Foto sekadar hiasan. Hai, aku Sakinah, aku tak tahulah kisah aku ni akan disiarkan ke tidak. Tapi aku cuba. Lately ni banyak juga orang post pasal psangan yang kureng menyebabkan ramai juga anak dara takut nak kawin. Aku berumur 30, 4 tahun kawin dan belum ada anak. Tahun ini insyaAllah. Suami aku sebaya aku. Taraf pendidikan tak sama, aku degree, dia sijil. Aku penjawat awam, dia juruteknik.
Dari segi kewangan, aku dah mention dari awal yang walaupun aku kerja kerajaan gred degree, tapi aku ada banyak hutang, kereta, personal loan sebab tolong family dulu, bagi dekat parents 500 sebulan, duit gaji aku cukup-cukup makan je walaupun aku seorang cikgu.
Dia, seorang juruteknik dengan gaji 3k sebulan. Tak ada komitmen selain bagi pada parents dalam 200 sebulan. Sebab adik beradik dia memang pakat bagi banyak tu. Pakai kereta second hand saga 1998 yang aircond masih sejuk hehe
Aku terima dia seadanya, dia terima aku seadanya. Aku ni tak cantik, jadi bila ada orang ikhlas nak jadikan aku isteri, aku tanya parents aku, adik beradik aku, dia pun datang rumah aku. Benda tu jadi lurus dan mudah.
Lepas family aku approve dia, dia bawa aku jumpa family dia. Family dia approve aku.
Dia bawa mak dia jumpa mak aku.
Kemudian kami bertunang dan berkahwin. Ujian bertunang aku dengan dia, dia kena berhenti kerja. Elok lepas bertunang. Tak tahu masa tu nak rasa apa.
Cuma yang syukur, masa tu duit kawin dah cukup, sebab hantaran aku memang tak letak tinggi. Dan dia kebetulan dan belikan gelang emas untuk kawin, masa dia muda-muda dulu. Saja beli katanya. (Aku rasa dia beli untuk ex dia tapi tak jadi. Hahaha)
Dah kawin, Dia berniaga jap dan kemudian dapat kerja balik. Aku mintak dia kerja supaya kami dapat duduk dekat.Dapat je offer letter, aku tahu gaji dia berapa. Kami terus plan kewangan keluarga.
Kami beli sebuah rumah, 60% dia bayar, 40% aku bayar. Lepas dia kawin dengan aku, aku nampak la dia tak ada duit walaupun dia kerja.
Aku cuma suruh juga dia simpan sikit, supaya jadi apa-apa akan datang, ada tempat berpaut. Aku pula lepas kawin, makin banyak simpanan sebab makan dah ada orang tanggung.
Laki aku teruskan hidup dengan jimat cermat, kadang aku rasa bersalah juga. Dia cari baju untuk dia dekat kedai bundle. Baju RM2 sehelai. Baju aku pula, RM100 sepasang.
Kadang-kadang, aku murahkan hati bawa dia pergi mall, paksa dia beli baju baru dan aku sanggup bayar. Kalau paksa dia pilih ni, memang drama dan kadang boleh bawa bergduh. Sampai aku kena merajuk.
“Sayang nak tengok Abang pakai baju baru juga”, baru dia setuju ambil.
Dan dia memang sayang baju mall yang aku belikan untuk dia. Selalu pakai, jaga baik-baik. Syahdunya laki aku ni.
Baju bundle dia, dia banyak pakai untuk kerja, tapi dia suka sebab baju bundle kain sedap, tak panas. Sampai aku pun suka pakai baju bundle sekarang kalau dekat rumah.
Baru ni, dia pergi bundle sorang-sorang, aku memang jenis tak meminta, sebab aku tahu duit dia memang dah habis untuk family. Dia ada menyimpan juga sekarang sebab anak dah nak keluar. Aku cakap,
Anak sayang bagi susu, yang lain baju, pampers, pengasuh semua atas abang. Nanti kita buat kiraan semula. Kalau abang tak cukup baru sayang topup. Dan dia ok je. Sebab sekarang pun dia usaha simpan 1k sebulan.
Kebetulan OT dia banyak bulan ni, dekat 2k, dia pun nak raikan diri dia. Pergilah bundle. Dia suka sangat barang-barang LV. Tapi mostly bag LV ni untuk perempuan, aku ni jenis tak minat sangat. Apalagi kalau yang ada jenama.
Tiba-tiba dia balik, dia bagi aku beg LV bundle tu.
Sayang, nah untuk sayang, abang mampu bagi yang bundle je. Abang pun beli 1 beg untuk abang, duit baki OT abang, abang simpan untuk prepare beli barang baby nanti.
Pastu, dia beli aku kacang2 mahal dekat mall, dia beli buah-buah yang aku mengidam, aku boleh je beli sendiri. Tapi aku tak beli sebab aku tak nak ajar diri manja sangat.
Tapi tak sangka laki aku ingat aku suka sangat mempelam. Lepas tu, aku tengok dekat history phone dia. Dia google, “jenis kacang yang bagus untuk ibu mengandung”. Touching oo.
Sebab aku pernah cakap dekat dia, kalau ada benda abang tak tahu, abang taip je soalan dekat otak abang tu dekat google.
Air mata aku jatuh, walaupun laki aku bukan ustaz, sekolah pun tak pandai mana, nak bercakap pun tak pandai, tapi aku rasa sangat dia ikhlas sayangkan aku.
Walaupun beg LV tu harga dia RM40 je, tapi aku punya sayang dekat beg tu Allah je tahu.
Dia siap cakap, nanti sayang boleh la guna handbag ni pergi sekolah, cantik lagi beg ni.
Lepas aku kawin dengan laki aku, dari jiwa boros, aku jadi jiwa yang bersederhana, kalau aku nak beli apa-apa yang mengarut, aku tetap tanya dia walaupun aku nak pakai duit aku. Dia banyak ubah life aku walaupun aku kononnya lagi educated dari dia.
Baru ni aku teringin nak beli set young living tu. mula-mula dia tak faham keperluan benda tu, lepas tu dia cakap. Belilah, abang bagi 500, sayang 250 boleh? Tup-tup aku pula tak jadi nak beli. Sebab aku rasa, bukan keperluan lagi. Mungkin ada baby nanti propose lagi sekali.
Bila aku tak sihat, aku tak dapat bangun pagi. Aku cakap, abang, kita beli sarapan dekat luar je la ye? Dia cakap, sayang nak makan apa? Arini biar abang masak.
Tak tahu la kot kami sweet sebab masih berdua, tapi yang pasti dia selalu masakkan untuk aku. Dan bila aku masak, walaupun tak sedap. Dia cakap, sedap.. abang akan habiskan..
Dia bagitahu, masa dia kecil. Dia anak orang susah, setiap benda tu berharga. Dia tak berkenan tengok family aku suka membazir makanan, dan dia ingatkan aku.
Jangan buang makanan macam tu. Belajar bajet memasak, jangan melampau2. Nanti kita bela kucing, makanan tak habis boleh bagi kucing makan.
Even dekat office dia pun, dia memang bagi makan kucing. Aku tahu dia bagi makan kucing. Sebab masa dekat mall tengok dia ambil banyak makanan kucing, aku tanya. Ni untuk kucing mana? Kucing dekat office abang. Segan aku dengan dia.
Tinggi sangat ke aku puji laki aku?
Aku cuma sayang dia, aku suka dia jujur dengan aku, telefon dia telefon aku. Akaun bank dia pun aku boleh akses. Cuma tac masih di telefon dia. Hehe.
Aku doakan, semoga rakan-rakan yang masih bujang, jujur dalam berkawan, sebelum serius, tanya dulu semua apa yang perlu tahu. Kalau rasa tak dapat terima kekurangan dia. Undur diri cara baik.
Masih ada lelaki, lelaki yang baik diluar sana. Mentua yang baik, orang kampung yang biasa-biasa. Mereka cuma orang biasa. Mungkin mereka tidak terlalu “kedepan” kerana rendah diri. Sebab pendidikan tak tinggi.
Kalau dekat kenduri, mungkin mereka duduk bahagian basuh pinggan. Tak pandai bergaul bercakap hebat dan tinggi, tapi baik sesama ahli keluarga.
Apapun, walau gaji kita lebih tinggi dari suami, letakkan dia sebagai “breadwinner” keluarga. Dari awal, direct dan bagitahu. Kita akan bantu, bantu dengan kesanggupan kita, bukan bantu ambil alih tugas dia sebagai suami.
Aku tak pasti cara aku ni betul ke tidak. Cuma untuk setakat ini, alhamdulillah aku tiada sangkaan pada suami dan aku harap dia pun bahagia beristerikan aku.
Semoga korang semua berjumpa jodoh yang baik-baik juga. Aamiin
KISAH KE 2. Suami aku kerja pak guard manakala aku penjawat awam taraf degree, banyak komitmen keluarga aku terpaksa tangung. Aku selalu tag suami bila isteri dapat hadiah dari suami di media sosial sebab aku teringin, satu hari aku nampak sesuatu di dalam bonet kereta hadiah hari jadi aku yang suami buatkan tapi tidak pernah bagi kat aku sebab….
Intro macam biase, nama aku kiambang. Dah tentu bukan nama sebenar. Cerita ni berkisarkan kami laki bini. Aku lewat 20an. Dah berkahwin 5 tahun, anak sorang. Ha Aku si bini.
Tak pasti cerita ni bakal disiarkan atau tak. Tapi aku just nak cerita juga. Aku membayangkan aku sedang bercerita dengan someone. So tak kisah sangat disiarkan ke tak. Kalau ye alhamdulillah.
Kami laki bini termasuk dalam golongn marhaen yang terjejas akibat covid-19 dari mac 2020. Aku sebenarnya penyumbang terasaebar ekonomi rumahtangga.
Kami ada 2 buah kereta. Satu 2nd, satu kereta baru beli hujung 2019. Sebab kereta lama asyik rosak. Alasan teringin kereta baru saja sebenarnya.
Dan ada sebuah rumah yang dah dibeli tahun 2018. Semua yang tersenarai tu jatuh di pundak kepala aku. Tak termasuk lagi asbf, medical kad,dll.
Long story short, aku hil4ng kerja. Dan laki aku hanyalah bekerja sebagai security eventhough dia ada degree. Gaji minima. Epf tak de, socso apatah lagi. Slip gaji pun tak de.
Aku ada saving kecemasan. Tapi tak mampu untuk bertahan lama. Kami decide untuk balik duduk rumah mak.
Rumah sekarang sewakan. Aku beli rumah atas angin je. Jadi cepat juga dapat orang sewa. Sekarang tengah pikir macammn nak bayar kereta, mac ni dah habis segala moratorium.
Alhamdulillah, bila situasi macam ni, aku sedaya upaya untuk Jana income dan mula semula buat saving sementara masih duduk di rumah mak. Jujur sebenarnya aku tebal muka.
Dari zaman belajar aku jenis yang berdikari dan cari duit sendiri. Tapi aku anggap ni peluang dan hikmah Allah nak bagi untuk kami jadi lebih baik. Usaha lagi.
Bermula dari bawah balik macam awal2 kawen. Tapi LAGI p4rah sebab dah Ada anak dan Komitmen.
Situasi macam ni, Kita Akan lebih cepat stress dan Mudah untuk blame psangan. Termasuk lah aku. Bila time aku stress, aku akan persoal kenapala laki aku ni tak macam orang lain. Boleh support anak bini. Pandai Cari duit.
Tapi percayalah keadaan tak akan bertambah baik kalau kita saling menyalahkan dan tak cuba Cari solusi.
Bulan lepas birthday aku. Aku tak lah beri expectation tinggi sangat untuk laki aku buat surprise ke ape. Lol. Tapi masih mengharap. Perempuan. Mulut kata lain, hati kata lain.
Yang aku nak cerita ni, tentang esoknye tu. aku buka boot kereta. Aku nampak yang macam orang buat surprise delivery dengan duit tu. Bouquet flower.
Tapi….. Alkisahnye memang nampak sangatlah gubahan tu hasil tangan laki aku. Dan…. Duit printed. Ya, Laki aku print Gambar duit dekat kedai.
Aku tanya la dia, kenapa simpan. Tak bagi pun. Dia cakap dia segan. Dia tak de harta yang dia boleh bagi dekat aku.
Dia pun macam orang lain yang nak bahagiakan bini dia. Nak bagi macam orang lain. Mungkin aku pernah saja2 tag dia dekat fb gambar bouquet duit. Dia cuba untuk beri, dengan kemampuan yang dia ada.
Aku speechless. Sebab aku tak sangka dia terpikir buat macamtu demi nak gembirakan aku walaupun terbantut hajat dia nak bagi.
Hati aku memang syahdu sangat rasa waktu tu. Tapi aku tak cakap apa2. Masa dia drive aku curi2 pandang dia macam orang tengah tengok crush. Tapi still tak tahu nak respon macam mana.
Walaupun dia tak dapat bagi, tapi dia dah menang di hati aku. Despite segala kepayahan sekarang ni, ada satu benda yang bertambah. Kecintaan aku pada dia. Cia cia. Silakan muntah. Aku tak kisah.
Aku ni jenis keras. Tak de jiwang2. Tapi kali ni memang betul2 mengusik jiwa kewanitaan aku. Haha. Tulis smbil bergenang air mata sebenarnya. Cover line dengan gelak.
Laki aku mungkin banyak kelemahan. Dia tak kaya. Senang pun belum. Bukan juga alim ustaz yang pandai mengaji, solat di masjid. Orang surau pun tak pernah kenal dia.
Pendiam tak reti bercakap. Aku yang selalu jadi mulut dia. Entah la tak tahu macammn dia hidup sebelum kawen. Nak tanya harga kuih pun cuit aku.
Oh ya. Kami nikah bukan sebab dia ngorat aku. Sekarang pun masih aku yang ngorat. Lol.
Tapi aku tersedar satu benda, akulah kekuatan dia. Yang menampung segala kelemahan dia. Saling membantu dalam urusan kebaikan, saling berpesan2.
Walaupun dia bukan siapa2 di mata orang lain, dialah hero kami. Orang yang sangat peka dengan anak bini.
Walaupun dia tengah tido nyenyak, anak menangis dia tersedar dulu. Cepat2 buat susu tak nak bagi aku terjaga. Bila aku mengadu lenguh badan, skit kepala, dia terus datang urut smpai aku tak sedar dah terlena.
Aku yakin 99% psangan berkahwin akan ada rasa ish kenapalah psangan aku macam ni, kenapalah tak macam tu. Paling tak terdetik sekali saja di hati.
Aku dulu rajin cari gduh dengan dia. Sampai penat tak mau gduh dah. Sebab tak de siapa yang sempurna.
Dalam situasi sekarang ni, kami berdua sedaya usaha untuk mencari rezeki dan uruskan keluarga dengan cara kami tersendiri.
Kadang kita terlalu sibuk dengan urusan tanggungjawab dan urusan sehari2, tapi terlupa untuk ambek masa sekejap tengok psangan dekat seboleh yang tengah tido smbil renung kebaikan dia pada kita.
Betullah, bahagia tak pernah meletakkan harta sebagai syarat.
Semoga Allah keluarkan Kita dari kemelut ekonomi akibat covid-19 ni dan beri bahagia pada semua. Doakan kami laki bini untuk terus bahagia, sihat dilimpahkan rezeki yang berkat. Aamiin.