Gambar sekadar hiasan. Assalam. Saya pernah menjadi suri rumah. Beza umur anak selang 2 tahun seorang. Dari segi luaran saya memang nampak ok. Tapi saya sebenarnya tak ok. Bagi saya, menjadi suri rumah ialah pilihan sendiri. Sebab saya nak jaga anak dengan tangan sendiri. Suami pun tak memaksa saya bekerja. Sepanjang menjadi suri rumah, alhamdulillah rezeki kami cukup..
Kami tak perlu hantar anak pada pengasuh, kami tak perlu membeli susu formula sebab saya menyusu sepenuhnya kedua dua anak. Kereta satu saja, jadi komitmen tak tinggi. Saya terima dan makan apa adanya dan tak merungut.
Cuma sepanjang menjadi suri rumah, saya mengalami d3pr3ssion. Kenapa? sedangkan saya sendiri yang mahu menjadi suri rumah dan gembira dengan pilihan sendiri.
Pengalaman saya, saya pernah terdengar suara untuk mengelar tangan sendiri. Saya pernah menangis tanpa sebab. Saya pernah fikir nak campak anak, saya murung dan lupa apa hobi saya. Saya tak berminat nak makan walaupun sebelumnya saya sangat suka masak dan makan.
Saya sukar nak tidur malam. Saya macam kehilangan diri sendiri. Saya rasa diri tak berguna. Dan banyak lagi keadaan yang menyebabkan saya rasa mahu saja m4ti.
Saya pernah jumpa doktor, tapi doktor tu lelaki dan dia tak tahu apa masalah saya. Dia menganggap saya mengalami masalah rumahtangga bila saya cuma menangis depan dia.
Dan dia bagi saja ubat tidur bila saya minta tanpa cuba fahami masalah saya. Lagilah saya rasa putus harap sebab dia tak cuba bantu saya.
Setelah saya fikir kembali, antara sebab saya kemurungan ialah sikap suami yang suka mengkritik. Suami saya baik, tapi dia tak faham tugas seorang suri rumah yang sangat memenatkan.
Saya buat segala galanya dari mengurus anak, pergi pasar, memasak, basuh baju, jemur baju, lipat baju, gosok baju kerjanya, kemas rumah, urus anak yang clingy.
Bila dia balik rumah kena dalam keadaan kemas sebab suami serabut tengok rumah bersepah. Tapi apa yang mahu diharapkan dari dua anak yang baru berusia 3 tahun dan setahun.
Saya ke pasar membawa kedua dua nya. Balik rumah dalam keadaan penat terus memasak tengahari sebab suami balik makan tengahari. Sebelum balik rumah mesti berkemas tapi agak mustahillah dengan dua anak kecil. Saya bukan robot mampu buat semuanya.
Apa jadi kalau dia balik rumah bersepah? suami akan kata saya ni tak pandai mengemas, malas, atau pun dia diam saja tapi saya tahu dia tak puas hati dengan pandangan matanya.
Lepas masak saya dah penat mahu mengemas dapur. Tapi kalau saya biarkan tentulah dia akan kata saya ni pengotor dan pemalas.
Lepas makan dia akan pergi kerja balik. Dan sayalah kemaskan semuanya. Balik petang rumah kena kemas lagi. Anak kecil biar setengah jam pun dah bersepah takkanlah saya nak kena kemas sepanjang hari. Saya tahu penat juga, dengan menyusu lagi.
Saya masak setiap hari tanpa gagal. Untuk suami dan anak anak. Sebab saya rasa memang tanggungjawab saya.
Lagipun saya mahu tolongkan jimat belanja rumah Memang banyak dapat jimat kalau masak sendiri. Tapi suami jarang hargai. Kadang dia komplen lagi ayam saya tak masak, atau kari saya tak menjadi, atau dia buat muka.
Saya rasa sangat tak dihargai selepas saya berhempas pulas siapkan makanan dengan dua anak kecil. Saya rasa diri tak berguna sedangkan orang lain selain suami selalu puji masakan saya. Ini suami sendiri asyik condemn saya, saya jadi down.
Bila perkara ini berlarutan, ia seperti menyebabkan saya hilang keyakinan diri. Saya dulu seorang yang bersemangat, hobi saya memasak dan saya memang suka cuba resepi baru.
Tapi bila asyik dikritik dan tak dihargai, saya jadi begitu rendah diri, rasa tak berguna dan jadi down sangat.
Bertahun keadaan berlarutan, suami pula sangat sibuk dan jarang bawa saya berjalan. Bukan saya tak pernah minta,
Saya cuba berterus terang yang saya perluukan masa untuk bergembira atau tukar angin, memandangkan saya 24 jam seminggu hanya duduk dalam rumah dengan anak kecil. Saya rasa mntal jadi block dan tepu, tapi suami tak faham sangat.
Dan jaranglah nak bawak saya makan angin. Saya bukan minta pergi hotel mahal. Sekadar bawa pergi makan di kedai atau ke pantai, saya akan rasa lebih tenang. Tapi saya jarang dapat keaadan tu. Hujung minggu suami sibuk dengan urusan lain pulak.
Saya rasa mntal saya breakdown sangat. Banyak kali cuba saya beritahu suami. Saya hantar mesej panjang panjang. Saya luahkan apa ada dalam hati saya, tapi sekadar tu sajalah. Tiada respon.
Saya tak tahu suami faham tak. Saya tag tentang komunikasi suami isteri di FB, pun dia tak ada respon. Saya jadi tawar hati.
Saya rasa hubungan kami hubungan yang t0ksik. Sebab hanya saya saja cuba berkomunikasi tapi suami tak cuba faham saya.
Saya jadi pendam perasaaan sendiri. Saya rasa leemas yang amat. Bertahun tahun berlarutan, saya rasa hak saya dinafikan. Lalu saya minta cerrai. Saya tak mahu tertekan lagi.
Saya dah cerita yang saya d3pr3ss pada suami, tapi dia hanya dengar saja. Kadang dia salahkan saya sebab mengaji sikit, banyak lalai, jadi banyak syaiitan ganggu. Dia masih tak faham..
Jadi lama lama saya meletuplah. Bukan sekali, berkali kali juga. Sebab saya tak tahan dah dengan kritikan, asyik k0ndem kerja yang saya buat.
Dia selalu kata orang lain ok je jadi surirumah takde nak stress macam saya. Nenek zaman dulu anak lagi ramai tapi boleh handle anak anak dan rumah dan siap layan suami tip top. Saya dengar rasa sangat tertekan jiwa..
Mana lagi saya nak luahkan perasaan saya ni? Rasa tak berguna nak luah kepenatan saya sebab dia akan kata dia lagi penat pergi kerja. Saya rasa nak menangis sebab dia tak faham langsung suri rumah ni sangat memenatkan..
Kalau saya mengadu penat, memang hanya buat saya makan hati saja sebab dia bukan nak dengar. Sedangkan saya hanya nak meluah saja.
Dia tak tunjukkan simpatinya, tiada pel0kan nak menenangkan saya. Kadang kadang dia tidur atas sofa di luar. Saya tidur dengan anak anak sebab masih menyusu..
Saya cuma mahu dia beri perhatian lebih pada saya, urut kaki ataupun cukup dengan berterima kasih pada saya sebab menyiapkan semuanya untuk dia. Tapi itu jarang jarang berlaku.
Saya kehilangan kasih sayang, yang saya harapkan dari seorang suami. Tapi dia hanya mengkritik bukan sampai naik tangan. Tapi masih jugak perasaan saya terdera.
Kemuncaknya bila dia biarkan saya pendam perasaan seorang diri, saya nak bincang dia asyik kata dia sibuk. Saya bercakap pun dia hanya diam tak ada response, saya minta cerrai lagi.
Saya tahu saya berdosa tapi dia tak faham skitnya mntal saya diperlakukan begitu. Saya pernah ajak jumpa kaunseling keluarga, tapi dia kata dia sibuk. Masa tu kami gaduh, dan akhirnya keluarga besar kami tahu. Mereka tahu kami bergaduh, tapi hanya luaran saja tapi mereka tetap tak tahu puncanya apa.
Saya juga dipersalahkan kerana minta cerrai. Yaa tuan tuan, saya tetap bersalah sebab suami saya innocent sangat. Dia baik dan sempurna cuma orang tak tahu apa yang saya alami.
Kalaulah dia boleh kawal lidahnya dari menyalahkan saya dalam semua perkara, dan banyakkan memuji dan menghargai saya, tentulah saya tak akan pergi sejauh ini.
Saya dah pendam bertahun tahun. Mntal saya dit0rture tanpa dia sendiri sedari. Sampai tahap saya dengar suara suara tu, saya rasa putus asa sangat.
Suami saya baik, dan saya sangat sayangkan dia. Cuma saya yakin dia tak faham dan akan selamanya tak akan faham bahawa surirumah ini sangat berat sekali kerjanya.
Sekarang saya ambik keputusan untuk bekerja. Yaa anak saya dah besar sedikit dan saya mula bekerja. Alhamdulillah, environmentnya sangat berbeza. Saya keluar dari rumah dan cari kebahagiaan saya.
Oh ye, kami tak bercerrai pun. Cuma saya tukar keadaan hidup saya. Saya banyakkan cari bahagia saya sendiri.
Kalau suami sibuk, saya pergi sendiri ke mall bawa anak anak. Saya pergi makan sendiri. Saya bawa anak berjalan di taman sendiri. Saya bawa anak pergi berkelah di taman tanpa suami.
Saya dah tak peduli lagi apa kata suami. Yang penting mntal saya sihat. Saya rindu nak berjalan jalan dengan suami tapi kalau dia sibuk saya akan pergi sendiri. Saya tahu untuk bahagia kita kena usaha sendiri. Dan tentulah air mata saya kini hanya berlinangan masa solat.
Kalau sedih sangat menangislah meraung raung macam budak kecil masa solat malam. Saya cari cinta lain dari cinta suami. Saya doa semoga Allah bagi cintaNya supaya saya tak lagi mengharap cinta suami. Cinta manusia ni susah sangat nak dijangka. Saya tak mahu berharap lagi.
Kesimpulannya, menjadi suri rumah sangat sukar. Bukan setakat kerja kerjanya yang sukar. Tapi apabila orang paling dekat dengan kita sendiri pun tak memahami, ianya menjadi sangat sangat sukar. Tiada sokongan, tiada empati, tiada simpati..
Kita berjuang sendiri, tidak difahami dan tidak dikasihani. Itulah agaknya punca ramai suri rumah str3ss melampau. Nasihat saya, para suami yang ada isteri si suri rumah, fahamilah, kasihanilah, hargailah, cintailah isteri sepenuhnya.
Bagi sokongan, bagi isteri rehat. Banyakkan bertanya, jadilah pendengar yang baik. Bawa isteri berjalan jalan, dengar luahannya, bagi hadiah dan surprise, gembirakan hatinya. Jangan mengkritik, jangan compare dengan orang lain.
Jangan banyak komplen tapi berlapang dadalah. Duduk di rumah nampak mudah saja, tapi belum tentu semua orang mampu.
Isteri bukan robot, mampu buat segalanya tanpa rehat. Banyakkan bertolak ansur dan menolong isteri supaya mntalnya sentiasa dalam tahap yang baik.
Kepada rakan suri rumah, saya tahu ia sangat sukar. Belum termasuk kewangan yang membebankan, pandangan sinis orang luar, rehat yang tak pernah cukup. Tapi bertahanlah…
Ada balasan baik menanti insyaAllah. Minta Allah permudahkan jalannya. Semoga sentiasa tenang dan baik baik saja. Kita mahu jadi isteri yang gembira, dan ibu yang bahagia, kan? Bahagia perlu dicari, ketenangan perlu dimiliki.
Apa kata warganet
Linda Ahmad, Puan Confessor, saya cadangkan puan luangkan sedikit masa untuk menjalani DASS test. Keputusan tu puan escalate ke klinik kesihatan berhampiran, kemudian, puan minta suami ambil cuti untuk teman kan puan, kalau dia tak boleh tolong menjagakan anak2 puan sementara puan berjumpa doktor.
Yang terbaik ialah suami puan bersama2 puan berjumpa pakar dan mudah2an suami puan akan terbuka minda bahawa depression is real. Perlu ikhtiar lebih sikit tapi semoga dipermudahkan urusan puan sekeluarga.
Nani Noraini, Solution awak dh ok tu yunk..teruskan je..sy pun surirumah fulltime jgk..sy rse nk msk sy msk, sy rse nk ngemas sy kemas, sy rse nk tdo smpai tghri pun sy buat je..anak sy biar je suami urus selagi dia nk buat..dia kluar kerja sy jge la anak pulak, dia komplen sy msk x sdp sy mog0k je xyah msk berhari-hari, jdnye suami faham dh kt situ..nk kate perangai sy teruk? Layan suami tak elok?
Xpe..x kisah..yg pnting sy syg diri sy sndri..nsib baik suami memahami perangai sy yg ter0k ini..jdinye, jdilah teruk yg anda boleh tp jgn ler smpai org tu rse kne pijaak kepala pulak..hmm
Mimi Suryati, Pengalaman saya sendiri, bila saya ambil keputusan tuk resign after berbelas tahun bekerja.. mula2 sgt stress atas byk sbb tp bkn sbb kewangan.. sbb utama stress bila saya rasa x produktif, kena buat benda yg sama hari2, sgt membosankan.. n rasa mcm husband ada certain expectation pd kita bila dh jd housewife.
Contihnya.. x blh miss masak, baju kena sidai awal pagi n so on.. after that saya decide tuk letak certain limit.. saya buat apa saya nk buat.. klu x larat nk buat..do it later.. husband x blh expect apa2 yg lebih atas sbb saya dh jd housewife.Suka hati saya nk buat apa kt rumah.
Siti Mariam, Jd fulltime hswife ni mmg slalu gngu emosi. Klu husband jnis supportive n sama2 buat kerja pn akn smpai 1 masa emosi kacau bilau lead to nangis tiba2. Xdak punca. Nak meluah ke sapa pun..xkan ada yg faham. Solution dia simpn sndr n terus positifkn diri jela..sbb jaga anak ni xdak waktu rehat.
Waktu ank tido kena siapkn keja rumah n so on. Apapun bersyukur sbb Allah rezeki kan utk kita jaga anak2 sndri. Ramai yg nk 24h dgn anak tp xdapat.. Memory tu xkan boleh ditukar dgn apa pon.
Farah Mardhiah, It’s good to hear ayat jadi surirumah lg tough dr bekerja..rata2 kata best jadi surirumah.boleh ddk rilex. Ptg boleh tido dll. Confessor nmpk lg mudah hidup tnpa suami. Semua kerja dia buat termasuk jaga anak. APA fungsi suami? Hidup mcm raja. Semua benda siap sedia. Tak suka complaaint memanjang.
Jgn nak compare zaman mak nenek dulu boleh je jaga anak ramai. Beza tu anak ramai dgn 2 org anak. Anak rmai, yg sulung tgh acik ateh boleh jaga anak bongsu yg lasak. Ini confessor sendiri yang Jaga anak tu. Belum lagi part confessor meluah Tak sempat Mandi. Tak sempat rehat. Masak berdukung sebelah tgn.
Salwani Rahmat, Kena ingat ..tak semua orang mampu jadi surirumah..klu jd surirumah, ada bibik, elaun bulanan dari suami byk, atau ada income sendiri ok..ini klu pendapatan suami pon sendu, nk berbelanja kena berdikit2, beli spender sehelai pon dok berkira hentikan lah hasrat nk jd surirumah, soal penjagaan anak2 ..
Boleh hantar nursery atau baby sitter, yg penting jadi perempuan zaman sekarang kena ada income sendiri utk masa depan, income untuk manjakan diri, me time..sapa lg yg nk sayang , jaga kebajikan kita dan hargai kita…klu bukan diri sendiri…ingat sayangi diri sendiri melebihi segala2nya…semoga akan menghindarkan kita merasa, dizaalimi, di saakiti dan diluukai.
Khairul shafi, Dulu Sy pernah hilang pekerjaan jadi semua kerja rumah sy buat masa tu. Memang memenatkan…tak pernah habis…Duduk rumah sepanjang masa sangat lah membosankan. Masa ni perlu sangat holiday & jln2…walau dekat je…Sy faham perasaan confessor.
Sedih bila suami byk complain je. Sbg Suami & Isteri kita berkongsi segalanya utk membina keluarga bahagia. Kenapa tdk kita membantu antara satu sama lain. Jgn mengira sangat dlm urusan rumahtangga…anggap kerjasama utk mencari redha Allah membina rumahtangga sakinah mawadah. Rasa suami confessor Eg0 tinggi.
Sumber – Aisyah (Bukan nama sebenar) via IIUMC/edisimedia