Foto sekadar hiasan. assalammualaikum semua. hidekan profile saya ya min. saya cuma nak luahkan perasaan yang tak tertanggung di hati.. kejadiannya semalam.
al-kisah husband balik dari kerja lebih kurang dalam pkul 6 petang.saya pula masak rendang di dapur.
Masa husband sampai kat rumah saya perasan mukanya masam mencuka, difikiran saya maybe husband penat sangat kot bekerja.
tapi setahu saya husband bukan kerja teruk pon. Oh ya.. husband baru 2 hari dapat kerja baru. kerani di bengkel besi.berbalik pada cerita saya tadi.
Setelah siap masak, elok azan berkumandang saya pun baru nak hidangkan makanan ats meja. Suami plak bubuh nasi dalam pinggan kami semua. (saya dan ank2)..
saya punya nasi dalam pinggan agak banyak suami bubuh.saya pon bagi tahu kat husband kata “banyak nasi nie”..
belum pun sempat saya nak cakap saya nak tukarkan pinggan nasi die dengan saya, dengan muka ketat husbnd buat perangai, tukarkan pinggan nasi saya dengan anak saya yg no 2 (umur 4 thn)..
pastu saya cakaplah “kenapa yg buat perangai mcam nie”? tak semena-mena husband lemp4r jug yang penuh berisi air di atas meja jatuuh ke bawah..
saya tak faham perkara kecik je pon. Hanya saya cakap kata nasi dalam pinggan saya terlalu banyak, die boleh lemp4r jug air. habis basah satu meja dan lantai. Nak mengadap rezeki kot.
boleh plak die cari gaduuh depan rezeki. saya pon marah lah die buat perangai mcam tu. Saya cakap die dah umur dekat 40 tapi perangai macam bud4k2 tak matang.
Paling menyedihkan suami terus amik kuali yang berisi rendang panas tadi lalu dicurahkan atas kepala saya yang sedang makan.
Di hadapan 3 orang anak saya di sebelah saya anak yg berumur 8 tahun Allahuakbar sungguh hati saya betul2 sedih.
mak ayah saya sendiri pon tak pernah lakukan begitu pada saya..
Untuk pengetahuan semua, suami saya seorang yang p4nas b4r4n.
Saya takut nak berceraai kerana fikirkan anak2 dan takut tak boleh nak move on . tapi saya dah lama disiksa suami sendiri.
Saya dah penat. penat sangat2. hanya Allah sahaja yang tahu. mintak bagi kata2 semangat buat saya. Saya isteri yang diz4limi.
Kisah ke 2. Sepanjang 7 tahun berkahwin sekalipun tak pernah jadi imam saya, tak pernah belajar solat. Saya penat nak hadap…
Saya nak minta pendapat dari pembaca tentang apa sebenarnya masalah yang ada pada diri saya. Maaf jika ayat saya nampak berterabur sebab sekarang saya menaip dalam keadaan stress.
Pertama, sebelum kahwin saya terkejar kejarkan si dia (suami saya) sampai sanggup saya buat apa saja agar dia milik saya. Pelik bukan?
Perigi cari timba. Sedangkan masa tu dia kerja tak tetap, ada keluarga yang bermasalah dan juga tiada kender4an mahupun motor tapi waktu tu saya sangat tergilakan dia.
Pernah sekali benda bodoh yang pernah saya buat dulu, saya datang rumah dia menangis teresak esak agar dia jangan tinggalkan saya.
Kini bila saya ingat balik semua tu, saya rasa bodoh sangat kelakuan saya waktu tu berharap pada seorang lelaki yang tiada apa apa.
Selepas kahwin, kenapa saya seakan terbangun dari mimpi itu. Banyak perkara saya sedar salah satunya kesilapan saya memilih seorang lelaki sebagai suami yang akhirnya bagi saya sangat menyusahkan ramai pihak.
Kenapa ya saya terlalu mencintai seorang suami yang ada tabiat buruk iaitu menonton p*rn walhal perkara itu sememangnya saya tahu sejak sebelum kahwin lagi.
Selepas kahwin macam banyak benda yang saya tak boleh terima kenyataan antaranya tabiat buruk dia, berlatar belakangkan sebuah keluarga yang bermasalah, tiada kereta dan motor, tiada savings dan kerja tak tetap.
Sebelum kahwin saya tahu yang orang tua dia bermasalah, adik beradik pun sama.
Ayah dan abangnya seorang penagih dan semua ahli keluarganya memang tidak solat, sedangkan suami saya sendiri pun tidak tahu jawi.
Pendek kata, didikan agama tu tak ada.
Selepas kahwin, saya jadi marah kepada suami sendiri sebab sepanjang 7 tahun berkahwin sekalipun tak pernah jadi imam saya, saya penat nak ajar orang yang taknak usaha untuk belajar agama.
Bila balik kampung belah saya, saya sangat malu sebab diantara yang ramai ramai tu suami saya je yang takkan join sekali solat berjemaah.
Habis semua ahli keluarga saya tahu yang rupanya suami saya ni tak tahu solat.
Apa yang boleh saya cakap, saya kadang kadang anggap ini semua ujian untuk saya, adakalanya saya tak dapat kawal emosi dan mula menyalahkan diri sendiri dan orang lain.
Saya stress selama 7 tahun ini kehidupan rasa tak tenang. Ada saja bergaduuh.
Disebabkan ketidak puasan hati saya dalam silap memilih dulu, saya jadi memberontak sekarang. Saya stress bila hidup saya masih tiada perubahan selama 7 tahun.
Perubahan tu ialah suami yang taknak usaha belajar solat walaupun saya nak ajarkan, tak pernah ada harta sendiri, motor dan kereta pun tak ada sebab tak mampu dan nama suami blacklist keliling pinggang,
Tak ada rumah sendiri hanya mampu sewa je itupun duit deposit dan b4rang b4rang dalam rumah banyak mak ayah saya sedekah, dan selama 7 tahun tu susah makan, susah nak bayar sewa, susah itu ini semuanya lah pada belah saya.
Mak ayah saya, adik beradik saya yang banyak membantu dalam segala urusan kami selama 7 tahun. Keluarga suami memang tak ada apa apa jasa.
Kalau korang tanya kenapa 7 tahun tu masih susah padahal lama juga kan, jawapannya sebab suami saya tak ada kerja tetap dari dulu dan sikap yang suka bertukar tukar tempat kerja. Itulah puncanya.
Kereta buruk pemberian ayah saya sajalah yang kami ada sekarang. Banyak sangat rosaknya maklumlah kereta lama.
Dan rosak rosak tu pun semua ayah saya tolong bagi duit untuk kami bawa repair sebab dia tahu suami saya ni bukan ada duit pun nak repair kereta.
Duit gaji pun habis bayar rumah sewa, b4rang anak, b4rang makan. Lagi sebulan roadtax kereta nak maati, aduhh takkan nak minta ayah saya bayarkan lagi kot macam setiap tahun yang lepas.
Nak suruh buat part time saya tak tahu la part time apa yang dia boleh buat, lesen tak ada.
Kalau tak boleh jadi rider penghantar makanan. Saya stress lah hidup miskin ni.
Baru baru ni telefon suami saya rosak, disebabkan tempat kerja dia memang kena guna phone sebab report segala bagai dalam whatssap je, so dia memang perlu ada phone.
Dia nak buat telefon ansuran tak lepas sebab nama blacklist so dia pinjam ceti untuk beli telefon. Hmmmmm. Saya menyesal. Macammana ni. Sedih saya pandang muka anak saya yang masih kecil dan tak tahu apa apa ni.
Nak balik kampung nak cerita kat mak ayah tapi saya takut kena marah sebab ayah saya ni sejenis nak backup menantu aje walaupun tahu menantu tu bermasalah. Dia cakap sebab dia fikirkan cucu dia yang masih kecil.
Sebenarnya mereka tahu je niat saya nak berpisah dengan suami 2 tahun lepas tapi mereka bantah sekerasnya tak setuju.
Saya betul betul tawar hati. Tapi buntu sangat. Maaf sekali lagi ayat saya terabur. Mohon admin siarkan. Terima kasih
Ini antara nasihat pedas netizen mengenai kisah pertama.
Fauziah. Tidak perlu takut kehilangan suami. Tidak hina pun kehidupan seorang janda jika ada suami pun, hanya untuk disaakiti.
Sebagai seorang wanita, kita ada hak untuk mempertahankan diri dan maruah kita dari dipijak dan disaakiti.
Memang siksa sebenarnya hidup dgn suami yg panas b4ran. Buat kepvtusan yg bijak dan fikirkan keselamatan diri dan anak2.
Aisha Untuk isteri yg diuji… Pertama skali puan sendiri kena tanya diri apa yg puan harapkan dlm perkahwinan yg ada sekarang.
Sekiranya puan memilih untuk keluar dr perkahwinan ini buatlah tindakan yg sewajarnya tp sekiranya puan memilih untuk bertahan jadikan apa yg berlaku sebagai satu pengajaran supaya perkara yg sama tidak berulang.
Belajar untuk memahami bahawa suami puan seorg yg b4ran dan tidak suka tindakannya dipersoal terutamanya dlm keadaan mood yg kurang baik.
Jadi ambil langkah berhati hati. Nampak je mood dia x ok puan cuba kawal perbuatan dan perbualan supaya ianya tidak mencetuskan ketegangan dlm rumahtangga.
Minimakan komunikasi sehinggalah mood suami kembali ok. Org b4ran ni selalunya akan sejuk sendiri dengan syarat abaikan mereka seketika.
Insyallah jika puan mampu kawal 2 perkara ini suami puan tidak punya alasan untuk bertindak diluar kawalan terhadap puan.
Didik anak2 supaya mereka peka dan faham kelemahan bapa mereka bg mengurangkan risiko mereka juga menjadi m4ngsa.
Sy doakan semoga puan terus tabah dan dapat menyelesaikan kemelut ini dengan sebaik mungkin insyallah