Mak mertua pesan suami blk keje jgn trus bg anak kt suami dia penat keje, aku xpe keje ofis je xpenat

Foto sekadar hiasan. Salam semua.. Ni hanya sekadar luahan hati kecil aku, sebab aku dah tak tahu nak luahkan pada siapa..Nama aku Siti, aku baru kawen 11 bulan.. Aku kenal suami aku ni dari orang tengah, orang satu negeri. Mak aku terus suka sebab negeri sama dan rumah kami pun jarak dalam 15 minit macam tu saja..

Kenal setahun lepas tu kawen,

Suami aku aku namakan dia sebagai F. Kerja sebagai juruteknik. Kerja suami agak memenatkan, sebab kena kerja tengah panas. Dan dia kerap kali lenguh lenguh dan skit badan.

Gaji suami aku pun tak besar mana, cukup untuk makan minum. Tambahan pula aku pun turut bekerja. Aku pulak kerja admin ofis, gaji aku lagi rendah dari suami aku.

Ok masuk pada cerita aku, dulu sebelum kawen. Aku tinggal dengan mak aku, sekali dengan dua orang adik lelaki aku. Mak aku ni ibu tunggal dan bekerja kilang..

Kebanyakkan kerja rumah aku yang settle kecuali memasak sebab aku kesiankan mak aku penat bekerja..

Masa bujang pun aku dah terasa penat sebabnya hampir semua kerja rumah aku buat, adik aku tingkatan 3 dan tingkatan 5. Lelaki pulak tu, kalau disuruh buat kerja baru buat.

Cumanya aku tak paksa sangat diri aku bila aku penat aku tak buat aku biar saja rumah bersepah, dan mak aku pun tak de bising2.. Sebab dia faham aku penat

Bila dah kawen aku berpindah duduk dengan mentua aku. Mentua aku pun ibu tunggal. Dia hanya duduk berdua dengan suami aku sebelum ni.

Suami aku ada kakak tinggal di kl dan dah kawen. Jadinya selaku anak bongsu dia lah kena jaga mak. Mak mentua aku tahun ni dah 68 tahun..

Rumah yang kami duduk ni, rumah suami aku hasil pusaka arwaah ayah dia. Jadinya nak tak nak kami kena tinggal kat rumah ni.

Mesti ada yang akan kata kenapa tak tinggal rumah sewa..? Kalau tinggal rumah sewa siapa yang akan tengokkan mak mentua aku?

Dan suami aku saja satu satunya anak dia kat sini, lagipun gaji suami aku tak banyak sangat kami tak mampu nak menyewa dan yang penting rumah pusaka dah ada.. Entahlah aku dah maati akal nak menyewa

Kenapa aku cakap aku penat?

Setiap pagi aku akan bangun seawal jam 5.30 pagi, untuk siapkan breakfast sebab suami aku dari kecik dah diajar untuk breakfast di rumah, selain untuk jimatkan duit. Biasalah mak dia ibu tunggal sejak dia kecik.

So benda ni sangat memenatkan aku… Hari2 kena masak, dan suami aku jenis makan nasik atau makanan yang berat2.

Lepas tu suami aku memang bawak bekal tengah hari pergi kerja, jadi aku kena masak malam sebelum tu untuk bekal. Dah la esok tu nak bangun awal buat breakfast.

Ni tak termasuk lagi kalau malam tu atau pg lepas solat subuh tu suami aku mintak urutkan dia sebab dia saakit saakit badan. Aku faham ni tugas isteri tapi aku tak boleh nak hadap semua ni sebab aku pun penat. Penat sangat..

Setiap pagi aku memang kelam kabut, dan sekarang ni aku tengah pregnant 6 bulan.

Ada hari aku akan muntah teruk aku memang tak masak, mak mentua aku akan tolong sikit-sikit. Jadi hari aku rilek sikit bila aku muntah teruk saja..

Aku pulak ada saakit tulang belakang, yang ni dari sekolah lagi saakit tapi tak teruk sangat cuma bila aku pregnant ni perot makin besar makin kerap saakit.

Kadang aku hadap sendiri saja sambil sapu ubat sendiri, sambil menangis.. Kadang suami aku ad jugak tolong tapi lagi banyak aku la yang urutkan dia. Sebab dia selalu mengadu saakit badan sedangkan aku banyak hadap sendiri.

Mak mentua aku pulak asyik sebut dulu sebelum kawen mak la tukang urut dia Siti sekarang ni dia dah kawen tugas Siti pulak. Kadang aku pun kesian dengan suami aku tapi untuk fasa sekarang aku penat nak hadap benda sama hari hari.

Sebab aku terlalu stress dengan hari hari aku, aku dah ada d4rah tinggi sepanjang aku mengandung ni.

Tapi bagi mak mentua dan suami aku, d4rah tinggi ni aku ada sebab aku suka sangat makan makanan dekat kedai katanya.. Diorang macam tak faham aku. Aku sedih sangat

Ye sepanjang aku pregnant memang aku selalu beli makanan kedai sebab aku teringin, dan dari kecik dari duduk dengan mak aku lagi, kalau mak tak sempat masak beli saja apa susah.

Tapi bila dah kawen ni semua benda jadi salah, even aku beli tu guna duit aku sendiri. Mentua kata aku ni membazir suka beli makanan luar sedangkan boleh saja makan kat rumah.

Orang mengandung saja yang akan faham selera kita dah berubah kan. Nak makan macam macam..

Suami aku setakat ni akan layan saja aku nak makan apa tapi aku memang akan guna duit sendiri untuk bayar. Cuma tak tahu macam mana nak bagitahu mak dia yang aku tak guna pun duit anak dia.

Aku hari hari akan habis kerja pkul 6 petang dan sampai rumah jam 7. Lepas isyak biasanya baru akan makan malam, biasanya kalau penat sangat aku tak makan pun aku rela tido sebab nanti jam 10 aku akan terjaga untuk masak bekal.

Tapi mak mentua aku jenis nak makan sama sama, banyak hari even penat pun kena jugak makan.

Sebelum makan tu kena goreng ikan dulu, ayam dulu, buat sayur goreng ke. Katanya sedap makan panas panas. Aku baru saja balik tak sempat lagi nak rehat, lepas tu nak kejar solat lagi..

Mak mentua aku ni jenis pembersih so bila masak tu kena pastikan dapur semua kemas, boleh bayangkan tak penat aku macam mana.

Pernah sekali tu aku tinggal berdua saja dengan mentua aku hari cuti, dia cakap nanti dah ada anak, kalau suami aku balik kerja. Jangan terus bagi anak dekat suami aku, sebab dia penat kerja.

Bagi suami rehat dulu, lepas tu dia tambah lagi Siti tak pe la kerja dalam ofis saja bukan penat mana pun. Tak semena air mata aku tumpah masa tu…

Aku dah dapat bayangkan life aku lepas ada anak macam mana.. Nak layan suami lagi, nak handle anak lagi, nak masak lagi. Aku sampai terdetik baik aku berceraai saja macam ni.

Aku langsung tak happy dengan life aku. Baik aku hidup bujang saja. Setiap kali aku ceritakan hal ni dekat mak aku mak akan mintak aku untuk sabar. Macam mana nak sabar, bila ment4l fizikal aku penat sangat…

Aku tak pernah terbayang life lepas kawen aku macam ni…

Takdir aku kawen dengan suami kerja biasa2 saja,

Terpaksa pulak tinggal dengan ibu mentua,

Aku tahu ini semua ladang pahala…

Tapi aku dah tak mampu kutip pahala melainkan hanya dosa sebab aku benci life aku sekarang. Harap jangan kecam aku..

Ini antara nasihat berguna daripada netizen untuk kisah ini.

Masliza.1. terus terang ngan suami elok2. memula kawen ni mmg camtu dalam tempoh adjust kehidupan n suai kenal. Kalau susah nak cakap/wa pun takpe. Simpan wa ni andai kata esok dia lupa janji dia, hantar balik remind him.

2. Masak banyak lauk n frozen kan terus. Ikan goreng pun siap2 gaul kunyit.
3. Nanti pergi klinik check up. Bgtau doktor secara ringkas pasal kesihatan ment4l n fizikal. Next bawak husband n mak mertua sekali, bio doktor nasihatkan suami n mak mertua.

4. Cari beg galas, timbang berat beg kasi lebih kurang sama berat kandungan awak soh suami pulak galas di depan. Suruh dia baring duduk bangun supaya dia tahu penat bawak kandungan ni.

5. Jangan berenti kerja.
6. Time pakai duit sendiri pun khabor molek kat mak mertua contoh’ harini milah dapat gaji, nak belanja mak makan’. Kalau bawak kedai biar mak mertua tengok depan mata kita keluarkan duit n bayar.

7. Jarakkan kehamilan akan datang.
8. Hari yg betul2 rasa penat terus balik rumah mak sendiri, rehat kat sana.

Moga dipermudah semua urusan TT. Hugs

Akma.Jadi isteri memang penat..sok dah ade anak lagi penat..tt ni saakit belakang dgn pregnant nye lagi..kdg tak tertanggung juga letih tu..emosi pon tak stabil time2 pregnant ni..ade org ok buat keje tak henti2, ade org tak ok..jgn compare life masing2, kita tak hidup dlm kasut tt..

Luahkan la pada suami ape yg terbuku dlm hati..mungkin dia boleh consider utk belajar masak pulak ke yg simple2..kalau tt tak larat, dia boleh masakkan..nak taknak kena bagi dia paham beban yg ditanggung dan cari winwin solution sama2..

Semalam ustaz ckp kalau masih dalam 5 tahun tempoh perkahwinan janganlah sampai berceraai berai..bertahanlah dulu sbb ada satu iblis yg namanye dasim, tugas dia mmg menghasut suami isteri utk berceraai..semoga Allah ringankan beban yg ditanggung tt dan dipermudahkan segala urusan.

hetty. Lama mana sgt nak berlakon kan. Nak berpura2 evrythg fine. Jaga hati sendiri dulu. Dlm preggy jgn bawak sgt rasa sedih n murung. Nnti effect anak dh kluar dia ada masalah emosi .

Brtambah penat ko nnt. Trus terang je kat suami. Ko buat apa yg ko larat. Ckp ngan suami ko MMG spesis lembik. Bukan spesis wanita besi nk kena buat semua kerja dlm satu hari. Jaga ment4l. Happy mommy, healthy baby.