Gambar sekadar hiasan. Assalam dan hi semua. Aku Rose Mawar, pernah menulis confession disini. Terima Kasih sekiranya confession kali ini disiarkan. Ramai yang komen, kata Kakak kakak ipar ku bagus. Kat sini aku nak cerita mengenai kakak ipar aku yang sulung. Aku ada 2 orang kakak ipar. Kak long dan kak ngah.
Di sini aku nak cerita mengenai kak long, iaitu isteri abang long (sekarang dah aruwah abang long aku). Abang long kahwin dengan kak long masa aku umur 10 tahun. Beza umur aku dengan abang long 19 tahun.
Masa abang long kahwin, aku gembira sangat sebab akhir nya aku mempunyai 2 kakak (abang ngah kawin dulu dari abang long).
Masa aku meningkat remaja, aku tau perangai aku sangat la teruk. Pemalas yaa robbi. Kak long pulak dok dengan ma dan abah, dan aku.
Aku ni, masa tu, pinggan malas basuh, kain malas lipat. Korang kecam la aku berjemaah, Memang aku confess perangai aku teruk giila dulu. Tambah pulak ma abah manja kan aku, tak pernah suruh buat kerja rumah. Mesti kak long bengang giila dengan aku.
Aku masa remaja, memang anti dengan kak long. Kalau kak long balik rumah mak dia, aku rasa aku lah paling happy. Sebab tak perlu hadap suruhan kak long untuk lipat baju (baju aku je pun dia suruh lipat), sidai kain, basuh pinggan.
Serius aku tak suka bila disuruh macam tu. Oh ye.. Kak long tu kaki tangan awam, sama sektor macam abang long.
Sehingga lah aku dewasa, aku kerja sebagai kaki tangan awam, sama sektor jugak dengan kak long. Tetiba aku jadi sekepala dengan kak long.
Masa ni diorang dah ada rumah sendiri, diorang buat rumah tepi rumah ma abah aku je. Aku pulak merantau ke negeri lain masa tu, ikut suami.
Kalau aku balik Kampung, anak anak aku memang tak lekat kat rumah ma abah, terus pergi ke rumah kak long (anak anak aku panggil maklong dan paklong).
Kak long dan abang long memang suka melayan anak anak aku even dia pun ada 4 orang anak, tapi dah besar besar semua.
Sebelum ma mngal, ma ada pesan kat aku,
“Nanti Kalau ma dah m4ti, jangan la tak balik Kampung. Balik la tengok abang, dok kat rumah abang. Kak long baik, ma tau.”
Aku pegang pesanan tu sampai hari ni. Alhamdulillah tetiap tahun aku balik 3 hingga 4 kali setahun tanpa gagal.
Masa aku balik, aku akan stay kat rumah abang long. Sebab rumah pusaka tu dah bagi sewa kat orang. Dan layanan kak long pada aku dan keluarga tak kurang sikit pun dari layanan ma. Exactly sama.
Apa yang aku dan keluarga aku suka, dia akan jamu kaw kaw. Bilik untuk aku dan keluarga kecil aku pun dia sediakan, bilik yang sangat selesa untuk kami 4 beranak.
Sekiranya anak anak remajanya buat perangai, aku lah insan pertama dicarinya kerana abang long dah str0ke masa tu. Aku lah tempat dia berkongsi suka duka air mata. Aku boleh bersembang dengan telefon berjam jam dengan kak long.
Bulan 12 tahun 2019, abang long telah kembali kepada Maha Pencipta di w4d 1CU. Aku berada di sisi kak long masa abang long s4kit tenat seminggu sebelum mngal. Aku mendengar segenap rintihan kak long.
Aku sediakan bahu aku untuk kak long bersandar, sebagai ganti bahu abang long. Masa tu, dalam perancangan untuk kenduri anak anak kak long (anak anak saudara ku) nak kahwin, abang long pergi mngal kan kami.
Terkapai kapai kak long. Walaupun kak long ada adik beradik yang ramai, tapi segenap masalah bersama anak anaknya sedikitpun tidak diceritakan kepada adik beradik nya.
Mungkin dia lebih selesa berkongsi dengan aku. Lagi pun, anak anak saudara ku rapat dengan aku. Sebab tu kak long lebih selesa bercerita dengan aku.
Tarikh kenduri, goodies kenduri, kad jemputan, semuanya bincang dengan aku. Sehingga kan aku tak rasa dia kakak ipar aku, aku rasa seperti dia kakak kandungku.
Setiap bulan, aku akan balik Kampung untuk settle kan hal kenduri. Hingga lah 2 hari sebelum kenduri di rumah kak long, kenduri terpaksa dibatalkan kerana PKP.
Setelah anak anak saudara ku kahwin (2 pengantin sekaligus), bilik yang selalu aku gunakan bila balik kampung, telah digunakan oleh pengantin.
Maka menumpanglah keluarga kecil ku di bilik anak saudara ku yang lain. Mungkin kak long perasan ketidakselesaan suami aku. Bulan lepas kak long call aku, nak buat bilik lain khas untuk aku dan family.
Stor yang ada sekarang akan diubahsuai bumbungnya untuk dijadikan bilik aku. Stor tu agak luas. Ubah suai mungkin akan menelan kos 7k termasuk barang dan upah.
Aku minta dengan kak long untuk berkongsi kos 7k, iaitu aku 3.5k, kak long 3.5k.
Tapi kak long berm4ti mtian mengata kan aku tak perlu tambah apa apa kos, asal kan aku sentiasa balik. Sebab katanya, dia dah berjanji dengan abang long untuk sediakan 1 bilik yang selesa untuk aku dan keluarga.
Kalau Korang baca 1st confession aku, Korang akan faham, sepatutnya aku tak berhak apa apa pun terhadap segala harta pusaka ma dan abah.
Aku tak pernah tahu yang aku anak angkat kerana ma dan abah melayani aku sama seperti abang abang ku. Tak kurang sedikit pun, malah berlebihan lagi kerana abah kata aku anak perempuannya seorang dan anak bongsunya.
Abang abang aku pun melayani aku dengan sangat baik sehingga aku tak sangka aku hanyalah anak angkat. Lagi pun surat beranak juga tertulis nama ma dan abah sebagai nama Ibu dan Bapa. Aku tak curiga sikit pun.
Aku tanya ma, kenapa mak kandung aku serahkan aku kat ma. Ma kata sebab mak aku tak mampu nak bela aku kerana dia kerja sebagai orang gaji di rumah orang kaya, ayah aku pula dah mngal. Sebab tu mak aku cari orang yang sanggup bela aku.
Setelah abah mngal, beliau ada mngalkan sedikit simpanan, alhamdulillah abang abang aku tidak lupa menghibahkan untuk bahagian aku walau pun aku sebenarnya tidak layak menerima pusaka.
Tapi kerana amanahnya kak long dan abang long terhadap wasiat ma dan abah, aku juga mendapat hibah.
Rumah pusaka dan sebidang tanah, sedikit duit simpanan aruwah abah dalam Bank yang dibahagikan secara faraid, dimana aku dapat 1/4 dari Wang tersebut, alhamdulillah.
Sekarang, aku, kak long, kak ngah dan abang ngah sedang menguruskan pertukaran nama tanah pusaka.
Terima Kasih Allah menghadirkan kak long yang baik hati. Alhamdulillah Allah menganugerahkan keluarga angkat yang sangat baik hati.
Setelah aku baca semua komen pada confessions aku yang Pertama, baru aku sedar, seharusnya aku bersyukur dilahirkan, diserahkan kepada ma abah yang baik hati.
Perancangan Allah adalah terbaik. Terima Kasih kerana sudi membaca confession aku yang tak seberapa kerana aku tak pandai mengarang.
Apa reaksi warganet, ramai yg kongsi pengalaman mereka
Amie Mokhtar – Confession ni mengingatkan saya kepada kak long yang saya rindu. Saya pun pernah ada kak long yang kasihnya seperti kakak sendiri walaupun dia kakak ipar.
She lost her battle after 15years fight against her cncer. Semoga aruwah kak long dan aruwah abang long tenang disana. Amin.
Nurul Assyakirin – Macam anak anak aku la. Lagi sayang makcik nya dari mama nya sendiri, hehe. Balik KL je semua cari mummy nya. Di JB pun hari hari cari mummy. Aih jenuh nak menjawab
Abibah Semis – Tahniah Rose Mawar. Di saat ramai anak kandung merintih dengan layanan ibubapa sendiri, awak dapat kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat. Semoga berbahagia sehingga akhir hayat
Edha Rohaida – Sebak bila baca dua dua confession tt. Alhamdulillah, Allah hadirkan orang baik baik di sekeliling tt. Mungkin tt tak ditakdirkan untuk merasa kasih sayang daripada ibu dan bapa kandung. Tapi dapat merasa kasih sayang keluarga angkat yang tak ada bandingannya..
Elvina – Tenang fikiran bila dapat baca confession yang positive macam ni. Terasa ingin menjadi sebaik kak long, buang semua segala sifat negative dalam diri, lawan nafsu buruk, biar bila kita mngal nanti orang akan kenang kita dalam kebaikan, orang akan merindui ketiadaan kita.. Amiin3 yra.
Sumber – Rose Mawar (Bukan nama sebenar) via IIUMC/edisimaya