Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum.. Aku antara silent reader iium confession.Sebelum ni aku pernah ceritakan masalah aku di page lain yang femes dalam kalangan orang dah berumahtangga tapi banyak kecaman yang aku dapat dari netizen.Down jugak diri aku ni bila ramai yang mengecam lebih daripada memberi nasihat atau penyelesaian.Jadi aku harap pembaca dari page ni mungkin boleh beri nasihat kepada masalah aku ni.
Aku surirumah mempunyai seorang anak 8 bulan. Sebelum kahwin aku bekerja yang mana kerja aku tu memang kena dengan apa yang aku belajar dan paling penting di negeri kelahiran aku sendiri.
Tapi sebulan selepas berkahwin, suami memaksa aku berhenti kerja sebab taknak berjauhan katanya. Dia di selatan aku di utara. Aku terpaksa berhenti serta merta kerana terlalu kerap bergaduh.
Sebelum berkahwin memang aku ada apply kerja di negeri yang sama dengan suami tapi sayangnya masih belum ada rezeki untuk aku.
Semenjak dari tu, aku hanya menjadi surirumah sepenuh masa sehinggalah sekarang sudah bergelar ibu.
Apa yang nak aku ceritakan adalah berkenaan suami aku. Dia sebelum ni kerja makan gaji tapi resign disebabkan dia nak tumpukan sepenuh masa dalam bisnes online dia.
Bisnes yang dia buat memerlukn dia duduk sahaja di rumah sambil melayan customer online.
Jadi, memang kami suami isteri hanya di rumah 24 jam bersama dengan anak.
Masalah yang berlaku adalah disebabkan dia terlalu banyak free time, setiap malam dia akan bermain game online dengan kawan-kawan dia.
Direct dia main dari selepas maghrib sampai kadang2 pkul 4 pagi baru tidur.
Walaupun kami suami isteri di rumah tetapi jarang berkomunikasi. Waktu siang dia sibuk dengan laptop, waktu malam dengan komputer pulak.
Urusan anak dan barang2 rumah diserahkan sepenuhnya kepada aku.
Aku selalu rasa terabai disebabkan sikap dia. Terlalu pentingkan kawan dia berbanding dengan isteri sendiri.
Aku dah penat uruskan anak memang takde masa untuk diri sendiri langsung. Kadang makan pun tak sempat.
Dalam keadaan anak yang semakin buas ni, memang tiap kali lunch aku hanya mampu order makanan luar.
Bila malam saja ada masa nak memasak. Kalau anak tidur, time tu adalah masa untuk aku masak untuk anak atau uruskan hal rumah. Suami langsung tak membantu.
Semalam aku ada suarakan pada suami aku tak suka dia bermain game sampai lewat malam.
Bukan kadang2 tapi setiap malam dia main game. Langsung tak pedulikan aku dan anak di bilik sebelah sepanjang malam.
Aku sunyi takde kawan nak bersembang. Dia pulak main game boleh gelak2 dengan kawan2 dia.
Aku jealous dengan aktiviti dia meanwhile aku ni terpaksa menahan penat uruskan anak sorang2. Uruskan lagi makan pakai dia.
Serius memang aku letih bergelar surirumah tangga sepenuh masa ditambah dengan suami tak membantu.
Luahan aku semalam dibalas suami katanya adil lah tu dia mencari rezeki, aku pula uruskan hal2 dalam rumah.
Aku kecewa dengan suami kerana tak berusaha untuk memahami aku. Cara dia tu seperti menganggap aku ni orang gaji bukanlah isteri.
Aku tak minta dia untuk tolong aku cuma aku nakkan teman untuk bersembang. Luahkan apa terjadi, apa perkembangan terbaru anak dan hal2 remeh lain.
Walaupun dia 24jam di rumah aku tak pernah merasa dia betul2 ada dengan aku.
Aku tak pernah impikan untuk jadi surirumah sebab passion aku adalah untuk bekerja, jumpa kawan2. Tapi semua berubah selepas berkahwin.
Selalu aku menangis fikirkan kenapa aku pilih dia sebagai suami. Sekarang aku jadk tak redha dengan apa yang berlaku dalam hidup aku.
Disebabkan aku penat uruskan semua hal sorang2, kadang2 aku terlalu stress hingga terfikir baik aku m4ti sahaja daripada menahan s4kit hati dengan suami sendiri.
Oh ya, barang2 dapur pun aku terpaksa belikan sendiri.
Kesian anak aku dalam musim covid ni dia terpaksa ikut aku.
Kadang aku sendiri pelik dengan suami sendiri dia takde perasaan kesian pada aku ke bila aku nak ke pasar terpaksa dukung anak sambil cari barang dapur.
Satu lagi, bila aku minta tolong dia untuk pegang anak time nak mandi atau basuh berak, banyak alasan dia bagi.
Dia kata, pengasuh atau orang lain boleh uruskan anak sorang2 kenapa aku tak boleh. Pastu bila anak terjatuh atau terhantuk kepala, mula la dia marahkan aku.
Aku stress dengan lelaki macam ni. Aku memang hidup dalam perkahwinan toksik.
Ini antara respon netizen.
Mel Rahmat : tu yg buat akak tak berapa bkenan klu pompuan jd hwife…byk yg jd laki ambik kesempatan dan sambil lewa je layan bini..bukan semualah …
jdnye ko pergi cari keje dik..hantar anak ke pengasuh..pastu ko dressup cantik2.. saving duit… ada masa ko pegi bercuti berdua dgn anak ko…tgk mcm mn dia punya panas. .mau tak tentu arah dia nnti…
Sarieyah :Bab gamers tu, memng dh awal2 cri yg x suka main game. Asik duk updte psl game, memng awal2 rijek. Org main game ni mcm org isap rokok, bukan boleh dinasihat.
Bnyk sngt cth dpn mata, kalau gamers ni, xhirau org dh. G mne2 hadap hp. Rimas. Org duk bergaul, die duk main hp,hadap game.
Sy doakn Allah bukak mata suami sis. Ringankn beban sis. Sy kalau husb ckp ‘sy penat keje’ or ‘senang je duk wt keje rumah’..
Sy balas, pengasuh pn org bayar 3 4 ratus, tu pn spruh hari. Meh kita tukar, awak sehari je jaga anak, basuh kain, masak, lipat, kemas umah..
Biar sy buat kerja awak… Sehari je… Belum tntu dpt buat.Geram jgk lelaki jenis ni. Org nk kawen, die nk kawen jgk. Pstu abai anak isteri.
Nora :Dik, di awal usia perkahwinan mmg mcm tu. Cuba berlapang dada sb dunia ni tempat ujian..
Ok 1st kita nak ubah org agak ssh, kita ubah diri kita dl. anak br sorgkan, just imagine anak lebih dr 5 mcmn. Cuba susun jadual anak, set waktu tidur, makan, main. bl dia tdo rebut peluang utk me time, releasekan stress adik.
2nd, akk pecaya seorg isteri blh ubah suaminya.. tapi ada caranya. find it. cth tegur dgn nada bergurau.
bykkan search tips² membina rumahtangga harmoni. berceritalah dgn si dia.. sharing2 tips. takkan xde ms sgt nak berckp kn.
3rd.. yg plg penting perbaiki hubungan kita dgn Yang Maha Esa. Dugaan ni semuanya dariNya, kepadaNyalah ia kembali.
Akk lbh suka isteri ada sumber kewangan jg. supaya xdela kita terasa mcm bibik n suami pon x layan kita mcm tu. semoga dik dipermudahkan urusan. dont give up
Farena :Dilema seorang isteri, kalau dimarah kata kurang ajar, dibebel nanti di jawabnya lebih elok main game kt rumah drpd lepak kt luar.
Isteri jadi simpan dan pendam. Silap langkah anak jadi m4ngsa. The world of married couple
Carilah kerja wahai puan, buktikan awak pun sebenarnya boleh hidup berdikari. Dia xnk bantu awak, awak pun xpayah bantu dia.
Nk makan xyah masak. Awak uruskan diri awak dan anak je. Bila kerja. Anak hantar pengasuh, adjust jadual tahunan awak. Stnby cuti sbb bila dgn pengasuh, kita akan byk perlukn cuti.
Kalau tak tahan, suarakan. Jangan pendam, sbb ape.. org laki ni susah jumpa yg btul2 faham perangai perempuan.
Jadi amat penting untuk kita suarakan apa yg xbetul.kalau perlu bebel. Bebelkan aje. Sok2 duk pendam. Anak jadi m4ngsa. Sy doakan sis mudah dalam menguruskan perkara ini.
Azie : Relaxlah dik, anak baru sorang, kan…awak mesti muda lagi… Lepas ni jgn mengandung lagi, bersyukurlah diberi kesempatan besarkan anak depan mata,
anak org yg bekerja ni, hantar anak tgh tido, ambik anak, dah nak tido, saya dah rasa dua2, kerja, hantar anak rumah pengasuh, berjauhan dgn anak 200km balik naik bas setiap minggu, belajar,
anak tinggal dgn mak, mengandung masa belajar, tamat kontrak keje masa dah mengandung 4 bulan dan tkde sape nk ambik keje, cuti setahun jaga anak sbb anak tak bercakap…
Tarik nafas, dan bersyukur masih sihat… Hidup kita ni bukan semua kita boleh kontrol, tapi kewangan kita boleh kontrol,
since husb sibuk dgn game, biarkan je lah, yg penting awak ada simpan duit setiap bulan, suruh dia ambik insurans, maklumlah, gamers kan, mana nak exercise,
bila2 boleh kena heart attack, awak tak keje,kurangkan belanja, simpan duit utk anak dan diri sendiri, alhamdulillah anaknya sihat,
saya ada jumpa org yg dibuang kerja sbb jaga anak kat ijn sampai tkde duit nak balik kg, bukan sehari dua tau, berbulan2…
Terpksa tido kat ijn sambil cari keje gaji harian kais pagi mkn pagi,kais ptg mkn ptg… Anak kecik ni, penatnya sblm berjalan, nanti dh berjalan, ajak dia berjalan setiap hari sampai penat,
supaya tido lena dan tak ganggu tido malam…ramai org yg tkde anak skrg ni dik… Sambil2 tu ajarlah anak bercakap dan baca flash card