Assalam. Nama ku Ummi. Seorang balu dan dah ada 2 orang anak solehah usia setahun dan 3 tahun. Sejak suami tiada aku hidup berbekalkan duit insuran dengan pencen suami. Walaupun belum lagi ada rezeki untuk bekerja tapi alhamdulillah masih cukup semuanya. Waktu awal pemergian arwh suami aku dah bahagikan semua harta ikut hukum faraid dengan keluarga sebelah suami.
Keluarga suami tak ada pun yang menolak maka aku bahagikan semuanya ikut hukum agar aku tak akan ditanya nanti.
Tapi selesai pembahagian bapa mertua ku meminta lagi seribu ringgit untuk kos baik pulih keretanya yang r0sak. Masa tu aku tak rasa apa-apa lagi maka aku hulur la dengan rela hati.
Setelah itu ada lagi beberapa kejadian bapa mertua ku menghubungi aku meminta beberapa ribu ringgit untuk dia bawa isteri dan anak-anaknya berjalan jalan katanya.
Masa tu pun aku masih lagi tak rasa apa-apa sebab aku kasihankan mereka yang juga kehilangan anak sulung tercinta maka aku hulurkan juga.
Kenduri arwh di sebelah keluarga mereka juga aku yang tanggung semuanya tapi duit sedekah dan sumbangan orang ramai masa kenduri tu aku tak dibagi walau sedikit pun.
Masa tu aku sudah sedikit terasa. Tapi Allah juga yang Maha Mengetahui segalanya. Duit sedekah tu hilang tiga hari selepas kenduri arwh.
Masa mak mertua aku cerita duit tu dah hilang aku sedikit pun tak terkejut sebab aku rasa duit tu memang bukan hak dorang pun.
Aku sekarang duduk dengan mak ayah aku. Rumah mertua jaraknya lebih kurang 7 jam perjalanan dari rumah mak ayah aku.
Tapi dalam 3 bulan sekali aku mesti bawak anak anak aku jumpa atok dan nenek dorang sebab anak sulung aku ni suka sangat dengan atok sebelah sana tu.
Dan setiap kali balik ke sana macam macam permintaan aku dapat dari adik2 ipar aku dan tak lupa bapak mertua aku sendiri.
Kurang sedarkah mereka yang aku ini tidak bekerja malahan perlu menanggung 2 orang anak pula.
Bawak makan angin, belanja dapur, belanja makan luar, tukar tayar dan karpet kereta mertua pun dia mintak duit aku juga. Salah aku juga sebab aku terlalu berlembut dengan mertua.
Tapi pernah sekali aku fahamkan mertua yang aku tak ada kaitan nak bayarkan kos tukar tayar kereta dia tapi dia tetap nak aku tambah juga duit sedikit sebab dia tak ada duit katanya.
Maka berhuhu je lah aku dalam hati. Aku bukan apa, mak mertua rapat sangat dengan arwh suami jadi lepas suami tak ada ni aku seboleh bolehnya nak gembirakan dia.
Jadi aku tak kisah sangat nak belanja bawa makan angin tu sebab nak tengok dia gembira.
Setakat kejadian yang aku cerita ni tak ada lagi yang menggores hati aku sangat. Tapi selepas adik ipar aku melahirkan anak aku rasa iri hati sangat dengan anak dia.
Masa awal kelahiran tu bapak mertua aku dah belikan baby cot harga 450 ringgit untuk cucu dia yang tu.
Dalam hati aku selalu kata tak ada duit tapi boleh pulak belikan yang tu untuk cucu dia. Yang buat aku ralat sangat bapak mertua aku ni kaki surau.
Takkan la dia tak sedar yang aku ni dengan anak-anak aku nafkah wajib yang dia mesti lunaskan. Aku tulis confession ni penuh dengan air mata.
Aku rasa sedih sangat untuk anak-anak aku. Kalau untuk aku sedikit pun aku tak kisah kalau tak dapat apa-apa.
Yang lagi menyedihkan tadi adik ipar aku yang bongsu cerita yang bapak mertua aku ni tengah cari kereta mainan besar yang boleh sit and drive untuk cucu dia yang satu tu.
Allahu aku terus pluk anak-anak aku lepas dengar cerita tu. Anak-anak aku satu apa pun tak pernah dapat dari atok dorang.
Aku rasa iri hati sangat. Cucu dia yang tu ada lagi ayah dia nak belikan apa-apa untuk anak dia. Dia tak sedar ke anak-anak aku ni dah tak ada ayah? Tapi wajarkah aku rasa iri hati macam ni? Ke aku je yang lebih2.
Tapi alhamdulillah aku ada mak ayah yang sangat sayang dengan cucu dorang ni. Ada kakak-kakak dan abang ipar yang tak berkira sikit pun nak belikan apa-apa untuk anak buah dorang.
Sekarang aku tengah hunting job ni. Korang doakan aku murah rezeki ye supaya dapat bahagiakan anak-anak aku.
Apa reaksi warganet, ramai yg bagi nasihat dan kongsi pengalaman
Nurul Nadiah, Baik tu boleh tapi tolonglah jangan terlalu baik walaupun dgn keluarga mertua. Amek kesempatan dalam kesempitan org. Allahuakbar pakcik dah tua2 geng surau plk tu tlg la dalami ilmu agama sebagai keluarga mertua yg anaknya sudah tiada.
Tak pun puan kene cakap gini kalau dia mintak duit. Duit faraid hak anak2 sy nak kene simpan utk dorg bljr esok2 ke University nanti wahai atok. Duit saya pulak bukan utk atok yea. Atok dah ada bahagian sendiri kan?
Wana, Anggaplah segala kebaikan yg awk dh buat tu rezeki depa. Yg dh lps biar je tp lps ni tlg mana berpatutan je. Sepatutnya nasib awk yg dibela, tp sebaliknya. Tak nafikan, mcmana pun status awk..ada ibubapa mentua ttp akan ada prsn utk bg extra pd cucu terutamanya klu cucu tu dtg dr anak perempuan depa.
Wpun dia ada anak lelaki kesayangan, tp cucu dr anak lelaki tu belum tentu jd cucu fav dia. Semoga sis dimurahkan rezeki n diberikan kekuatan ye.
Puteri Pelangi, Gini je..sampai waktu beri kasih sayang n berkongsi rezeki dgn anak sendiri melebihi org lain….untuk keberkatan hidup, duit pencen arwh suami tu,allocate siap2 untuk mak ayah arwh walau rm50 sebulan tetap hulur(atau lebih, yg mana difikirkan sesuai….)stop tolong hal2 emrgncy.
Jarakkan waktu untuk proses pemulihan….budak2 asal blh pergi tempat2 yg ada mainan dan air…insyaAllah segalanya makin baik untuk sis dan anak2….sis kene gembira…nnt anak2 akan gembira…bekerja bukan pilihan tepat jika duit pencen n perbelanjaan anak2 mencukupi esp jika anak2 masih kecil.
Just fokus pada anak2 n keje online je tuk sampingan dan isi masa lapang sambil dapat income….tarik nafas dalam2…redha….susun balik kehidupan…jalan terus….u are the best.
Fia Umma,”Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali.” Itu je yang saya mampu bagi nasihat. Bila baca confession puan ni jadi mendidih hati.
Kadang sebab sebenar kenapa kita sering “dibuuli” adalah berpunca dari diri kita sendiri. Kita lah yang “membenarkan” diri kita “dibuuli”. Be firm but not arr0gant.
Keluarga mertua puan tiada kena mengena dah dengan puan kalau bab2 belanja duit segala. Si datuk tu yang sepatutnya menanggung nafkah anak-anak puan. Bukannya 100% atas batu jemala puan.
Move on lah puan. Jaga diri sendiri dan anak-anak puan baik-baik. Boleh nampak kan mereka cari puan hanya untuk “kepentingan” peribadi mereka sendiri. So tak perlu dah rasanya nak terlalu mengikut kehendak mereka.
Saya doakan Allah murahkan rezeki puan untuk dapat kerjaya yg sesuai dengan keperluan puan.
Nell Yahya, Ckup la sis jga hati org, tlg jga hati sdiri dan perasaan anak² pulak. Pak mertua kan dah dpt bhg dia org, duit yg sis dpt tu gunakn sebaiknya utk myara hidup sis n anak². Jauh lgi pjlnan hidup ni. Sepatutnya pak mertua tu lbh arif, anak² sis dah jd anak yatim…
Knape asyik duk mghrp duit dr sis lgi…bgtau jer…duit yg ada tu utk perbelanjaan masa dpn anak², jgn nnt termkn harta anak yatim…sia² je amal ibadat selama ni. Inshaa Allah, semoga ada rezeki sis utk dptkn kerja nnt.
Nadila Syarif, Bahagian diaorg dah dpt kan…nape nak tarah yang bhgian yg lain. Puan kena tegas kata amanah yg ada ni kena jaga. Amik hak budak2 anak yatim tu. Bukan nak membantu malah nak memerah duit anak yatim pula. Sepatutnya datuk tu yg biaya n beri nafkah.
Ikutkan diaorg bole aja menolak utk terima bhgian faraid demi kebajikan cucu sendiri. Masa masih pjg lagi..nak biaya pendidikan lg.. bertegas lah dlm hal ehwal kebajikan anak sendiri.
Nadia Syauqi, Berfikir positive je sis,sis dah berusaha menggembirakan hati Mil n fil sedaya upaya..dgn menjenguk mereka,membawa makan angin mereka,memberikan permintaan mereka yg bermacam-macam,meskipun secara adab sudah terbalik,seharusnya pihat Mil n Fil mengambil berat pasal sis n cucu2 mereka.
Segala kebaikan sis,biar Allah yg akan membalas sis dgn kebaikan didunia dan akhirat)yg mereka buat tk adil,just lupakan sahaja sis..Allah dah berikan org tua sis yg sgt penyayang…smg ummi n anak2 akn menemui kebahagiaan yg terbaik selepas ini..ibu yg menjaga ank2 yatim sgt besar Pahalanya disisi Allah,in shaa Allah
Awani Said, Kita manusia biasa.. Terasa hati tu memang tak boleh nak elak. Nak2 dgn org pilih kasih ni. Nasihat aku kau senangkan dulu anak2 kau. Ada duit org sedekah dekat anak yatim(anak kau) atau dapat bantuan apa2 separuh simpan, separuh kau bawak anak jalan2 or g makan sedap2 or beli pakaian baru. Nasihat aku permintaan keluarga sebelah sana tu kau buat jela m4ti air.
Cakap je, anak nak sekolah nak pakai duit.. Hormat tetap hormat. Aku pon balu sis.. Ada anak 2 org.. Aku tetap sayang mertua aku. Aku hormat mereka. Kalau ada rezki lebih aku tak kedekut nak belanja. Tapi setakat termampu aku jela sis. Jangan dibiasakan untuk kita bagi duit dekat org senang2.
Tak kira siapa pon. Andai anak nak minta duit kat kita sendiri pon jgn biasakan serah bulat2 mcm tu. Biar kita byk bertanya atas tujuan apa supaya tidak senang2 org nak ambil kesempatan.
Haiyani, Xyah jeles. Org punya duit, lantak diorg la nak bg sapa pun.
Tp lepas ni, xpayah jugak buat baik sgt sampai xbertempat. Kena tau mana keperluan mana kehendak. Tengok kemampuan kewangan diri.
Nak menolong pun, bg takat yg kalau jd mcm ni, dlm hati xterasa nak mengungkit pun. Kalau rasa xboleh, xpayah bg. Bukan tanggungjawab awak pun utk bantu kewangan keluarga tu. Lain la kalau mmg susah yg betul2 susah, n sedar diri tu susah.
Sumber – Ummi (Bukan nama sebenar) via IIUMC