya tu dah lah penat bekerja tapi segala kerja dalam rumah pun dia buat jugak. Mana pergi tanggungjawab isteri? . Selalu saya tanya anak saya, jawabnya hal depa suami isteri jangan masuk campur.
Saya masih ingat lagi masa depa datang makan di rumah kami. Bila semua dah habis makan, terus anak saya bangun ambil semua pinggan-pinggan dan cuci di dapur.
Suami saya sangat terkejut sebab suami sendiri pun tak pernah buat macam tu. Bukan saya kata perkara tu salah, tapi mana peranan seorang isteri kalau semua kerja suami yang buat.
Menantu saya banyak duduk sahaja melayan anak.
Pernah sekali tu, kami semua menonton televisyen, tiba-tiba cucu saya tu buang air besar. Menantu saya hanya duduk diam, saya pulak naik segan bila anak saya yang uruskan anak.
Mungkin cara keluarga menantu saya dibesarkan berbeza dengan keluarga saya. Tapi bila dia berkahwin, perlulah tahu tanggungjawab dan peranan jadi isteri dan ibu.
Bukan lah nak kata menantu saya tiada buat kerja langsung, memasak tu semua memang dia yang buat tapi yang menghidang dan mencuci pinggan semua tu anak saya yang buat.
Saya tak kata apa yang dia buat tu salah tapi jangan lah nampak sangat dia seperti menghambakan suami.
Saya tak pernah ajar anak saya buat semua tu tapi selepas kahwin semua dia buat. Jadi sebenarnya menantu saya lah menyuruh dia buat benda-benda tu.
Saya ni kesian dengan anak saya, dia penat bekerja dari pagi sampai petang. Tapi bila balik rumah kena buat semua kerja. Dah serupa duda anak saya tu.
Pernah juga saya terfikir yang bukan-bukan pasal menantu saya, tapi cepat-cepat saya menidakkan. Sebab menantu saya ni solat tak pernah tinggal tapi tulah saya tak berkenan cara dia melayan suaminya seperti itu.
Saya tak berniat nak masuk campur, tapi saya tak sanggup tengok anak saya diperlakukan seperti itu.
Pernah juga saya cuba nak menasihat menantu saya, tapi lepas saya nasihat pun sama jugak. Tetap buat perkara sama.
Sebagai seorang ibu saya nak yang terbaik untuk keluarga saya. Seorang anak itu perlu tahu tanggungjawab masing-masing.
Kalau pun suami kita tu sungguh baik tapi jangan pula diambil kesempatan buat suami seperti lembu cucuk hidung.
Akhir kata, saya nak minta pendapat semua. Apa cara supaya saya dapat tegur dan ubah perangai menantu saya tu? Saya tak sanggup tengok anak sendiri dihambakan oleh isterinya.
Ini antara reaksi terkejut netizen.
Mazwin. Salam cik kak mertua prihatin…bersyukur lah bnyk2 anak lelaki puan tu tahu dan faham tanggungjawab dia.
Itu style rumahtangga dia..cik jgn sibuk. Mereka bahagia dgn cara itu yg sebenarnya cara hidup mvslim yg baik.
Sy minta cik update psl isu ni bila anak perempuan tu kawin nnt..
bila anak perempuan kena buat semua n suami dia tau berehat je..insyaallah baru insaffff… then baru kau tahu langit tinggi rendah.
Menantu perempuan tu pandai didik suami dia…banding dgn cik. Tu je nak cakap.
Ros. Bagus makcik ambil berat hal anak. Kalau makcik tak kahwinkan anak lagi bagus. Boleh terus layan anak makcik macam raja sampai dia tua.
Juliana. Makcik nampak dak.. anak makcik pun tak suka tgk mak cik di layan mcm tu oleh ayah dia. Sebab tu dia tak ikut cara dia dibesarkan. Dia nak makcik dihorm4ti sama dgn ayah dia, kenapa nak dibezakan taraf.. dia nak ubah mindset tu
Salina. Makcik Nora ni masih berada zaman jahiliah lagi rupanya, nak habaq bagi tak trend la kalau suami tak menolong isteri sedangkan Nabi pun menolong isteri. Pandai menantu2 makcik didik anak2 makcik ikut sunnah. Banyak pahala tu.
Suhaila. Makcik, saya ada dua anak lelaki. Saya selalu pesan dkt anak2 sy, nnt dah kawen jangan buat isteri mcm hamba…tolong isteri at least jemur baju, basuh pinggan, urus anak2..
Mustika. Saya mertua. Umur 70. Ade dua menantu ppuan . Nasihat : jgn campur urusan umahtangga anak .sampai hal ke pinggan mangkuk. Jaga mangkuk sendiri.
Azmalina. Adik beradik lelaki saya yg 5 orang bila kahwin auto bertukar watak, depa boleh masak, buat susu anak, cebok, ikan pun ada di antara ipar tak panda bersiang, layan je isteri masing2. Ma saya ok, x masuk campur wal hal ayah saya dulu kalau makan pinggan tu dok la atas meja.
Kami yg adik2 perempuan ok je, faham keadaan famly masing2. Kita raikan dengan gembira, semua ada kelebihan. Hidup dengan 9 ipar pun ok, x devnk gduh2, sindir2.