Gambar sekadar hiasan. Baca perlahan – lahan, semoga mendapat ikhtibar. Seorang lelaki kongsikan kejadian yang sewaktu dia ke klinik menemani isteri. Diperhatikan dia seorang lelaki tua di sebelahnya kerusi kosong sedang tekun membaca surat khabar. Dalam hati, mungkin pakcik ini juga ingin dapatkan raw4tan. Jadi dia ambil keputusan, untuk duduk di sebelah pakcik tersebut.
Dari situ, bermulalah perbualan antara mereka berdua. Berikut merupakan catatan yang dikongsikan lelaki ini di laman facebook miliknya yang buatkan ramai tersentuh.
Semasa temankan isteri di klinik, saya tengok ada seorang pakcik sedang ralit membaca surat khabar.
Lagi satu, di sebelah dialah yang ada kerusi kosong dan jauh sikit dari bilik-bilik pemeriksaan dan bilik doktor. Saya pun berjalanlah perlahan ke kerusi sebelah pakcik.
Setelah saya duduk, pakcik memandang muka saya, bagi ucapan salam dan berjabat tangan dengan saya.
Saya pun keluarkanlah telefon. Nak buka Facebook, Instagram semua tu lah. Baru nak buka, pakcik tanya “Nak jumpa doktor ke?”
Saya jawab “Tak, pakcik. Teman isteri buat pemeriks4an kat klinik ibu tu”. Pakcik berkata lagi “Oh, isteri meng4ndung ke? Tahniah tahniah”.
Saya ucapkan terima kasih kepadanya. Saya kemudian bertanya pula kepada pakcik “Pakcik ni nak jumpa doktor ke?”.
Pakcik menggelengkan kepalanya “Tak. Isteri saya tu kena jumpa doktor. Sebulan sekali begitulah. Anak-anak banyak duduk jauh. Kebetulan saya ni kira gag4h lagilah pandu kereta, bolehlah bawa isteri tu ke sana sini. Ikutkan umur dekat 80 tahun ni, anak-anak tak bagi dah hehe”.
“Umur dekat 80? Nampak macam umur 50 lebih je hehe”. Pakcik senyum. Tiba-tiba datang seorang lelaki muda, bercakap dengan seorang lagi pakcik berhampiran saya, tua juga.
“Ya Allah, abah kat sini ke? Berapa kali dah misi tu panggil nama abah. Sebab tu kalau tak dengar, duduk depan sana. Duduk dekat dengan bilik doktor tu. Ini duduk jauh menyusahkan orang”.
Suara dia taklah ku4t. Tapi boleh didengari kami. Bangunlah pakcik tu perlahan-lahan. Jalan pun terketar-ketar. Anak dia dah jalan laju ke depan. Agakan saya, umur pakcik tu dah lebih 80 tahun.
Pakcik sebelah saya menggeleng-gelengkan kepalanya. Seraya berkata,“Inilah b4la yang kita sedang hadapi. Bal4 yang diberi tontonan percuma dari Allah. Anak cakap kasar dengan orang tua. Benda begini dah biasa. Selalu sangat kita tengok. Kita pula tengok sahaja tanpa menegur orang tu”.
Pakcik menyambung “Berapa ramai mak dan ayah yang ber4ni tegurr anak-anak dia yang dah besar ni? Berapa ramai boleh bagitahu saja, suruh cakap baik-baik dengan orang tua. Suruh anak-anak cakap baik dengan mereka.
Saya pernah tegurr seorang perempuan yang berlaku kas4r kepada mak dia. Bila saya tegurr, dia tinggalkan mak dia. Kasihan mak dia.
Dah lama sikit, adalah dalam 5 minit, dia datang semula ambil mak dia. Muka masih masam.
Saya pun ada sejarah fasal ni. Pernah dulu ada yang cakap kasar dengan saya dan isteri, mak dia orang tu. Mula-mula saya pun biarkan. Yaa lah, masing-masing dah besar panjang. Patut boleh fikirlah dengan baik. Bukan bodoh belaka.
Lama-lama benda tu jadi macam biasa. Boleh kata semua anak cakap k4sar dengan saya dengan maknya. Taklah selalu. Tetapi biasa berlaku.
Kita ni dah tua, simpan sahajalah dalam hati. Duduk rumah berbincang berdua sahajalah. Mengadu ke isteri, isteri mengadu ke saya hehe. Habis begitu.
Masing-masing terasa hati. Tapi tak luah kepada anak-anak.
Sampailah satu hari, yang nombor dua marah ke maknya fasal lauk dah siap masak, periuk nasi terlupa petik suis. Anak-anak balik belaka hari tu, kami buat makan-makan.
Masa tu pakcik okey lagi. Tapi bila yang lain mula menyampuk, siap perli-perli ke maknya, gurau-gurau guna ayat yang tak sepatutnya, pakcik teruslah tegur. Baru dia orang tahu”.
Saya pandang pakcik. Muka pakcik tak ada senyum. Nampak geram. Saya bertanya “Pakcik cakap apa?”
Pakcik “Hehe. Pakcik cakap, awak semua pergi balik sekarang. Pergi balik ke rumah kau orang semua. Selepas ini tak payah balik-balik dah.
Kalau balik nak skitkan hati mak kau orang, nak rendah-rendahkan dia, tak payah bazirkan minyak kereta kau orang untuk datang ke sini. Abah dan mak lagi selesa. Cukuplah tengok gambar kau orang yang ada di dinding tu, daripada skit hati dengan apa yang kau orang dah buat.
Pakcik cakap lagi, masa kau orang kecil, duduk sekali dengan kami, mak tak pernah pun m4rah bila kau orang tanya banyak kali. Layan, jawab. Ada juga kamu terlupa nak ambil itu dan ini, mak kekal tak mar4h. Mak diamkan sahaja.
Ini fasal terlupa petik suis, bukan mainlah mar4hnya. Hal kecil. Ini anak-anak ada tengok ni, esok anak-anak buatlah macamana mak bapak kau orang buat kat aki dan wan ni. Tengok dia orang terasa ke tak.
Cakap elok-elok tak boleh ke? Mak, mari sini pakai baju. Kita pergi makan di luar. Biarkan budak-budak ni makan sesama dia orang. Abah tak boleh tengok muka awak semua.
Selama ni diam sahaja kau orang cakap kasar. Hari ni dah melampau. Mari cepat.
Isteri saya kemudian bersuara “Tak apalah bah, dia orang bukan selalu balik. Tak baik kita g4duh-g4duh depan rezeki. Kita tunggu sahajalah nasi tu masak. Kita makan sama-sama”.
Masa tu saya ger4m pula ke isteri saya. Boleh pula dia memujuk. Saya tak berhenti. Saya cakap lagi ke anak-anak.
Ha tengok. Mak awak tetap nak makan dengan awak semua. Awak semua gelak perlekehkan dia, tetap dia nak makan dengan anak-anak. Simpan sahajalah dalam hati s4kit tu, kecewa. Yang penting dapat lagi merasa makan dengan anak-anak.
Fikirlah. Semua dah besar. Ada siapa nak m4rah? Tak setuju dengan apa yang abah cakapkan ini? Kalau ada, pergi balik sekarang.
Sampai situ saya berhenti. Semua tunduk mukanya bila saya tengok. Isteri saya men4ngis dah. Cucu semua diam. Yang kecil pun boleh diam juga hehe.
Kemudian itu datanglah seorang-seorang minta maaf. Menangis dan sebak belaka.
Saya pun maafkanlah. Selesai. Lepas tu kami makan sama-sama. Yang penting, apa yang terbuku di hati, lepas dah”.Saya tanya lagi ke pakcik “Sekarang macamana?”
“Alhamdulillah. Semua okey. Tak ada dah yang cakap kasarnya. Semua cakap elok dah. Layan kami pun cukup bagus. Paling tak disangka, boleh kata tiap-tiap minggu adalah yang baliknya ke kampung. Tak sunyilah hari Sabtu dan Ahad tu. Ada sahaja periuhnya. Agaknya dia orang pakat sesama dia orang buat jadual siapa kena balik. Hehe.
*Kalau ada, janganlah cakap kas4r dengan dia orang. Dua-dua dah tua. Telinga tak berapa nak dengar, langkah tak sederas dahulu, ten4ga tak seg4gah semasa lincah, cakap tak seku4t semasa muda*
Jaga hati dan perasaan mak dan ayah. Umur-umur macam saya, tahap simpan perasaan sahajalah kalau ada anak buat yang tak betul. Nak tegur beria karang, bimbang ke anak terasa hati. Bimbang anak tak nak balik.
Kita hak tua ni, nak sangat tengok muka anak-anak depan mata. Tengok macam masa dia orang kecil-kecil dahulu, gembira, ketawa ramai-ramai, berkongsi berbagai cerita.
Anak-anak ini, syurga. Mak dan ayah tu, bukan neraka. Mereka tu kunci syurga”.Pakcik tutup bicara. Mendalam sungguh nasihatnya. Begitu perasaan mak dan ayah terhadap anak-anak apabila masing-masing sudah tua.
Kawan, Kita yang bergelar anak ini, ambillah peluang selagi ada. Jaga hati, jaga bicara. Berbakti sehabis baik. Perbaiki mana yang tersasar.
Buat yang dah tiada, teruslah kirim doa tanpa jemu. Moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi atas nikmat kurniaan-Nya.
Sumber FB WS Adli W Muhammad,
Mak dan ayah antara anugerah agung kurniaan Allah kepada kita. Tidak boleh ditukar ganti.
Bila ada masalah antara mak dan isteri mesti orang akan cakap, mak ada satu je tapi isteri boleh cari ganti jadi utamakan mak lah.
Mak beri kehidupan pada kita, tapi isteri beri kita MAKNA kehidupan..
Betul dan tepat mak ada satu, tapi tak bermakna isteri yang kita sunting dari ibu bapanya boleh diganti sesuka hati. Mak wajib kita taat tapi berd0sa kalau kita ani4ya isteri sendiri.
Isteri adalah amanah, mak pula kewajiban kita sebagai anak. Dua-dua penting dan wajib di utamakan. Orang lelaki kena bijak dan ada pendirian bila berlaku perselisihan antara mereka. Kena pandang ‘sama berat’ isu antara mak dan isteri. Jangan berat sebelah pihak.
Mas4lah rumahtangga selesai baik-baik suami isteri, jangan libatkan mak ayah, lagi tak boleh kalau adik beradik atau ipar duai campur tangan. Memang tambah keruh jadinya nanti. Sayangilah kedua-duanya.
Semoga bermanfaat. Apa pula komen anda? Berjasalah kepada orang tua selagi masih ada. Jgn lupa klik like dan sh4re serta foll0w page bagi lebih cerita menarik viral dan semasa di hujung jari anda semua.
Kredit : Mohd Fhais via bicaradaily