5thn suami xnk bg nfkah batin sbb asyik melangan pelacuur. Aku ttp usaha g0da tp tak bjaya

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin IIUM Confession atas keizinan untuk menyiarkan kisah saya. Nama ku J, Seorang surirumah. Suatu ketika dahulu aku adalah seorang pensyarah di salah sebuah Universiti Swasta, Namun ku korbankan kerjaya demi memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak dan rumahtangga.

Perkahwinan ku telah berusia 17 tahun dikurniakan 3 cahayamata 15, 13 dan 10.

Suamiku seorang yang baik, bertanggungjawab terhadap keluarga, anak-anak dan kedua ibubapa nya dan juga ibubapaku. Seorang yang ringan tulang membantu kerja-kerja dirumah.

Justeru sesiapa sahaja yang mengenaliku merasakan aku adalah wanita terbahagia.

Namun tiada siapa yang mengetahui. Suamiku mempunyai sisi gelap di dalam rumahtangga kami.

Aku mula mengetahui perbuatan suamiku setelah setahun mendirikan rumahtangga. Suamiku gemar melanggan wanita diluar.

Di awal perkahwinan suamiku tertangkap olehku membawa wanita balik ke rumahku.

Allah Maha Pengasih..

Tergerak hatiku untuk pulang kerumah dek kerana tertinggal bag kerja ku ketika itu.

Hairan melihat kereta suamiku di garaj rumah lantas ku segera ke bilik kami. Suami ku bersama seorang wanita warga asing di atas katil kami.

Long story short,

Selama 17 tahun perkahwinan Aku terus menyimpan dan memendam rasa demi menjaga aib suami. Sama sekali aku tidak pernah bercerita kepada sesiapa pon perihal sisi gelap suamiku.

Suami tidak pernah serik sering bertukar-tukar pasangan. Pernah ku beri kata dua kepadanya namun dalam diam dia masih lagi dengan kegiatan sisi gelapnya.

Berkali-kali ku beri peluang kepadanya

Ku mohon dia bertaubat. Namun semuanya sia-sia.

Seringkali ku terjumpa bukti-bukti kegiatan nya (kadang-kadang terjumpa k0ndom, resit hotel dan pernah terjumpa coli di dalam bag kerjanya)

Aku tak cerdik? Biarkan diriku diperlakukan sedemikian?

Ya aku tak cerdik. ketak cerdikan aku adalah demi pengorbanan ku untuk orang lain. Untuk anak-anakku yang sememangnya amat rapat dengan suamiku. Berkorban untuk kedua ibubapanya.

Ibubapa agak uzur dan pasti dah dapat menerima jika mengetahui sisi gelap anaknya.

Tiada siapa mengetahui masalah rumahtangga kami. Siapa sahaja yang mengenali kami pasti merasakan kami adalah pasangan yang bahagia.

Suami ku tetap ‘portray’ kan dirinya seorang yang baik. Dan layananku terhadap suami masih sama. Makan, minum nya tetap kujaga walaupon hatiku amat h4ncur.

Kini genap 5 tahun suamiku tidak menyentuh dan menunaikan nafkah batin kepada ku.

Pelbagai usaha ku lakukan untuk menarik ‘minat’ nya terhadap ku. Ku berhias, membeli ling3rie yang hot dan sexy namun suamiku langsung tidak mempedulikan ku.

Walaupon kadang-kadang aku berasa jijik ingin bersamanya dek kerana suami masih melanggan wanita diluar.

Ya katalah aku tak cerdik. Aku terima…

Cuma satu aku minta Doakan aku terus kuat untuk hadap semua ni. Kuat demi anak-anak dan kedua ibubapanya.

Haniza. Cikgu saya pernah kata… Jangan tunjuk bodoh depan orang ramai.. ni salah 1 la ni… Da tau x cerdik.. konon mithali sangat.. nak jaga ati orang2 lain.. tapi beriya tulis confession kat sini.. apa tujuan.. nak tunjuk kata baik ka.. ka nak habaq kata laki hang jahat hang baik… Iskkkk.. x leh la aku..menyesai pulak aku baca..

Azia.Rasa kesian, tapi benda tetap silap atas pilihan sendiri ..tapi yalah…bukan mudah, demi anak anak kan..tapi bagi saya, sbb sis masih terus memaafkan perangai suami tak berubah..moga saja ada jalan lebih baik utk sis dan anak anak sis…

Sementara hati masih berbelah bagi, simpan segala bukti perbuatan suami ya sis…orang yang pandai berpura pura, risau sis yang disalahkan orang sekeliling satu masa nanti bila segalanya perlu diceritakan….

Semoga kuat dan Allah beri jalan terbaik…aamiin

Norlaila. Kita hidup kerana Allah.Jelas suami tu sedang berm4ksiat kenapa nak bertahan? Takut anak hilaang bapa,IBU bapa sedih keburukan suami tersingkap?

Silap ni,kita patut lebih takut murka Allah,lebih takut anak anak berbapakan si pendosa besar,lebih takut ibubapa tu meraung diakhirat bila tahu kebejatan sianak dan lebih takut apabila diamnya isteri sebenarnya dijadikan salah satu saham penyumbang berlua luasanya dosa sisuami.

jgn takut berpisah,bersangka baik dgn Allah,Allah itu Maha Baik,tidak akan disia siakan usaha u utk tidak sekongkol dgn m4ksiat sang suami,InsyaAllah Allah akan pelihara u,anak anak u dan parent tu…..percayalah

Ann. Puan bukan isteri yg baik.. Puan menzalimi diri sendiri demi kehidupan dunia yg sementara ini.. Puan membiarkan dan menyokong m4ksiat depan mata demi tdk mahu bergelar janda…

Puan meletakkan maruah diri sangat rendah disisi Tuhan dan merisikokan kesihatan puan demi cintakan suami.. Puan membiarkan kehidupan anak2 puan hilaang keberkatan dengan bersekongkol m4ksiat bersama suami atas alasan tdk mahu anak kehilaangan ayah…

Puan adalah contoh wanita yg memilih dunia berbanding akhirat… Ketaatan puan kini memakan diri.. Amar makruf nahi munkar..

tapi sayangnya confession puan masih memikirkan ttg nafkah batin dari suami yg zalim itu???.

Saya simpati dengan puan.. Allah tdk mengubah nasib kita jika kita tdk mengubahnya sendiri…. Moga Allah bg peluang kepada puan mencari jalan Allah….

Nor arfa. Terpulanglah kak.. nak mcmana.. akak yg pilih jalan tu . Kalau kami dlm page ni berjemaah menasihati pun..akak dh jawab yg akak rela dikatakan bodoh…so apa nak buat. Cuma secebis nasihat.. walau sebagus dan sebaik mana pun dia layan awak.. tapi awak juga seolah olah bersubahat dengan dia dlm halal haram perbuatan kerana awak tahu dia berzina tapi awak…hmmmm….pilihlah bahagia utk diri sendiri..sb nanti maati pun seorg diri..jgn lak nanti sbkan suami yg suka langgan perempuan/tukar pasangan..alih alih awak yg kena tempias…masa tu xleh nak ckp apa