3 kali hilang kerja. Hanya pakai Viva je, krn tiada pencen aku beli tanah. Rumah siap tnpa hutang

Gambar sekadar hiasan. Assalam semua. Saya namakan saya Dahlia. Umur 40 tahun. Saya penah confess di sini dulu pasal kisah saya hilang kerja sebab kontrak tidak disambung masa PKP dan tak bertemu jodoh. Kali ni saya nak share kisah saya pasal duit, hutang, kerjaya dan rumah impian. Bagaimana saya struggle menyimpan duit, menyelesaikan hutang dan membina rumah impian dengan keadaan kerja tak menentu. 3 kali hilang pekerjaan.

Saya masuk univ tahun 2000 melalui pinjaman PTPTN. After grade, saya dapat kerja swasta, gaji tak besar tahun 2004, RM1200 tapi syukur ada kerja.

Saya kerja tak lama, saya resign masa tu disebabkan ditipu seseorang yang menjanjikan pekerjaan lebih baik untuk saya. Silap saya mudah percaya.

Saya menganggur setahun 3 bulan sebelum berjaya masuk gomen dengan status sambilan. Gaji masa tu tak sampai 2k sebulan. Dapatlah bayar sikit sikit duit pinjaman PTPTN. Bagi kat mak RM200 sebulan.

Tahun 2007 saya beli kereta viva 850cc dengan deposit RM5k dan bayaran RM360 sebulan. Kawan kawan lain pakai kereta lebih besar.

Dalam masa yang sama gigih simpan duit untuk tolong mak saya bina rumah kediaman kami yang sudah uzur.

Dengan kos yang rendah dan bantuan anak anak, gadai barang kemas mak dan pertolongan dari Allah. Rumah kami 3 beranak siap. Masa tu adik beradik atas saya sume dah kawin. Tinggal saya, mak dan adik.

Kehidupan semakin baik bila saya berjaya mendapat status kontrak. Saya berazam membayar PTPTN. Tapi dengan status kontrak dan gaji agak kecik masa tu RM1400, saya agak struggle. Saya berjimat.

Tahun 2010 kalo tak silap saya gigih turun naik pejabat PTPTN membuat rayuan pengurangan kadar bayaran ujrah. Saya nak bayar tapi keadaan kewangan agak perit.

Ntah apa silap, kadar bayaran hanya berkurang RM10 saje beza. Ikut perjanjian saya perlu bayar RM197 sebulan tak silap. Tapi pengurangan kepada RM187. Sedangkan saya dah langsaikan RM5k.

Kawan saya pulak kena bayar RM150 sebulan. Tak bayar tiap tiap bulan tapi ikut kemampuan time bonus, ot, saya bayar banyak banyak. Tahun 2012 saya turun naik PTPTN untuk buat rayuan semula. K3s saya macam tergantung. Letih tak settle nak kurangkan kadar bayaran selepas ujrah tak berjaya.

Masa tu saya dapat tahu boleh kuarkan duit KWSP untuk langsaikan PTPTN tapi bila pegi KWSP, syarat tak lulus sebab ia tertakluk kepada perjanjian pada 2001 ke atas, saya tahun 2000 tak layak.

Saya ada menyimpan duit. Tak boleh nak guna semua untuk langsaikan PTPTN bimbang jika kontrak tamat tiba tiba, macam mana saya nak teruskan hidup.

Hasil jimat cermat beberapa tahun, saya berjaya kumpul RM13k pada tahun 2012 dan duit tu saya gunakan untuk membeli sebidang tanah kecik secara cash untuk simpanan hari tua.

Tahun 2014, saya buat personal loan membeli sebidang tanah lagi untuk bekalan masa hadapan memandangkan saya tiada pencen, kena beringat kumpul duit. Saya buat loan RM35k untuk tempoh 3 tahun dengan bayaran RM1050 sebulan dengan kadar interest 2.5%.

Saakit sebab gaji saya tinggal 700 atau 800 saje lepas buat potongan RM200 PTPTN, insuran RM100 dan elaun mak RM200. Masa ni gaji naik selepas kerajaan umum kenaikan 5% atau 12% tak ingat tapi banyak juga kenaikan sebab tu saya berani buat loan.

Sebelum buat loan, saya kuarkan 10k simpanan. Langsaikan kereta saya sebab tak nak banyak komitmen. Mungkin ada yang pelik macam mana saya berjaya kumpul 10k dalam tempoh 2 tahun lepas beli tanah RM13k, saya simpan hasil duit ot, ganjaran tamat kontrak dan bonus kerajaan bagi.

Tiap kali gaji naik setiap tahun, saya lebihkan duit simpanan dan juga menghulur duit kat adik beradik yang susah dalam 200 sebulan. Rajinkan diri bersedekah untuk berkati rezeki. Saya tahan nafsu berjoli, sedangkan pada masa tu tengok member ada yang bertukar kereta baru.

Awal 2017, Allah menguji saya. Emak saya mngal dunia. Gelap gelita hidup. Selama ni saya tidak kisah tidak bertemu jodoh kerana mahu menjaga dan menemani emak yang semakin uzur.

Perancangan hidup saya pun berubah. Saya buat keputusan menjual tanah yang saya beli untuk membina sebuah rumah kecil buat berteduh kerana rumah kami duduki sekarang sudah bertukar pemilik kepada adik saya yang sudah berkahwin.

Saya pula mendapat sebidang tanah daripada aruwah mak dan inilah tapak rumah saya sekarang.

Tahun yang sama, selepas 7 tahun berikhtiar dan berdoa, Allah makbulkan doa saya. Akhirnya KWSP melonggarkan syarat dan memberi kebenaran mengeluarkan duit simpanan untuk penyelesaian PTPTN tanpa mengira tahun perjanjian dibuat.

Settle masalah saya, baki pinjaman tinggal RM13k selepas tolak potongan 20% penyelesaian penuh saya dibayar guna KWSP.

Masa ni gaji saya dalam 3k, saya berjimat dan berjaya simpan 1.5k sebulan. Saya pastikan, ada duit untuk sedekah, zakat dibayar untuk memberkati rezeki saya. Saya setia memakai kereta lama yang tidak meragam.

Tahun 2017, saya berjaya langsaikan hutang terakhir saya iaitu PTPTN dan start bina rumah hasil jual tanah RM50k, pinjam duit kakak 5k, duit KWSP rm10k dan simpanan. Selepas setahun, rumah saya siap tanpa hutang. Alhamdulillah.

Buat adik adik yang masih struggle mencari kerja dan mereka yang sudah bekerja, pandai pandai lah merancang kewangan. Jangan diikut nfsu nak berjoli. Jangan biasakan diri berhutang apaatah lagi untuk tujuan berpoya poya or bergaaya. Amalkan cara hidup sederhana. Tengok kemampuan.

Saya gigih menyimpan duit, membeli barang kemas dan juga pergi bercuti hasil duit simpanan saje, tidak berhutang. Jangan lupa bersedekah, keutamaan kepada keluarga terdekat. Jangan kedekut, jangan culas bayar zakat, jangan suka curi tulang waktu kerja untuk menjamin keberkatan rezeki.

Rajinkan diri bangun qiamullail, berzikir, solat dhuha, baca quran. Lazimkan diri dengan surah al mulk yang saya amal dari zaman remaja, waqiah, ar rahman dan yasin.

Hidup saya tidak mudah. Akhir 2018, kontrak saya ditamatkan atas campur tangan p0litik. Rumah siap, hilang kerja. Cuma bernasib baik tiada hutang kerana saya sudah merancang mahu bebas hutang sebelum umur 40.

Pertengahan 2019 saya dapat kerja, gigih bina semula kehidupan. Saya berjimat kerana kontrak diberi hanya setahun. Saya berjaya bayar baki hutang kakak RM5k, simpan sedikit. Banyakkan bersedekah dan mengeluarkan zakat.

Pertengahan 2020 Allah uji saya lagi. Kontrak tamat, tidak disambung meskipun merayu. Saya hanya punya 5k duit simpanan. Mujur ada buat pengeluaran KWSP RM500 sebulan.

Yang menyedihkan saya tidak mampu lagi bersedekah, memberi wang belanja kepada anak sedara, membantu ahli keluarga yang susah dan berzakat.

Pembaca sekalian, doakan saya mendapat kerja secepat mungkin.

Bagi adik adik yang masih mencari kerja, sabarlah. Saya bekerja hanya menggunakan STPM sampai umur 40an pun masih tidak berupaya bekerja menggunakan ijazah yang ada. Sebab sedar diri status kontrak tiada pencen, saya beringat untuk mengurus kewangan dengan betul.

Saya selalu nasihat kawan kawan yang lebih muda, jangan buat loan untuk joli, kawin dan benda tak penting. Kita ni tiada jaminan senang selamanya. Beringatlah agar banyak menyimpan. Bayangkan hutang tengah banyak, diberhentikan kerja.

Bersyukurlah kepada mereka yang berjaya dapat kerja setaraf kelulusan. Bekerjalah dengan ikhlas, di luar sana ramai masih menganggur. Kepada yang bertemu jodoh awal, jagalah kerukunan rumahtangga anda, di luar sana ramai yang masih belum bertemu jodoh.

Yang ada anak anak yang comel, berilah kasih sayang dan didikan terbaik dunia dan akhirat kerana ramai yang tidak memiliki zuriat.

Yang masih punyai ibu bapa, berbaktilah sebelum mereka pergi sebab ada yang sangat merindui mereka yang telah pergi.Terima kasih.

Apa reaksi warganet

Nadia Jamaludin, Inspired. Susah nak jumpa orang yg fokus nak settle hutang, most people lebih prefer tambah hutang. Moga Allah permudahkan urusan sis untuk dapat kerja yg lebih baik, jodoh yg baik & dimudahkan segala urusan dunia akhirat. Aminnn.

Nur Afizah, Dik…bergetar hati. Bila ingatkan apa yg kita inginkan di dunia, byk benda yg kita rasa kurang dan blm miliki. Tapi kita selalu pegang pada masa dihisab nanti, org miskin akan dipanggil dahulu. Bkn yg kaya. Harta daki dunia. Moga adik sihat, murah rezeki dan dipermudahkan urusan kehidupan dunia dan akhirat.

Noor Asikin, Kagum bila baca kisah sis. Gigih kumpul aset tanpa hutang wlupun kerja tak menentu. Kalau dah selesai perkara utama spt rumah & kereta, biarpun takde kerja tak seteruk org yg hilang keja tapi hutang byk menunggu. Hutang dlm hidup bukan benda main2 sbb akak pernah dengar cerita sampai bercrai berai & menjadi separuh g1la pun ada..

Imran Suleiman, Kak… Saya bukanlah baik sangat. Tapi saya nak berkongsi. Ada satu amalan yang ustaz cakap… Insha allah hajat kita kan ditunaikan. Kerana pada waktu subuh mmg ada malaikat khas allah turunkan untuk mendoakan org yg beramal soleh pd waktu subuh tambah-tambah lagi bersedekah.

Akak amalkan sedekah subuh yaa. Rm1 pon takpa. Akak sedia satu tabung… Akak masukkan sbg sedekah. Cukup 30 hari akak bwk keluar sedekah kpd sesiapa yg memerluukan. Tiap-tiap kali selepas sedekah RM1 akak berdoa hajat yang akak nak. Insha allah akan dimakbulkan hajat akak. Sebab ada malaikat subuh yang akan aminkan hajat akak.

Johan Ahmad, Kak, klu kau masuk swasta as pekerja full time dulu dari dok berharap one day gomen amek ko sbg permanent staff lagi bagus hidup ko skang. Ni satu pengajaran kt anak2 muda, toksah dok jadi contractor lama2 walaupun dlm gomen. Akak ni dia boleh menyimpan sbb hidup dia simple. Career dia statik dan tidak try utk improve.

Ni bukan role model yg elok utk mengajar anak bangsa. Bab menyimpan tu mmg bagus. Yg tu aku setuju.anak melayu kita ramai yg statik disebabkan pemikiran mcmni. Bersyukur tanpa usaha lebih.

Syakriah Ishak, Jauh di sudut hati, saya sgt bersimpati terhadap Dahlia yg lalui pelbagai cabaran utk peroleh kerjaya. Apaatah lg jodoh belum ditemui lg. Pd satu sisi yg lain , saya bangga akan tindakan saudari dlm menempuh kehidupan. Saya doakan Dahlia beroleh kerjaya yg menjamin hari2 tua serta jodoh yg baik dgn segera.

Suriati, Tahniah confessor… meskipun awak belum bertemu jodoh dan kerja lagi…awak dikurniakan Allah kemampuan dan daya fikir yg sgt luar biasa…yakinlah, bahagia akan menjelma buat awak suatu hari nanti… kebaikan awak, kasih syg awak dan penulisan awak yg sgt menginspirasikan kami… percayalah, doa2 kami sentiasa mengiringi awak….aamiinnn

Sumber: Dahlia (Bukan nama sebenar) via IIUMC/edisimedia