Isteri aku ni boros, belanja 25k setahun utk Sh0pee dan Lazada. Naik pening aku rasa

Gambar sekadar hiasan. Apabila melangkah ke alam perkahwinan kita mestila memahami psangan masing-masing. Biasanya selepas kahwin lah baru kita tahu perangai sebenar pasngan kita. Ada yang boros, pemalas, kedekut jenis berkira dan sebagainya. Untuk kisah kali ini, kisah yang sangat menarik untuk dikongsikan kepada semua. Kisah ini menceritakan tentang sikap isteri yang terlalu boros sehinggakan memeningkan suaminya sendiri. Ikuti kisahnya di bawah

Salam, aku nak tanya macam mana nak buat bila bini kuat boros duit sendiri. Kami kahwin dah 9 tahun anak 5 orang isteri seorang cikgu dan gaji dia dekat 5 ribu tapi dia sangat boros belanja. Dia cuma bayar kereta dan bibik jer. Lain semua aku bayar tapi hujung bulan duit abis entah kemana. A

ku pernahlah pegang kad bank dia 2 tahun itu pun lepas bergaduh besar bila aku nak sedekahkan baju dia yg dah sampai 2 almari. Bila aku pengang kad dia dekat 1 tahun dan bagi duit belanja ikut aturan aku, dapat simpan dalam 25 ribu.

Tapi letihlah akaun company nak tengok akaun dia nak aku uruskan. Bagi nasihat sikit apa nak buat ni. Banyak dalih dia ni, kata bagi mak ayah lah, sedekah tahfiz lah bagi adik beradik lah belanja bibiklah tapi bila aku check balik sebenarnya banyak beli barang shoppe dan lazada.

Rasa macam buang je loceng pagar tu hari2 lori shoppe lazada dtg. 25k setahun tu belanja kat shoppe lazada yg aku tapis dan belanja2 lain yg memang tak perlu. Naik pening aku rasa nak suruh dia berenti kerja je biar duduk rumah ubah perangai tu.

Warganet turut terkesan dengan kisah ini, ramai yang memberi cadangan yang bernas untuk menyelesaikan masalah ini. Antara respon mereka.

Aen Bahar, alamak terlalu boros pun xleh walaupun duit sndri.. ikutkn 5k sebulan gji sebenarnya xbyk mne.. btl dh encik soh dia nyimpan.. encik cuba tegas sikit tp dlm mse sme ckplah… yaa mmg tu duit awk sy xde hak.. tp nk awk saving2 sme.. akn dtg xtau cmne sht lg ke x nk kje lg.. sy dh xde ke.. duit peninggalan sy klu de utk awk pun lme2 abis juga.. mnx benti boros aje.. tu je.. belanja leh tp jgn trlalu boros

Salina Halim, Ni akak bagi pendapat je..tak ikut pun tak apa..buka satu akaun nama anak sulong atau satu akaun lagi nama bersama..bila gaji..transfer sedikit duit isteri tu pada akaun yg baru tu..dan ingat akain baru tu tak perlu ada kad atm..duduk dulu berbincang sebelum tu..

Insyaallah dgn kad baru tu akan ada saving pada gaji isteri.utk tidak jadi masalah iri hati..awak pun masok juga duit dlm akaun baru tu..benda boleh bincang tak perlu pening2 kepala nak gduh..semoga berjaya dunia akhirat

Noor Azura, Mmg duit isteri duit dia, suami takde hak. Saya faham, tuan mgkn risau bila isteri xde simpanan. Mgkn tuan ni otak bisnes atau dlm sektor akaun/kewangan. Memang pk jauh. Skrg, mmg semua tuan uruskan kecuali bibik isteri byrkn.

Kita sbg isteri ni jgn pk suami kita akan hidup sampai tua, tiba² suami tu mnggal, camane dgn isteri tu? Ramai sahabat² saya yg suaminya mngal awal, kesian..taktau la camane dia nk uruskan dgn anak berderet dan dulu semua suami yg uruskan. Bila suami xde, isteri ni yg kena usahakan. Bila xde simpanan atau bila keluarga lelaki pulak berebut harta, camane keadaan kita?

Cadangan saya, Tuan simpankan la RM1k sebulan dan jaga akaun dia dan utk nafkah, tuan tambah la lagi.. Sbb bg kt tangan pun abis. Suami saya mmg masukkn duit nafkah ke bank saya. Tp dia xbg usik tp bila saya betul² terdesak, pakai la..dah mmg duit saya katanya.

Pakaian, mkn minum tu lain, x masuk nafkah. Kereta, rumah pun dia byr.. Tu risau jika xde simpanan. Mcm PKP ni. Sumber pendapatan dia kurang, tanpa simpanan, camane nk hidup? Dia pula bisnes. Nk run bisnes lg. Time ni kita bantu la sikit. Dia pun ada simpanan lain.. Alhamdulillah.. Moga terus dipermudahkan.. Buat tuan, saya doakan urusan tuan juga dipermudahkan..

Salawati, Salam encik ooiiii..duit isteri keje hak isteri…biar la dia nak belanja or simpan…ty diri sdri..blh x ko bg dia 5k sebulan…nnt kalu ko bg 5k sbln pun itu tetap hak dia…masing² dah jlnkan tgjwb masing-masing Alhamdulillah..bahagia dah tu…jd…bersyukur la

Ctie pjun, Cara dia cerita mnkin nk mntk pendapat untk isteri dia kurangkan membazir duit beli brg yg xberfaedah lngsung..tp bnyk yg kecam..mmg la duit isteri tp smpai trlalu memboros ikot nafsu xsapa suruh..kita xtau masa akan datang mcm mna..tiba2 bisnes suami jatuh spa lg nk tlg bangunkan klu bukan isteri..beringat sebelum jatuh.

Aini Balqis, Org perempuan mmg sifat dia macm tu..yg pnting tuan kena pandai pujuk..bgi ayat bunga² sikit..jangan putus asa memujuk..Jangan bgi dia brhenti kerja..zaman makin lama makin perluukan duit banyak..anak² makin besar makin banyak nk guna duit..racun fikiran dia utk laburkan duit dia tu pada aset² penting macm rumah, tanah or emas..benda ni semua aset yg akan bertambah nilai setiap tahun..

Nurul Zuraida, Mmglah tu duit isteri dia. Tp dia sbgai suami ada hak nk tegur klau ada yg x kena. Nk berbelanja x salah tp bia berpada pada.. dia hnya nk bia ada simpanan. Klau jd ape2 senangkan. Lg pom gji bini dia byk kot 5k. Xkn la smpai hjung bln dh abs. Lgi pon dia x usik pom duit bini dia. Cuma dia persoalkan kenapa terlalu boros berbelanja bnda yg tidak penting. X semestinya duit bini dia ikut suka hati dia nk buat apa. Apa fungsi jd suami klau dia x boleh tegur.

Azrul Muhairi, mentaliti kelas bawahan bila suami suruh ‘menyimpan’ pun cakap ‘xpe duit isteri…suka hati dia la nak buat apa pun…suami xde hak…’ kerja pun atas ‘izin suami’..kalau tak agak² bergaji dan bersyukur tak dengan apa yg ada je…cakap lebih² nanti ramai pulak kecam….percayalah

Nur Zafieyra, sampai masa dia nt.. baru dia sedar yg selama ni dia membazir. baju bnyk2 x smpt nk pkai.. beg rosak sbb lama simpan.. kasut naik kulat.. aduhai… lumrah perempuan suka membeli.. selagi tak dapat.. x dpt buat kerja.. ibarat mndi tak basah.. mkn x kenyang..saya lah tu. serius sgt mnyesal.

DH shope, Kalo dia berhenti kerja..aku risau acc kau la kosong nnti..ddk rumah hari2 dia shoping..hahaha
Biar la..mungkin cara tu buat dia hilangkan stress..bkn mkn je sbb stress..shoping pon salah satu terapi stress..jadi cikgu ni bkn senang..lg2 dgn keadaan skrng ni..stress dia lebih tau..

cuma kau boleh la mintak suku dari gaji dia tu..kau ckp nk menambung..simpan dalam tong gas yg selalu orang dok jual tu..kau amik rm1500 untuk menabung..cukup la..yg selebihnya biar la dia nk buat apa..gaji dia kan.. dia kerja penat2..reward tuk diri sendiri tu…

Lili siriani, Hurmm.. siapa yg kecam tu memang tak paham la agaknya. Suami dia ni ada jer duit. Tu tgk tu dia ada akaun company sendiri. Dan dlm masa yg sama dia nak kena plak jaga bini dia punya akaun. Dia nak tanya nak buat mcmana kalau bini tabiat suka shopping shopping dan shopping. X sampai akhir bulan duit dah abis. Conpom lah dia minta kat laki dia. Itu yg laki dia fenin tu. Cuba korang kasi mcmana nak handle bini mcm tu.

Semoga dengan cadangan dan respon dari warganet ini akan dapat menyelesaikan masalah keborosan isteri si suami ini. Si suami buatlah tindakan yang menjejas yang tidak menjejaskan rumah tangga.

Sumber : Krt