Suami aku belajar taraf spm je tp eg0. Dia suka hsap rk0k dpn anak smpai anak kena asma

Foto sekadar hiasan. Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada admin sebab pilih confession aku untuk disiarkan. Confession aku ni biasa-biasa saja, lebih kepada nak minta pandangan, pendapat dan tunjuk ajar dari pembaca semua. Sebelum semua orang rasa sesuatu dengan tajuk aku kat atas tu, ini disclaimer ya.. Aku tak berniat nak rendah-rendahkan sesiapa yang eduacation level dia rendah ya.. tidak sekali-kali.

Aku pun tak sepandai mana kerana yang Maha Tahu, Maha Mengetahui hanyalah Allah sahaja. Ilmu yang manusia ada hanya ibarat setitik air di lautan. Jangan pandang serong dulu sebelum baca, ok.

Aku perkenalkan diri aku. Aku Boonga. Telah berkahwin. Oh ya, aku perempuan.. hehe.. Aku diberikan rezeki oleh Allah dengan sedikit kelebihan ilmu berbanding suamiku yang hanya lulusan SPM. Aku redha sahaja sekiranya itu ketetapan jodohku.

Cuma aku ingin meminta pendapat pembaca semua, bagaimana ya nak adapt dengan pasangan yang lebih rendah tahap pendidikan dari kita?

Nak ditegur-tegur, nak diajar-ajar bimbang jatuh pula eg0 nya. Tapi, dalam banyak situasi memang perlu ditunjuk ajar pun sebenarnya. Aku bagi banyak contoh kat bawah ya.

Suami aku sangat ambil lewa dengan kesihatan diri, sedangkan aku sebaliknya. Dengan latar belakang sains, aku amat tahu akan bhaya rkok, minuman manis, makanan ringan dan sebagainya.

Puas aku pujuk suami agar berhenti mer0kok, tapi tak diendahkan. Dengan bayi kami yang masih kecil pun dia tak cakna, tetap juga mer0kok sehingga salah seorang anak kami menghidap asma. Masih juga dia taknak mengaku bhayanya r0kok dan masih dengan ketagihannya.

Di rumah aku memang jarang minum air manis. Ada juga aku buatkan dia air, tapi jarang sangat sebab dia lebih suka buat sendiri sebab dia suka manis. Sekarang dengan umur awal 30an, dia telah pun menghidap kencing manis angkara gaya hidup yang tidak sihat.

Apa lagi mampu aku katakan. Check up rutin pun dia tak nak pergi. Buang masa katanya dan doktor sesuka hati je nak ambil daarah dia.

Aduhai…. Aku pun tak tahu macamane nak pantau kencing manis dia. Ada la dulu aku belikan dia mesin glukometer, tapi sekejap saja dia gunakan, lepas tu tersimpan rapi dalam kotak.

Part yang ni aku rasa ramai pembaca akan marah aku. Aku tak rasa suami aku jahil sangat bab agama, sebab dia boleh imamkan kami solat, bacaan nya pun betul.

Tapi, sehingga kini anak lelaki kami berumur 11 tahun masih tidur bersama di bilik kami. Kami di atas katil, anak di tilam bawah, bersama adik perempuannya berumur 8 tahun. Banyak kali,

Ya.. Banyak kali aku beritahu, anak tak boleh tidur bersama ibu bapa lagi, dan anak lelaki mesti diasingkan tidur dari anak perempuan, tapi tak dihiraukan suami.

Bila aku berbunyi, bergerak la sekejap. Tapi bila aku diam, semua datang tidur bilik kami sebab ayahnya mengajak.

Pernah beberapa kali dia ajak aku berhubungan int1m dengan keadaan anak di bilik yang sama dengan kami. Aku tolak, sebab takut anak nampak. Tapi katanya anak dah tidur lena.

Puas ku tolak, tapi dia berkeras katanya semua ok. Aku takut sangat anak ternampak perbuatan kami. Sedih juga time tu. Nak menjiwai pun tak dapat.. Huhu.

Lepas tu bab-bab hidup berjiran pun sama. Banyak ku tegur hal-hal hidup berjiran, tapi semua dibangkangnya. Semua jiran yang salah, dia betul semuanya. Jiran tak bertegur pun dia kata jiran somb0ng padahal dia pun sama tak nak mulakan dulu.

Aku jadi pening dengan dia. Itu belum cerita hal membakar sampah. Bila aku tegur katanya takpe jiran semua tutup pintu. Asap takkan masuk rumah jiran. Oh lupa.. Dia dah bagi direction kat asap, arah mana yang dorang patut tuju…

Aku nak tulis panjang lagi.. Tapi aku penat. Aku nak mintak pendapat semua, macamane nak mendepani orang yang mentality tak sama level dengan kita.

Of course aku hormat dia sebagai suami, sebab tu aku cuba mengurangkan teguran supaya dia tak rasa aku menunjuk pandai. Tolong ya… tak tegur salah, tegur pun salah ni

KISAH KE 2. Untuk semua isteri yang tertekan dengan tabiat merok0k suami boleh cuba tips daripada wanita ini. Sangat berguna untuk kita.

Assalamualaikum semua para Isteri dan Suami yang dirahmati Allah.

Lagi beberapa hari je lagi nak masuk bulan Ramadhan. Sila ambil peluang bulan Ramadhan ni untuk berhenti merok0k. Tolonglah ambil peluang ni dan kuatkan semangat demi masa depan keluarga dan anak2.

Saya kongsikan cara2 berdasarkan pengalaman saya 4 tahun yang lepas. Alhamdulillah selamanya suami saya bukan perok0k lagi.

1. Seminggu sebelum Ramadhan, sila pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan jumpa MA atau MO katakan “saya nak berhenti merok0k”. (Isteri kena ambil peranan supaya suami lembut hati nak pergi klinik. Isteri kena teman sekali bagi support. Suami pula wajib bersungguh2 utk berubah. beginilah yang saya dan suami buat.)

2. Nanti mereka akan berikan maklumat dan UBAT BERHENTI MEROK0K PERCUMA. (Harga ubat ni memang mahal, tolonglah ambil peluang ini dan jangan sia2 kan.)

3. Bila berpuasa sambil amalkan ubat ni (bukan makan pun) memang sangat membantu, sebab ubat ni akan kurangkan rasa gian dan buat perok0k tak rasa nak merok0k.

4. Tolong istiqomah amalkan ubat ni sampai habis sehingga berhenti merok0k 100%. (Isteri kena sentiasa ingatkan dan beri ubat tu setiap hari. Suami pula kena sungguh2 nak berhenti merok0k dan jangan curi2 merok0k semasa di bulan yang mulia ni.)

5. Suami kena sibukkan diri lepas berbuka puasa untuk elakkan mer0kok. (Terawih, mengaji, ajar anak mengaji, makan2, dan tidur awal.)

6. InsyaaAllah, suami PASTI BERJAYA TANPA ROK0K DI HARI RAYA DAN SAMPAI AKHIR NAFAS. Aminn..