Suami selalu sedekah, sgt baik hormat org tua. Jaga sy dgn pnuh kasih syg tp rupanya Ahl0ng

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Terima kasih kerana sudi untuk berkongsi kisah hidup saya. Saya dalam proses penceraaian bersama suami saya.

Perkahwinan kami akan menginjak ke tahun ke-8 dan kami dikurniakan 2 cahaya mata.

Saya berkenalan dengan suami saya pada zaman university, dia sememangnya seorang yang bertanggungjawab dan baik.

Keluarga suami saya memiliki syarikat Kontraktor, suami saya turut bekerja dengan dengan keluarganya selepas habis belajar.

Alhamdullilah sepanjang 8 tahun ni tak pernah ada yang kurang dari suami saya, cukup lengkap semuanya dari segi nafkah, rumah.

Walaupun saya membesar di PPR, suami saya terima saya seadanya. Saya tidak perlu bekerja kerana suami saya cukupkan semua keperluan.

Cerita bermula awal tahun ni. Sepanjang perkahwinan, saya mempercayai suami saya, dia bukan seorang yang akan curaang.

Saya kenal semua kawan suami saya, mereka semua kelihatan baik dan kebanyakkan mereka adalah rakan perniagaan.

Cuma satu hari ni, saya tergerak untuk memeriksa computer suami saya.

Hari tu saya rasa resah sangat, tuhan seolah-oleh gerakkan hati saya untuk selongkar satu rumah.

Ketika membelek-belek computer suami saya, saya terjumpa satu hidden folder.

Di dalam folder tersebut penuh maklumat seperti ic, slip gaji, no account, no kad bank, alamat rumah, no telefon, no telefon mak ayah, adik beradik.

Pada mulanya saya cuba bersangka baik, mungkin ini maklumat pekerja suami saya tapi kenapa slip gaji semua dari syarikat lain-lain, bukan syarikat suami saya?

Saya godek file tu dan saya terjumpa satu folder yang buat d4rah saya berder4u, dalam folder tu penuh video orang dipkvl, poster w4nted.

Saya takut. Selama ni saya rasa dilindungi tapi hari itu saya rasa seperti tak kenal suami saya.

Saya mengesyaki suami saya terlibat dalam gangsterism dan peras ug ut. Saya tak mahu tuduh melulu.

Suatu hari suami saya pergi bermain golf di kota kinabalu, saya beranikan diri untuk pergi ke office suami saya,

Saya mintak setiausaha suami saya semua financial statement, saya geledah office suami saya dan terjumpa peti besi yang penuh dengan duit dan kad bank.

Saya paksa setiausaha suami saya untuk ceritakan apa yang berlaku, baru saya dapat tahu rupanya suami saya Ah L00ng,

Kad bank dalam peti besi tu milik m4ngsa dan setiap bulan pekerja dia akan mengambil kad bank itu dan keluarkan duit. Duit itu diletakkan di dalam peti besi.

Allahu, saya menangis sekuat-kuatnya di dalam kereta. Saya takut.

Saya tak sangka suami saya yang selalu bersedekah ke masjid, yang jaga saya dan anak-anak dengan penuh kasih sayang, yang hormat ibu bapa jadi begini.

Selama ni apa yang saya makan duit haram, anak-anak saya membesar dengan duit ni. H4ncur hati saya. Saya suruh setiusaha suami saya rahsiakan yang saya ke office pada hari itu.

Saya bertekad untuk dedahkan perbuatan suami saya. Ini jenayah, apa yang suami saya buat mengkhianati kepercayaan saya keluarga dan anak-anak. Saya takut. Saya takut sangat.

Saya perasan suami saya suka keluar setiap malam jumaat. Setiap malam saya cuba ekori suami saya, hinggalah satu malam saya ekori suami saya ke sebuah kawasan perumahan di puchong.

Saya track ios suami saya, bila saya sampai disitu saya nampak suami saya sedang pij4k seorang lelaki di depan anak dan isterinya, saya terus keluar dari kereta dan berhadapan suami saya.

Suami saya dan konco-konconya terkejut. Saya mintak suami saya ceraaikan saya.

Saya pulang kerumah, ambil anak dari orang gaji saya dan terus kerumah mak ayah saya. Saya tinggal dengan mak ayah saya hingga sekarang.

Saya ada semua bukti perbuatan suami saya, tapi saya tak bawa ke polis, cukup sekadar suami saya ceraaikan saya.

Saya masih lagi sayang dekat dia. Dia tidak pernah pun kasar atau tinggi suara dekat saya, cukup kasih sayang dia tapi ia tetap tak menghalalkan perbuatan haram ini. Doakan saya.

Edha.Respect dengan puan. Bukan tindakan yang mudah untuk berpisah dengan suami yang cukup nafkah, layanan pun terbaik, penyayang. Kalau orang lain mungkin ambil masa atau tutup mata saja, asalkan ‘bahagia’.

Allah bersama puan, semoga puan dipermudahkan segala urusan

Fazli. Bukan semua sanggup berk0rban tinggalkan pasangan yg dicintai & hidup selesa demi pendapatan halal. Bab duit/rezeki ramai yg masih berdolak dalik, selagi boleh pusing tetap cuba halalkan yg haram.

Tahniah sis sebab kuat utk keluar drp zon selesa. Cerita betul ke tak malas pikir. Tapi prinsip halal haram pendapatan tu perlu ditegaskan.

Ana. Igtkn ah looong ni Chinese je..suulit juga ye puan..suami dh cukup baik.. Allah uji pulak mcm ni..semoga apa shj tindakan puan dipermudahkan dan puan sekeluarga dpt pertolongan dan perlindungan Allah swt

Lyana. Selalu jumpa geng² yg bawa banyakkkk kad bank dan cucuk duit tiap² awal bulan.. mula² fikir “bagussnya mesti banyak bisnes”.. entah mcm mana, tetibe rasa ada tak kena..

sebab sy try minta di bank buka lebih 2 akaun tak dibenarkan… Sy agak mereka adalah ah l00ng.. sebab satu bank je diaorg ada 20-30 kad bank.. serammm je sebab tengok semua muka baik²

Kak yung. Teringt dlu time keje kilang ,sembang2 dgn mkcik sorang ni ,time tu 7hb gaji da masuk ,ramai operator kilang que cucuk duit ,aku pun gatal mulut tnya mkcik tu

Acik x cucuk duit ? Gaji da masuk tue …
Acik tu jwb tk de nya nk cucuk ,da bertahun tk jmpe kad bank aku ..so aku pun tnya np kad bank ilang ke ?? Dia ckp kad bank kt ahlong ….bertahun tahun daa….aku gluppp