Suami curaang tp slhkan aku. Bila tahu rahimku dibuang, tergamak suami mengejek

Gambar sekadar hiasan. Tujuan saya menulis di sini adalah untuk mendapatkan sokongan moral dan juga berkongsi pengalaman sebagai seorang wanita yang di lahirkan normal pada asalnya tetapi diuji di pertengahan perjalanan kehidupan. Saya seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata, dan ujian bermula selepas kelahiran anak ke 3. Selepas habis tempoh berpantang, saya didatangi peri0d pada bulan ke 2.

Dengan drah peri0d yang banyak dan s4kit berterusan selama tempoh peri0d, perkara ini berlarutan selama tempoh 3 tahun.

Dari pembacaan di internet saya tahu ini bukan normal. Saya kemudian mengambil keputusan untuk membuat ujian ultras0und, ternyata apa yang saya fikirkan itu betul.

Didalam rahim, saya sedang membesarkan fibr0id dan juga aden0myosis yang menganggu perjalanan peri0d saya.

Pada mulanya saya hanya mengabaikan sahaja keputusan itu tetapi lama ke lamaan ketulan itu makin menggaanas.

Saya mengalami masalah untuk kncing dan juga peri0d pain saya makin menjadi jadi. Ub4t penahan skit dan sijil MC sememangnya teman baik saya.

Hubungan intiim bersama suami juga mula menjadi masaalah. Dan ini lah permulaan keretakkan rumah tangga saya. Dalam tempoh sebulan cuma seminggu saya betul betul sihat. Selebih nya batu tungku dan minyak angin menjadi peneman tidur saya.

Mungkin akibat kurang layanan saya, suami saya kantoi cuurang dengan menjalinkan hubungan dengan bekas kek4sih hati dia yang sudah berumah tangga.

Hanya Allah yang tahu skitnya hati saya. Namun demi anak anak, saya memaafkan dia dan menerima dia kembali. Tapi, hati saya sudah tawar.

Suami saya tidak mengakui salah dia dan meletakkan kesalahan itu di bahu saya. Dengan alasan dan tuduhan saya ada lelaki lain dan sbab itu layanan saya terhadap beliau sudah kurang.

Saya terima sahaja tuduhan dia kerana hati saya sudah tawar dan bagi saya dia hanya ingin menutup kesalahan dia dengan menuduh saya sedemikian.

Fibr0id di dalam rahim semakin membesar dengan jayanya. Saya seringkali rasa macam ingin pitam, selain perut saya sering kembung.

Tetapi, sokongan yang saya harapkan dari suami, menjadi satu harapan kosong. Dia terus hanyut, kali ini dia melanggan gadis beego pula.

Tidak tahan dengan dugaan itu, saya bertindak keluar rumah dan menumpang di rumah kenalan saya. Saya perlu ketenangan jika tidak saya boleh giila.

4 malam saya dan suami melancarkan perang dingin. Dia tidak pulang ke rumah, mengabaikan saya dan anak anak saya.

Jadi saya menghantarkan pesanan di wasap untuk kami berbincang dan menyelesaikan masaalah yang sedang kami hadapi. Seperti biasa dia masih lagi meletakkan kesalahan itu di bahu saya.

Hubungan kami di depan anak anak dan keluarga hanyalah wayang semata mata. Sedangkan di dalam hati hanya Allah yang maha mengetahui. Prestasi kerja pun terjejas dan saya sering di tegur oleh majikan saya.

Takut akan kehilangan fokus kerja saya mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan dan menyelesaikan masaalah kesihatan saya. Kerana saya tahu, sekiranya saya di buang suami maka saya perluukan kerja untuk meneruskan kehidupan saya.

Lalu saya mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta. Dan atas nasihat doktor pakar, rahim dan 0vari kanan saya perlu dibuang kerana aden0myosis itu telah menyebabkan dua 0rgan ini telah melekat dengan 0rgan 0rgan penting lain.

Saya terima dan redho atas ujian yang Allah berikan ini dan pasti hikmahnya hanya Allah yang mengetahui.

Takut berdepan hari pembdahan, saya telah menurunkan ego dengan meminta maaf pada suami atas segala kekurangan saya dengan harapan suami akan bersimpati kepada saya.

Tetapi saya silap, setelah dia mendengar penjelasan dari doktor yang kami dilarang untuk ‘bersama’ selama tempoh sekurang kurang nya 3 bulan dan saya tidak mungkin boleh mengandung lagi dia langsung membuat memek muka seolah olah mengejek, hati saya sangat s4kit.

Selama 4 hari di hspital sesudah selesai pembdahan. Saya ditinggalkan di dalam w4d sendirian dengan alasan, nurse ada untuk merawat saya.

Dia hanya datang meneman saya sesudah jam 11.30 malam. Saya rasa sangat down dengan kekurangan yang ada pada diri saya.

Rasa terabai oleh seorang yang sepatutnya menjaga saya dengan penuh amanah menghncurkan hati saya.

Terus terang saya boleh menahan s4kit akibat pembdahan itu, tetapi skit hati akibat perbuatan suami saya sangat membebankan emosi saya.

Jadi saya perluukan pendapat, patut kah saya pertahankan rumah tangga saya ini, atau perluukah saya akhiri semua ini setelah 17 tahun rumah tangga ini dipertahankan??.

Apa reaksi warganet

Fatimah, Sudah2 la memikirkan lelaki yg tak guna ni puan.. sepatutnya tak perlu puan bertanya di sini.. setelah apa yg dilakukan suami terhadap puan, utk apa disimpan lagi lelaki toksik begini puan.. bangkitlah sbg wanita yg kuat dan berdikari puan.. kita org perempuan mampu sendiri tanpa perlu lelaki toksik begini.. moga Allah permudahkan urusan puan, moga Allah selalu melindungi puan dan anak2.

Fauziatul Dura, Tajuk ni tak betul. Maaf yaa puan sy tahu puan tgh stress. Tapi sy perlu tegur walau benda dah berlaku sebab ramai wanita ambil tindakan mcm puan biar skit bertahun2. Sepatutnya bila dah berkahwin kena tahu, kalau peri0d bermasalah dan skit atau kita panggil peri0d paain wajib untuk terus berjumpa dengan doktor.

Bukan dibiarkan berlarutan sampai bertahun2. Saya tahu sebab sy pernah ada masalah yg sama saya juga ada fibr0id pd tahun 2016, dan sy terus jumpa doktor pakar di hosp swasta just nak tahu punca.

Bila scan rupanya selain Fibr0id disebabkan PC0S juga. Jadi bila dah tahu doktor bagitahu apa sy perlu buat dan sy ikut satu2 dan alhamdulillah lepas beberapa bulan pantau fibr0id sy dah mengecut dan pd 2017 PC0S sy dah hilang dan sy boleh mengandung.

Bab suami pula itu semua alasan kalau niat kahwin dari awal hanya semata keredhaan Allah takkan wujud alasan lain. Jadi puan buatla istikharah.

Nur Ilmi Ishak, Sy doakan sis akn kembali sihat.. kalau dh xnmpk jalan dan masa depan dengan suami tu.. baik sis undur diri.. Allah dah tunjuk mcm2 pd sis yg dia bukan suami yg baik.. jadi apa lagi sis tunggu dan harapkan? Sis doalah supaya kalau dh berpisah nanti sis akan berjodoh dengan orang yg baik2 dan menerima sis seadanya. Yakin dgn ketentuan Allah SWT.

Syahida Alma, berpisah je. dh terang2 laki tu dh x sudi..jaga kt w4d pun x…emm mmg dia dh xde hati la tu. dia pun tahu awk xkn blh layan sama lg. dh x leh beranak..dia akan lg ego la n rasa dia wajib cari bini baru.. klau sy, x tanye dh dlm ni..time org x jaga kt w4d pn. dh blh start ngadu pej agama. bt fasakh. ckp laki x tunai zahir batin. x jaga bini..pdhl tu tggjwb laki utk jaga bini kt w4d..bg sokongan emosi..tu la nafkah batin.

Siti Rahmah, Sis dah tau dia suka makan luar , lagi sis nk jaga? Berisiko sis. Dr dibiarkan dia mkn luar dgn perempuan ntah sapa sapa, lebih elok bagi dia kahwin lain. Tp, kalau rasa dia tak hargai sis, sendiri mahu ingat la.

Dah bg dia 3 ank pon masih buat perangai. Tp kalau sis masih nk sayang sgt suami tu n xmo bermadu, bincang dgn dia. Suruh thn setahun je. Lepas tu buat la suka hati. Kdg2 takut penykit yg ada pd sis tu dtg dr dia juga. And FYI, kat luar sana ada je anak2 yg membesar dgn single mother, klu ibunya baik didikannha, elok je anak dia membesar.

Zayani Zikriah, Alasan ja tu. Dah mmg gatai. Disebabkan hal ni sy takut nak kahwin, puan yg dh bg 3 orang anak kt suami pun dia boleh buat gitu sbb puan s4kit. Sy ni dah sah2 ada endometriosis stage 4 lagilah kan. Tinggalkan je la suami mcm tu dia tak inisiatif nak selamatkan rumah tangga pun. Yang dia tau nak puaskan nafsu sendiri je. Semoga puan cepat sihat. Jgn fikir diri tu kurang walaupun dah takda 0vari.

Munirah, Buat masa ni, focus lah pada kesihatan diri yg lebih utama. Sentiasa zikir, sebut nama Allah, yaa Rahman, yaa Rahim, yaa Lathif.. Allah sebaik² perancang.. Ujian ini utk melihat sejauh mana manusia sabar dalam menempuhnya.

Kekal sabar, puan.. Setiap masa terluang, hanya fikir dan zikir pada Allah (jika nanti dh boleh solat, solatlah dan berserah pada Allah). Pemilik hati itu Allah. Allah yg mampu membolak-balikkan hati manusia. Kuatkan semangat puan. Focus pada diri dan anak2.

Reena Manjan, Nak mengejar syurga tu mahal harganya. Puan boleh fikir yg sewarasnya. Kalau puan masih mengharapkan suami puan bertaubat dan insaf.doalah moga selepas pembdahan dan kesihatan makin bertambah baik dan santuni suami.

Andai suami terus juga dengan laghanya. Puan boleh angkat kaki. Tidaklah baik untuk kami menghasut puan untuk bercrai dengan suami. Kerana perbuatan itu berdosa. Adalah lebih baik puan istikarah, bangun sepertiga malam.mohon dberi petunjuk oleh Allah. Semoga puan terus diberi kesihatan dan bahagia yg berpanjangan. InshaAllah.

Sumber – NMA (Bukan nama sebenar) via IIUMC/edisimedia