Isteri berpurdah, bila mrah sepak trajang sy. Xtahan perangai isteri, sy cuurang

Gambar sekadar hiasan. Salam. Harap min hidekan profile saya. Saya seorang suami, ayah utk sepasang anak berumur 4 tahun dan 3 bulan & jugak seorang med1cal dktor di hspital kerajaan. Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya confession saya ni meluukakan hati para pembaca. Beban yang saya tanggung hampir 6 tahun ni, dah takdapat saya simpan. Diluah mti emak, ditelan mti bapak.

Saya berkahwin dengan isteri saya pada awal tahun 2013. Berkahwin bukan atas dasar cinta, saya dengan isteri, berkenalan tak sampai 6 bulan, terus kami buat keputusan untuk berkahwin, kononnya bercinta selepas kahwin.

Saya dengan isteri, ‘berkenalan’ di FB, dia di Msia, di sebuah University Islam di sini, saya di kolej perubatan di Mesir. Sebelum tu saya kenalkan diri saya serba sedikit. Saya ni tidaklah hensem, ada rupa sedikit, dari keluarga middle class, walid dan ummi saya orang agama yang dikenali ramai di Alor Star, Kedah.

Saya anak keenam dari 8 adik beradik, adik beradik saya kesemuanya bijak dan berjaya semuanya. Isteri pulak berasal dari Terengganu, beza umur 5 tahun tua dari saya, anak yatim piatu, bertudung labuh, berpurdah (semasa bujang), pelajar master bidang Ekonomi & for now tengah buat PHD dan jaga aurat sepanjang masa.

Saya berkenalan dgn isteri atas dasar bisnes (dropship dari China) , saya memang langsung tiada perasaan terhadap si isteri, setelah 4 bulan uruskan bisnes dan berhubung dgn isteri secara PJJ, isteri luahkan perasaan yang dia jatuh cinta dgn saya.

Saya mmg takpernah bercinta, rasa gembira mulanya, kemudiannya saya start rasa serba salah dan takut utk menolak cinta isteri, saya anggap isteri sebagai kawan atau kakak shj.

Utk dipendekkan cerita, saya terima isteri atas dasar kesian dan taknak kecewakan isteri, isteri terus planning tarikh pernikahan kami. 6 bulan berhubung (sekalipun tak pernah berjumpa, ada Skype (isteri berpurdah)).

Saya dengan isteri berkahwin di Msjid di Terengganu, hanya ada akad nikah shj memandangkan isteri anak yatim piatu, ada 1 abang dgn 3 kakak.

Semua persiapan nikah, isteri dengan saya uruskan melalui whatsapp atau call shj. Kursus kahwin, borang kahwin, semuanya by pos. Hari nikah tulah, hari pertama kali saya akan berjumpa dgn isteri saya.

Saya agak terkejut ketika mana dia buka purdah, isteri ada rupa, cumanya bukanlah terlalu cantik, hanya biasa biasa shj. Tapi tak ape, saya terima.. Saya pun bukannya hensem.

Selepas menikah, saya spend cuti summer saya selama 2 minggu di Msia, berhoneymoon dan terus pulang ke Mesir. Ada lebih kurang setengah tahun lagi utk habiskan study saya.

Saya dgn isteri, macam biasa, contact melalui whatsapp, Skype. Isteri dapat kerja as executive di bank terkemuka Msia. I’m happy for her. Selepas 2 minggu, bekerja, 3 bulan tempoh perkahwinan, isteri miscarriage anak pertama.

Sejak itu mulanya kehidupan ter0k bagi saya. Isteri start mki hamun saya, cakap saya takde di Msia utk bantu dia dalam pantang, dia gugur sebab tertekan suami jauh. Mki hamun, rajuk, gduh, siap minta crai berkali kali berterusan sehingga saya tamat study & pulang ke Msia.

Utk pendekkan cerita, saya dgn isteri duduk serumah, dia masih bekerja di bank, saya dapat posting housemanship di hspital KL. Baru saya tahu isteri ni sangatlah indah khabar dari rupa, mki hamun saya, sepak terajng saya bila marah, rumah takpernah kemas, boros (suka belanja besar), harga tudung dan jubah shj cecah RM500 utk sepasang.

Dia bukak purdah atas polisi syarikat, sebab selalu jumpa client, saya okay shj, tak pernah masak, tak hormat ibu bapa saya, even di kampung, dia berani tinggikan suara dan kuis saya gunakan kaki di rumah keluarga saya.

Tak pernah dengar luahan hati saya, sedangkan semasa HO, workload sangat banyak, kerenah patients, staff, rakan sekerja, kerja shift, oncall lagi, saya sangat stress, setiap kali drive balik kerja, non stop saya menangis.

Pernah jugak saya menangis depan isteri, bila bergduh, saya mengadu saya penat dgn kerja, dgn kerenah dia, semua tak kena dgn saya, sampai gigi saya pun jadi isu. Dia hina gigi saya jonggng, saya pakai braces, dia hina saya selekeh, busuk (sebab kerja lebih 30jam).

Dia tak pernah basuh atau ironkan baju saya, saya buat sendiri atau hantar ke dobi. Baju dia, dia hantar ke dobi semuanya, kotlah nak bantu hantar baju saya sekali. Langsung takpenah, siap asingkan bakul baju lagi.

Cadar atau sarung bantal tak pernah bertukar, saya tukarkan, rumah saya hired cleaner 1 minggu 2x datang cuci. Dapur, hanya ada 1 kuali, itu pun mak saya kasi, 2 3 pinggan dan mug. Takpernah berasap, saya teringin nak ada isteri yang masak, atleast makanan simple atau buatkan air.

Ini kopi atau gula pun takde di rumah. Dia? Minum air mineral, beli berkotak kotak simpan di peti. Saya ni seolah olah housemate shj. Kalau saya minum air mineral dia, dia mengungkit.

Kadang2 saya terlupa beli air utk saya, terpaksa tadah air paip minum, takut nak minum air dia. Gaji saya masa HO, bersih hanya 4k ++. Saya kasi dia 1k, bayar kereta, bil rumah semuanya 2.5 k. Baki tinggal RM500++Gaji dia? Langsung tak bantu saya. Tapi saya ada pendapatan sampingan, bisnes yang kami usahakan sama sama. Kadang2 terpaksa keluarkan dividen ASB.

Kemudian, kami dikurniakan 1 anak perempuan. Saya pun habis HO, masuk posting MO, isteri habiskan master, sambung PHD. Ingatkan ada anak, makin berubah. Sama shj, anak kami tu.

Kalau saya oncall. Dia hantar ke babysitter dalam keadaan kotor, takmandi, lampin penuh sampaikan babysitter mengadu. Babysitter pun kena mki dgn isteri saya, asyik bertukar babysitter shj.

Sehingga takde siapa nak jaga anak kami, isteri saya suggest utk hantar ke Umi saya di kampung, saya berat hati, tapi isteri? Suka, langsung takpeduli. Setiap weekend kalau tak oncall, saya akan naik flight balik ke AS jumpa anak, isteri? Taknak. Penat kerja katanya.

Memang weekend, saya habiskan masa di AS dgn anak saya. Bila berjauhan dgn isteri ni, hati makin tawar, saya berjinak jinak dgn Tinder, bila swipe swipe, match dgn Anna (bukan nama sebenar) . Lawa orangnya, bertudung tapi tak labuh, bercareer besar (senior engineer di International company) tinggal KL jugak, ada master dalam Engineering, on her way with PHD journey.

Bak kata orang Anna ni mmg cool and sempoi. Bercakap pun dah mampu buat orang gelak. Saya start chat dgn Anna, mengaku sbg bujang. Kami berjumpa, habiskan masa bersama. Mmg 100% Anna ni perfect dari segala segi.

Saya dgn Anna bercinta hampir 2 tahun. Setiap majlis kenduri, birthday parties, dinner keluarga Anna saya pergi. Anna mmg taktaw status saya. Facebook saya tiada gambar anak atau isteri.

Isteri saya? Langsung takpernah tanya saya kemana, check phone saya atau pedulikan saya, kami hidup macam roommate sahaja. Takde anak lagi lah tak bertegur sapa. Kalau whatsapp pun, bila saya kasi receipt bank in duit.

Sampai lah 1 hari saya ceritakan semuanya dekat Ummi saya, saya nekad nak bercrai dgn isteri, and kahwin dgn Anna. Ummi saya minta saya berterus terang dgn Anna dahulu tentang status saya, kemudian buat pengakuan dgn isteri.

Saya buat sptmana ummi sarankan. Bila Anna taw saya suami orang, Anna nampak sangat cool. Dia cakap dia takkan sesekali luukakan hati perempuan lain, dia minta saya pulang ke pangkuan isteri.

Saya terus cerita segala keburukan isteri, tapi Anna langsung takpercaya. Dia suruh balik dan didik isteri saya, dekat 3 tahun lebih saya cuba, langsung takdapat didik. Yaa Allah. Saya jadi tertekan dan serabut. Balik rumah, terus saya bagitau isteri, yang saya ada wanita lain.

Isteri hanya gelak, dia cakap muka macam saya pun ada orang nak ke? Saya tunjuk bukti, kami bergduh, luah hati ke hati apa benda kelemahan rumahtangga kami. Isteri menangis saya menangis.

Dia janji akan berubah, tapi saya wajib tinggalkan Anna ( takperlu tinggal pun, lepas Anna taw saya dah berkahwin, dia terus blocked no saya). Saya dgn Anna putus terus contact, dalam hati saya mmg masih rindukan Anna, tapi sebab sayangkan keluarga kecil saya, saya berkorban.

Isteri tunjukkan effort jd isteri dan ibu yang baik. Anak dah ambil semula dari kampung, hubungan kami makin baik. Kewangan kami dah start kongsi. Isteri belajar masak, masuk kelas baking, cooking and dancing.

Selepas setahun isteri pregnant anak kedua, dia buat balik dah perangai lama. Anak sulung dia start tak peduli lagi dah. Rumah tunggang langgang, hari hari saya makan mki hamun dia, duit dah taknak kongsi.

Makan hati berulam jantung saya ni. Hari2 saya dgn anak makan kat kedai atau drive thru Mcd. Isteri setiap masa dgn phone, takpun jumpa clients, rakan bisnes, atau jumpa kawan kawan.

Isteri ni pernah viral dulu dekat Facebook, sebab posting pasal kewangan, so followers ramai, dekat FB kemain macam hidup perfect yada yada. Dia beli rumah atas nama dia, saya bayar bulan bulan.

Kereta 2 biji, saya jugak bayarkan, suruh beli Axia aje, dia nak Honda CRV , saya pakai myvi shj. Disebabkan saya pernah cuurang, saya pun turutkan aje, seolah olah tebus dosa. Nak beranak di Andorra Hspital, padahal saya dktor w4d bersalin.

Boleh je beranak di hspital kerajaan, saya boleh requestkan kawan sekerja perempuan sambut, taknak katanya, dia nak beranak dalam keadaan ‘mode vacation’ katanya. Sampaikan saya ni hutang dgn kawan sekerja nak bayar bil beranak, ni ada baki RM5000 belum langsai hutang.

Dia dalam pantang, baru 3 minggu beranak, dia boleh keluar pergi jumpa client dan tengok wayang. Dia tinggalkan 2 anak dgn kakak maternity caregiver, katanya urgent nak keluar, nak keluar sejam shj, akak tu datang 2 jam aje.

Dari pkul 10 pagi keluar, pkul 1 pun belum balik, akak tu call nangis nangis, sebab bos marah tak pergi appointment orang lain, saya terpaksa emergency leave kat tempat kerja, nak balik jaga anak anak.

Saya call, dia offkan phone. Rupanya jumpa client dan kawan2. Sekarang anak no 2 dah keluar, saya mmg nekad nak bercrai. Takkan nak crang kali kedua, karang lepas kntoi, gitu jugaklah situasinya, berubah sekejap, kemudian jadi balik.

Utk para suami di KRT, apa patut saya buat? Kang bercrai, confirm viral, dia famous sebagai guru kewangan Faceb0ok, kalaulah dia cerita di Faceb0ok, mmg semua nampak salah saya.

Saya pernah cuurang, hak penjagaan anak anak dapat ke saya atau dia? Tapi dia takpernah jaga anak anak. Kalau saya pergi crang sekali lagi pun, sama je situasi dia, alih alih saya luukakan hati perempuan baik macam Anna, sebab termakan pujuk rayu si isteri semula.

Nak bercrai, Ummi Walid orang agama, malu sekampung nnt kalau si isteri saya viralkan k3s crang saya, silap silap dia reveal siapa Anna, bertambah masalah.

Anna langsung taksalah apa2, entah2 dah bahagia hidup dia. Saya nak bercrai sayang anak anak, nak ajak isteri pi kaunseling, makan sepak terajng saya nnt. Tapi saya tak sanggup nak hidup dgn isteri macam ni.

Asingkan tempat tidur? Dah buat dah, lagi dia suka. Pkul dgn hujung kain? Saya kena balik nanti. Report p,0lis? Takdelah dia tendang sepak terajang saya sampai lebam lebam, dia perempuan, sepak pun tak kuat, tolak tolak kepala, tampar aje. Semua takde bukti. Pening saya. Harap semua kasi komen berhemah, saya minta pendapat shj. Thanks.

Apa reaksi warganet

Manja Rosli, Kita nampak hebat kerana Allah tutup aib kita… Tetapi suatu hari nanti kehebatan kita hilang kerana kita mula membuka aib orang… Begitulah isteri dktor… Jika dktor sudah nekad maka ambillah keputusan terbaik..

Demi anak, demi masa depan anak yang akan membesar dalam suasana negatif… Berdoa dengan sepenuh hati semoga aib dktor dilindungi, dktor mungkin tergelincir dahulu tetapi sudah akui kesilapan dan sudah cuba melakukan yang terbaik.

Kelemahan dktor kerana takut akan kesilapan lalu… Sedangkan dktor dah mencuba yang terbaik… Mintalah pendapat, doa dan restu ibu bapa dktor… Semoga Allah permudahkan segala urusan… Aamiin

Kita kadang-kadang bertemu orang yang salah sekali atau berulangkali untuk menemui yang terbaik… Rancangan kita baik tapi rencana Allah lebih hebat.

Ida Ibrahim, orang yang ade ilmu ni xsemestinya berakhlak. tp org yg berakhlak pasti ada ilmu. mcm isteri dktor ni melampau sgt sikap die. dari hidup tnpa redho suami baik jela berpisah.dua2 hidup dgn keadaan dosa.

Isteri nusyuz suami pulak xmmpu mendidik. elok la berpisah viral ke x itu isu lain dah dktor. die nk kata buruk biarkan die. sbb kebenaran hanya allah tahu dan perhitungan yg abadi semua di alam sana. just be positif dan diam sahaja lebih baik jika meniti jalan perpisahan.

Rozita Saad, 1st..tahniah penulisan yg sgt teratur..mdh faham..blh tahu orgnye mcm mna..semua di tgn doc..buat istikhorah mnta petunjuk Allah..itu yg terbaik. isteri doc tu maaf ckp..bila di fb tu dia dipuja diagung konon hebat…sbb tu dia rsa mcm tu bla drumah..rsa hebat..smua dia buat btul..pndai je nasihat org luar…tp kluarga sndiri.

Berkira dgn suami.air mineral pun brkira..mmg pakar kewangan btui ni..kedekut…ank2 pun trbiar..klu sy ditpt doc..mmg sy ajar ckit..cba dulu brpisah..tgal asing…biar isteri tu rsa mcm mna..tp sy rsa dia mmg x de perasaan.

Ibu mna yg sgup x nk jga ank sendiri..klu blh nk stop keje nk jga ank..ini blh lak serah pda mak doc..ank pun terbiar x jga..dah rasa hebat sgt dgn pngasuh pun nk gduh…doc sy rsa carilah kbhagiaan sndiri..biarlah org nk ckp pe..org x de dok kt tmpt doc.

Mas Rania, Allahu…sedih pula baca kisah awk ni… Siyes awk berhak cari yg lebih baik. 6tahun bukan tempoh yg singkat utk bersabat… X perlu nk fikir segala benda. Perjungkan dulu kehidupan sendiri. Isteri awk xda rs hormat n rs tangungjwb dgn awk… Sebab dia mampu dr segala segi.dia pandang rendah ke awk.so bertabah la.

Kecuurangan awk sy x nk persoalkn.. Sebab kt manusia d uji..itulah ujian buat awk bila mn dpt isteri mcm tu… Awk dah cuba tp isteri awk seolah ambil mudah…xkan awk nak nanak2 mbesar dlm kdaan rumahtangga awk mcm tu… Bina lah hidup baru. Kdang² ada ketika nya perp1sahan itu perlu.

Sumber : Krt