Foto sekadar hiasan. Maaf, tulisan saya mungkin agak emosi tapi saya cuma nak luahkan perasaan saya sebagai anak dan kakak sewaktu saya kecil. Lama sangat saya pendam. Baru-baru ni dekat group whatsapp family, adik ada hantar gambar tangkap layar yang viral di media sosial yang mana seorang kakak sedang mengendong adik sewaktu kecil.
Adik saya tulis, “macam nilah kak long dulu kan? Nak pergi main kena bawa aku.” Diikuti emoji ketawa. Saya cuma balas dengan emoji senyum kecil.
Jujurnya, saya langsung tak rasa pengalaman kena jaga adik-adik sewaktu kecil adalah satu kenangan yang manis.
Malah bila diingatkan kembali, saya tak ubah seperti orang suruhan ibu dan ayah. Mereka memang tidak menzalimi saya cuma beban jaga adik yang kena pikul sejak umur 9 tahun masih terbayang diingatan.
Kalau ikutkan adik beradik saya tak ramai pun, 5 orang sahaja. Cuma jarak umur antara kami yang dekat antara satu sama lain. Jadi sewaktu kecil memang nampak macam ramainya adik beradik.
Kenapa ye orang dulu taknak rancang kehamilan? Sudahnya anak yang lebih tua terpaksa pikul beban tanggungjawab yang bukan kewajipannya. Kena jaga adik-adik yang berderet, nak pergi main pun kena bawa adik.
Nak kata orang dulu tak ada kesedaran atau kurangnya ilmu tentang rancang kehamilan, tak juga. Mak mentua saya yang umurnya lebih tua dari ibu saya juga pernah guna kaedah iucd sewaktu dulu.
Jadi kenapa ibu saya tak seperti itu sedangkan beliau dari generasi yang lebih muda dan moden?
Kenapa orang suka guna ayat anak itu rezeki semata-mata dalam keluarga? Anak ni sebenarnya ujian juga buat ibu ayah. Bukan semata-mata rezeki. Anak ni amanah.
Bila diingatkan kembali, masa kecil nak bermain pun kena bawa adik-adik yang berderet. Sebab mak nak buat kerja rumah. Sebab mak nak masak. Sebab nak itu, mak nak ini.
Mak kalau boleh nak semua anak-anak keluar rumah waktu dia beres-beres urusan seharian. Takde siapa akan ganggu mak waktu dia berkemas dan memasak.
Sudahlah saya baru 9 tahun, nak kawal adik yang 4 orang di bawah jagaan saya bukan mudah. Banyak ragamnya. Bila ada sesuatu terjadi, adik jatuh..adik terluuka.. baju adik comot…
Saya sebagai kakak yang tua inilah yang menjadi mngsa kemarahan mak ayah. Dimarahi, dicubit dan dihambat dengan penyapu lidi sebab tak jaga adik-adik. Kena tuduh sebab leka bermain sampai tak tengok adik-adik yang kecil.
Tak cukup dengan itu, bila ayah balik kerja ibu akan mengadu perihal anak-anak. Dan sekali lagi saya sebagai kaklong, akan dimarahi. Kalau mood ayah kurang baik, memang teruk kena tibai.
Sungguh, sewaktu kecil saya benci ada adik ramai. Saya selalu terfikir kenapa ibu mesti beranak kerap-kerap, lepas tu saya yang kena jaga adik-adik? Nak buat kerja sekolah pun banyak gangguan.
Bila ibu dan adik bongsu nak tidur siang, saya kena pastikan rumah tak bising atas alasan ibu nak berehat. Ibu dah penat buat kerja rumah seharian.
Kerja sekolah nak kena buat, adik-adik nak kena jaga. Kalau makan kena pastikan adik-adik tak tumpahkan nasi, tak tumpahkan air. Kena panggil buat susu adik yang bayi. Allahuakbar.
Bila diingatkan kembali sumpah saya rasa skit hati. Kenapa saya tak jadi anak tunggal je, pemikiran saya sewaktu kecil. Belum lagi saya kena mengalah dalam semua hal. Atas alasan saya yang paling tua.
Jadi bila saya berkeluarga sendiri, saya nekad tak akan beranak berderet macam semut berkawad. Nak kecam saya, kecamlah. Kenapa kita mesti nak bebankan anak dengan tanggungjawab kita?
Anak saya cuma 2 orang. yang sulung 10 tahun. Tak pernah sekali pun saya minta dia menjaga adiknya. Jarak mereka 3 tahun antara satu sama lain.
Saya didik anak ringan tulang bantu buat kerja rumah tapi bukan lepaskan tanggungjawab menjaga adiknya. Kita buat semua sama-sama.
Kalau saya masak, mereka akan tolong buang sampah. Saya galakkan mereka buat semua bersama. Kalau saya jemur pakaian, saya akan ajak mereka sama-sama ikut jemur biarpun senget-senget. Saya puji mereka, dan ucap terima kasih.
Bila diingatkan lagi, ibu dan ayah saya tak pernah pun ucapkan terima kasih bila saya membantu mereka. Mahalnya harga ucapan terima kasih tu. Tak pernah pun puji sebab rajin menolong.
Saya bukan berdend4m dengan orang tua sendiri. Saya cuma nak luahkan kesan dari sudut perasaan saya sebagai kakak yang paling tua. Tak pernah happy ada adik ramai sewaktu kecil dulu.
Dan kini bila dah berusia ni,kalau adik-adik berkasar pun terasa sangat cepat nak kecil hati. Seolah-olah tak berbaloi saya jaga mereka masa kecil elok-elok sebab bila dewasa, kurang menghormati saya.
Entahlah.. saya memang triggered betul tengok gambar tu. Tak rasa pun ia sebagai kenangan manis. Yang saya ingat cuma, penatnya kena jaga adik-adik. Tak seronok pun.
Ramai yang terkesan dengan pengkongsian ini. Ini antara luahan netizen.
Mami. Ni lah pemikiran & cara tipikal mak ayah zaman dulu2 yg kurang common sense & empathy. Tak semua, tapi ramai.
Bagi dorang anak2 wajib berbakti, ringankan segala beban & balas jasa mak ayah yg dah penat lebah, berkorban melahirkan & membesarkan kita, tak kiralah anak tu masih kecik atau belum berakal sgt lagi.
Tanggungjawab yg besar & berat tu dah pun termaktub & diwajibkan buat anak sulung walaupun dia masih kecik & tak faham apa2.
Memang org dulu2 kurang kesedaran tentang keperluan emosi & ment4l anak2.
Walaupun ada anak yg boleh membesar normal tanpa masalah emosi & ment4l selepas melalui childhood yg stressful, tapi ramai juga yg terlalu terkesan akibat stress melampau yg tak sepatutnya seorang budak alami. Sedih sgt2. Kesian..
Tapi Allah tu Maha Mengetahui. Tak kira betapa kita terkesan dgn perbuatan ibu bapa (yg tak selalunya betul semua), Allah nampak, dengar, tahu segalanya & kita kena yakin dgn Allah tentang janji Allah buat orang2 yg sabar & berbakti kepada keluarga.
Ya, kita skit hati, ya kita penat, ya kita stress, tapi tak ada satu pun amalan baik yg kecil dimata Allah.
Sis doakan Semoga semua org yg masa kecilnya tak seindah org lain, diberikan ganjaran pahala yg besar & sentiasa berada di bawah lindungan Allah. Aaminn
Nurul. Ye setuju.. Org selalu ckp seorg mak mampu jaga 10 org anak… Tp sbnarnye bukan 100% mak yg jaga.. Tanggungjwb tu byk jatuh kpd anak yg dh besar terutamanya yg sulung.
Yg sulung ni lah yg byk bekorban menjaga si adik2 yg merenyut tu, kdg2 sampai terpaksa korbankan sekolah sbb nk dulukn adik..
Besar jasa si sulung ni. Apalah daya sulung ni nk membantah, xpasal2 dipkul pulak nanti, nak xnak terpaksa redho. Sory, sy menyampah mak bapak yg anak ramai tp asyik membebankan anak2 untk mnjalankn tanggungjawab mereka.
Intan. Lepas baca confession ni, saya nak ambik iktibar dan melayan anak sulung dengan adil. Selalu jugak suruh dia jagakan adik dia (seorang) sekejap sementara solat atau masak.
Walaupun budaya dalam family kecik kami memang ucap terima kasih, tapi saya akan pastikan dia tak rasa sepertimana confessor rasa semasa kecik.
Saya akui semua emosi confessor. Dia berhak untuk rasa sedih dengan childhood dia. Kita tak ada di tempat dia, tak sesuai nak katakan confessor itu dan ini.
Izzah. Sy rse awk sbnrnye stress sbb bila adik buat slh, awk kena mrh.. Awk kena jaga adik2 perfect, x tumpah nasi etc… Untuk budak makan x bersepah tu 1 benda yg mustahil sbb budak mmg akan mkn sepah..
Bezanya kita kemas selepas makan bukan waktu mkn.. Lps tu, mak ayah xprnh ucap trima kasih sebaliknya hanya tau mengadu dan marah awak… Awk sbnrnye bukan penat jaga adik2 tp awk penat sbb org x hargai apa awk buat
Kuntam. Situasi orang tak sama. Jangan suruh org lain dalam “toxic positivity”. Tekanan dan cara parents juga mempengruhi. Mcm tt diarah mengawal semua adik2 yg hampir sma umur ketika msih kanak2. Dahla dimarah dan beban kesalahan diletakkan atas bahu tt. Mungkin itu yg menyebabkan tt trauma. Saya anak sulung prempuan tapi syukur la tak mengalami sprti apa yg tt alami dan saya sayang sangat adik2 saya.
Rosmiza. Dengar lah wahai ibu ibu bakal berkahwin di zaman 2020.. Malah yang baru ada anak satu ni.. Baca dan dengar rintihan orang..
Memang tak semua rasa terbeban, ada yang seronok menjaga.. Tak tahu lah seronok ikhlas atau ada juga sekelumit dihati rasa penat dan marah dengan ibu pada suatu dulu.
Rancang kehamilan anak.. Jangan nak letak semua dan beranak ramai ramai kena jadi pengasuh, Pencuci rumah anda Lain mendidik dengan mengarah buat itu ini..
Kesian dekat anak anak kerana konsep anak rezeki bagi anda sampai beranak tak berhenti.. Bagi stress dekat yang sulong.. Makan pakai kena berkongsi.. Tiada privasi..
Tiada rasa kepunyaan merekaa.. Bukan susah pun suruh merancang… Kesian lah sikit.. Kalau tak mampu sedia yang terbaik untuk anak anak.. Jangan la membeban kan mereka sangat.
Jangan sampai anak anak dari kecik terluuka hati.. Pendam bawa ke besar.. Kamu pula pandai pandai mengguna kad ibubapa kepada mereka.. Baca dan tenung dengan hati tu..
Seronok ke tengok anak ank tak cukup makan pakai dan childhood mereka terganggu? Jangan lah datang kepada saya ‘kami okay je adik beradik 20 orang’..