Lps crai isteri cuurang, aku bernikah dgn janda. Aku slh pilih, rasa menyesal sgt

Foto sekadar hiasan. Assalam semua. Aku ada beberapa masalah yang ingin ditanya. Aku tidak pandai nak menulis. Harap korang faham apa yang aku ceritakan dan minta pandangan semua. Aku adalah seorang suami dan bapa kepada anak anak aku. 3 tahun yang lepas aku telah menjatuhkan talak kepada bekas isteri aku. 10 tahun aku hidup bersama bekas isteriku.

Tapi apakan daya jodoh kami setakat itu sahaja. Sejujurnya aku sangat gembira ketika itu susah dan senang bersama. Kami dikurniakan 2 anak perempuan yang sekarang berumur 6 tahun dan 8 tahun.

Aku melafazkan talak kepada ex aku kerana dia ada skandal di tempat kerja. Ini bukan satu fitnah sebelum aku melepaskan dia tanpa aku redha akan pencerraian ini. Aku selidik sedalam dalamnya.

Aku memikirkan anak aku yang masih memerlukn belaian seorang ibu. Aku masih mempertahankan rumahtanggaku.

Tetapi setelah satu per satu Allah tunjukkan, aku tak boleh terima dan bersabar lagi apa yang dia buat di belakangku. Untuk makluman semua, semua manusia tidaklah sempurna.

Aku cuba untuk menjadi suami terbaik dan soleh. Aku bekerja normal dan EX aku bekerja kilang dan aku lah yang buat kerja rumah dengan membantu EX memasak untuk anak anak, membasuh baju, kemas rumah, mengasuh anak dan banyak lagi yang tak perlukn aku perincikan.

Nafkah rumah, bil, anak, dan makanan semua aku tak pernah abaikan. Aku makan nasi lemak pun aku tak kisah. Kadang kadang diri aku pun tidak cukup yang penting aku tunaikan nafkah yang Allah amanahkan.

Cuma kekhilafan diriku aku tak dapat memberi nafkah tunai kepada isteriku dan tak dapat memberi barang barang kemas kepada isteriku sebab untuk diriku pun kadang kadang tak cukup.

Ceritanya bermula begini, aku dah Nampak perubahan EX ku 6 bulan sebelum pencerraian. Aku masih fikir positif.

Satu hari, aku masih ingat lagi hari Jumaat, lepas selesai solat Jumaat aku balik rumah dan aku lihat EX aku dalam kesedihan. Aku tanya dia masalahnya dan jawapan aku dapat amatlah sedih bagiku.

DIA RINDUKAN SEORANG LELAKI LAIN BUKAN DIRIKU. Aku namakan LELAKI itu T. Punah harapan aku yang aku bina selama ini. Terbayang wajah anak tanpa belaian seorang ibu.

Selepas itu satu per satu Allah tunjuk aku selongkar beg tangannya aku jumpa resit resito yang T belikan barang barang untuknya.

T membeli peralatan rumah menggunakan kredit kadnya. Rupanya dia telah menyewa kondo mewah yang semua ditanggung oleh T.

Aku mengadu nasibku kepada mak dan abangnya. Mereka seperti beranggapan dah memang tiada jodoh. Mereka seperti meredhai kecuurangan yang berlaku.

Akhirnya aku lafazkan talak kepada EX ku. 3 bulan aku d3press, berat badanku turun mendadak. Siapa kata lelaki kuat. Hahaha.. Aku mengambil tanggungjawab menjaga anak anak ku.

Sebabnya aku tahu semua aset yang dimiliki oleh EX aku sekarang semuanya ditanggung oleh T. Selepas bercerrai terus EX aku tukar kereta mewah RM1XXk lebih sedangkan dia operator kilang jer.

Kalau aku lepaskan tanggungjawab anak anakku dah semestinya anak anakku akan ditanggung oleh T sedangkan mereka masih mempunyai ayah.

Aku faham kalau diikut kan anak anak perluukan kasih sayang ibu lebih dari seorang bapa. Tetapi aku perlu mendidik anak anak supaya mereka menjadi anak anak solehah.

Aku tak rasa diriku sempurna tetapi aku cuba yang terbaik untuk anak anak ku. Aku kesian dengan anak anak aku mereka tak rasa belaian seorang ibu.

Aku terpaksa belajar untuk pakaikan tudung ketika mereka hendak ke sekolah. Bila ke sekolah aku lihat pelajar perempuan bertudung cantik terletak sedangkan anak aku sebaliknya. Maklumlah lelaki yang siapkan.

Aku pendekkan cerita, selepas beberapa bulan aku mula kenal dengan isteriku sekarang. Aku selidik dia adakah dia boleh menerima anakku dan bagi aku bila kita dah pernah berumahtangga malas untuk bercinta kembali, lagipun boleh menyebabkan kemaksiiatan berlaku.

Aku ambil keputusan terus berkahwin dan bercinta selepas kahwin. Dia seorang janda yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 14 tahun. Anaknya dia, dijaga oleh ayahnya.

Sebelum menikahinya aku dah maklumkan kepadanya bahawa anak dia tak boleh tinggal bersama kita sebab anak aku perempuan.

Aku bukan ada rumah besar dan anak anak ku terbatas auratnya dengan anak tiriku. Setakat nak datang cuti sekolah aku tak halang.

Dia setuju dengan cadangan itu. Lagipun aku pilihnya sebab aku tahu dia pernah melalui fasa menjaga anak kecil dan senang untuk bonding bersama anak anak ku nanti.

Bab duit Isteriku tidak berkira dengan anak anakku tetapi bab kerja rumah. Akulah yang akan membasuh baju anak anakku, iron baju sekolah anak anakku.

Aku tak mengungkit tapi aku pun manusia biasa. Aku berkerja manakala isteriku surirumah. Kerja kerja rumah aku terpaksa mengadap. Aku lah yang kemas rumah, sapu sampah, basuh baju, jemur baju dan lipat baju semua aku yang lakukan. Dia hanya memasak sahaja.

Bab menegur anakku. Aku memberi kebenaran untuk dia menegur anak anakku jika mereka melakukan kesalahan.

Tetapi setiap perkara anakku lakukan salah dimatanya. Sampai mak aku pun menegurku isteri terlalu garang dengan anak anakku tetapi tidaklah sampai memukul. Sampai aku pun str3ss.

Aku tak backup anak anak ku. Tetapi bila semua apa mereka lakukan tak kena, susah juga. Anak anak ku macam dah berjauhan dengannya. Masa mula kahwin anak anakku rapat dengannya.

Kadang kadang aku berfikir betul ker aku pilih jalan ni. Aku rasa menyesal. Anak anak ku jadi mngsa keadaan. Aku dan isteriku sering bergaduh sebab anak anak.

Kalau bukan aku yang ambil berat tentang anakku siapa lagi. Aku dah cakap dengan isteri, aku tak akan buang anak. Mereka masih perluukan perhatian ibu bapa.

Maaflah kalau korang kurang faham dengan penulisan aku. Aku harap korang boleh mendoakan aku supaya aku kuat dan boleh melalui ujian ujian hidup ini…

Apa reaksi warganet

Mazalinda Madis – Ayah pun silap. Nak cari ibu untuk anak tapi taknak kenalkan dulu terus kawin je mana nak mesra. Pastu anak isteri takleh dok sama. Str3ss isteri tu sebab kene jaga anak orang.

Betul masalah aurat tapi kalau didikan betul diajar batas mungkin mereka paham. Walaupun anak tiri bebas jumpa ibunya time cuti sekolah tapi naluri ibu tu terganggu jugak..

TT urus semua hal anak. TT seperti tak percaya yang isteri boleh lakukan dan didik anak untuk lakukan tugas tu. Jadi isteri tu pun tak tahu nak buat dann didik anak macam mane. Sebab tu semua yang anak buat akan membuat matanya gatal je..

TT kene bagi kepercayaan pada isteri untuk urus anak bagi peluang isteri didik anak siapkan baju sekolah sendiri dll…

Norhayati Mansor – Pada aku laaa kan bini dia tu yang mengada ngada sebelum kawin semua bole dia yang trime semua syarat laki tu. Tapi dah kawin tunjuk pulak taring. Kawin pasal nak ade orang tanggung ke??

Udah ler suri rumah tapi tak bole buat kerje lain selain masak. Semua hal berkaitan anak laki dia, laki dia pulak yang uruskan. Kalo aku laaa laki, aku cerrai je. Anak aku lagi penting dari bini. Bini mana mana pun bole ganti. Tapi anak tiade galang gnti.

Dia dah bagi syarat tak nak anak lelaki bini dia sebelum kawin lagi dan dah bagi reason yang munasabah. Bende bende yang melibatkan aurat dan mahram kene jage dari awal bukan main samberono…

Lebih baik cegah dari mngubati. Anak anak sekarang ni lagi pandai dari mak bapak. So kalo bole elak, baik elak. Kenaper nak amik risiko. Lagipun dah setuju dari awal kan.

So Le Ha – Bermula dengan niat encik yang utama. Niat encik berkahwin lagi. Betul kah kerana anak anak perluukan belaian ibu atau encik perlu kan teman sebantal. Tanya ini pada diri sendiri.

Saya yakin anak anak encik yang berumur 6 dan 8 tahun lebih prefer tinggal dengan encik sahaja as single parent. Anak anak dari broken family lebih memahami perasaan itu.

Orang asing yang masok dalam fmly as ‘tiri’ banyak unbenefit nya. Kita tak tahu dari segi percakapan dan body language juga bole menjadi penderaan em0si kepada anak anak tu. Tidak semesti nya pkul direct to fizikal.

Encik tolong jangan jadi kan perkahwinan sebagai jalan keluar dari masalah encik kerana itu akan menyulit kan lagi situasi encik. Anak anak yang sedang membesar, isteri baru dan anak nya.

Niat encik betul mahu mencegah perkara yang tak elok terjadi. Tapi cara encik agak taknkena. Jika encik tidak mmpu menyediakan ruang untuk isteri baru dan ank remaja nya tinggal dengan encik kenapa encik memilih berkahwin dengan nya in the first place.

Encik hanya akan menyakiti banyak pihak. Cuba encik list kan pro and con nya dan nilai lah mana yang lbih baik. Saya hanya berbicara dari hati seorang anak yang pernah melalui saat saat yang sedang dan bakal di lalui oleh anak anak encik.

Puteri Pelangi – Pasang cctv, mudah. Boleh tau, sikap isteri atau anak sendiri yang sukar dibentuk. Ada je budak budak yang pandai berlakon. Depan ibubapa sendiri rajin , sekali suruh jer. Tapi bila belakang…..faham2 sudah…(ni bukan k3s anak tiri tapi berkaitan hal budak2)…

Lepas dah ada bukti, boleh slow talk. Pandangan ke2, ibu tersebut mungkin ada rasa bersalah kepada anak beliau. Seakan dia memilih anak tiri, anak dia sendiri dinafikan hak.

Harap tuan pun kene faham perasaan isteri, sebab dia terpaksa memilih. Tuan sendiri pilih anak tuan. Ofkos dia pun nak pilih anak dia.

So dia mungkin terjerat dengan keputusan dia sebelum ni. Baik tuan dan isteri review semula persetujuan sebelum ni. Moga dipermudahkan urusan.. Aamiin…

Lyana Aziz – Priority anak. Kalau semua apa anak buat salah, tak sudi basuh baju iron baju anak, garang melampau, sebenarnya itu tanda tanda isteri baru tak suka pada anak anak tu.

Walau belum bersentuh fizikal, tapi penderaan em0si tu boleh terjadi dan effectnya lebih teruk. You know what to do.

Sumber – Haikal (Bukan nama sebenar) via IIUMC/edisimaya