Gambar sekadar hiasan. Hi Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau siarkan confessions ini. Hangat pasal p0ligami. Tentang ketidakadilan suami. Tentang isteri dizalimi. Sebenarnya saya isteri dia yang ketiga. Hehe. Jngan mrah dulu. Kakak kakak tahu kehadiran saya. Saya juga tahu situasi ini sebelum kami nikah. Nak dipendekkan cerita, kami satu tempat kerja. Saya dan suami. Dia salah seorang boss di tempat kerja saya. Kami tak bercinta pun.
Benda ini jadi, bila saya dilanda ujian yang hampir menyebabkan saya dpresi. Masa tu, suami cakap,
“Dah lama saya perhatikan awak, awak ok ke?”. Dan saya terus menangis dekat situ juga. Kebetulan akak pertama, datang pejabat haritu. Dan akak bawa saya balik ke rumah.
Tak lama tu, akak ws dan tanya, nak tak jadi madu dia. Dia tak nak saya sedih sedih sebab kecewa. Dia yakin abang mampu jaga kami semua.
Saya macam rasa ini semua mimpi. Takkan lah ada perempuan nak kongsi suami sendiri. Plik weiii.
Sampai lah akak kedua pula msg. Dia cakap, jangan risau, abang boleh jaga. Dia siap cerita perjalanan perkahwinan dia. Akak pertama tolong selesaikan semua.
Hidup bermadu kat Malaysia ni, kalau ikut betul, (bukan kahwin dekat sempadan) strict weii. Kena sediakan dokumen, pejabat agama semak gaji, semak tempat tinggal, segala serbi.
Dan dipendekkan cerita, kami nikah dan saya minta dipindahkan tempat kerja ke cawangan lain. Sebabnya, tak larat nak hadap gosip.
Yelah orang masih pandang bermadu ni perampas, bermadu ni buruk dan sebagainya. Orang kita masih tak boleh terima hakikat.
Suami awak tak mampu, tapi suami saya mampu, kami isteri isteri juga mampu. Bila dalam hubungan ini, saya faham yang toleransi amatlah penting. Contohnya giliran akak no 2. Jika ada benda penting, saya hanya mesej abang sahaja.
Akak no 1 s4kit haritu, saya dan akak no 2 keluar la berdua. Beli barang barang rumah dan sebagainya.
Yang betulnya, suami memang kena betul betul stabil dari segi kewangan. Tak boleh hanya mampu dari segi batin. Kena kuar bekerja.
Macam suami selalu cakap, dia kena kerja betul betul. Pastikan makan minum isteri terjaga. Emosi isteri isteri terjaga. Masa PKP haritu, hari hari video call, bila jadi isteri ada nombor ni, kesabaran kena tinggi. Walaupun yang paling muda.
Jadi akhirnya, kalau dah tahu yang datang tu suami orang, atau sendiri pandai pandai pergi bercinta dengan suami orang, jangan mengada ngada nak perhatian lebih, nak kasih sayang lebih.
Segala nak lebih. Belajar tolak ansur. Kita datang yang kemudian. Belajar berkongsi. Ini tak, datang kemudian, pastu r0sakkan rumahtangga suami dengan isteri pertama. Paksa lelaki tu cerraikan isteri pertama dia.
Apa punya perangai lah tu. Sebab tu orang cakap perampas, perangai macam b4bi, meny0ndol aje.
Ingat, Allah redha kalau berkongsi. Yang Allah marah, r0sakkan msjid orang. Jadi batu api sampai suami cerraikan isteri. Merampas. Ni semua Allah marah. Tapi berkongsi, Allah bagi izin.
Jadi kongsi lah molek molek. Bukan suami je kena adil, isteri isteri pun kena toleransi. Tak kesian ke suami jalan senget nanti? Jadi sama sama saling redha meredhai supaya Allah redha kepada kita semua.
Owh yaa, jangan risau, saya faham, bukan semua wanita boleh terima Confession ini. Percaya lah, suami kami mampu, suami awak tidak. Jadi tenang tenang sahaja yaa. Sebarkan kasih sayang.
Warganet turut terkesan dengan kisah ini, mereka saling bagi pendapat di ruangan komen. Antara komen mereka.
Afizah, Bila baca kisah ni .. saya teringat bait2 confession seorang confessor. Lebih kurang bunyi nya begini..Kebahagian yg kelihatan atau dimiliki bukan kerana dia betul2 bahagia.. sebab bahagia itu bersifat subjektif.. tetapi tiang seri kepada itu ialah tolak ansur dan sabar yang tinggi yang dicurahkan oleh setiap individu terlibat untuk mendapatkan kebahagian itu.Wallahualam..
Nurul Syazwani, Sronok bace…tp btul,ade seseorg bercerita kisah benar..dia sndri pinangkn bff dia sbg madunya sbb bff dia msih single..tp hdup sgt hrmoni,lebih erat hbungn kkeluarga mereka…
Bila turn istri pertma,istri kedua cpt2 mnta suami blik sne,begitulah sbaliknya,mreka sndri bntu suami utk berlaku adil..siap kluar bersme lg..kisah 1 dlm seribu yg berbahagia apabila mletakkn Allah yg pertama,mletakkn Islam d landasan yg betul…suami juga mampu berlaku adil n kwangan stabil
Suhana, Kalau mcm ni kak tipah x marah. Sbb suami mampu drp semua aspek. Tgk confessor cerita pun tau kamu ni baik org nya. Bagus sikap tolak ansur dan sedar diri mcm ni. Kak tipah doakan kamu dan kakak2 madu serta suami hidup bahagia aman harmoni sampai syurga.
Aisyah Nur, Pada akak baca confession mcm ni ok ja. Sebab adik madu sedar diri, suami pun adil. So ok ja. Takda nak pandang yang dtg kemudian tu perampas ke apa. Moga berbahagia dengan kakak2 madu ye. Aamiin.. Yang selalu nak marah tu bila dah la datang dalam hidup orang lepas tu kononnya isteri tua la buruk belaka + si suami tak adil, gagal jadi imam yang baik. Haishh.. Ni betul2 panas hati
Nurina Lya, Poligami bermula dengan kesudian isteri pertama berkongsi. Kalau isteri pertama sudi, okaylah, isteri kedua ketiga keempat pun xde masalah. Yang masalah complain poligami ni bila semua lelaki je nak bg arahan. Isteri x setuju pun die proceed jugak. Dapat pula isteri muda yg xnak share. Dah nampak isteri pertama punya suara tidak didengar, lagila menjadi2 isteri kedua rcun suami. R0saklah nama baik poligami kerana ketidakadilan dari permulaan lagi.
Wan Salina, Mcm kenalan akak,bercrai sbb suami x mampu tpi nk poligami,Skrg dia dh kawin jadi no 3.Alhamdulillah suami bagi rumah sebijik sorang(3 isteri)kereta sebiji sorang(sama warna dan nilaian kereta)raya tahun lepas semua balik raya rmh suami.Yang org duk marah sngt nak telan pun x berapa nk mampu tapi rasa mampu..haaa mmpus la jawabnya.
Mus Siti, Ok je sis. Priority setiap org lain2. Ada perempuan, dia nak harta yg cukup je. Suami xde 24/7 pun lg sng hati, xpayah layan tp duit masuk. Ada perempuan, dah ada harta, nak suami penyayang je. Duit dh cukup, cuma nak suami ada depan mata urus keluarga urus anak2. Itu je. Masing2 punya pilihan.
Eita Arif, Ye btl .. pandangan lain2..kita xboleh nk bwk semua org setuju dgn pandangan kita .. ada kata ok je poligami .. ada tu bantah keras2 poligami tu .. semua nya ada sbb2 tertentu .. ujian org pun lain2 ap4tah lg hati .. semoga rumahtangga awk bahagia terus & kekal bertoleransi.
Adam Rao, sapa x mau nikah barang naik no 2 no 3.. semua laki mau.. tp dengan sorang bini anak sorang pun habis hobi semua ke longkang.. menangis tengok hobi ke longkang x habis lagi.. nak menambah bini lg.. pakat tinggal sejarah la hobi aku..
Adibah, Alhamdulillah dapat suami bertanggung jawab.. ade org mulakan poligami pun dgn cara yg salah..kahwin sorok2.. lepas tu rupenya tak mampu..kdg2 bini baru tu disogok pulak dgn 1001 keburukan bini pertama.. mana xnaik besar kepala bini baru tu.. kesian sgt tgk yg berpoligami dgn lelaki x guna..
Salina Mi, Tak de nya org marah kalau begini cara suami dan madu2 tu. Yg isteri marah dah la tak mampu… belum kawin dah abaikan nafkah anak bini sbb berjoli dgn girlfriend.. duit berhabis utk gf… anak bini nak minta duit kata tak ada duit…
Lagi ter0k m4ki hamun isteri… ada yg pkul jugak… dah mcm mana perempuan tak melenting… lps tu suka2 hati kata perempuan nusyuz la… melawan hukum Allah lah… poooodaaah… yg suami2 buat skndal smpai ke bilik tido tu ikut hukum Allah ke? Sila mngal.
Naema Salam, bnyk je sy tngok kwn2 sy bermadu, hidup xda porak peranda pun. tp kesian kt yg monogami ni. xberkongsi suami pun masih xbahagia. dh jodoh aturan Allah. kt berpegang pd agama. jgn benci apa Allah halalkan. xsuka diam2 ja. tahniah confessor dpt suami n akak2 madu yg paham poligami. moga kekal smp ke syurga.
Sumber – Annissa (Bukan nama sebenar) via IIUMC/ edisimedia