Foto sekadar hiasan. Salam Namaku Sarah, terima kasih admin kalau approve confession aku ni. Aku tak tau nak mula dari mana cerita aku. Maafkan aku kalau ada yang tak suka dengan attitude aku tapi aku cukup tertekan sekarang ni. Aku sebelum kahwin memang ada tanda tanda d3pr3ssion dan anxiety dan sekarang ni dah nak masuk 3 tahun.
Semua simptom ada cuma rasa nak bnuh diri je takda. Dan aku tak berani lagi nak dapatkan rawatan. Aku biasa baca vlog doktor doktor atau psik0logis je di youtube.
Bila aku kahwin macam biasalah banyak duduk rumah dan tunggu suami balik dari kerja.
Kalau ada family dia atau balik kg family dia barulah aku ada interaksi dengan orang atau jumpa jumpa sesiapa di tengah jalan ke.
Tapi bukan tu je masalah aku sekarang ni. Masalah aku sekarang ni, suami aku dari awal kahwin sampai 1 tahun lebih ni lemah tenaga batin.
Kami dah ada anak sorang alhamdulillah tapi yang aku stress aku tak rasa pun honeymoon atau nikmat malam pertama tu.
Orang lain kahwin naik seri, aku muka sedih dan murung yang bertambah murung.
Cuma masa awal kahwin tahulah 8 tahun bercinta mestilah sayang, aku boleh terima kekurangan suami aku tapi setiap kali bersama memang aku tertekan bila end upnya penat mandi wajib je.
Suami memang baik, soft spoken, lemah lembut, kind hearted dan memahami skit aku, suami pun solat dan peramah bila bercakap dengan orang. Itu yang aku suka dengan suami.
Bila dah kahwin ni rajin sangat tolong aku di rumah. Aku memang rasa tak penat sebab dia tahu mana benda patut dia tolong.
Aku bersyukur dan selalu berterima kasih untuk itu dan mungkin disebabkan dia tahu kekurangan dialah kot dia rajin tolong mana yang patut, ambil hati mungkin.
Ikut hati aku supaya terus dengan dia. Dia akan tolong basuh pinggan lepas makan dan kami gilir gilir kadang kadang bila baby nangis dia akan cakap letak je nanti abang cuci.
So aku boleh cuci tangan lepastu gendong baby tak payah cuci piring. Dia akan tolong masak nasi, masak air, kemas rumah, kadang cuci pakaian kami bertiga.
Maksudnya dia tetap tolong cuci bajulah, bukan aku je. Dan memang hidup aku semua berlegar tentang dia. Sebab tu juga aku fikir banyak kali dan maafkan dia setiap kali perkara yang dia sengajakan itu berlaku.
Kami akan saling bermaafan dan sayang sayang manja manja balik. Aku sayang dan teramat cintakan dia.
Aku tak kisah gaji dia bawah 400, aku kahwin dengan dia memang 1 harta pun takda even kerja pun gaji takat tu ja. Masih mencari dan menunggu panggilan kerja. Doakan suami aku dan aku murah rezeki.
Kenapa aku cakap dia sengajakan. Yelah aku dah banyak kali nasihat dan tegur dia jangan sengaja game over.
Setiap kali bersama akhirnya jadi pergduhan dan aku akan marah m4ki hamun sebab aku stress dia sengaja buat macam tu.
Aku sentiasa bagi peluang untuk dia perbaiki kelemahan dia, aku bagi masa, aku bagi sokongan moral sarankan dia jumpa doktor pakar tuan.
Tapi mulut ja bercakap, mengiya iyakan sahaja tapi sekejap je dan jadi balik perangai macam tu.
Pernah dulu dia marah dan dia suruh cari lelaki lain. Aku marah balik aku bukannya mau lelaki lain yang mahukan kepuasan dari dia dan dia sepatutnya berusaha bukan main passing bini pada lelaki lain.
Aku cakap aku akan sabar dan tunggu tapi entahlah memang suka ambil ksempatan.
Bersenam jarang, hanya bila aku marah dan konon keluar rumah pergi jumpa mak bapa dia sambil sambil joging kononnya entah berapa belas minit je. Selebihnya duduk bercerita dengan family dan ketawa sakan. Aku boleh agak.
Aku banyak kali marah sebab aku perhati dia jarang sangat ‘bersama’ bila malam. Dari awal kahwin dia bila malam banyak tidur, kadang kadang aku suarakan aku nak baru dia pandai cari.
Aku cakap dia bukan macam lelaki lain yang bila malam bersama isteri tapi dia malam lebih suka tidur. Melainkan bila dia bernfsu je dia datang tapi tulah sekadar jadikan aku tempat melepas nfsu.
Dia sejenis suami yang malas berlamaan lamaan dengan isteri, dia cakap dia penat dan tiba tiba berhabis tenaga dan game over.
Belum pun 10 minit, kalau tahan sikit 30 minit dan paling lama hanya sejam tu pun sebab aku suruh dia tahan dan banyak kali berhenti sebab dia nak tergame over.
Macam tu je cara kalau nak lama, biasakan untuk tahan. Tapi suami aku pantang rasa sedap terus dia balum kaw kaw dan game over. Aku benci dan menyampah. Belum pun pemanasan dan tiba tiba (rolling eye).
Aku kadang malas mau melayan nfsu dia tapi disebabkan aku tahu aku ni isteri dan itu tanggungjawabku. Dan aku pun tak nak dia ada k3s cur4ng sebab nfsu tak dipuaskan isteri aku layankan juga.
Kalau period pun aku tolong juga, orang kahwin fahamlah tu cara dia camna. Happy dia. Tapi aku belum sekali dua je itu pun dia cakap penat, habis aku tak penat??
Habis aku masak, cuci baju, jaga anak lepastu stress lagi takda jalan mana mana makan angin asyik di rumah masalah itu lagi tapi aku tolong, dia fikir aku tak penat?
Aku cakap jangan pentingkan diri, jangan jadikan aku tempat pelepas nfsu.
Aku hantar video ceramah tanggungjawab suami bab nafkah batin, hukumnya zalim dan berdosa besar tidak menunaikan hak seorang isteri.
Dia bila dah puas dia tinggalkan aku lepas tu dia tidur, macam apetah. Setiap hari, minggu bulan dan sudah setahun dia tetap macam tu.
Aku sentiasa berharap pada setiap kali bersama dan beri dia peluang tetap dia jadi begitu, macam dah jadi kebiasaan.
Aku cakap jangan mentang mentang aku ni sabar dan terima kau terus biasa buat macam tu. Patutnya kau berusaha, kau tahu hukum, kau patutnya ksiankan aku,
Banyak lagi aku cakap, aku cakap pergi amalkan senaman tidak perlu keluar rumah even di rumah pun boleh pumping pon boleh tapi memang pemalas.
Ada ilmu ilmu untuk bagi tahan tidak dibaca, hantar video dr youtube nama nama Allah yang bagi kuat pun dia tidak tengok. Apa punca dan jenis kateg0ri, dan rawatan pun siap ada tapi tidak pun ditengok.
Ada pdf kawan hantar “permata yang hil4ng” dia boleh boleh pergi padam. Sedangkan banyak jenis amalan, makanan dan adab adab dalam tu banyak sangat ilmu tapi dia tak rajin baca pun.
Aku pula yang kena baca dan sampaikan. Balik balik runningman dan naruto dia tu. Aku carikan bahan untuk dia tapi mana dia baca.
Kalau baca mesej dia dengan kawan bukan main temberang, konon tahan lama. Menyampah hakikatnya bini je tahu prestasi dia macam mana.
Aku pula sekarang tengah cari ilmu bab ini, memahami karektor psangan bab ni dan aku belum putus asa pun.
Cuma bila benda macam ni berlaku walaupun sudah berbuih mulut dia masih buat, buatkan aku sem4kin d3press dan skit.
Aku nangis sampai kuis kuiskan kaki aku di tilam dengan anak merengek lagi. Aduh skit dada dan sesak nafas aku. Kadang aku takut je hil4ng kawalan.
Aku tak kisah jiran dengar, sapa suruh tak ambil pengajaran. Kalau tak nak malu performlah betul betul. Ini baru sentuh sentuh, tiba tiba balun sampai game over.
Langsung tak ksian tengok aku nangis, takda rasa tanggungjawab bagi isteri puas dulu. Lepastu mesej minta maaf, cakap teramat cinta dan sayang. Menyampah, konfem dia buat lagi lepas ni.
Akhirnya aku cakap lepas PKP ni habis, aku nak cari kerja dan hidup berdua je dengan anak aku.
Aku stress aku cakap aku nak hidup sendiri, aku dah tak nak kat dia. Aku cakap je sebab aku lepaskan tertekan aku ni. Orang time PKP bestlah duduk rumah, aku entahlah stress.
Sebelum PKP jarang makan angin, jarang jalan jalan even nak ikut beli barang pun suami tak bagi sebab tambang mahal suami naik moto je.
Aku ingat segala kebaikan dia, dia memang sangat baik hati dan caring dengan aku. Terutamanya bila pregnant dan berpantang dia jaga aku sangat baik.
Tak culas pun bab nafkah zahir dan ikut kemampuan dia. Memang dia terima skit aku dan skit ni memang buat aku jadi pemarah.
Bukan saja saja tapi aku stress. Dia macam orang lelaki kalau tak dapat boleh jadi marah tak tentu pasal, sama juga macam orang perempuan.
Aku terima duduk rumah tak siap dan tak dibaiki, atap bocor hampir semua basah bila hujan. Aku terima. Aku terima gaji takat camtu tapi cukup je makan.
Kadang balik ada juga suami belikan kek, kfc, time pregnant macam macam juga. Aku bersyukur sebab bila ingat kata kata dia, dia cakap kalau dia banyak duit memang dia mewahkan aku.
Bagi semua apa aku mau dari A-Z tapi camna dia tak mampu. Aku tak paksa aku faham tapi takkan bab nafkah batin pun macam ni. Aku perlukn itu, itu tanggungjawab utama dia. Entahlah rasa macam akan diketawakan je oleh pembaca semua.
Akhir kata, bagi aku solution nak buat apa pasa suami macam ni. Kalau ada amalan bubuh kat komen, janganlah gelak nanti kau yang kahwin jadi macam tu atau kena pada family adik beradik perempuan korang. Korang sure ke yang senyum senyum tu memang bahagia??
Sampai sekarang aku masih skit dada. Suami pujuk tadi belikan aku burger. Aku cakap nak coklat dan kami gelak gelak balik.
Aku cakap aku skit dada, dia tanya apa ubat yang boleh dia beli. Aku tau ubat skit ni bukan boleh beli dekat farmasi dan belum diagn0sed clinically(aku lupa ejaan yang betul, sekarang aku pelupa even mengeja pun).
Dia cakap dia yang bersalah dan aku hantar dia sampai pintu salam dan c1um pluk setiap kali dia keluar. Macam tulah lepas setiap kali benda sama berulang dan aku marah akhirnya suami pujuk dan kami berbaik saling memaafkan.
Doakan rumahtangga kami berkekalan, doakan suami aku dapat kerja. Doakan semoga c0vid-19 ni segera berlalu.
Doakan aku cepat sembuh aku nak normal balik macam dulu, aku takut hil4ng kawalan bila marah dan aku tak tau sampai bila macam ni. Thank you for your attention.
Ramai yang salahkan penulis, kerana nafsunya seperti tidak normal tapi ramai netizen memberi pendapat dan penyelesaian lain. Ini antara reaksi netizen mengenai isu ini.
Siti Nor Fatimah . Kenapa semua orang salahkan TT? Memang nafkah zahir dan batin tu tanggungjawab suami kan? Kan dia cakap suami dia lepas settle je terus tido tinggalkan dia terkotang kating macamtu..
Dia dah banyak kali bgtau tapi suami dia takde pun put effort. Zahir failed, batin pun failed. Entah apa lah nak diharapkan lagi suami macamni..
Julie Anme Rasulullah sendiri menekankan hak isteri dalam hal ini. Pada yang anggap benda ini remeh, lawak dll rajin rajinlah membaca. Sebab itu isteri boleh menuntut cerrai kerana masalah ini.
Isteri yang kurang sabar memang mungkin berlaku cur4ng. Senaman dan pemakanan selalu boleh membantu selain daripada ubat ubatan. Ada orang menjadikan urusan batin sebagai proses menghil4ngkan tekanan sebab ini adalah nikmat dunia yang Allah turunkan kepada semua makhluk.
Cuma kena bersederhana dengannya antara batin dan zahir. Antara mcari dunia dan mencari akhirat dan antara amal, takwa dan iman…
Amynity Emanon. Ksian TT, saya pernah je baca cerita macam ni. Banyak luahan macam ni, dari macam macam negara lak tu, memang sampai cerrai berai pon ada.
Maaf ye, konklusi tak ada. Tapi saya takkan gelakkan TT, sebab saya tau wujud masalah ni. Kalau ada lelaki yang stress sebab bini kurang nfsu, ada jugak bini yang masalah serupa.
Masalah ni bukan terhad dekat satu jantina je. Tapi tu la kan, orang malu nak cari doktor sebab masalah ni aib bagi diorang.
Tapi kalau boleh, saya nak tekankan, jangan m4ki m4ki suami tu. Takut dia stress sebab nak kena perform. Saya pernah baca yang lelaki takleh perform kalau stress sangat. Lagipun dosa kot.
Yang lain lain, mungkin boleh cari tips dari tukang komen yang lain, huhu. Idea diorang macam ada yang lagi bagus je.
Hadrawati Kasi. Jangan pandang rendah orang macam TT. Ramai bercerrai sebab suami gagal memenuhi kehendak batin dia. Lebih menyakitkan kalau bini yang ada pun tak mampu diberikan kepuasan tapi berangan tambah cawangan. Buat penat mandi hadas aje tapi tak dapat apa.
Perkahwinan ni bukan one side aje yang kena k0rban segala tapi suami dan isteri kena sama sama.
Jangan sebab suami eg0 dan tak mau usaha lama lama isteri cari makan kat luar.
Benda begini ramai je wanita pura pura puas dan tutup mata. Malah mengajak wanita lain ikut aje macam mereka asalkan suami tu baik kononnya.
Hello, berdosa tau bila isteri tidak diperlakukan sama adil semacam mana suami berkehendak. Benda macam ni memang ramai sangat menderita dalam senyap pura pura okey, pura pura puas konon walhal hmmm.
Sakina Abdullah. Semoga di permudahkan urusan confessor.
Keperluan manusia ni tak sama. So tak patut kita merendahkan kehendak confessor.
Dah la dia stress kat rumah, tak bersocial, taraf ekonomi pun biasa biasa je. Ada sebab untk confessor stress. Mungkin bagi dia, kehendak batin tu dapat meredakan tekanan dia.
Cuma nak bincang dengan lelaki bab gini susah la kot. Dorang eg0 tinggi menggunung. Mungkin lepas ni confessor kena ada kawan, kena ada aktiviti social sikit. At least kurang skit tekanan stress /ingatan pada kelemahan suami. Good luck confessor.