Tiba2 biras mgam0k ckp “tak habis2 nak tunjuk pandai masak, kembang lah asyik kena puji”

Foto sekadar hiasan.Salam semua, nama aku Ayuni. Berusia 27 tahun. Bekerja di sebuah bank di ibu negara. Aku baru sahaja berkahwin awal tahun ini. Suami aku bekerja sebagai kerani. Gaji tak sebesar aku tapi mampu lah menyara hidup kami sementara masih belum ada anak ni. Dipendekkan cerita, suami aku ada 3 adik beradik. Sorang masih belajar, dan sorang lagi dah berkahwin. Suami aku anak kedua.

Masalah yang aku hadap ni, isteri kepada abang ipar aku AKA biras aku macam tak suka dengan aku. Mula2 aku rasa perasaan aku saja tapi lama2 makin melebih2 pulak.

Diaorang ni dah kahwin tiga tahun. Dah ada sorang anak pun. Masa mula2 suami aku bawa aku pergi rumah mertua aku, dia buat taktahu saja dengan aku. Pandang muka aku pun taknak. Oh ya, biras aku ni duduk sekali dgn mak mertua.

So suami aku dah bincang, kitaorang tumpang sekejap lah rumah mertua sebelum dapat rumah sewa. Aku pun ok jelah sebab aku memang ade loan rumah sebelum kahwin lagi tapi belum dapat kunci. Aku tak pernah cerita pun pasal rumah tu kat suami aku.

Masa mula2 aku hidup dalam rumah tu, si biras ni memang buat semua kerja dalam rumah tu, walaupun dia tak layan aku, aku tetap bercakap dengan dia macam biasa.

Aku ni pakar la jugak bab masakan sebab ibu aku dulu pernah buka kedai makan. Jadi bila aku masuk rumah tu, bab memasak ni aku laju saja. Sarapan pagi sampai ke makan malam aku yang masak.

Sebelum ni mak mertua yang masak. Si biras kerjanya mengemas rumah dan lain2 lah.

Bapak mertua aku ni memang puji melambung lah masakan aku, mak mertua aku tarik nafas lega sebab dah ade yang pandai masak dalam rumah sebab bapak mertua aku ni cerewet sikit pasal makanan.

Habis dah kalau hari2 dok kene puji saja, si biras ni macam menyampah lah. Aku ni baru 5 bulan kahwin, tiba2 tengah makan ramai2, si biras ni buka cerita pasal kakak dia.

“Kakak Nora kan yang baru kahwin awal februari haritu dah ada isi. Dia memang awal2 cakap taknak merancang sebab umur makin tua kan. Ayu bila nak ade isi?”

Aku memang tak merancang pun, lagi pun baru 5 bulan aku kahwin. Kau dah kenapa orang tengah makan tiba2 buka cerita pasal anak mentang2 kau dah ade anak. Aku senyum jelah balas “ Insya Allah”.

Hari berganti hari, si biras makin rapat pulak dengan mak mertua sampaikan aku nak duduk sembang berdua pun mesti dia nak join sekali.

Sebelum ni suami aku cakap, si biras memang jenis suka duduk rumah. Tapi sejak aku datang, dia rajin pulak ikut mak mertua ke pasar, ke rumah jiran, hatta pergi kedai depan rumah pun nak ikut.

Aku tak kisah pun semua tu sebab aku ni bekerja. Tapi wajib bagi aku sebelum pergi kerja, aku akan buat sarapan, makan malam pulak, kalau aku balik awal mesti aku akan masak.

Tapi setiap kali hujung minggu memang tugas aku lah dari pagi ke petang kat dapur. Aku pun ok saja.

Si biras ni, bila aku dah ade kat rumah, mula la dia ambil minyak nak urut si mertua, buka shopee suruh mertua pilih baju2 atau beg yang mertua nak.

Semua tu dia buat bila aku dah duduk ruang tamu nak bersembang dengan diaorang. Bila aku buka mulut saja nak berbual mesti dia muka menyampah dia tu.

Bapak mertua suka berbual dengan aku. Sebab bapak mertua aku dulu pun bekas pekerja bank. Nanti macam2 lah cerita pasal tempat kerja dia dulu. Si biras ni takboleh nak menyampuk sebab dia pun tak bekerja.

Aku ni power masak spageti aglio olio, sekali bapak mertua dah rasa, dia asyik mintak saja setiap kali sarapan.

Tengah dok berbual2 dekat ruang tamu pun, si bapak mertua boleh request, “Ayuni esok sarapan masak spaggeti lagi ya” aku tak kisah pun. Tapi si biras ni terus bangun masuk bilik. Geram kot sebab bapak mertua tak pernah request dia masak apa2.

Cerita dia meletop bila, aku ada buat pengat pisang. Lepas siap masak tu, aku letak lah atas meja makan dengan periuk2 sekali. Aku masuk bilik nak mandi. Tiba2 anak buah aku AKA anak si biras ni (Adam) menjerit.

Kitaorang pun kalut lah semua pergi dapur. Rupanya2 pengat pisang tu tertumpah kena pulak si Adam ni. Menjerit2 budak tu. Aku serba salah lah sebab aku yang letak atas meja tadi. Sudahlah masih panas, melecur kakinya.

Si biras ni terus mengmuk, dimarahnya aku “ Ayuni, kalau nak masak apa2 jangan lah letak letak atas meja, dah tau budak suka memanjat” aku macam eh habis aku nak letak mana?

Aku pun mintak maaf lah, akui kesalahan aku. Aku siap nak bawa lagi Adam tu ke klinik tapi si biras ni emosi tak habis. Tiba2 keluar dari mulut dia “tak habis2 nak tunjuk pandai masak, kembang lah asyik kena puji”

Aku rasa itulah luahan hati dia selama ni sampaikan terlepas cakap masa tengah marah. Masa tu mertua aku, suami aku pun ade sekali. Aku ni meleleh dah air mata. Suami aku terus start kereta bawa si Adam ni ke klinik. Aku tak ikut.

Balik dari klinik, tak habis lagi tu, “Ayuni lepas ni takpayah lah masak macam2, buat saakit anak orang saja” aku diamkan saja. Terus aku masuk bilik.

Suami aku masuk bilik, pujuk aku yang meleleh air mata dari tadi. Malu kot aku kene herdik macam tu. Aku cakap suami aku, kita carilah rumah sewa. Cukup lah 5 bulan kita duduk sini. Aku malu nak menumpang kat situ lagi.

Seminggu lepastu aku dapat rumah sewa. Mertua aku pun berat hati nak bagi aku pindah tapi diaorang pun faham jugak kenapa aku nak pindah.

So hiduplah aku kat rumah sewa. Sewa apartment kecil saja untuk duduk berdua. Tapi rezeki dari Allah sebulan lepastu, agent rumah call aku untuk sign agreement dan ambil kunci rumah.

Ya Allah melompat lah aku gembira tak terkata sebab rumah pertama kan. Aku call lah mak mertua bagitahu yang kita dah dapat kunci rumah. Mak mertua pun gembira sebab dia tak suka anak menantu dia duduk menyewa.

Si mertua mengadu, bapak mertua asyik sebut2 saja masakan aku. Sejak pindah ni, mak mertua aku yang masak. Si biras ni memang tak pandai masak. Kerja dia mengemas saja.

Beberapa minggu lepas tu, rumah baru pun siap renovated. Kitaorang pindah. Rumah kndominum saja bukan landed tapi cantik la lepas aku renovated.

Aku suka upload gambar2 rumah aku dalam status Whatsapp. Si biras ni tiap kali aku upload, mesti dia akan jadi orang pertama yang tengok. Dia pun selalu upload quotes kat status whatsapp “harta benda ni tak bawa maati”

Aku tahu status tu untuk aku sebab hanya aku saja yang boleh tengok status tu, bila aku tengok guna handphone suami aku, status tu takde.

So memang aku sorang saja yang boleh tengok.

Bila mertua aku datang ke rumah aku, dia takpernah ikut. Eh bukan ke sebelum dia yang paling rajin suka ikut mertua kemana2. So bila aku dah pindah, tak payah susah2 dia nak amik hati mertua lagi kan.

Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita tapi cukup lah sampai sini.

Oh ya, mana yang tanya mana suami si biras tu, abang kepada suami aku tu selalu kerja outstation. Dia taknak pindah dari rumah tu sebab mak mertua aku ada mention yang rumah mertua tu nanti nak bagi kepada dia. Sebab dia kan anak sulung.

So biras ni mungkin rasa tu bakal jadi rumah dia so dia taknaklah aku menumpang lama2 kat situ.

Tapi hidup aku bahagia dah dengan rumah baru hasil titik peluh aku sebelum kahwin lagi. Ditambah pulak dengan kehadiran bakal insan baru, sebab aku disahkan mengandung 2 bulan selepas aku masuk rumah baru.

Mungkin mood happy aku naik sebab duduk berdua saja dalam rumah. Hari2 macam honeymoon sebab tinggal berdua saja kan.

Sekian cerita aku.

Ini antara reaksi netizen untuk kisah ini.

Kak ain. Sebenarnya sikap pandai mengemas ni, bukan ‘sahaja’. Ia sama level dgn org yg pandai masak sebenarnya.

Tapi sebab masyarakat kita tidak melihatnya begitu. Cuba sehari tak ada yg menyapu mengemas ruang, seminggu tak sental bilik air…tak bahagia juga ahli rumah.

Sepatutnya yg ini juga perlu dipuji2. Kerja2 sepatutnya ada giliran…, kalau tak gilir, semua pihak kena terima bahagian masing2 dan org tua pula janganlah hanya memuji anak menantu tertentu sahaja.

Afiza. Sebenarnya masalah puan nie hal kecil je..jgn keruhkan keadaan yg aman damai sblm nie..cuba letakkan diri puan kat situasi biras tu..biras puan lebih lama duduk dgn mertua..puan baru beberapa bln kahwin & duduk dgn mertua..biras puan housewife & maybe tak ramai kwn..

bila puan selalu kena puji dgn mertua memang lah biras puan rasa kecik hati..biras puan mungkin rasa rendah diri & kecik hati bkn dengi..

Zieha.

Xde ape sngat hal ni sebenarnye..Mgkin biras awak rasa rendah diri n terasa la kot sikit dgn mentua..Ye la ,,walau dia xmasak tp rumah tu dia yg kemas,,dia yg cuci jd dia pom ada sumbangan jgk..tambah dia da lama jd menantu,,tiba2 dpat biras pndai masak,,bekerjaya mentua plak asyik puji..Tu yg makan hati..Cuba berbaik2 ,,ajak dia belejar masak..Nanti mgkin boleh jd kawan malah sekepala.

Sy dlu awal2 kahwin mmg akan xrapat dgn ipar2..rasa mcm smua benda xkena diri sy ni ,,pastu dgn mak mentua pom sy asyik terasa hati je..Pernah smpai bermasam muka..Tp xbest sbenarnye..Sbb kita bkn nk kahwin dgn suami je,,bila kita kahwin msti kita nk baik dgn family dia jgk..Last2 sy rendahkn diri..mintak maaf dgn mentua kalau sy ada silap..mintak maaf dgn ipar duai kalau ada silap sy..mintak tunjuk ajar diorang..

Start dari tu dgn mentua baik mcm kawan..da jd orang pnting kalau mentua nk buat ape2 mjlis,,nk pg mana2..dgn ipar duai plak mmg sekepala ..

da mcm kawan..yg pndai masak akn memasak..sy yg xpndai sngt nk akn tlong n mengemas..

Happy je hidup..klu ada terasa hati sikit2 tu buat xtahu je..senyapkn diri 2,3 hari lepas sejuk n ok jumpe mcm biasa..

Aina. Saya kan. Kalau orang macam dia,.saya kesian tau. Sebab dia tak kerja. Pastu tak pandai masak sangat. Macam saya ni, bekerja tapi tak pandai masak. Takda laa rasa rendah diri sangat.

Kalau saya jadi awak, saya akan cuba berkawan, ajak dia masak sama2. Memang benar dia ada rasa cemburu dengan awak. Tapi kalau saya jadi awak, saya kesian.