Dua bln nikah, tgl dgn ibu mertua. Dia mer0yan tak blh terima anknya dh kawen

Foto sekadar hiasan. Aku adalah Cik Puan Bunga (CPB), baru 2 bulan melayari alam rumah tangga. Aku memilih dia (suami) sebab dia memenuhi ciri lelaki idaman yang aku nak. Dia sangat baik, dan tahap sabar dia aku kalah, terlalu bersabar orangnya. Bulan pertama perkahwinan, aku menangis, jiwa aku terganggu sebab aku tak pernah laluinya. Menangis disebabkan oleh seorang mertua. Ok aku ringkaskan kat sini MIL (mother in-law) single dah 29 tahun, suaminya dah lama mngal dunia.

MIL mempunyai 7 orang anak. Keenam anaknya yang lain semua dah berkeluarga dan tinggal jauh di merata negeri. Aku berkahwin dengan si bongsu. Tunggal bertemu bongsu (aku anak tunggal). Jadinya anaknya si bongsu tu yang tinggal bersama MIL aku.

Apa yang aku nak ceritakan ni, bukan aku nak buka aib ke apa. Aku cuma perluukan kata kata semangat dan doa dari kalian agar aku kuat, dan lebih bersabar serta ikhlas terhadap apa yang aku lakukan.

Aku nak emosi aku dalam keadaan yang stabil, aku akan menempuhi final year dalam pengajian aku.

MIL aku ni ada masalah kesihatan drah tinggi dan kncing manis. Selain itu, aku syak dia ada masalah d3pression macam tu lah. Atau bahasa yang mudah faham dia ada peny4kit mer0yan yang lepas bersalin tu.

Benda lama tak dirwat, melarat sehingga sekarang usianya cecah 72 tahun. Ada masanya dia akan bercakap sorang sorang, cakap benda merapu. Ada anginnya kadang kita buat apa semua tak kena.

Kita dah cakap benda tu banyak kali, dia akan bertanya lagi. Jadi perlu berulang ulang kalinya. Perkara ni, anak bongsunya (suami aku) pernah ceritakan sebelum berkahwin.

Dia mengharapkan aku boleh terima maknya. Aku jawab In Shaa Allah. Aku tinggal di rumah MIL. Berulang alik balik rumah mak abah aku sendiri. Adakalanya, aku dan suami berada dalam bilik, kami tutup pintu.

Dia datang buka pintu, dia nak memastikan anaknya ada. Kejap kejap dia akan datang tanya anaknya. Aku sabar je melayan. Aku sedih kadang tiada privasi antara kami.

Walau pintu sudah berkunci, MIL boleh menolaknya. Kadang macam dia tak boleh terima kenyataan yang anak bongsunya tu dah berkahwin. Dia cemburu dengan aku pun ada.

Boleh dikatakan tugas aku sebagai seorang isteri dia take over, semua dia nak buat. Bagi makan dan minum dan segalanyalah.

Kadang aku rasa hilang function aku sebagai seorang isteri. Sedih aku pendam. Aku dah lah seorang student, sibuk dengan kelas online dan sebagainya.

Aku terpaksa berkorban masa tidur aku. Aku akan pastikan MIL dah tidur malam, aku akan siapkan proses segala bahan untuk memasak lauk dari malam. Kalau tidak semua dia nak buat.

Kalau bangun pagi tu, aku kena bangun awal lagi dari MIL bangun. 4:30 pagi macam tu, aku bangun prepare masak semua tu breakfast dan lunch.

Tu belum aku tengah kelas online lagi, dia kalut nak masak. Nak lunch pkul 3:40 petang macam tu, pkul 8 pagi dah nak mula masak, aku menangis aku dengan kelas lagi.

Dah terang tak pahamnya lagi. Sebab apa aku kalut nak masak jugak. Pernah sekali kakak (anak MIL) dia call ke maknya, dan aku dengar kakak tanya dekat mak, “CPB dok buat apa tu?”, mak boleh jawab ada dok dalam bilik tidur, bangun, mandi, makan.

Berjurai laju air mata aku. Sedangkan aku berhempas pulas di dapur, tu pun aku lari kejap masak kejap jenguk dalam bilik sebab ada laptop yang tengah on (kelas melalui google meet).

MIL aku ni bukan kategori nyanyok. Kadang nampak macam saja nak buat begitu pun ada, ntahlah sukar nak explain. Dia tahu je hari, kira duit, ingat je nama semua orang. Tapi dia suka cakap benda yang lepas lepas seperti cerita 5 tahun lepas gitulah.

Lagi aku tiada masa berdua dengan suami aku, walau ke tempat dekat sekalipun dia nak ikut. Aku dan suami nk balik rumah mak abah aku sendiri pun dia nak ikut bermalam.

Aku tiap tiap minggu balik. Ni 2 bulan berturut dah dia ikut kami balik ke rumah mak abah aku. Tak pernah tak ikut lagi. Dia boleh ugut suami aku, gini ayatnya,

“Tinggallah mak sorang sorang, biar mak mti sini”. Aku terkelu tak boleh nak cakap apa dah.

Aku teringin sangat nak keluar lepak berdua dengan suami aku. Tapi aku tau, aku tak kan dapat macam tu.

Kami belum pergi honeymoon. Aku tak fikir lagi bab tu, sama ada MIL aku nak ikut ke tak yang tu. Tapi sure aku rasa MIL aku akan ikut. Jadinya aku malas lagi nak fikirkan yang tu.

Tu belum masuk lagi, bab basuh kain. Aku ni mudah kecil hati juga. Aku tak boleh dengar MIL aku merungut dekat suami aku. Sabun habis, beras habis, dan pelbagai lagi, sebab aku terasa, aku ni orang baru masuk rumah mereka. Macam aku yang perabis semuanya.

Aku yang dengar ni aku cakap,“Tak apa mak, CPB akan bawa bekal sendiri semua tu dari rumah”.

Kain baju diampaian belum kering lagi, dah dikutipnya cakap dah kering. Aku terpaksa pergi sedia semula. Sedangkan dirumah mak abah aku sendiri, habis apa apa, mak aku berbisik ja. Tak cakap keluar. Tak nak kot ada tetamu atau sesiapa pun yang berada dalam rumah aku ketika itu terasa hati.

Bab memasak pula, depan depan aku komplen yang kakak A kakak B buat elok ja jadi sedap, kena aku buat tak jadi lah.

Nasi mentah pun salahkan aku. Sedangkan rice cooker tu yang ada problem tak dapat nak berfungsi dengan baik. Kadang masak ok, kadang tak ok. Aku bersabar semuanya.

Aku ditemani dengan air mata. Aku masuk dapur, dia masuk dapur. Aku masuk bilik, dia masuk bilik. Aku tak buat apa, MIL pun takkan buat apa.

Aku ni masalah bertambah, mak dan abah ak tak selesa pula besan mereka kerap ikut kami. Ntahlah serba tak kena. Dicampur dengan mak aku membebel ke aku itu ini tak selesa. Orang tua lain tak asyik ikut, ni ikut.. Aku menangis.

Patut lah abang abang suami aku, kakak kakak ipar aku titip pesan pada aku, “adik banyak bersabar tau” sekarang baru aku faham.

Patutlah mereka jarang sekali balik rumah MIL, satunya mereka memang tak ngam dengan MIL. Maknanya disini, anak anak MIL aku, dan menantu menantunya sangat memahami dah sikap dan perangai MIL aku ni.

Banyak lagi yang aku nak kongsikan, tapi tak apa lah biarlah yang pahit tu aku telannya. Cukuplah sekadar base sahaja akau kongsikan. Kalau hingga ke dasar aku kongsikan mengucap panjang kalian semua.

Hubungan aku dengan MIL berada pada tahap yang biasa. Aku tak sampai lagi tahap aku boleh baring atas tiba, bergurau senda seperti mana yang aku buat dekat mak aku sendiri.

Semua tugas aku buat. Aku jaga makan pakai minumnya, lipat kainnya. Semua aku buatkan. Tapi masih biasa lagi.

Aku hampir nak ke str3ss. Tapi aku amik jalan, aku mengadu pada suami akan semuanya. Dia sedih dengan aku. Dia tak nak aku str3ss, dia berjanji dengan aku dia akan cuba cakap dengan maknya.

Dia cakap, yang dia perasan aku kurang selera makan Nampak raut wajah aku sedih ja. Tapi dia bagi ruang kat aku, dia tak bertanya selagi aku tak bersuara.

Yaa, aku tau, aku perlu bersabar. Tua kita nanti kita tak tau nasib kita macam mana. Yang pastinya semua akan merasai tua tu. Aku berdoa ja, moga aku dan seluruh ahli keluarga menghadapi masa tua dengan baik, tak nyanyok, kuat kudrat.

Aku juga berdoa moga mak dan abah aku sendiri redha dan ikhlas akan semua ni. Mereka juga kena belajar untuk terima semua ni buat selama mana aku hidup.

Aku dah berjanji dengan diri aku dan suami aku, untuk bagi aku rasa tenang. Aku tak akan ambil hati dengan MIL. Sebab aku sejenis apa yang terjadi, aku pendam dan simpan hari ke hari.

Aku s4kit macam tu. Aku perlu buang semua tu. Aku perlu kuat dan punya hati yang kering. Ni semua untuk nak bagi aku tenang dan tak serabut. Aku cuba untuk ikhlas dan berkorban semua ni.

Yaa, selagi hayat aku ada, aku akan laluinya begini selamanya. Yaa selamanya.

Bila aku dah berkahwin dengannya, aku juga perlu berkahwin sekali dengan keluarganya. Buruk baik aku kena terima. Yaaa, aku boleh, aku mampu, aku sedang berusaha.

Begitu juga dia, buruk baik keluarga aku, suami aku terimanya. Dia selalu cakap ini dari sebelum berkahwin lagi.

Doakan aku ikhlas dalam setiap perbuatan yang aku lakukan ni. Aku sayang rumah tangga yang baru aku bina ni. Aku tiada masalah dengan suami aku. Aku sangat takut dengan kehadiran ‘orang ketiga’ atau sesiapa sahaja termasuk MIL aku. Sekian, Menantu yang baik…

Apa reaksi warganet

Akmar kamal, Kalau saya jadi tt saya akan balik rumah family saya sorang…jadi tak ada isu mil tu akan ikut balik sekali…diri sendiri pun dapat me time bila balik rumah family sendiri dan tenangkan fikiran…family sendiri pun akan rasa selesa bila besan tak ikut…suami pulak biarlah die me time dengan mak dia tu…tu lebih baik….bincang dengan suami, kalau die faham, dia akan izinkan…

Intan Solehah, Fikir positif. Ini peluang rebut pahala. Mmg nampak mcm stress. Cuba banyakkan sembang dengan mil. Mungkin dia sunyi. Stop kejap fikir xde privasi semua tu. Kena terima hakikat itu yang terpaksa tt hadap selama di rumah mil.

Mil tu baik sebenarnya. Semoga Allah beri ganjaran buat tt yang sedang berusaha menjadi menantu yang baik. Moga Allah permudahkan urusan tt. Hati manusia ni Allah yang pegang. Doa banyak2. Mil mungkin belum ada rasa percaya pada menantu sbb baru sgt lagi. InsyaAllah sikit masa lagi dia akan ok.

Sarimah Ghafar, MIL sis ni ada tanda2 kpd dementia/alzheimer, perkara lama2 mmg mrk sgt ingat, perkara baru 2-3 minit berlaku akan lupa. Sabarla sis sy rasa MIL sis ni dlm keadaan sukar skrg krn masalah ini.

Tujuh org adik beradik, sumbang knlah Rm150.00 sebulan, dan ambikla pembantu yg keutamaanya menjaga org tua..sekurangnya dia menolong kerja rmh, menjaga MIL ada peneman berbual bila kamu berdua tak ada. Setiap hujung minggu, buat giliran adik beradik bermlm di rmh mertua.

Jadi Sis berdua dpt weekend break. Itula yg kami buat dlm bbbrp tahun terakhir ayahanda kami. Mmg sunyi kehidupan seorang tua yg ank2 tiada dpn mata..sampai masa kita pun akn merasa.

Lyn Zul, Allah sedang uji.Umur 72 tahun. Suami dh bg tau dia ada ibu y dah tua. . Jg org tua tanggung jawab. Bila tiba masa manusia pasti akan pergi. Kunci dia sabar. Ssbar.. sabar.. sabar. Allah bg senang akhirnya. Jg org tua tanggung jawab.

Perangai dia mmg mcm to. Dlm alquran ada tulis jgn derhaka.balasan dia dunia. Ank lelaki milik ibu dia. Takut klu dia dah x ada tempias dia rumah tangga kita,ank2 kita nti. Sabar selagi mampu. Luah dekat suami.

Aqilah Hamzah, Alhamdulillah dpt ipar duai yg faham.. kalau dpt yg suka menambah cerita lagi, atau yang jenis percaya je apa si ibu kata.. lagi makan hati.. ibu pun manusia yg xmaksum, ada kesalahan dan kelemahannya kan.. Moga sis dikurniakan ketabahan.

Tips dari saya, tiap kali lepas solat, sedekahkan alfatihah 7x utk mil dan suami, minta Allah lembutkan hati mil setuju dgn lapang dada duduk rumah asing..suami pun redha dan lapang dada ibunya dah x duduk dgn korang. mcmne ia terjadi, Allah punya kerja. Moga dilapangkan fikiran dan hati sis.

Aisyah Nur, Awak menantu dan anak yang baik. InsyaAllah, teruslah bertahan. Carilah doa2 yang bole diamalkan untuk bantu awak sentiasa kuat dan sabar. Mil dah 72, ada peny4kit. Lama mana sangat nak hadap peel mil tu.

Keluar dari rumah dan tinggalkan mil hidup sorang2 pun rasanya tak sesuai memandangkan keadaan kesihatan dia macam tu + adik beradik lain tinggal jauh. Pilihan yang ada cuma berkorban seketika dan moga Allah terus kuatkan awak suami isteri untuk terus bersabar.

Hazeiza Firza, Adik confessor,
Yaa, sabar itu mudah diungkap tp ssh utk dilaksanakan. Mcm mana sekali pun awak harus bersabar. Sbb mil awk pn dh berusia. Time awk ade kelas cuba awk cari tmpt lain yg boleh awk bljr dgn tenang.

Cth, library. Awk ckp smua ank menantu mil awk mtk awk bersabar hadapi kerenah mil awk. Jd bila dorg call tnya keberadaan awk.awk tk pyh risau atay amik ati pn bila mil awk ckp yg awk just tido,mkn,mandi sbb dorg dh faham mak dorg pn, yg pntg awk bt keja umah yg mna awk boleh.

Semua benda boleh bwk berbincang, jgn bebankn kpla awk dgn pkra mcmni dik. Anggap je ianya satu pelajaran dlm kehidupan, jauh lg perjalanan rumah tangga awk. Tmbhn pula mil awk dh berumur 72thn “berbaktilah selagi ada”. Esok bila dia dh tkde, masa awk bersama suami sgt byk. InsyaAllah..salam maal hijrah.

Sumber : Cik Puan Bunga (CPB) (Bukan nama sebenar) via IIUMC