Slps tahu jantina anak, mcm2 mak mertua bt utk aku ggur. Rupanya kluarga mertua anti dgn cucu prm

Foto sekadar hiasan. Hai nama aku Zaza (panggilan). Umur lewat 20an, sudah berkahwin 3tahun, dikurniakan seorang anak. Apa aku nak cerita macam klise, tapi doakan aku dapat keluar daripada keadaan sekarang. Cerita bermula bila aku mula mengandung, aku tinggal bersama keluarga mertua. Mesti semua malas dah baca sebab “tinggal bersama mertua”.

Humm aku tau silap daripada awal nikah aku setuju tinggal bersama keluarga suami. Keluarga mertua ada ibu ayah mertua dan kakak ipar belum berkahwin serta aku suami dan anak.

Semua dalam keadaan baik pada mulanya sehingga aku tau jantina anak aku. Kisah bermula bila dah tau jantina anak aku perempuan, habis ipar biras aku balik cakap cucu keluarga ni dah ramai perempuan, lelaki seorang je, ikhtiar la dapat lelaki. Aku rasa, “what?”.

Siapa aku nak lawan kuasa Allah. Ibu mertua dan ayah mertua pun sama. Mereka sampai bagi aku makan nenas, durian, tapai secara tiba tiba masa kandungan aku sudah pun 5 bulan lebih.

Walaupun aku tahu nenas, durian tu bukan penyebab gugur dari segi sainsnya, tapi dari segi pemikiran orang tua seperti mertuaku, aku tau mereka nak anak ni gugur(masih mengalir airmata sambil taip ni).

Aku makan sedikit saja sekadar ambil hati, selebihnya aku dah dapat agak agenda mereka. Masa kandungan aku 8 bulan lebih aku jatuh terduduk sebab lantai licin.

Laluan itu adalah laluan yang selalunya memang aku seorang je lalu sebab aku tak suka ambil laluan luar untuk ke ampaian sebab banyak tahi kucing.

Jadi laluan aku dari bilik, dapur terus ke pelantar dapur dan ampaian luar. Bahagian pelantar yang jarang diguna tu licin macam lepas dibasuh (padahal tak pernah kotor teruk pun).

Saat aku jatuh ibu mertua aku ada di dapur tapi sedikit pun dia tak tolong. Aku gigih bangun sendiri walau berkali kali aku jerit panggil, “ibu”.

Bila aku masuk dan cakap aku jatuh, dia tanya, “kau dah kenapa boleh jatuh, nak gugurkan cucu aku ke?”. Aku pun cakap la lantai licin.

Dia balas tak pernah pernah lantai tu licin dan tuduh aku beri alasan. Ohh pedihnya hati, bila aku tanya kenapa dia tak datang bila aku panggil. Dia bidas, dia tak dengar.

Sampai masa aku bersalin, alhamdulillah semua normal. Aku bersalin lepas Zohor, jadi aku agak keluarga mertua aku akan datang lepas Asar. Malangnya hanya suami aku seorang je datang.

Aku kena tahan 3 hari sebab tekanan drah rendah, tambahan anak aku jaundice masuk w4d juga. Jadi hari ketiga baru balik rumah mertua. Disambut? Tidak. Makan minum, berpantang aku berdua dengan suami yang settlekan dahla pengalaman pertama.

Esok pagi baru mertua dan ipar aku jenguk anak. Itu pun masih komen kenapa anak aku hitam, yela anak aku kena duduk bawah lampu sebab kuning kan, normal la tu.

Namun ibu mertua aku kata aku tak pandai jaga diri, sebab dia kata anak anak dia dulu takde yang kuning masa lahir. Allahuakhbar. Aku tahap pasrah dah masa tu. Aku tak nak stress masa pantang.

Hingga minggu lepas aku bersalin baru keluarga aku datang. Semua ya ahli keluarga aku datang termasuk ipar duai, anak buah duduk utara datang selatan. Keluarga belah suami aku, seorang pun tak balik jenguk aku, at least anak aku.

Sekarang anak aku dah setahun lebih, aku masih ikhtiar cari kerja lepas tamat kontrak sebelum berkahwin dulu. Suami tak berani nak menyewa lagi buat masa sekarang dengan PKP lagi, dengan dia seorang je yang ada income.

Aku hanya berniaga kecilan secara online mampu tampung beli barang anak sikit sebanyak boleh la. Doakan aku dapat kerja tetap, dapat keluar daripada rumah ni.

Oh ya, satu tambahan lagi baru aku perasan keluarga mertua tak suka aku mungkin sebab aku tak pernah bagi mereka duit. Yela aku mana kerja. Sekurangnya makan minum bil api air rumah ni aku berdua dengan suami belikan dan bayar.

Kenapa aku cakap macam tu, sebab biras aku seorang ni dah 10 tahun kahwin. Takde rezeki anak lagi, mertua aku okay je.

Biras aku kerja penolong pengarah dekat syarikat swasta. Sebelum PKP dulu selalu bawa mertua bercuti, balik rumah mertua mesti ada emas atau duit ratus ratus sebagai hadiah. Pakej la biras aku. Aku redha. Mungkin juga Allah nak tambah pahala aku.

Sekarang anak aku jadi mngsa marah mereka (ibu ayah mertua dan kakak ipar). Namun aku bersyukur aku suri rumah jadi aku sentiasa ada untuk lindung anak aku. Budak kecil bising, sepah normal la kan. Bagi mereka tidak.

Doakan aku untuk terus sabar dan sabar serta dikurniakan rezeki duduk sendiri.

Ini antara reaksi netizen untuk perkongsian kisah ini.

Waniey Kechik
Mentality jantina anak tu tak pernah nak hilang. Aku ada 2 anak perempuan. Yang kecik baru setahun lebih orang sibuk suruh beranak cari laki.. Ingat boleh main order ??

Bila aku cakap aku czer, boleh beranak sekali lagi ja. Aku tak rancang nak anak lagi.. orang kata ehh muda lagi laa, boleh ja czer 4x, try la dulu.

Kenapa aku nk risikokan diri aku untuk kepuasan hati orang. Apa masalah kalau belum ada rezeki anak lelaki ? Berdosakah aku ?

Hani Marissa
Penat baca kisah menantu tinggal dengan mertua ni. Nak suruh pembaca doakan je tak ada usaha tak jadik jugak. Jenis asyik dok pikir tak berani la nak pindah time PKP ni. Habis TT nk tunggu bila.

Pikir tak mampu dok menyewa tak mampu tu ni sampai ke sudahla dok dengan orang. Tak pikir ke sampai mertua buat tahap ancam ny4wa agenda macam tu boleh lagi dok tunggu dalam rumah orang.

Orang dah tak suka blaa la sis. Tak payah nak tunggu bagai harap mertua datang tengok dekat hspital apa la. Hidup ni jangan bersandar pada orang. Diri sendiri kena bangun cari jalan penyelesaian.

Tu dah ada anak pikir. Tak pe tt housewife boleh protect anak 24 jam. Sampai bila nak dok dalam t0ksik macamtu. Nak tunggu mertua bubuh racun dalam makan minum dulu ke baru nak sedar orang tak suka.

Susah sejenis takut nak keluar menyewa. Takut tak lepas. Sorry cakap jangan jadi bdoh sangat sampai orang aniaya pijak pijak boleh tak sis

Aza Yati
Adik..

1) guna alat perancang keluarga sampai ekonomi stabil..

2) keluar dari rumah toksik tuh. Bagitau suami semua yang family dia buat drkat awak..

3) sewa rumah murah tanpa bilik pun takper sebab anak kecik lagi. Dapat dok dekat dengan family sendiri lagi bagus..

4) sis dok rumah and teruskan bisnes kecik kecik dari rumah. Jimat pengasuh, duit susu if adik bf, suami bwk bekal..

5) amalkan perbelanjaan berhemah. Beli di pasar besar, barang 2nd hand, bundle, barang near expired and so on …

Adik.. seorang isteri dan ibu yang gembira adalah tunjang kebahagiaan keluarga.. mulalah dari sekarang..

Anna Fie
Pertama sekali sebelum kahwin, mohon check la skit financial si bakal suami. TEMPAT TINGGAL adalah satu benda yang sangat basic. Yabg suami wajib sediakan. Kalau tu pun tak mampu jangan la kahwin.

Sampai bila nak dengar cerita cerita macam ni?. Zaman sekarang dengan cinta sahaja tak boleh bawak kemana. Ni bila dapat mertua neraka, tahan kan je la. Cintakan?. Gunalah cinta tu untuk memujuk hati awak.

Suami pulak tak boleh bersuara sebab dia menumpang di rumah makbapak dia. Untuk adik adik yang sangap nak kahwin. CHECK la dulu. Jangan nak bersangka baik sangat. Hati orang kita tak boleh baca. Kalau sebelum kahwin dah memilih jalan hidup macam tu, hadap je la.

Ain Razak
Suruh orang doakan pun, tapi kita sendiri tak usaha tak guna dikkkkk. Lemah lembut tak bermakna kita tu lembik, tapi lembik tu macam awak ni. Meratap nasib tapi usaha takde. Kesian anak tu oi. Orang dah tak suka, pergi la jauh jauh. Tak faham faham lagi ke.

Korang yang ada anak perempuan tu ajar la dari kecik jangan jadi lembik. Nanti dah besar takde la kena buuli pastu menangis macam confessor ni.

Cari rumah sewa murah murah, flat pun takpe. Takpun balik rumah mak sendiri, minta tolong sape sape jaga anak lepastu cari kerja