Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum readers. Aku Mie, ada seorang abang. Dia bekerja sebagai seorang pilot. Abang dah berkahwin dengan SIL selama 10 tahun dan tidak dikurniakan anak.
Hidup mereka ni kalau di lihat dari luar aman damai sahaja. Tapi mestilah aku ni nak ceritakn sisi buruk abang aku. Nak luahkan dekat mana lagi kalau bukan disini kan?
Abang aku ni sebenarnya kaki perempuan. “Typical” sangat title pekerjaan dia dan “kaki perempuan” ni kan? Dia ni kalau ikut kan haji umrah semua dah buat.
Tapi itulah, hati manusia ni boleh berbolak balik. Abang ni memang suka layan perempuan dalam applikasi beego la, wechat dan sebagainya.
Dalam 10 tahun berkahwin tu, setiap tahun pun abang ada mencuraangi SIL. Tapi SIL diam sahaja. Sampai ada satu tahap, abang kantoi bawak balik perempuan bukan beragama islam tidur di air bnb miliknya.
SIL masa tu confront perempuan tu dan beritahu kepada mak dan ayah. Tapi mak dan ayah macam tak ada apa2 tindakan. Abang cuba untuk “cover” dosa dia dengan bawa SIL umrah dan berjanji tak akan buat lagi.
Sampai la satu masa, semasa PKP, abang diberi cuti tanpa gaji. Dia mula buat perangai jijik ini kembali. Aku rasa dia ni tak pernah berhenti pun. Sentiasa ada “stock” perempuan yang dia hubungi dan layan.
Masa ni dia cuba pancing seorang bet1na bernama Izz. Izz ni telah berkahwin dan mempunyai 1 orang anak. Dia masih berstatus isteri orang semasa mereka berhubung.
Dia juga bekerja sebagai “call girl” mencari duit dengan menghantar gambar lucah ke jantan tak guna ni, dia akan dapat lah duit seratus dua menampung kehidupan dia.
Bukan dengan abang sorang saja dia memancing, banyak lagi lelaki lain dia pergunakan untuk mendapat duit. Dia ni orang KK. Izz ni mengoda abang dengan menghantar gambar lucah dia.
Sungguh tak malu la isteri orang yang macam ni. Sama naik la dengan abang aku sendiri. Jantan tak guna.
SIL dapat tau tentang hubungan ni sebab kantoi hp dia sembunyi dalam bilik air. Bila SIL buka hp, jumpa la segala message segala gambar lucaah.
SIL dah tak boleh sabar dah dengan perangai abang kali ni. SIL cuba untuk confront bet1na tu. Tapi bet1na tu pandai berpura2 “innocent”.
SIL beritahu mak dan ayah. Ayah tetap dengan perangai acuh tak acuh. Ayah cakap, ayah nak tengok sejauh mana abang nak buat perangai.
Abang dah besar, jadi tak boleh ditegur walaupun ayah tau yang abang buat benda2 terkutuk macam tu.
Sampai harini mie rasa macam tak adil langsung untuk SIL. Mie rasa macam ayah ni sebelahkan abang yang curaang, berzina, buat dosa besar.
Apa salah SIL? Abang cakap dia nak ceraaikan SIL sebab masa SIL confront abang tentang perkara ni, SIL tak ada hormat, cakap tinggi suara
Perempuan mana yang tak marah dan tinggi suara bila tau suaminya curaang? Bukan sekali.. berkali2.. sabar pun dah tak ada. Lagi masa tengah tak ada gaji boleh pulak buat perangai.
SIL bersusah payah berniaga bantu sikit2 untuk tampung perbelanjaan. Tapi langsung abang tak hargai. Dia cakap dia tak suruh pun. Kenapa nak susah2 menjual?
Paham tak betapa geram nya aku dengan abang aku? Dengan mak ayah aku yang tak ada apa tindakkan nya. Menyakitkan hati.
Apalah nasib aku bila berkahwin nanti? Kalau suami aku curaang, mak ayah aku ok kot anak dia dibuat sebegini rupa? Kena buang macam sampah ja.
Abang memang dah sangat tergila gilakan izz. Masa kemelut rumahtangga ni. SIL mengandung lebih kurang 2 bulan. Disebabkan terlampau stress, SIL keguguran. Dia tak beritahu siapa pun.
Dia pergi hspital sendiri. Abang aku? Melawat pun tidak. Lepas SIL discharge abang ajak mak pergi tengok SIL dekat rumah. Masa ni abang dah balik duduk dengan mak. Sampai ja rumah, abang letak makanan atas meja dan bila SIL duduk ja..
dia terus lafaz ceraai. Sehari selepas SIL balik dari hspital dengan saakit lagi, emosi tak stabil.. dia sanggup ceraaikan terus depan mak. Apa punya manusia abang ni? Memang kejaam
Dia siap cakap tah tah SIL ni pura2 ja keguguran.. bukan nya dia boleh mengandung pun. Tak tau la syaitan apa yang merasuk abang masa ni.
Lepas saja dia berceraai, 2/3 hari lepas tu dia terus pergi KK untuk berjumpa dengan bet1na tu. Masa tu PkP dia ambil surat polis, fake kan tujuan dia konon nk renew permit kerja. Padahal dia pergi merendek dengan isteri orang akacall girl aka pelaacur
Aku mmg dah geram sangat masa ni. Mak dan ayah tetap tak mau ambil tindakan apa pun.
Bila mak tanya abang, abang cakap abang pergi melawat kawan abang c4ncer lah.. melawat kawan abang chemo lah Padahal duduk dekat condo sarang pelacuran bet1na tu untuk memuaskan nafsu.
Fast forward, satu hari suami bet1na tu dapat tau, dia report jabatan agama untuk tangkap abang dan bet1na tu.
Aku tertunggu2 apa respond mak ayah aku. Tapi malangnya mak ayah aku tetap dengan pendirian sesat mereka. Tetap sebelahkan abang. Konon nya abang di aniaya. Tak patut orang buat abang macam tu.
Korang rasa? Dekat mana letaknya logic mak ayah aku? Termakan kata2 abang aku yang kononnya dia di perangkap.
Dia hanya pergi hantar makanan dekat bet1na tu. Hantar makanan 1 pagi? Lepas tu masuk duduk dalam rumah sekali? Dituduhnya org mengendap dia.. ekori dia.. semata mata nak aniaya dia..
Kalau dah orang intai kau pergi masjid.. takkan orang nak panggil pencegah maksiat? Mesti la sebab orang intai kau masuk rumah bet1na. Sebab tu kena tangkap khalwat. Aku je ke yang masih ada logic dalam rumah ni?
Mak ayah aku tetap sebelahkan abang aku maati2an.. aku kesian dekat SIL2 aku yang lain.. kalau lah abang2 aku yang lain buat perkara yang sama, besar kemungkinan menantu2 mak ayah aku dibuang saja macam sampah macam tu. Sekarang mak dan ayah mula terima si pelacur untuk jadi menantu. Mak dan ayah ni buta ka?
Bukan tak pernah tengok gambar lucah bet1na tu.. atas bawah semua.. bet1na tu tak malu sangat2 datang masuk dalam keluarga kami. Aku tak mau la nak tuduh benda2 syirik ni..
Tapi aku boleh katakan kalau terkena pun.. ini lah balasan kepada keluarga aku yang in denial.. yang nak tengok sangat sejauh mana perangai abang ni akan pergi.. memang jauhhh sangat.. la pergi nya.
Aku harap ibu bapa tolong lah jangan nak sebelahkan anak membabi buta.. tolong lah tau bahawa anak yang curaang itu tak patut disebelahkan
Curaang tu bukan HAK. Lelaki atau perempuan tiada hak untuk curaang walau apa pun alasan.
Selamat pengantin baru lah abang ku si jantan tak guna. Semoga perkahwinan ini hingga ke j4hann4m.
Ini reaksi pengalaman daripada netizen.
Dhuha. akak rasa tak saakit hati pun cerita ni, sebab akhirnya abang awak jumpa jodoh sekufu dengan dia. bekas isteri dia tak sekufu dengan dia, tu yang jodoh tak panjang. doakn ex-sil adik jumpa jodoh tak macam abg adik
Nuraz. Banyak juga parents yg melulu menyebelahi anak..biasanya, anak kesayangan..yg agak berjaya dn dibangga²kn..walau buat salah mcmn pun, tetap suci dimata mereka..
Aini. Dik..Kalau belum berkahwin.
Ambil iktibar..Siasat partner, keluarga partner.Kalau dah kahwin..
Buat yang terbaik untuk rumah tangga.
Simpan sikit prejudis untuk suami dan mana2 watak lain.
Jika di aniaya dalam rumah tangga..angkat kaki. Sayang diri sendiri.
Jika semuanya baik2..teruskan hidup sebaik2nya. Moga berbahagia.
Untuk keluarga sendiri. Adik jenis orang bijak yang terbuka mata. Adik tahu beza mana baik mana buruk. Jadi..letak sempadan. Ibu bapa ni..boleh jadi dah gelap mata dengan abang adik ni.
Mungkin si abang bagi duit lebih..
Atau manis mulutnya.. Mana yang baik.. Guna pakai. Selebihnya. Ikut hiduplah ikut aturan agama dan undang2.
Untuk si abang. Doakan je lah semoga suatu hari nanti dia berubah. Pasal jodoh barunya tu..itu lah isteri yang sekufu dengan life style nya. Biar lah mereka.
Buat SIL. Kuatkan hati.. hadap lah hidup ini. Berhenti rendahkan diri. Angkat martabat tinggi2. Semoga berjumpa jodoh baru yang soleh dan lebih berbahagia dengan adanya zuriat. Sis boleh mengandung. Ada hikmah tiada anak dengan bekas suami pilot.
Untuk adik. Semoga hidup adik baik2 sahaja. Kekal bijak dan berhikmah ye.
Fazilah. Why am i not surprised? Alhamdulillah SIL awak lepas dari siksa, skrg mulalah siksaan untuk abang pulak, tak caya? Tengok lah nanti.
Siti fatimah. Tu maksudnya Allah nak selamatkan sil sis..xpe,biarkan je abg sis tu. Kita tengok sejauh mana pergi nya mak ayah sis pertahankan abg tu.. Nasib xde anak lagi.. Jantan macam tu xlayak jadi bapak..
Shahril. Memang jodoh mereka, Allah Azza Wa Jalla dah memang tetapkan..
Surah an-Nur ayat ke 26 Allah S.W.T berfirman “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”