Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, Maaf kerana guna f4ke account tapi saya masih tak punya kekuatan untuk guna identiti sendiri. Saya sangat buntu dan perlukn bantuan admin dan readers untuk bantu saya jika ada yang berpengalaman dan ikhlas membantu. Saya perkenalkan diri saya sebagai A, berasal dari selatan tanah air.
Baru sahaja mendirikan rumahtangga awal tahun ini. Usia perkahwinan baru beberapa bulan namun hari-hari hidup berendam air mata.
Perit sungguh ujian ini, hanya Allah sebagai saksi. Untuk saya ringkaskan cerita, saya found out yang suami yang saya nikahi atas dasar cinta, yang saya kasihi sepenuh jiwa raga saya sebenarnya bernafsukan songs4ng.
Saya dapat tahu lebih kurang dua bulan yang lepas. Namun rasa curiga kepada suami bermula seawal sebulan perkahwinan kerana saya tidak disentuh dia biarpun bermacam usaha telah saya lakukan.
Pada akhirnya suami hanya mengaku bahawa dia bernaluri songs4ng setelah saya terbaca whatsapp dia. Allahu, remuk hati ini Allah saja yang tahu.
Suami saya ini seorang lelaki yang sangat baik, sangat berbudi pekerti, solat lima waktu tak pernah ditinggalkan,
malah ibu mertua saya selalu memuji bahawa suami saya ini memang anak yg paling baik dan tak menimbulkan masalah. Tapi ujian apa yang Allah titipkan pada saya ini.
Suami saya menyukai k4um sejenis. No wonder lah saya langsung tak dipandang dan tidak disentuh. Saya dah confronted suami dan sanggup bersama dia dalam usaha dia untuk berubah.
Saya suggest kepada dia untuk ikuti sesi kaunseling namun dia enggan atas alasan malu.
Berkali-kali saya memujuk dia utk berusaha cara perubatan psikologi mahupun perubatan alternatif namun semuanya ditolak dia kerana bimbang diketahui orang lain.
Suami saya ni sangat baik, nafkah zahir tak pernah diabaikan. Jangankan mengasari, menengk1ng saya pun dia tak pernah buat.
Tapi nafkah b4tin memang tak pernah diberi. Dia cuma boleh k1ss saya, itupun saya yang kena initiate. Kalau saya minta dia try to do more, dia akan menolak.
Memang suami saya tak pernah mengasari saya secara fizikal tetapi dia sebenarnya mender4 saya secara emosi dan b4tin.
Perit dan saakitnya hati ini cukuplah Allah sebagai saksi untuk setiap air mata yang tumpah.
Di depan semua orang, kami berlagak seperti pasangan normal kerana ingin menjaga hati keluarga. Hakikatnya, saya menangis di dalam hati.
Bukan tidak pernah terlintas untuk menuntut fasakh tapi mengenangkan keluarga mertua yang sangat sangat baik hati apatah lagi dalam keadaan ibu bapa mertua yang tidak tahu suami bern4fsu songs4ng, saya terpaksa melupakan niat menuntut fasakh.
Pada saya, biarlah derita ini saya tanggung seorang diri daripada meluk4kan hati banyak orang.
Suami berjanji untuk berubah tapi sudah dua bulan, keadaannya masih sama. Saya masih lagi suci biarpun usia perkahwinan sudah berbulan bulan.
Derita ini saya pendam seorang diri, segala rasa kecewa, sedih, terluk4 saya hamburkan pada Allah yang Maha Mendengar.
Saya berdoa tanpa jemu supaya Allah menghilangkan naluri s0ngsang suami dan membuka pintu hati suami untuk mencintai dan melayani saya sebagai isterinya yang sah.
Kepada geng kuny itt di luar sana, saya mohon sepenuh hati jangan dianiaya wanita seperti kami yang berusaha menjaga kesucian diri.
Ingatlah, perempuan yang kamu nikahi itu adalah seorang anak perempuan yang dijaga rapi oleh ibubapanya supaya dia menjadi wanita solehah.
Apa ertinya pernikahan kalau cuma utk mengaburi mata orang lain atas kelemahan sendiri. Jangan dikhianati msjid yang dibina atas lafaz suci.
Kepada followers KRT yang ada pengalaman atau nasihat yang boleh membantu saya dan suami, saya alu-alukn.
Mohon doakan suami saya agar dia benar-benar insaf, berubah dan tidak mengikut naluri songs4ngnya. Moga Allah membalas jasa baik kalian dengan sebaik-baik balasan.
Ramai yang memberi nasihat dan pendapat.
Shahida. Takpe kak, usaha lagi.. google tip pikat suami. Pakai sksi sksi, meke up cecantik ke dlm rumah, tp jgn over sgt..
masak makanan fav suami, ckp sopan santun, ayat goda goda ke.. cuba lah kak..
yg penting doa jangan lupa, solat sunat, hajat dan tahajud mintak dekat Allah.. Hati manusia ni Allah yg pegang.. Allah yg berkuasa mengawalnya.. InsyaAllah Allah dengar..
Siti. Boleh jer bagi dia berubah dek…orang yg bernafsu s9
Pngsang ni punya satu naluri yg buat dia jadi begitu…naluri tu memang ada…
tetapi sebagai isteri awak harus s0ngsangkan dia balik ..msksudnya awak kena berwatak kasar ..setiap perilaku awak kena kasar..
cara awak kena rakus dalam permainan suami isteri..maksudnya walaupun awak lembut awak kena jadi kasar…bila kasar dia akan tertarik …
maknanya diakankan keluar dari batas s0ngsang dia tu dan akan cuba baiki setiap kelemahan dirinya…bertukar la orang kata…
bukan untuk orang lain tetapi untuk suami…nanti pelan2 dia akan berubah kalau tengok awak berubah…cuba ye akak…wallahualam…
Mastura.Jgn jaga hati org lain tapi diri sendiri makan hati. Jgn panjangkan dosa suami..Dahla x bg nafkah batin, nafsu s0ngsang tak dibendung..
2 dosa besar yg jelas kat ctu. Sebab takde tanda2 suami nak berubah..xnak kaunseling n xnk berubat.
Wanita yang bernikah tapi masih belum disetubuhi, tidak ada iddah. Cuma pergi pejabat agama utk batalkan sijil nikah
Saya tak suruh awak ceraai . Saya cuma menjelaskan je. Klu awak sendiri yg sanggup lalui bersama suami dan sabar juga terus berdoa, serta erti kata redha.. itu adalah baik sebagai pahala sabar tanpa rungut