Foto sekadar hiasan. Salam. Aku isteri orang dan ada seorang anak. Masuk tahun ni sudah 6 tahun aku mendirikan rumah tangga dengan suami aku atas dasar cinta. Dia merupakan kawan baik aku dari sekolah menengah. Dia bukan budak pandai. Sebelum berkahwin dengan aku dia kerja macam-macam. Dia seorang yang rajin dan baik hati.Semasa aku sedang belajar di sebuah IPTA aku telah mengisi beberapa borang pekerjaan untuk suami aku. Alhamdulillah dia dapat kerja tetap yang aku telah mohon untuknya.
Dari kehidupan susah sekarang dia dah senang. Selepas setahun bekerja kami berkahwin. Alhamdulillah dapat baby yang comel. Kami bahagia.
Tapi selepas beberapa bulan aku bersalin suami aku berubah. Dia suka melepak sampai pagi. Sembahyang pun tidak.
Anak dia layan dengan baik dan anak aku memang manja dengan ayah dia. Aku suka membebel sebab dia tak solat. Aku selalu nasihat aku cakap kat dia anak semakin membesar.
Takkan tak nak berubah jadi ayah yang taat. Tapi dia tetap dengan perangai dia sehingga aku jadi tawar hati pada dia. Aku selalu tolak layanan dia sehingga dia marah dan tidur asing dengan aku kerana dia s4kit hati aku tak layan nafsu dia.
Aku jadi s4kit hati sangat dia susah nak dengar nasihat aku. Bukan nasihat aku je tapi semua orang terdekat dia. Makin lama hubungan kami jadi renggang.
Die pernah tuduh aku ade hubungan dengan lelaki lain sebab aku tak layan dia. Dia juga pernah cakap nak die layan pelacur ke baru aku nak menyesal.
Masa tu die menangis sebab aku dah jauh dari dia. Masa dia nangis tu aku cerita semua apa yang aku tak puas hati. Dan kami berbaik semula.
Cuma satu je suami aku tak berubah. Dia masih tak solat. Dan aku dh malas nak tegur. AKu cuma tegur dr hati je. Aku selalu buat solat hajat utk dia berubah, supaya dia menjadi suami yang taat perintah agama.
Selepas beberapa tahun, hubungan kami masih elok.masih bahagia.tp hubungan suami aku dengan Allah mmg ke laut..
tapi aku cuma berdoa sepanjang masa jika suami aku bukan yang terbaik untuk aku pisahkan la aku dengan suami aku.sebab aku tau keburukan tak solat dalam rumah tangga.
Tak berkat sesebuah rumah tangga. Tapi kami masih bahagia cuma kebahagiaan tu rasa macam tak sempurna.
Pada suatu hari , aku tergerak hati nak cek handphone dia. Aku cek satu persatu satu. Tiba2 aku terbaca satu wasap dari nombor yang tidak di save namanya.
Dalam wasap tu takde ayat2 cinta. Aku tak syak apa2 ketika tu. Sehingga ada satu ayat perempuan tu kata ‘aku sayang kau.lepas aku bercrai aku nak kawin dengan kau.’
Suami aku reply dia kata ‘aku taknak bagi kau harapan sebab aku sayang isteri aku.’
Perempuan tu cakap dia sayang suami aku dan ada ayat2 cinta dia dan gambar2 lucah dia cuba menggoda suami aku. Suami aku layan dia sebagai skandal.
Perempuan tu isteri orang. Dia buat ayat sedih2 pada suami aku dia merintih mengadu suami dia jahat. Dia sedang mengandung anak suami dia tetapi suami dia tak layan dia baik2.
Suami aku kesian pada dia sebab dia mengandung. Hubungan mereka semakin jauh. Suami aku tolong dia macam2.
Dan suami aku juga telah terlanjur bersama dia semasa dia sudah mengandung. Astaghfirullahalazim…
Selepas aku baca semua wasap2 tu aku tanya suami aku, dia masih sayang pada aku atau tidak. Dia terkejut. Dia cakap dia sayang aku dan anak.
Aku tunjuk wasap betina tu.. dia terkejut. Aku menangis semahu2nya. Dia pluk aku minta maaf. Aku tampar muka dia banyak kali, aku cubit dia sampai berdar4h kuliit dia, aku pkul badan dia sekuat hati aku.
Dia minta maaf kat aku dia kata dia dah tak contact betina tu dah. Dia lupa padam wasap tu.. aku minta die lepaskan aku sebab tahap dia sangat teruk.
AKu tanya apa salah aku. Apa punca dia layan betina lain. Selama aku jaga anak, aku masak jaga makan minum pakai dia.. suami aku kata aku takde salah apa2..
dia yang bodoh melayan betina lain..aku minta c3rai tapi suami aku kata dia takkan c3raikan aku kecuali dia m4ti..
Esoknya aku call betina tu, betina tu sangat kurang ajar. Dia kata aku tak pandai jaga suami. Sebab tu suami cari betina lain.
Aku marah dia balik aku cakap dengan laki orang pun nak bernafsu dah la tengah mengandung mana sifat malu sebagai orang islam dan sebagai isteri Aku cakap dia isteri derhaka.
Dia pun cakap aku tak layan nafsu suami aku sebab tu laki aku cari dia untuk puaskan nafsu. Aku kata suami aku bodoh sangat layan betina macam dia.
Dia kata suami aku dah banyak kali puas dengan dia. Dah tak guna dah. Dia buruk2 kan suami aku dia kata suami aku layan pelacur.
Macam2 dia burukkan. Tapi aku malas layan betina sial macam tu. Kesian anak dalam perut dia tu dapat mak sundal macam dia.
Aku harap dia m4ti beranak. Hahaha. Dia cabar hukum tuhan. Aku tak buat apa2 pda dia, aku cuma berharap Allah balas dengan setimpal pada dia.
Suami aku. Aku pergi pejabat agama dengan dia. Aku minta pandangan ustaz. Perkara pertama ustaz akan tanya suami solat tak. Isteri solat tak. Solat berjemaah tak. Aku cakap aku je solat.
Jemaah tak pernah langsung. Ustaz tu geleng kepala. Dia kata sepatutnya solat lah paling perlu jaga. Sebelum jaga hubungan suami isteri perlu jaga hubungan dengan pencipta dahulu.
Ustaz tu minta aku buat solat istikharah supaya aku dapat petunjuk. Suami aku banyak kali cakap dia takkan lepaskan aku walau macam mana cara sekali pun..aku buat bodoh je dulu.
Malas aku nak layan. Kalau sayang aku dia tak buat macam tu. Bodoh kan.Malam tu aku buat istikharah. Allah bagi petunjuk yg baik pada aku.
Seperti menyatakan aku perlu bagi peluang kepada suami aku. Dan aku bagi peluang kepada suami aku. Tapi aku layan dia teruk lah.
Aku panggil dia aku kau je dengan dia. Aku taknak kurang ajar tapi aku terpaksa ajar dia macam tu. Aku cakap kat dia aku boleh bagi dia peluang.
Tapi tolong jangan ulang lagi kesalahan tu. Aku bagi dia peluang terakhir untuk buktikan dia boleh jadi suami dan ayah yg berguna. Dia cakap terima kasih kat aku banyak kali sambil pluk aku.
Tapi aku tak pernah balas p3lukn tu. Sebab aku dah benci pada dia. Malam tu aku mimpi lagi, aku mimpi aku masuk neraka.tempat yang panas.aku berfikir kenapa aku mimpi macam tu.
Bila fikir balik mungkin sebab aku bagi peluang kat dia tapi aku tak ikhlas. Aku masih kurang ajar pada suami aku. Aku marah dia. Aku panggil dia bodoh dia sial.
Aku menangis masa tu. Masa nak pergi toilet nak cuci muka aku nampak suami aku solat. Dia tengah sujud. Sujud yang sangat lama.
Tak lama tu dia duduk bagi salam dan berdoa. Aku dengar dia menangis. Dia cakap ‘terima kasih ya allah kau lembutkan hati isteri aku.
kau bagi isteri aku semula, kau bg aku peluang untuk aku buktikan pada isteri aku aku memang sayangkan dia.aku tak sanggup berpisah dengan dia.Masa tu aku pun nangis.. tapi aku tak pergi pun kat dia. Aku masih kuatkan hati aku untuk tak berlembut dengan dia.
Aku bersikap dingin pada dia selama nak dekat setahun. Sehingga satu hari aku rasa aku rindu dia. Suami aku dah banyak berubah.
Dia tak pernah tinggal solat. Tak keluar lepak, tak isap rokok. Dia selalu masak untuk aku. Dia belajar mengaji, pergi masjid. Aku nampak perubahan dia.
Aku rasa Allah dah jawab permintaan aku dulu. Aku perlukn suami yang taat agama, yang berguna. Jika suami aku bukan utk aku, jauhkan lah dari aku. Tapi suami aku semakin dekat pada aku. Semakin menyejukkan hati aku.
Semasa dia solat aku tunggu sampai siap. Aku pergi pada dia. Aku salam dia aku ciium tangan dia. Aku pluk dia kuat kuat. Aku sayang sangat pada dia ya Allah.
Aku anggap ini semua ujian rumah tangga. Aku minta ampun pada dia sebab layanan aku selama ni. Dia cakap aku takde salah.
Memang patut aku layan dia macam tu. Dia yang salah tak reti hargai aku. Taknak dengar nasihat aku. Dia minta maaf pada aku banyak kali. Janji pada aku takkan ulang perkara sama.
Ya Allah jika ini ujian utk aku dan suami aku redha. Ujian yang sangat manis hikmahnya. Akhirnya aku dapat suami yang baik, yang menjaga solat.
Yang menyejukkan jiwa aku. Terima kasih ya Allah. Semoga hubungan ini kekal hingga ke syurga dengan keberkatanMu, kasih sayangMu.Ampunkan dosa suami aku… Semoga peluang yang aku bagi suami aku hargai.. amin.