Foto sekadar hiasan. Saya dibesarkan dari keluarga rasanya lebih rendah title dari B40 boleh layak di panggil fakir. Si ayah tiada perkerjaan tetap, hidup disebuah rumah usang peninggalan orang tuanya. Ibu suri rumah, punya anak 8 orang.
Bayangkan kami membesar tanpa kecukupan, duit hasil menjaja ayah cukup buat beli lauk, kalau tak ada, telur atau kicap lah makanan utama. Ayam jauh sekali. Ikan pun mahal kan.
Baju koyak tampal dipakai bertahun, itupun hasil orang bagi sedekah. Mainan hanya jumpa tepi tong sampah. Kasut sekolah pun ternganga macam buaya.
Baju sekolah pakai air telaga keruh sampai baju putih dah bertukar karat oren. Baju raya bertahun tak pernah merasa. Asyik asyik baju itulah, sampai malu kawan tanya kenapa kau pakai baju raya sama jer.. tersenyum kulatlah kita.
Kena buuli dekat kawan anak anak orang kaya, kena suruh buat kerja sekolah, ambil itu ini. Dipulaukan sebab kita tak setaraf.
Anak anak ditahan berkawan dengan kita kerana kita miskin. Siapalah nak berkawan. Panggilan anak orang miskin dah lali.
Adik adik cukup kesian, tak ada duit nak beli susu, diberi susu krimer manis saja. Krus, selalu saakit. Sampai sekarang adik saya agak lemah badan mudah jatuuh saakit.
Tak ada bantuan zakat, tak ada JKM datang membantu. Ayah buntu sebab dia bukanlah orang pandai.
Ketua kampung pun tak pernah datang menjengah. Hanya hidup pinggir kampung, kadang kala letrik pun tak ada. Mak dengan kudrat usung baldi angkut air atas rumah.
Basuhkan baju anak anak dengan tangan. Al maklum nak bermesin atau berdobi bukanlah mampu.
Bersekolah jauh, pernah minta sekolah dekat rumah, tapi si pengetua pula pandang kita dengan ayah atas bawah, katanya sekolahnya budak budak pandai, sekolah kluster kecemerlangan SMK Z.
Semoga jika ada Pengetua/Guru yang membaca kisah saya hari ni bukalah mata, belas kasihankan kami yang lahir dari keluarga susah.
Bersekolah jauh, kita perlu balik jam 3 baru sampai rumah. Berjalan berkilo batu untuk save bajet bas. Ikat perut jika ada kelas tambahan petang.
Hanya makan di rumah. Kadang kala terliur tengok kawan makan tengahari. Ada yang baik akan ajak makan bersama. Tapi biasanya kita akan tolak sebab segan. Cukuplah teguk air masak bawa dari rumah.
Kerana tekanan hidup ibu kita hadapi depresi, ada masa dia akan abuse pada anak anak. Berbirat dengan getah paip biasa saja. Terutamanya kita. Bukan salah dia tapi keadaan teruk dilaluinya boleh kata nasib baik dia tidak menjadi gila.
Tapi bagusnya mak semangat juang membesarkan anak cukup kuat, dia tahan semua untuk anak. Macam macam dia buat untuk sekolah kan kami adik beradik.
Di usia, 15 tahun anak orang masih bermanja, kita sudah membanting tulang kerja sampai malam menyusun kasut kerja di kedai kasut.
Dapat duit gaji, beli susu dan makanan untuk adik. Bila adik melompat nampak plastik makanan, kita sangat suka.
Itu kisah dulu dulu. Tapi masih kukuh terpahat hingga hari ini.
Kita tak pernah bermimpi hari ini kita mampu punya kereta berbiji biji, rumah banglo, harta lain, suami yang baik dan sama taraf pendidikan.
Anak anak yang setakat ini mendengar kata. Orang mungkin sangka kita mesti anak orang ada ada. Tapi mereka tak tahu kisah kita dari kumpulan B40.
Kita yang dulu Pengetua sekolah kata tak nak terima sebab khuatir results kita nanti akan jatuuhkan ranking sekolah.
Tapi dia silap, kita adalah bekas pelajar SPM terbaik sekolah, kita juga dianugerahkan biasiswa yang agak lumayan dalam rekod penajaan biasiswa negara.
Jika pengetua itu ada membaca, ingatkan wajah seorang anak dengan ayah berpeluh datang dengan motor membawa harapan untuk mohon sekolah berdekatan rumah. Tapi ditolak alasan yang tak masuk akal. Yang pastinya sebab kita adalah miskin.
Di sekolah baru, kita dapat seorang cikgu yang melayan kita bagai anak, sentiasa beri semangat, dialah orang pertama datang memeluk saya dengan erat setelah dapat keputusan SPM diumumkan.
Menghulurkan wang pada saya tanda hadiah dan dia jugalah sanggup sign sebagai penjamin biasiswa kita. Kita sentiasa doakan dia kebaikannya dunia akhirat. Seorang guru yang berhati sangat mulia.
Kita masih ingat, panel temubual biasiswa tanya, “apa awak nak buat kalau awak diberi penajaan?”
Jawapan kita dengan tunduk malu, sedikit mata berair “saya nak tolong mak ayah saya, saya nak keluar dari kemiskinan”
Mereka pandang saya dengan angguk. Hari ini jika ditakdirkan kita jumpa panel itu, kita akan ucapkan terima kasih dan kita dah tunaikan janji kita.
Kita melalui semua ini sangat susah, sangat mencabar, sangat menekan dan penuhkan semangat dan sabar.
Apa yang kita faham, takdir menjadi anak orang miskin bukanlah bermaksud anda tak boleh mengubah hidup masa depan. Kehidupan kita takkan sama macam orang senang, tapi kesusahan itu buat kita lebih cekal dan tekal.
Karakter kita takkan mengalah sekali gagal, kita akan cuba hingga capai apa kita nak, mak ayah pula biarpun miskin tapi mereka sangat utamakan pelajaran anak,
Mak kita biarpun buta huruf tapi dialah pemangkin semangat belajar anak anak. Bergolok gadai untuk sekolah kami semua.
Hari ini kita dapat menjaga keduanya di rumah sendiri. Beri mereka masa rehat banyak. Alhamdulillah dari 8 adik beradik hanya 1 kurang menjadi. Selebihnya bolehlah dikata mak ayah boleh menumpang hidup masa tua.
Sekarang apa yang mak dan ayah kita nak makan tapi dulu tak dapat, kami bagi. Nak pergi berjalan, pergi mekah, beli gelang emas, semua kami anak anak cuba tunaikan.
B40, jangan sesekali rasa hidup ini berakhir dan meneruskan warisan turun termurun sebagai B40.
Jika kita rasa terhina dengan title B40 maka anggaplah ia sebagai pemangkin untuk keluar dari zon ini bukan asyik mempertahankan title atas alasan sudah takdir dan pantang dijentik. Hanya melatah tapi kita tak nak ubah nasib.
Allah takkan ubah nasib satu k4um. Jika mereka sendiri tak nak ubah.
Pendidikan amatlah penting. Tanpa pelajaran kita takkan mampu duduk sama tinggi dengan T20 hari ini. Jangan jadikan alasan miskin kita tak berjaya.
Kita tahu kita tak ada kabel macam macam anak T20, maka kita bertatih berkuli dari bawah. Asal ada duit untuk dikirim ke kampung, sara hidup tanpa harap ihsan orang.
Jangan biasakan hidup meminta, meminjam atau harapan bantuan. Kerana meminta itu menjadikan kita lebih dipandang hina. Hingga kini kita tak biasa meminta hutang, tiada kita cari sendiri duit sampai dapat.
Kita selalu sebut pada anak anak hari ini, jika ibu anak orang susah boleh berjaya kenapa kamu yang sudah lahir senang lenang, full provided tak perlu perform beter dari ibu. Itu adalah cabaran kita pada mereka untuk tidak terlalu manja, koyak ataupun lemah.
Apa pun, pergantungan dan mohon bantuan dari Allah Taala sangatlah perlu, jangan tinggal solat, berdoalah setiap hari. Ini yang kita lakukan sejak dulu lagi. Merintih padaNya seperti anak meminta susu dari ibu. Dia Maha Mendengar dan Maha Memberi.
Tiada jalan mudah atas dunia ini untuk bersenang lenang sahaja. Sesungguhnya dunia ini tempat kita bersinggah sementara menanti memulakan perjalanan lebih jauh dan abadi.
Maka kisah kisah kita di alam fana ini samada ditakdirkan B40 atau T20 tapi berusahalah untuk menjadi lebih baik dari hari ini.
Semoga perkongsian kisah kita lalui sebagai B40 menyuntik semangat mana mana yang masih bergelut untuk keluar dari kepompong miskin.
Jangan salahkan Allah, takdirnya kita miskin, tapi jika kita lalui dengan redha ikut sifir yang Dia nak, pasti hidup kita akan Dia ubah.
Para Guru, perhatikan pelajar yang miskin yang perlukn bantuan. Mereka buntu, tiada semangat, tiada siapa yang faham. Tunjuklah jalan. Bantulah bukan sebab anda guru tapi atas nilai ihsan sebagai manusia.
Penajaan perlulah tepat membantu anak anak miskin menonjol kehadapan, sediakan platform untuk mereka mula.
Hari ini kita telah membuka penajaan kelas kelas percuma kepada anak anak asnaf dan miskin. Mengenangkan kisah kita dulu, mungkin akan ada mengulang kisah sama. Ia sangat dekat dengan hati kita.
Untuk mak ayah T20 sila educate anak korang jangan pandang sebelah mata, mulut laser memperbodohkan anak anak B40 dan membuuli. Anak kamu belum tentu jadi orang sek sok.
Perkasakan pendidikan. Please Mnteri stop bergduh rebut jawatan, tengok anak bangsa ok
Kita B40.
Ini antara reaksi netizen untuk kisah ni.
Ann. Kesimpulan Dari cerita Puan…peranan bermula Dari ibu yg mengutamakan pendidikan..Dari ayah yg memastikan anak2 makan pakai…Dari guru yg prihatin dan mampu melihat potensi pelajar…
Dari peluang Dan dasar kerajaan yg stabil menyumbang prasarana sekolah dan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi …dan org2 sekelliling Puan yg Allah berikan hati yg baik utk membantu Puan berjaya keluar dari kemiskinan….
namun yg paling utama adalah jatidiri Puan yg bersemangat juang tanpa putus asa untuk mengubah takdir yg tertulis….di mana kunci kejayaannya.?? Kuncinya ada pada seorang wanita bergelar ibu…
jika baik ibunya pasti cemerlang anak2 nya…Maka tauladan buat kita semua ..jdlah ibu yg kekal memegang amanah Allah demi masa depan anak2…
Seri. Alhamdulilah..tahniah puan berjaya keluar dr semua itu..ini lah kehidupan mengajar kita utk kuat dan pastinya skrg anda menjadi insan yg hebat.
Negara kita kaya ada peruntukannya tp sering kali penerima yg layak tercicir utk dpt kannya..Menjawab lah org yg terlibat..
Sy bukan pengetua tp sy tahu sistem persekolahan kita ada kala terikat dgn peraturannya..
anggaplah pengetua itu perlu akur dgn syarat semasa.Semoga puan terus berjaya dan menjadi ikon utk org lain di luar sana.
Nurul. kalau ayah tak bkerja, air ankut dari telaga, elektrik ada tak ada dan adik beradik 8 orang, ibu pula suri rumah, ini bukan B40. ini golongan miskin tegar atau fakir.
layak zakat dan bantian JKM. jangan mengalah bila memohon,dan sepatutnya bila ayah ke skolah yg dekat dengan rumah, dah boleh masuk dah. kena bertegas.
i dont know why, mngkin ayah cik seorang yg mudah menerima jawapan tidak dan malas nk banyak cerita.. kalau ayah saya, mmng dia usahakan juga. btw sy dari bekas keluarga miskin tegar/fakir.