Suami dh tua tp nk khwin dgn anak dara, aku izinkn. Stiap kali giliran aku nk bsama, ini reaksi suami

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya sudah berkawin lebih 20 tahun dan menghampiri 30 tahun usia perkahwinan. Dari mula perkahwinan segala ujian itu sudah menjadi biasa, ditelan dan dilalui dengan sabar. Hidup susah, serba tidak cukup itu berjaya di lalui dengan beribu ribu kecekalan hati. Sebab tiada satu pun alam rumahtangga itu yang tidak di uji. Bertahan demi anak2. Hati jadi kuat kerana anak anak.

Sehingga lah hidup mulia berubah selesa. Senang dari hidup yang dahulu, muncul orang ketiga yang lebih muda dan manja.

Pada awalnye memang berasa sangat sedih kecewa dan putus asa. Tapi bila segala usaha untuk menghalang hubungan mereka tidak berjaya, hati ni jadi semakin rase redha, semakin tawar dan hanya fokus pada anak2.

Pernah juge menasihati suami,

“Anak2 dah besar, semue melangkah kaki ke universiti, alhamdulillah semue anak2 baik sikap dan bahasa. Ape awak nak lagi?”.

Dia just menjawap, perempuan yang baru ni buat die merasa muda dan ceria. Dan suami pula memang menginginkan anak perempuan, memandangkan anak dengan saya semua lelaki.

Isteri mana lah yang tak sedih, tapi sebab malas nak memanjangkan masalah, dan dengan usia menghampiri 50 ni, bukan masa lagi untuk berduka lara.

Saya izinkan, anak2 semue dah besar, suami pulak dah ade perempuan lain yang jaga. Ahamdulillah hidup saya terlalu banyak masa yang terluang.

Banyak perkara berfaedah saya bole buat, dari join kelas agama, kelas zumba dan bole buat rawatan kulit dan muka.

Dah hampir 3 tahun suami beristeri baru, hidup huru hara melayan kerenah isteri baru, bergduh, anak2 meragam, berjaga tengah malam.

Dengan usia se tua itu sepatut nye dapat berehat, sekarang masih mengendong anak kecil. Melayan rajuk si muda.

Bila tiba giliran balik kerumah saya, suami mengadu. Skit sane sini. Dalam hati saya bercakap, ‘PADAN MUKA’.

Orang yang tak tau bersyukur memang patut dapat balasan.

KISAH KE 2. Sebelum ini kami sangat bahagia dan layanan suami sangat baik. Satu malam, suami meluahkan sesuatu. Dia mengaku yang selama ini dia tidak pernah bernafsu dengan aku walaupun aku mengodanya dengan memakai baju tidur s3ksi. Rupanya ini puncanya…

Saya dan suami dah berkahwin sekitar 10 tahun, saling mengenali hampir 17 tahun dan di kurniakan anak2 yang comel dan bijak.

Alhamdulillah kami dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, bukan lah sangat kaya.

Tetapi alhamdulillah kami berdua bekerja yang agak selesa dan apa terlintas untuk makan, untuk beli baju berjenama, untuk duduk di mana mana hotel, kami mampu untuk bayar. Kami juga cuba bersolat jemaah bila berkesempatan seperti subuh, maghrib dan isya’.

Suami juga sorang yang pemurah, selalu bersedekah, selalu membantu rakan rakan lain yang susah serta saudara mara tak kira sebelah saya atau pun dia.

Suami jugak sangat ringan tulang, membantu menjaga anak, mencuci baju, melipat kain, memasak dan saya boleh tinggalkan suami bersama anak anak selama 2 minggu untuk saya bercuti bersama rakan rakan.

Suami galakkan saya ‘take a break’ & keluar serta bercuti bersama rakan rakan perempuan dan dia agak jaga anak anak.

Kami nampak seperti p4sangan islamik yang sangat bahagia, saling memahami. Kami mengikuti kelas agama, terlibat dengan sukarelawan untuk pertubuhan islam.

Saya juga jenis tak kisah suami nak keluar main bola, lepak minum,keluar bercuti dengan kawan kawan 2-3 hari just boys.

Sebab suami jugak akan pastikan semuanya tersedia sebelum pergi supaya tk membebankan saya. Tapi kami ada kisah silam kami. Kisah hitam.

Kami berjumpa semasa belajar di universiti yang sama dan asyik bercinta. Nasib baik walaupun asyik berkepit, kami berdua berjaya grad kelas pertama dan mendapat kerja yang baik.

Semasa berdrah muda, bercinta sepenuh jiwa, kami terlanjur. Berkali kali. Tk tahu berapa ratus atau ribu kali.

Allah sangat baik kerana menjaga aibb kami. Tak pernah sekali tertangkap walau bertahun tahun dia mengunjungi bilik saya pada malam hari.

Ianya berterusan sehingga kami bkerja. Kami menjadi semakin bebas kerana saya menyewa sendiri dikawasan elit dan tiada siapa peduli.

Hujung minggu di habiskan dengan berparti, mengunjungi kelab malam bersama dan balik melepaskan rindu d3ndam.

Selalu kami pastikan berlaku dalam keadaan selamat tetapi bila dah nfsu kadang kadang tak sempat nak pasang apa apa.

Akhirnya saya pernah guggurkan kandungan sekali. Tetapi entah kenapa saya tak bertaubat. Mungkin kerana rakan rakan sekeliling juga macam tu.

Semua kami teruskan sampailah suami suarakan ingin berkahwin dengan saya dan mempunyai keluarga.

Kami berjanji untuk berubah ke arah lebih baik dan saya mula bertudung dan memakai pakaian yang sopan walaupun boss sy sedikit kecewa kerana kelihatan kampung bersama tudung dan baju menutup aurat.

Hidup saya sungguh sempurna. Pr0motion mudah, rakan rakan suka kan kami, boss boss sukakan kami.

Kami beli rumah pertama kemudian kedua dan ketiga dengan mudah. Dan dalam proses beli rumah ke empat.

Bercuti ke luar negara dan melawati pelbagai tempat. Kami juga jarang bergduh kerana agak sekepala dan saling bertoleransi.

Tetapi dunia saya gelap tiba tiba apabila pada satu malam, suami berborak dan mengaku dah dekat 2 tahun dia palsukan em0si bila bersama.Dia mengaku tiada nfsu bersama dan dia meminta maaf tidak dapat memenuhi keperluan batin saya.

Dia juga kata dia tiada nfsu melihat saya memakai pakaian tidur yang sksi yang berjenama dan menggiurrkan seperti model.

Saya menangis bersungguh sungguh ingat kan suami ada perempuan lain atau menjadi hom0sksuaI.

Suami mengatakan dia seperti dia langsung tiada nfsu terhadap saya mahupun perempuan lain. Dia bersedia melepaskan saya jika saya inginkan.

Saya kata saya tak sanggup.Selepas bertenang beberapa hari, saya cuba usahakan memikirkan pelbagai ikhtiar untuk memenangi hati suami saya kembali, harap dapat memutikkan cinta. Saya cuba membaca tips tips dan juga suggest suami untuk berjumpa dengan dktor.

Dalam masa yang sama kami berdua berbincang dan berasa mungkin kah ini balasan Allah. Kami sentiasa bertaubat dan tidak tahu bilakah Allah ampunkan d0sa kami.

Saya bangun bertahajjud mohon Allah ampunkan d0sa kami yang lalu, mohon Allah kembalikan rasa cinta dan kasih sayang yang indah kembali. Mohon Allah menhadirkan nfsu suami terhadap saya kembali.

Saya berjanji dengan diri saya, walaupun suami tak dapat penuhi keperluan saya, saya berjanji untuk tidak tinggalkan dia kerana saya cintakan dia kerana Allah. Saya ingin jadi ketua bidadari dia di syurga.

Sedikit pengajaran untuk saya kongsikan dengan remaja di luar sana. Keseronokan itu sementara. Allah boleh tarik nikmat bila bila masa.

Balasan Allah juga tak tunggu akhirat. Di dunia Allah dah tunjuk. Simpan dan jaga diri utk kesejahteraan keluarga di masa hadapan.

Jangan jadi macam saya. Segala kemewahan yang ada tidak dapat beli bila Allah tarik nikmat.

Akhir kata pembaca tolong doakan kami brdua. Doakan suami pulih sedia kala dan kami bahagia dunia akhirat.

Jika ada sebarang pandangan dan cadangan pembaca boleh kongsikan kerana saya betul betul sedih dan ingin membantu suami.

INI ANTARA REAKSI NETIZEN UNTUK PERKONGSIAN DI ATAS.

Ramai netizen yang menyokong dan memberi pendapat mereka mengenai perkongsian KISAH PERTAMA.

Filz Filzah –Tu lah. Patutnya dah umur umur begitu dah boleh honeymoon berdua dengan isteri, pegi msjid bersama, jalan2, happy2 berdua, sebab anak2 dah besar, banyak masa untuk di luangkan bersama.

Masa muda dulu sibuk keje, dan anak2 kecik kan. Sekarang, back to masa anak dia kecik balik. Yang bahagia dan happy, makcik.

Well done makcik.. Just focus on ur self, ignore them.

To pakcik, PADAN MUKA. Sendiri carik penykit. Tanggung lah sendiri..

De Mie –Alahamdullilah, bangga saya dengan cerita puan. Cekal tabah redha semua demi anak2. Betul la tu, “PADAN MUKA”.

Si suami tu telajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan, tanggungla sendiri

Dampa Alai –Kemaruk sangat nak khawin orang muda, tak sdar diri dah separuh abad, padan muka, orang dah umur tu goyang kaki jer enjoy sana sini ha ha ha, dia masih mengendung anak kecik. Semoga sis bahagia bersama anak2.

Nor Hatizah –Ye, patut dalam usia tu dah berlapang masa untuk diri ke msjid or melancong atau buat hobi masa muda yang dulu2 mungkin tak dapat buat atau jalan makan2 bersama anak yang dewasa dan seskali bermain dengan cucu.

Bukan malam tido di ganggu anak nak susu dan kamar tidur wangi tapi berbau macam2 aneka bau minyak angin or dari buangan si anak.

Diqq Rezally Said –Puan saya sangat dengan semangat puan. Tiada satu pun rumahtngga yang tidak diuji cuma nye bentuk ujian itu mengikut kemampuan kita.

Alhamdulillah puan berjaya melalui nye dengan tabah semoga puan terus dianugerahkan kesabaran dn kekuatan yang luar biasa dari Allah SWT aamiin

Ahmad Thani –Sekiranya kita bercakap dalam skop yang kecil, YA penuh dengan emosi, hanya pentingkan diri sendiri dan sebagainya. Boleh dilihat kepada komen2 yang dilontarkan.

Pertama, saya mahu jelaskan bahawa fitrah seorang lelaki sangat berlainan dengan perempuan, sangat2 berbeza. Allah maha mengetahui dan disebabkan hal itu Allah membenarkan lelaki berkahwin lebih ramai.

Kedua, perempuan bersifat “dilindungi” dan sekiranya dia sukakan seorang lelaki, tiada apa yang boleh menghalangnya sekali pun perlu menjadi madu, dan perkara itu boleh dilihat dengan kesetiannya.

Ketiga, sunnah berkawin ramai ini bukan melihat kepada bilangannya tetapi perlu merujuk kepada keadilannya.

Alahamdulillah, saya kekal dengan seorang isteri, saya sering berdoa agar kekal bahagia, saya tidak mencari yang lain dn diharap tidak akan jumpa jodoh lain. Maaf diatas perbezaan pendapat.

Ini antara reaksi netizen mengenai KISAH KEDUA

Tulip Putih –Istidraj ni, melakukan d0sa tapi tetap Allah kurniakan kesenangan. Mula2 senang, tak pernah di uji jadi lupa nak bersyukur. Sekarang ni bermulalah fasa ujian dan dugaan dalam hidup sis.

Tempuhilah dugaan dengan tenang. Ujian yang datang merupakan satu tanda Allah menyayangi kita dan menghapuskan d0sa2 kita jika kita mampu bersabar.

Oya Alya –Allahuakbar, saya sedang melalui fasa kifarah yang lebih kurang sama. Masa bercinta kami memang tak pernah berziina, saya tak benarkan suami pegang tangan saya pun.

Tapi kami bercinta bagai nk rak, mnghabiskan masa remaja dengan benda2 lagha. Bergayut dengan handphone bukan main lama. Kami kawin atas dasar nak elakkan maksiiat. Allahu,niat tu sendiri sudah jauh menyimpang.

Apa yang saya hadapi sekarang, tiada lagi perasaan cinta di antara kami. Bahkan suami saya lebih tertarik dengan perempuan lain, berbicara manis dengan perempuan lain, namun tidak dengan isterinya.Perasaan sayang atas dasar cinta manusia ini benar2 hanya sementara. Saya benar2 rasa kosong, dan masih terkontang kanting cuba suburkan rasa cinta hanya untuk Allah

Aisayaah Afrina Hamiza Rezuan –Yang penting confessor bertaubat dan kembali kepada agama. Ada ramai manusia yang buat d0sa tapi m4ti tak sempat pun bertaubat.Perkahwinan bukan tentang nfsu semata. Selagi menjalankn tanggungjwab jaga anak2 pakai makan semua cukup. Lebih bagus dari dapat suami kaki pukol kaki judii kaki m4buk mat ddah.

Minta dan mohon pada Allah. Ujian untuk uji dan menaikkan darjat hammbanya. Jangan putus asa.

Banyakkan amalan sunat dan buat yang wajib jangan tinggal2. Ada manusia yang dapat ujian lagi teruk.Paling dekat cncer pr0stat. Knser susah dan tipis untuk sembuh.

Liza Mahmud –Ada ustz bagitau masa ceramah nak pergi haji yang taubat Nbi Adam a.s apabila dikeluarkan dari Syurga mengambil masa selama 40 tahun sebelum diterima.

Itu baharu mel4nggar arahan supaya jangan makan buah khuldi lalu dilucutkan pakaian Ad4m dan H4wa. Dan ujian terpisah sebelum bertemu semula di Jabal Rahmah ditempuhi dengan redha.Kalau kita insan biasa rasanya mintalah Allah beri pertolongan sabar dan solat untuk. Redha melalui apa sahaja balasan hukumannya.

Muga dapat melupuskan d0sa2 lalu terutamanya d0sa2 ziina kecil dan besar, sengaja atau tak disengajakan, yang sedia ada dan akan datang, dan tiada azab yang lebih dahsyat di akhirat kelak.Berharaplah dgn yakin, rendah hati dan tawakkal agar Allah menerima taubatnya. Baca doa Nabi Yunus a.s.

“ La ilaha illa anta Subha naka inni kuntu minazdolimin. Rabbana hablana zdolamna anfusana wa inllam taghfirlana watarhamna lanaku nanna minal khosirin”.

“Tiada Tuhan yang lain melainkan Mu Ya Allah yang. Maha Suci dan aku hamba Mu yang zalim.

Wahai Tuhan yang. Maha Sempurna dan aku yang menz4limi diri sendiri, ampunilah aku, rahm4tilah aku dan sekiranya tidak Engkau ampuni dan rahm4ti aku, maka termasuklah aku dalam. Golongan org2 yang rugi.” InsyaAllah, Aameen.