Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya menulis ini sebagai nasihat semata. Kepada ibu bapa mertua. Terutamanya ibu bapa belah lelaki..tidak semua mertua sebegini. Tapi ramai. Saya sebenarnya hendak tujukan kepada ibu bapa kandung saya sendiri. Tapi ibu bapa saya ada sifat ‘ibu bapa tidak pernah salah’. Sebaliknya mereka akan lebih mendengar kalau perkara ini disampaikan melalui medium lain.
Saya kasihan pada isteri saya. Pada awal perkahwinan dia sangat ceria bila kami balik ke rumah ibu bapa saya (Saya akan sebut mertua saja) tapi semakin lama dia menjadi semakin pendiam.
Kami suami isteri berkerjaya. Duduk sendiri. Rumah kami ditengah tengah, makna jarak ke rumah ibu bapa saya dan ibu bapa isteri sama. Hujung minggu kami akan balik kampung.
Ibu saya ada sifat suka mengumpat. Tapi isteri jenis ‘jangan cerita hal orang’. Bila ibu saya mengumpat hal hal biras, besan, jiran tetangga, malah bapa saya, isteri akan bagi jawapan ‘tidak berani hendak cakap pasal nama orang berkenaan)
Lama-lama ibu saya jadi malas bercerita dengan isteri. Ibu saya kata tidak best lah cerita dengan bini kau ini,Tidak ada komen pun.
Bila isteri cuba cerita pasal hal lain e.g. resepi dan sebagainya, ibu saya tidak minat sangat. Ibu saya juga bersifat ibu sempurna Dari segala segi.
Contoh: isteri saya potong kacang panjang serong. Emak saya potong menegak. Isteri saya potong timun bulat bulat.
Emak saya potong panjang. Emak saya akan gelakkan dan cakap isteri tidak pandai masak dan sebagainya. Dan akan cerita tentang hal ini pada orang2 lain.
Jadi isteri sudah malas masak dan serba salah hendak tolong di dapur kalau balik. Kalau tolong pun isteri akan tanya ini potong macam mana emak. Dan emak saya akan cakap. tidak akan tidak tahu’.
Dulu isteri tidak bekerja sebab lepas grad kami terus kahwin dan dia mengandung. Semasa mengandung dia buat bisnes online.
Sekarang isteri sudah mula kerja. Kami sama2 jurutera. Bila isteri mula kerja, Ibu saya akan cakap pada saya Lepas ini boleh bagi emak duit banyak2 Isteri engkau sudah kerja Tidak payah harap duit engkau lagi..
Buat pengetahuan, saya selama ini memang bagi ibu duit dengan jumlah yang agak besar. Tetapi ibu bapa perlu ingat besar mana pun gaji isteri, saya perlu bayar nafkah.
Tambahan pula, hidup ibu bapa saya sudah cukup mewah.. Ibu bapa saya dirumah dari saya kecil kami selalu makan makanan mewah.
Contoh ikan merah, ketam, udang. Tapi bila saya dan isteri beli bahan basah, kadang-kadang kami beli udang. Ibu saya akan tegur dan kata untung lah kami makan mewah. Lupa emak ayah.
Ibu bapa saya tidak boleh dan pantang bila dapat tahu (Bila datang rumah kami) yang kami beli carpet baru, atau cat rumah baru, atau beli katil baru
Ibu saya akan cakap ‘ini guna duit kau kah. Kenapa tidak guna duit bini kau. Kenapa tidak belikan emak sekali’. Sedangkan rumah ibu saya sudah ada segalanya. Malah baru ganti wallpaper.
Ibu bapa saya seolah tidak boleh terima kalau saya tunaikan tanggungjawab pada isteri.
Sedangkan duit saya dan adik beradik bagi untuk ibu bapa saya sudah cukup untuk ibu beli bahan basah, beli baju, produk muka dan brang kemas.
Malah ibu saya juga tidak boleh kalau saya bawa isteri kemana mana. Hatta Aeon sekali pun. Hatta kfc sekalipun.
Buat pengetahuan, saya tetap tunaikan tanggungjawab ,nafkah untuk isteri dan anak. Saya tengok isteri memang terlalu berjauh hati dengan ibu bapa saya.
Kalau balik kampung tidak pernah tidak migraine yang teruk muntah muntah. Sebab terlalu stress agaknya. Tapi isteri tidak mengadu.
Tidak perlu mengadu pun sebab saya ada mata. Saya hendak nasihatkan ibu bapa diluar sana, anda bukan sahaja seorang mertua, tetapi juga menantu.
Masihkah anda ingat betapa nervousnya anda suatu ketika dulu untuk masuk ke keluarga baru. Berharap diterima, dilayan dengan baik.
Masihkah anda ingat, anda juga mahukan privasi, mahu menentukan hala tuju perkahwinan sendiri.
Mahu kadang bercuti, makan diluar. Adakah ibu bapa sekalian sentiasa membawa mertua semasa keluar makan.
Saya pohon berilah ruang kami anak muda untuk menjayakan perkahwinan kami.
Sejujurnya saya tidak pernah hadapi apa-apa masalah bila ke rumah ibu bapa isteri. Ibu mertua selalu cakap ‘sukahati kau orang lah hendak atur macam mana’.
KISAH KE 2. Mak mertua dan kakak ipar sanggup b0mohkan suami saya supaya lebihkan mereka dari saya. Suami jadi panas b4ran dan benci saya. Satu hari suami pergi jumpa ayah saya, apa yang di luahkan suami kepada ayah buatkan saya terduduk…..
Salam adamin minta tolong hide kan fb saya.. saya dan suami dah 3 tahun berkahwin masalah saya dari mula kawin sampai lah sekarang tak pernah selesai,
bila saya marah atau bergduh semua masalah yang sama iaitu pasal adik beradik dia yang suka mengacau dan sekarang ni setelah berpindah ke kampung suami,
rumah tangga saya jadi lagi teruk kacau bilau hanya tinggal nak runtuh je sampai keluarga dia suruh dia ceraai kan saya…. kadang2 saya tak tahu nak buat ape….
saya hanya mampu menngis dan makan hati je setiap hari….Dulu mak mertua dan kak ipar pernah bomoh kan suami supaya suami lebih kan akak adik bradik dari saya kami bergduh besar sampai saya p4tah tangan masa gduh dengan dia…
lepas saya gugur anak no 3 perangai suami jadi lebih teruk, saya kejut dia elok2 dia tengking2 saya smpai pkul saya msa dalam pantang smpai cakap aku hantar kau dekat rumah bapak kau dan jangan minta aku ambil kau lagi…
dia sampai nak cakap dengan ayah saya nak tinggal kan saya, sedih admin hidup macam ni… dulu masa arwaah mak ada ..
keluarga dia tak berani macam ni buat saya sebab dia tahu bila dia tinggal Kan saya …saya ada mak saya…
saya masih mampu bertahan,.lepas mak saya meningg4l dia buat saya macam pelepas nfsu je,
kalau duduk di rumah sewa sendiri perangai dia ok sayang kami skluarga tapi bila dia blik umah mak dia makan makann yang keluarga dia masak peragai dia trus berubah..
kadang2 saya putus asa tak tahu nak buat, ikut hati saya nak lari jauh2 …tapi Bila pikir kan anak yang tak boleh jauh dari ayah dia saya tahan kan juga…
Ini antara komen pedas netizen untuk kisah pertama.
Norliza. Klu dpt mertua camni x pyh susah hati. Buat pekak je yg penting sisuami tu faham dn x buta dgn perangan maknya. Klu gi mana2 x pyh war2kn. Pegi je melancong dn beli je apa yg diinginkn. Klu dia bising2 pekak badak je la. Keraskn hati.
Ali. sabar la, kalau dh tahu ibubapa kita mcmana tu buat x tau saja. tp ingat jgn lupa isteri sudah
Zara. Mak mertua macam ini pemusnah rumahtangga anak. Ada ke patut hasut anak buat dosa terhadap keluarga dan isterinya. Ini mak memang tak sayang anak. Nak anak masuk neraka.
Saleh. Kasehan anak ni nasib anak ada fikiran yg waras makcik tahu perasaan anak ni berdoa lh banyak2 semuga kedua orang tua mu berubah memang kebanyakan metua macam tu sebaik mana pun menantu tetap tk nmpk