Gambar sekadar hiasan. Assalam. Terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada admin andai confession ini tersiar. Nama aku Maryam. Aku berumur 25 tahun dan merupakan salah seorang graduan dari salah sebuah IPTA tempatan. Aku tamat pengajian pada tahun lepas. Aku nak luahkan perasaan aku yang berbelah bahagi sekarang ni. Aku tersepit antara kek4sih hati dan ibu bapa.
Sejak dari aku bersekolah di tingkatan 5 aku ada teman lelaki. Namanya Lutfi. Selepas habis SPM, aku meneruskan pengajian di tingkatan 6, Lutfi pula mula berkerja di sebuah kilang.
Lutfi sangat baik orangnya. Walaupun rezeki dia untuk sambung belajar takde, dia rajin berkerja. Macam macam kerja dia buat walaupun sekadar kerja biasa.
Dan dia adalah salah seorang yang banyak bagi aku kata kata semangat untuk tak give up. Dia matang orangnya, mungkin kerana dia dari sekolah dah mula berdikari. Banyak buat kerja part time waktu cuti sekolah.
Selepas keputusan STPM diumumkan, Allhamdulillah, result aku agak cemerlang dan aku diterima untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di sebuah IPTA.
Oleh kerana Lutfi dah berkerja, banyak dia bantu aku untuk persiapan aku ke universiti. Barang barang keperluan aku pun dia belikan. Takde satu sen pun guna duit aku. Paling aku tak lupa, dia hadiahkan aku telefon bimbit baru. Walaupun bukan berjenama mahal, tapi aku hargai.
Sebenarnya, keluarga aku agak susah, adik beradik aku ramai dan ayah aku cuma kerja kampung. So, aku sambung belajar memang bergantung fully dengan loan PTPTN.
Malangnya course yang aku ambil agak memerluukan belanja yang tinggi. Kadang kadang aku terpaksa berikat perut untuk pastikan duit aku cukup untuk beli buku buku yang agak mahal.
Ditakdirkan Allah, satu hari tu aku diser4ng gstrik yang sangat teruk sebab aku tak makan. Kejadian tu aku ceritakan pada Lutfi.
Sebenarnya aku malu nak cerita yang aku tahan lapar sebab nak save duit untuk beli buku. Tapi dia dapat agak aku takde duit. Dia marah kat aku sebab tak bagitahu dia yang aku takde duit.
Sejak dari hari tu, dia janji dengan aku yang dia akan bagi aku belanja bulan bulan untuk duit makan. Aku memang menolak tapi dia tetap insist untuk bagi. Dia memang tepati janji. Setiap bulan tak pernah sekali dia tak masukkan aku duit belanja sebanyak RM300 sebulan.
Alhamdulillah, cukup untuk belanja makan aku. Perkara ni aku tak rahsiakan dari family aku. Aku nak parents aku tahu yang ada insan yang hatinya mulia sanggup susah payah tanggung aku belajar. Lagipun memang parents aku tahu yang aku dah berkawan dengan Lutfi sejak dari sekolah lagi.
Parents aku nampak ok dan suka sebab ada yang sanggup bantu aku. Lagi lagi mak aku. Setiap kali aku balik ke kampung waktu cuti sem, aku selalu jugak pergi rumah Lutfi sebab kampung kami berjiran.
Lutfi ni anak tunggal, keluarga dia sederhana sahaja. Parents dia pun dah kenal aku sejak dari sekolah lagi. Mak dia memang sangat baik dengan aku. Kadang kadang aku rasa lagi rapat dengan mak dia berbanding dengan mak aku sendiri.
Aku memang sangat sayangkan Lutfi. Banyak jasanya pada aku. Sebelum aku habis belajar, kami ada berbincang antara kami berdua untuk berkahwin selepas aku habis belajar. Lutfi ada nyatakan hasrat dia untuk melamar aku. Keluarga dia juga sudah diberitahu.
Masa aku konvo, dia susah payah mintak cuti untuk datang di hari konvokesyen aku. Tapi masa tu aku mula perasan, parents aku macam tak suka Lutfi datang. Mak aku langsung tak tegur Lutfi walaupun sebelum ni dia restui hubungan kami.
Aku betul betul kesian dan sedih melihat cara parents aku layan Lutfi hari tu. Dia cuba beramah mesra dengan parents aku, tapi dilayan dingin. Aku pelik kenapa mak aku tiba tiba layan Lutfi lebih kurang macam tu.
Satu hari tu, aku kat rumah dengan family aku. Masa tu aku berniat nak bagitahu parents aku yang keluarga Lutfi nak datang merisik kalau keluarga aku setuju.
Disebabkan aku tak nak terus cakap pasal tu, aku cuba dulu untuk berborak pasal Lutfi sebelum aku terus straight to the point.
Tapi bila keluar je nama Lutfi dari mulut aku, terus mak aku marah. Aku masih ingat lagi kata kata mak aku..“Yang asyik nak sebut nama budak tu kenapa? Kemaruk nak berlaki sangat dah?”
Sungguh aku terkejut dengan kata kata mak aku tu. Lagi prah lepas tu mak aku bagitahu dia tak suka aku kawan dengan Lutfi lagi. Ayah aku cuma diam.
Aku tak sangka mak aku sanggup bagitahu aku yang dia tak suka aku berkawan dengan Lutfi sebab kami dah tak “sekufu”. Katanya dengan status aku yang dah ada degree, aku sepatutnya cari pas4ngan yang setaraf dengan aku.
Malam tu aku menangis teruk. Aku memang tak tergamak nak bagitahu Lutfi yang parents aku tak suka kami berkawan. Dalam aku menangis, mesej dari Lutfi masuk. Dia forwardkan pada aku satu iklan kerja berserta mesej.
“Awak, ni ada jawatan kosong dekat company tempat kawan saya kerja. Awak pergi la interview tu. Saya doakan awak dapat kerja ni..Aamin”
Tambah kuat aku menangis. Sampai aku dah habis belajar pun dia masih fikir pasal aku. Pedih hati aku bila terfikir apa perasaan dia bila tahu keluarga aku tak suka kan dia.
Aku ucapkan terima kasih pada dia. Alhamdulillah, aku pergi interview tu dan aku ditawarkan kerja tersebut. Satu lagi budi Lutfi buat aku dan keluarga. Aku bersyukur sangat sebab dengan kerja aku tu dapatlah sedikit sebanyak aku bantu keluarga aku.
Masuk sebulan aku kerja, aku pelik sebab Lutfi dah jarang contact aku. In fact, dia langsung tak mesej or call aku kalau aku tak call dia.
Waktu aku terima gaji pertama aku, aku call dia. Hajat di hati aku nak belanja dia makan sebab dah banyak dia berbudi dengan aku. Sekarang aku dah ada duit sendiri, aku nak dia jadi antara orang pertama yang merasa gaji pertama aku.
Aku call berkali kali tapi tak berjawab. Selang sejam kemudian, aku terima mesej dari dia. Aku tak dapat nak gambarkan perasaan aku masa dapat mesej dari dia. Rasa bersalah, sedih dan terluuka semua ada.
Dia bagitahu aku dia dah tak boleh nak baik dengan aku lagi. Katanya dia sedar kami tak setaraf dan dia harap aku berjaya dalam hidup. Aku tak puas hati lalu aku pun call dia. Tambah teruk aku menangis bila dengar suara dia. Aku tanya kenapa dia mesej aku macam tu.
Awalnya dia tak nak ceritakan apa apa. Dia just bagitahu anggap jelah kami berdua takde jodoh. Setelah berkali kali aku paksa dia untuk ceritakan sebab dia nak putuskan hubungan kami, barulah dia berterus terang.
Katanya mak aku ada call dia sehari selepas aku dapat kerja. Mak aku mintak dia putuskan hubungan kami. Lebih terkilan hati aku bila dapat tahu mak aku bagi alasan yang kami tak sekufu.
Aku tak dapat nak bayang betapa hncur hati Lutfi dengar semua tu. Tergamak mak aku buat macam tu. Sekufu dari segi pelajaran sahaja ke yang dia fikir?
Lupakah dia akan jasa Lutfi pada kami sekeluarga?. Siapa yang tanggung aku belajar selama ni kalau bukan Lutfi.
Balik ke rumah petang tu, aku bergaduh teruk dengan mak aku. Aku pertahankan Lutfi, mak aku hampir naikkan tangan pada aku.
Dia memang betul betul nekad untuk tidak izinkan aku baik lagi dengan Lutfi. Katanya aku patut cari suami yang lagi stabil. Bukannya lelaki yang cuma ada SPM dan kerja kilang.
Aku faham yang mak aku cuma harapkan aku untuk ubah nasib keluarga kami. Tapi nasib keluarga aku hanya akan berubah kalau aku berkahwin dengan orang kaya dan berpendidikan je ke?
Ya, Lutfi hanya ada SPM dan kerja kilang. Tapi dia rajin dan bertanggungjawab. Dia sayangkan aku, sanggup bersusah payah demi aku. Padahal takde jaminan yang kami akan berjodoh. Tak pernah sekali dia ambil kesempatan ke atas aku.
Lepas bergaduh teruk dengan mak aku, aku keluar dari rumah dan terus ke rumah Lutfi. Lutfi takde kat rumah. Cuma mak dia sahaja yang ada.
Mak dia terkejut tengok aku depan rumah dengan mata bengkak sebab menangis. Mak dia pelawa aku masuk dan pel0k aku. Aku makin teruk menangis. Mak dia tanya kenapa aku menangis?
Bila aku ceritakan semua, mak dia bagitahu sebenarnya Lutfi dah cerita tentang hubungan kami yang tak direstui parents aku.
Aku mengadu yang aku betul betul sayangkan Lutfi. Aku mintak mak dia pujuk parents aku terutama mak aku. Aku terkejut bila mak dia bagitahu, dia dah cuba bercakap dengan mak aku, tapi memang mak aku tak izinkan Lutfi berkawan dengan aku. Apa lagi berkahwin.
Makin teruk aku menangis bila mak dia nasihatkan aku supaya ikut cakap mak aku. Katanya restu ibu bapa itu penting.
Dia pesan kat aku, jangan kerana budi Lutfi pada aku, aku nak jadi anak derhaka. Tambahnya lagi, Lutfi tolong aku selama ni ikhlas dan jangan rasa terhutang budi dengan semua tu.
Aku tak tahu nak cakap apa dah perasaan aku masa tu. Aku sayangkan dia ikhlas dari hati aku, bukan hanya kerana budi dia pada aku. Mungkin dia cuma rasa aku terima dia kerana budi dia pada aku.
Hati aku betul betul hncur. Aku tak kisah walau Lutfi kerja apa sekali pun sebab aku tahu dia mampu jaga aku. Sungguh aku rasa macam manusia paling jahat mempergunakan dia. Walaupun aku takde niat sebegitu.
Buat Lutfi, andai awak baca confession saya ni, saya harap awak tahu saya sayangkan awak dan saya harap awak tetap perjuangkan hubungan kita. Saya tak mungkin dapat lupakan awak.
Kenapa awak jauhkan diri dari saya? Saya pun terluuka juga. Saya harap sangat awak dapat sama sama usaha dengan saya untuk pujuk mak saya supaya restui hubungan kita.
Saya doa supaya awaklah jodoh saya dunia akhirat. Jangan layan saya sebegini lagi.
Apa reaksi warganet
Shikin, Mcm aku & suami ikutkan kami tdk sekufu dr segi pendidikan & tangga gaji.pada mulanya family pun larang.tapi bila lama2 family npk kebaikan serta tggjwbnya suami aku mereka akhirnya merestui.ambil masa bertahun bru mrka trima.tapi berdoalah minta petunjuk dr Allah agar mereka blh terima andai lutfi jodoh yg terbaik buat tt.
Fasha, Mcm cite ibu mertuaku pulakkk.. Allahu.. semoga jodoh tt dgn lutfi kuat.. bkn senang nk dpt lelaki mcm lutfi tu zaman sekarang.. lelaki yg sokong seorang wanita utk lebih berjaya mmg jarang ada, lutfi tu memberi awak sayap utk terbang lebih tinggi.. sy doakan semoga ibu tt sedar lutfi tu yg terbaik utk tt.
Azizah Hamid, Doa byk2 dan istikarah selalu. Andai dia jodoh adik maka permudahkan utk di satukan. Lagi satu pujuklah sidia utk sambung belajar atau masuk kursus kemahiran utk tambah nilai dirinya. Kemahiran amat tinggi pasaran kerja sekarang sb pati dah dihantar pulang. Ambil peluang masa ini. Jika sidia jd pemangkin kejayaan adik, sekarang masa adik pula pemangkin kejayaan dia. Insya Allah ada hikmah semuanya berlaku.
Wan Akmal, Aku cadangkan, confessor tak payah kahwin lagi. Kerja betul2, pada masa sama jangan pinggirkan family. Kena faham, ada parents mmg mengharapkan untuk anak2 support lepas habis belajar. Yg tu satu.
Second, awak bincang dgn Lutfi. Yg ni awak kena bg full support dkt dia. Kalau betul awak syg dia, dan sanggup tunggu dia, suruh dia sambung study part-time. At least ada diploma. Since awk pun dah habis degree, so gunakan pengalaman awk study untuk tolong dia pulak. Then dari situ, korg bincang untk masa hadapan mcm mane. Tp yg penting, korg berdua kena cuba untuk saling support.
Nur Aisyah, Confession paling sedih. Hampir menitis air mata aku ni haa. Hmm Lutfi tu memang betul2 lelaki yang baik. Rezekinya tahap SPM aja. Janji dia kuat berusaha, rajin bekerja dan pandai cari duit sudahlah.
Satgi dapat suami biawak hidup x merana ka hidup? Tahap pendidikan tu xmenjamin kekayaan, tapi usaha yang gigih dan x kenal erti berputus asa tula menjamin masa depan yg baik. Haish, ada jugak mak pak mcam ni. Try slow talk dengan parent awak terutama mak awak tu. InnshaaAllah semua akan baik2 saja. Baca doa pelembut hati dan tiup kat mak awak.
Rozie Bpa, Ingatkan mak awak jasa dan budi org.. Jgn sekali esok terkena dgn org yg baru tahu.. Jika mak awak degil awak pun patut tegas dgn pendirian awak pilih lutfi.. Jika awak ikut pilihan mak ayah awak nanti menyesal tk sudah hilang seorang insan yg dh terbukti sanggup bersusah dan ikhlas demi awak..
Jika lutfi dah berpaling pada org lain semuanya dh terlambat.. Memang redha ibu bapa penting.. Tapi kuatkanlah semangat kamu.. Kalau saya rasanya akan tunggu walau tk kahwin.. Sebab bahagia itu hadir dari kerelaan bkn keterpaksaan.
Nabilah Ghafar, Buatla istikaharah…doa byk2 moga dipermudahkan. Moga Allah tunjuk mana yg patut. Mmg syg nk lepaskan org yg menghargai kita, tp yg melarang tu pun ibu kandung kita sendiri..apa boleh buat? Dua2 sumber kebahagian, satu bkl kebhagian. Satu yg bg kita kehidupan. Ada pahit getir, anggap la itu ujian..Allah nak uji kita, ajar kita lebih dewasa. Moga dipermudahkn urusan confessor.
Siti Azlina, Kepada Lutfi andai ada baca ….mehhh akak nasihat kan….Jangan sesekali mengalah terus kan berusaha hingga berjaya…pertahankan cinta anda berdua. jangan biarkan Maryam keseorgn…Maryam perempuan semestinya dia mengharapkan awak utk kuat dan Sama2 mengharungi dugaan ini.
Berusaha ambil hati kedua ibubapa maryam Di samping berdoa moga Allah Ta’ala lembutkan hati mereka,….akak doakan Semoga dipermudahkan urusan untuk anda berdua oleh Allah Ta’ala.
Sumber – Maryam Zulaikha (Bukan nama sebenar) via IIUMC/edisimedia