Skrg sy betul2 tak blh nk tgk muka suami. Dh 3 bln sy tak bgi dia sentuh saya

Perkahwinan adalah hubungan yang menyeronokkan untuk suami isteri. Adakalanya perselisihan faham itu mematangkan mereka. Suami mestilah bertanggungjawab utk segala perbelanjaan untuk anak-anak dan isteri. Jgn terlalu mengharapkan isteri semata. Untuk kisah kali ini, Isteri ini sudah fed up dengan perangai suaminya yang malas mencari duit lebih dan semua perbelanjaan rumah perlu ditanggung si isteri. Ikuti kisah menarik dibawah.

Assalamualaikum semua . Saya cuma nak mintk pendapat . Saya ibu muda ada dua org anak. Mula dari anak pertama macam2 dugaan Allah bagi. Waktu awal perkahwinan Allah uji saya dengan suami dibuang kerja. Susu pempers ank sya yang tangung semua. Sejak dari hari tu saya betul2 dah hilang rasa sayang pada suami .

Baik saya jadi janda daripada menangung biawak hidup. 2 tahun saya tahan alhamdulillah suami dapat kerja sebagai polis bantuan .

Waktu tu Allah je tahu gembiranya hati saya . Bila dah stabil kami pon merancang untuk tmbah anak no 2 . Alhamdulillah dapat sepasang . Anak pertama perempuan. Ank kedua lelaki . Tapi ujian tu dtng balik waktu saya mengandung anak no 2.

Suami tngung pinjaman ayah dia sebanyak 30ribu . Tiap2 bulan gji suami tolak sebnyk 1900 . Suami xbolh pinjam bnk lagi sebb terikat dengan kontrak lagi . Setahun saya diamkn aje.

Sekarng saya dah mula berkerja dipetronas. Segala byaran pengasuh 300 , susu pempers ank 350 saya yg tngung . Suami kata dia malu nk buat partime . Saya xtau ape la dugaan sye dpt suami mcm ni. Patut x saya teruskn hidup saya tnpa suami.

Saya dah nasihatkn suami untuk buat partime tetap dia xnk buat . Ibu mertua suruh saya pulak yg tngung belanja ank semua. Ada kepatut roktek kereta suami dah tamat tempoh dengan muka xmalu dia suruh saya yang byr . Kn ank dia sihat boleh carik kerja partime lain. Xrasa malu ke.

Sekarang saya betul2 tak boleh nak tengok muka suamim Bulan ni dah 3 buln saya xbgi dia sentuh saya tapi dia marah2. Dia tak tau ke punca saya hilang hormat semua sebab dia. Saya ada bincang dengan dia untuk bercrai . Tapi dia buat xreti je .

Saya betul2 xboleh tahan dah. dah la saya xada kedua ibu bapa anak tungal pulak tu . Sedih sngt rasa xtau nak luah dengan siapa. Kalau boleh saya tahu mcm mana nak mudahkan tuntutan cerrai yaa . Saya betul2 dah tak snggup dah hidup dgn dia.

Apa reaksi warganet, Kisah ke 2 dibawah pasti lebih menarik.

Cik Fai, Allahu… Siannye sis, Suami buat loan 30K. Tanggung hutang. MIL & FIL lak amik kesempatan utk kesenangan sendiri. Suami pergunakan isteri utk lpaskn sesak. Mentang2 isteri dh xde spe2.

Nak wat part time malu, isteri suruh jual diri ke? Isteri suruh merompak ke? Isteri suruh mengemis ke? Kalau dh x mampu tu buatlah cara x mampu. Xyahlah nak malu buat part time tu. Lelaki kena berusaha bkn makan hasil isteri je.

Tak malu ke jadi lelaki, jadi suami, jd ayah? Suami bertanggungjawab menyediakan segala keperluan isteri dan anak2 dari segi nafkah zahir & batin.

WAJIB. Fai doakan yg baik2 utk sis, meskipon part crai tu fai x setuju,tp semua bergantung kt sis sbb sis melaluinya. Moga Allah swt mempermudahkan segala usaha dan urusan sis.

Norma Yaacob, Bukan tak blh susah sama2 tp takkan nak tanggung biawak hidup sampai mampus… Sek ni mmg ramai spisis biawak hidup…. Sesekali blh lah kita tanggung kalau bertahun2… Klau syer tiap2 bulan pun ok lah jugak. Apa gunanya ada suami dan bukan itu tanggungjawab suami ker tanggung nafkah? Kalau rasa malas dan masih tak bersedia tuk menanggung anak bini tak pyh lah kawin.

Syafiqa Abdullah, bile dah smpai nak luahkan kt sini..mksudnye masalah tu dah mmg xboleh nak pendam..saye pun xboleh nak tlg bagi kata putus utk tt..tapi..sebelum decide..fikir la dlu..mcm mne perangai nye di rumah..ade tlg buat kje rumah ke..tlg jage anak x..

Byk la aspek kite kne tgk..xpon..cube rapatkan diri tu dgn Allah dulu ke..ngadu ada Dia jugak masa yg sama..mintak petunjuk..kadang2 mrah tu yg buat kite pikir bukan2..sorry..xreti nak komen sgt.

Dania Nabila, Sebetul nye bincang baik2 dgn suami..knpe kne tanggung hutang ayah smpi 1900..bsar tu jumlah nye..bg akk la sape yg bt pinjaman die la yg byr..knpe msti ltak beban pd anak..sedangkan anak tu dah berkeluarga.

Pujuk suami baik2 ckp dah ade ank ni belanja mkin bsar..nak xnk kne buat part time..setiap org di uji dik..malah ade yg lebih terok lagi suami kaki pkul. kdg2 selalu bergduh dlm rumahtangga tu punca hilang rezeki..awk xbg suami sentuh awk kne laknat taw..bnyk kn berdoa mntk dimewahkan rezeki.

Rusmini Aiza, bila kita bertongkatkan dunia… allah uji kewangan.. kita hilang rasa taat hormat pada suami… sb suami xboleh bg yg kita nak.. smpai value suami kita kita pijak2.. kdg2 kenape allah tarik nikmat sb kita xbsandar pd allah maha pemberi rezeki maha pemberi suami.. xnmpk kasih syg allah pada suami n pada diri kita.. nk tya hak kita pada allah kita jg tak.

Sy pun pernah alami fasal kemurungan.. rupanye ujian allah pada kita sb kita terlalu bharap pd manusia.. bkn pd Allah… kita letak manusia lbh tggi bbanding allah… kita syg manusia lbh drp Alllah. tu silap kita.

Qayla Sara, Org lelaki y bergelar suami.. Kalau dia rasa ade sifat tangungjawab ke ats isteri dan ank2 dia. Kalau dia syg keluarga dia. Dia akan usaha untuk bahagiakan isteri dah ank2.

Usaha cari kije part time, bukannye bebankan isteri sbab tu rezeki dia susah sebagai seorg suami. Sbab dia tak jlankan amanah dia sebagai seorg suami, bebanan semua ats kepala isteri. Semoga tt tabah dan dipermudahkan urusan.

Ariana Hamid, Inilah ujian rumahtangga dan kewangan mmg punca terbesar pencraian. Selagi puan boleh sabar utk bantu suami, puan buat lah. Bnykkn doa..bnykkn solat sama2..smpai satu masa klau dia nk berubah, alhamdulillah. Tp klau dia dirumah jaga anak2, ringan tulang..xpe buat masa skrg tlg suami dlu.

InsyaAllah rezeki ada dimana mana. Sentiasa ikhlaskn hati. Dan doa semoga rezeki tu sentiasa diberkati. Jgn gaduh2g rezeki xmasuk. Tp andaikata mmg dh xboleh tahan dgn mslh wang ni, mgkin perpisahan yg terbaik.

Ana Jolyn, Alahai, baru sedikit diuji tu. Sabar dulu. In sha Allah akan ada rezeki. Awak sedang diuji oleh Allah. Dia pun diuji juga. Banyakkan bersabar dan bersyukur. Sekurang-kurangnya suami x kaki perempuan, kaki pkul atau kaki ddah. Cuma rezekinya agak kurang.

Doa banyak2, semoga Alla berikan lebih lagi rezeki utk awak sekeluarga. Berceerai dan menjadi janda hanya kerana gaji suami x besar, mgkn akan menyebabkan awak melakukan kesilapan yg besar.

Cukup atau tidak gaji utk menampung keluarga bukan terletak pada besarnya gaji tapi bergantung pada berkatnya rezeki yg diperoleh. Doakan suami bekerja dengan jujur dan ikhlas utk keluarga, in sha Allah akan cukuplah gaji tu wlpn kecil.

KISAH KE 2, Assalamualaikum, sy nk tanya..mcm mana ye nk jaga suami yg pemalas.. pnt la sy, nak masak..nak jaga anak..rumah pun nk jaga.. sy ni isteri yg berkerja.. suami plak.. xnk bertolak ansur dn bg kerjasama..

Selain itu juga suami culas nk bg saya duit nafkah (duit perbelanjaan).. kdg2 shj dia bagi duit rm50..itupun 3 bln sekali..ada waktu tu sy ada terpandang resit transaksi bos suami.. beri kepada suami dlm 1k.. (bos beri duit belanja) saya cuba meminta.. katanye x ada duit.

Lepas tu sy ckp dgn suami..sy tau bos ada bagi duit.. dia mrah dia kata ini utk emergency kalau anak skit ke apa.. padahal sy mintak duit nk beli brg rumah rm100 shje.. ermm.. sy mcm syak suami sy dan bos (lelaki) dia mcm ada sesuatu.. then ternampak byk kali bos dia pgil syg.. tp suami sy pgil bos dia abg.. (msg) entahlah.. hanya Allah je yg tau hubungan dorang.

Suami juga suka melepak smpai lewat malam, main game juudi dan minum ket0m.. selama 2 thn perkahwinan hanya 3 kali sahaja suami imamkn solat..puasa pun berapa hari je. Saya just nk tahu jika sy dan suami bercrai, blh ke sy tuntut apa2 dr suami? Sbb dia kata sy tak akan berjaya tuntut apa-apa.

Apa reaksi warganet

Zaihana Ahmad, Yaa dik.. pastikan tuntut hak ank tu.. lain2 rasanya tak payah lah kalu dh selama nie adik yg kuar belanja smua.. leh jdi skit hati jer nnti..

Kcuali ada umah yg ada nama adik skali, lg lah kna tuntut sbb smua sure adik yg kluarkn duit utk mmbelinya. Kalau rumah takda nama adik, leh tuntut harta sepencarian, tuntut jer hak adik.

Baini Majid, Nak tuntut pun,dia boleh bagi apa Sis. Bagi duit RM50 pun 3 bln sekali…Kalau nk tuntut nafkah anak,boleh tapinya mampu ke dia nk bayar nafkah anak.Dgn juudi,ddah lagi..Tinggalkn sajalah.Bkn apa demi keselamatan Sis dgn anak..Baik berpisah dari nk simpan manusia mcm tue.

Shahadah Said, Kalau sis blh brtahan teruskanlah.. Tp klu bg sy la dgn culas bab nafkah, lps tu ambik ddah lg mmg sy angkat kaki ja.. Nk hadap smpai mti ka suami mcm tu.. Dh byk cth isteri merana dpt suami mcm ni tp masih nk brtahan alasan anak2.. Sis layak dpt yg lbh baik, lgpn anak2 kan ada.. Anak2 tu hrta dunia akhirat.. Tggalkan suami yg pntingkan dri mcm tu.

Syasya Mashel, Ape plk tak berjaya tuntutnye.kite ade Undang2 lah. Tak payah lah mkn Sgt dgr ckp org yg dah sesat mcm tu. dia hanye saiko je tu. Dia sdri sbnrnye takut kalah. Sbb terang2 buat salah kan. Kau tu kumpul bukti. Pas tu hentam dia sampai lumat.

Nor Shahliza, G tuntut nafkah tertunggak, mutaah, nafkah anak, harta sepencarian.. hati kene kental nak turun Naik mahkamah Ni.. jgn plak nnt de perasaan kesianlah.. syglah.. haaa..x jd pe sis.. bnykkan membace tentang k3s kat mahkamah syariah yg melibatkan fasakh, hakam dll.. sy cakap berdasarkan pengalaman.

Sue Suzieana, Tak lama lagi menduda lah tu. Tak yah tuntut apa apa pun xperlah..yg penting dia xder bini dh lepas ni, dan mgkin xder sapa hingin berlakikan duda semacam dia. Anak kalau kena rebut, awak rebut jer guna kuasa mahkamah…cerita ja semua aib dia, biar mahkamah tentukan dia layak atau tidak jadi suami dan bapak yg bertanggungjawab.

Ameera Arisa, Laki mcm ni takyah buat suami.. Mohon je crai.. Lagi bahagia. Buat apa nak sksa hidup bersuami kan lelaki mcm tu. Nak tuntut nafkah anak tu sy tak rsa die nk bg.. Sdgkan skrg pun kedekut. Berkira.. Nt da crai mmg die lepas tgn sis.. Takpe sis.. Rezeki kt bumi Allah ni luas.. Insha’allah ade rezeki lain utk sis dan anak2 nt.

Sumber : KRT