Bos tegur pakai ketat2 utk apa, dia belikan baju kurung dan tudung utk tutup dada

Foto sekadar hiasan. Assalam. Aku adalah seorang isteri dan ibu kpada 3 cahayamata. yang sulung berumur 15 tahun. Aku brsyukur dikurniakan anak2 yang cantik, hnsem dan pandai dari segi akedemik. Aku adalah seorang isteri yang bekerjaya, mempunyai wajah yang manis, comel orang sekeliling selalu cakap aku tak macam ibu yang brumur 30an tapi macam anak dara mungkin sebab aku bertubuh kecil molek.

Orang skeliling selalu puji aku cukup segalanya lemah lembut baik cantik tapi aku tak pernah bangga dengan pujian tu sebab aku sedar itu semua pinjaman. kalau orang tengok kehidupn aku orang selalu anggap aku bahagia.

Aku punya segalanya tapi sebnarnya tanggpan orang tu salah aku seorang yang memendam rasa dan pendndam. aku berkahwin diusia 19 tahun terlalu muda.

Masa anak sulung kecik kami terlalu susah untuk hidup. Aku nekad bantu dia kerja, macam2 tempat aku pernah kerja. Sampi 1 hari aku pilih untuk samung belajar untuk ubah kehidupn susah kami.

Lepas habis belajar aku bersyukur ditawarkn krja di sebuah syarikat, alhamdulilah aku dikurniakan mnagement dan ketua jabatan yang sangat menyanyangi aku mgkin sebab keihklasan aku brtugas.

Dsinila kisah aku brmula. Dalam aku sibuk bekerja membntu suami, naluri perempn tak pernah salah aku dapalt hidu kecur4ngan suami aku slepas aku bersalin anak kedua. Aku rasa kecewa sangat, pedih, benci cinta aku dipermainakan.

Aku call prmpn tu dia mengaku dia pun cintakan suami aku. Aku pilih mengalah aku biarkan mereka. Suami aku cakap tolong bagi dia masa untuk lupakan perempuan tu.

Aku simpan kesedihan dalam hti yang memakan diri aku. Aku jadi pndndam. hati aku selalu cakap suatu hari nanti kau akan rsa apa aku rasa. rasa yang terlalu s4kit tapi dalam masa yang sama luaran aku nampak biasa, aku bantu suami dari segi kewangan.

Ada rezeki kami dapat bli kereta untuk mudah begerak bawa anak. Tapi perluukan down payment kami tak ade saving, aku pinjam pada ayah aku. Monthly aku bayar hutang ayah, bantu dia byr kereta dia.

Aku tak prnh berkira bab duit tu sebab rezeki aku semakin murah. Alhmdlh pangkat aku semakin naik disyarikat aku bekerja hssil sokongn penuh dari ketua jabatan aku. Tanpa aku sedar selama ni aku diperhatikn oleh bos aku.

Bos aku sukakan aku tapi aku tak pernah perasan sebab aku anggap dia mjikan aku. Perasaan cinta aku pada suami aku semakin pudar bila aku yang terlalu berdikari dalam kehidupan kami. Segala perblnjaan aku yang lebih banyapk kaluarkan dari dia sampi 1 tahap aku rasa fedup tapi aku pndam sendri.

Sampi satu hari aku skit teruk waktu tu tengah kerja, bos nak hantr ke hspital tapi aku tak nak aku nak balik nak suami aku yang hantarkan, bila aku balik rumah aku mengdu perut aku terlalu saakit suami aku tak peduli aduan aku, aku menangis sebab terllu sak1t.

Petang tu dah tak tahan sangat aku bagitaw mertua aku saakit. Mertua aku marah anak dia tak padulikan aku. Nak jalan masuk krta aku tak boleh bangun tapi dia tak nak papah aku dia seret aku sambil bising2 cakap aku mngada ngda.

Bila sampai hspital aku w4rded. Doktor sahkn apendik aku da pecah dan perlu pmbdahan segera. Kalau tengok sekarang panjang parut luuka apendik aku. Alhmdlh pembdahan selama 5 jam aku berjaya diselamatkn. Bila aku bukak mata orang yang ada depan aku adalah bos aku.

Dia cakap tak ape saya akan jaga awak dan psatikn awak akan sembuh. Masa tu aku rasa down sangat sebab orang yang aku harapkn tak ade depan mata aku.

Bos aku jga spnuhnya sampi aku sihat bru dia izinakn aku bekerja. Lepas sihat aku kmbli bertugas, tak lama tu aku disahkn prgnt anak ke 3 banyak dugaan aku mengandung anak ke 3 saat aku down mbuk teruk bos selalu support aku untuk terus kuat demi bby sedangkn suami sendri cakap aku ngada2 taknak lawan m4buk.

Aku diberi cuti selama 5 bulan sehingga kandeungan aku btul2 sihat. 5 bulan duduk rumah tulah siang malam aku muntah teruk, bleeding, dan setiap hari bos call tanya keadaan aku.

Aku tgh m4buk hnfon pun tak iingat letak mana tapi bos tak pernah jemu hantar sms tanya kesihatan walaupun aku tak balas. Sampilah aku bersalin, aku bersalin operation, tumpah drah duduk hsptl lama kos hspital tinggi skit sebab duduk lama dengan bby prem lg tapi aku sedih bila hsptl aku bayar sendiri tanpa bntuan suami aku, lepas bersalin aku nekad aku tak nak harapkn bantuan suami aku pergi hantr kami ke klinik.

Aku cakap dengan suami nak ambik lesen tapi duit saving takde suami cakap tak payah ambk lesen. Kebetulan rezeki aku bidang aku kerja memang perlukn aku untuk tahu drive sebab senang hantar pekerja kalau kcemasan.

Bos cakap ambik lesen senang nanti aku cakap nantila duit simpanan tak cukup lesen mahal bos cakap reg saya bayarkan. Saya ikhlas bsntu awak asalkn nanti senang awak bntu kerja saya hantar pekerja kita urusan luar.

Akhirnya lulus tapi aku tak ade kereta nak bawak, nak pinjm kereta suami dia tak bagi. Pernah sekali aku belajar drive dia duduk sebelah tapi aku tak cekap tak pndai drve macam dia aku brek mngejut dia msrah2 tengking aku risaukn kereta dia dari aku.

Aku merajuk kunci bilik dia meng4muk aku tak bukak bilik lepas bukak aku kemas baju nak lari dia marah dia pkul aku. Aku sedih sangat dia cakap tak sengaja mulut aku cakap tak ape aku maafkn. Tapii sbenarnya salah aku dndam dalam diam.

Lepas kejadian tu aku trauma nak drive, sampila 1 hri ada kecemasan tempat kje, ada pekerja cedera masa tu bos meeting office boy tak datang. Aku call bos mntak dia hantarkn peksrja.

Bos aku marah aku dia masa kerja memang tegas, bos cakap bukan awak da ambil lesen ke kenapa sampai harini saya tak penah nampak awak drive. dia cakap belajar hdup ni jangan terlalu brgntung pada orang.

Lepas setelkn pekerja yang km4langan tadi dia pggil aku dia cakap masuk kereta sekarang ikut saya. Rupanya dia nak ajar aku bawak kereta dia ajar aku sikit pun tak marah aku yang takut2 tapi dia cool gelak je.

Lepas aku pndai drive kerja dia jadi mudah aku bnyk bntu dia untuk kerja urusan luar. Satu hari bos cakap saya janji akan naikkan pangkat awak gaji awak yang selayaknya awak dapat tapi dengan syarat sahut cabaran saya bli kereta.

Alhamdulah berkat kenaikn gaji aku lulus loan kereta, aku la bayar downpyment montly, services, insr roadtatak kalau rosak aku sndri suami tak bntu pun tapi dia sllu pakai kerta aku.

Hati aku jadi saakit bila kenangkan dulu dia beli kereta aku tolong dia bayar bulanan bayar downpymnt tapi aku beli kereta susah payah dia sedap je bawak tak tolonh pun sedih sangat tapi aku pndam dalam diam.

Alhmdlh rezeki lagi anak aku yang sulung dapat result cmrlg dalam upsr 6A, dia ditwrkn sek SBP yang perlukn yuran yang tinggi aku bekeras nak hantar anak ke sek ni sebab matlamat aku nak anak brjaya tapi suami taknak dia cakap tak mampu aku cakap tak ape aku kalauarkn asb aku bayar yuran anak.

Dari anak form 1 sampai sekarang aku yang tggung yuran dia aku sedih sangat sebab suami biarkn aku brdikari. Hari2 g kerja dia tak pernah tanya belanja harian aku. Nafkah jauh skli

Disebabukan prrkara ni sikit2 rasa cinta aku pada suami smakan pudar tapi aku masih tak sedar bos sukakan aku sampilah 1 hari anak kedua jatuh saakit
W4rded, bos aku sentiasa datang pagi sebelum msuk office, petang balik kerja malam lepas isya’ untuk support anak aku.

Aku nmpk dia c1um anak aku dengan penuh ksih sayang, ajar anak aku menngji solat sesama dalam w4d aku sedih sangat

Bil hsptl bos aku yang uruskn semua, saat tulah aku nampak kesungguhan dia tapi dia tak pernah cakap aku dapat rasakn dari cara dia, Lepas anak keluar w4d, selang 2 minggu kena checkup sebab ada masalah dalam drah anak aku, dia bagi pluang aku cuti uruskn anak2 bos cakap anak adalah nyawa kita hargai dia.

Bila anak aku checkup bos aku mesti akan datang hspital temankan anak aku bagi kata semangat sampai diorag rapat macam seorang ayah dan anak.

Paling hati aku tersentuh bila aku kaluar berdua dengan bos atas urusan kerja bos tak penah ambil kesepatan walau kami oustation sampai kl, penang tapi dia protect aku.

Bila singgah shell atau kedai dia kan pastikn aku lock kereta baru dia berani lepaskan aku macamtu jugak masa makan di restoran dia tak bagi bangun duduk dan makan saja dia uruskn semua dia cakap tak ape biar dia susah jangan aku yang susah.

Walau dalam kerja sklipun siapa je yang s4kitkn hati aku bos aku terminated orang tu 24 harus dan sggup bayar pampasan dia cakap jangan sapa berani buat aku.

Terlalu sayangnya bos pada aku dan dia terlalu lindugi aku, satu hari bos tegur muka aku cantik comel badan sksi pakai ketat2 untuk apa, ubah penampilan perlahan2 dia belikn bju kurung hand sock stokin tudung pakaila tetapi dada bukan selak2 macm ni. Aku berubah perlahan lahan aku sedih sangat aku diubah oleh seorang bos.

Satu hari aku brgduh dengan suami tentang duit, aku hilang hormat pada suami aku tertinggi suara, suami cakap aku da tak sayang dia, Aku tak jawab aku mntak dia pulangkan aku pada mak ayah aku.

Suami tak nak aku cakap aku benci orang tak solat macam dia suami tersentak dia brubah perlahan lahan, akhirnya suami jadi imam aku yang aku harap2kn bertahun lamanya yang aku doa siang malam Allah makbulkan. Tapi klmhn suami aku dia msih leka biarkn aku berdikari, aku terus brdiri sendri tanpa bntuan dia smpi aku da fedup.

Kami bergduh lagi bru2 ni aku mntk dia lepaskn aku tapi bukan sebab bos aku tapi sebab aku tak cintakn dia lagi aku rasa brdosa hidup dengan dia dalam keadaan macamni hdup pura2 bhgia sedangkn aku derita.

Aku terus terang cakap dengan dia aku tak cinta dan sayang dia lagi dia menangis merayu pada aku minta peluang kedua untuk dia baiki ksilapan dia tapi hti aku da kosong, sejujurnya brdosa aku da terjtuh sayang pada bos aku.

Aku terus terang pada suami siapa yang ada saat aku derita yang support aku adalah bos aku, kalau aku nak buat jahat da lama aku curaang tapi aku ingat status aku. Sedangkn bos aku ada segalanya pangkat hrta jiwa yang besar dia ada.

Rupa memang kacak tapi aku tak seteruk tu aku masih sedar kedudukn aku, bos aku jugsk pernah kenlakn anak2 dia pada aku, kami rapat anak2 dia cakap aku baik macam arwh mama deoraag.

Anak2 bos aku cakap deoag redha kalau aku ada jodoh dengan ayahnya deoag terima seikhlas hati trmsuk anak2 aku boleh jadikn adik deoag walau masa tu anak bos cakap dalam nada gurau aku trsentak sangat, kami jadi rspat sebab selslu rehat sama masa anak bos kje part time kat syrkt aku kerja.

Sekarang aku dah terus terang dengan suami dia taknak lepaskn aku. Dia tak boleh haidup tanpa aku dia cakap dia sanggup aku tak cintakn dia asalkan jangan tingglkan dia dan anak2.

Aku cakap aku nak brtaubat sebab duakn rasa cinta dia bagi pluang aku hidup sendri. Sebab selama ni aku sendri. Tapi dia tetapi tak nak lepaskan aku walau aku da nekad, dia brtaubat menangis semahu mahunya dambakan cinta aku semula.

Perluukah aku beri peluang kedua pada dia setelah berthun tahun aku derita. Dia cakap aku tiada gelang ganti aku terlalu indah terlalu sempurna sampi dia leka abaikn aku.

Aku dah mula sayangkn bos aku, susah aku nak buang rsa ni. Berdosanya aku doakn hati aku kuat untuk kembali mncintai suami aku semula.

Apa reaksi warganet, ramai yg bg nasihat dan kongsi pengalaman

Mieza, Suami awk bukannya sygkan awk..dia cuma sygkan duit awk, kemampuan awk berdikari dan kecantikan awk..tu je..so lady, please leave him and find your true happiness. Kalo betoi dia syg awk, lama dah aihhhh dia jaga awk betoi2.

Bukannya bila tau wife daj berubah hati baru acah2 syg..sggup pulak tu kalo bini x syg asalkan stay dgn dia.. kejadahnyaaaa… mksudnya dia pon bukannya syg awk..jadi cerodek sikit. Awak berhak bajagia dan dpt kebahagiaan awk.

Isma, Ini laa kesan nye bile suami yg septut nye mengalas tggjawab, tapi terlalu membiar kan isteri berdikari. Mase saakit tu laa kite nak sgat perhatian suami.

Utk puan,saya doa kan puan temui kebahagian puan. Semoga jalan yg puan pilih nanti,benar2 memberi sinar baru utk puan dan anak2. Bagi saya, tak salah puan mencari kebahagian puan sendiri.

Syarifah, Suami tak nak lepaskan sis sbb suami hidup senang melalui sis. Suami tak perlu risau ttg segalanya sbb sis yg ambik alih tugas suami. Sis tawar hati pula sbb bertahub lamanya sis menanggung segala derita.

Kebahagian itu milik semua org. Kita yg cipta bahagia. Hidup dlm lumpur, kita akan kotor walaupun hakikatnya kita seorang pembersih. Hidup dlm persekitaran bersih, klu diri sendiri pengotor, tempat yg bersih boleh berubah menjadi kotor. Hidup ini adalah pilihan. Pilihla kebahagian diri sendiri.

Zainab, Isteri ni tak cuurang lagi ye..dia tak bercinta pun dengan boss dia. Masih ada batas. Dia nak bercrai..sbb suami dia sendiri teruk.. kebetulan ada yang lebih baik mahu menjaga dia. kenapa ada yg kata dia cuurang?.

Lainla suami dia baik..bertggjawab. tapi dia pi skndal, dting, berziina dengan boss. Wanita berhak bahagia. Suami dia mmg tak guna..skit appndik tu bole bawa m4ut bole dia kata isteri dia ngada2.

Ninie, Setakat ckp nk taubat Tp masih harapkan kamu tanggung nafkah keluarga x payah lah. Jd imam ni bukan dalam solat Tp dalam kehidupan kamu dan anak2. Wajib dia ganti semua nafkah2 yg tertunggak selama ini sbb kamu x redha. Kalau dia betul2 ilhalas dan dan sedar kesilapan dia, dia akan berusaha utk jd yg terbaik dan bayar semula nafkah2 kamu dan anak2.

Aini, Sorry sis, disebabkan title sis adalah ISTERI n syurga sis masih dibawah tapak kaki suami sis, so sy akn kasi komen yg selayaknya..sis pilihlah, nak syurga dunia atau pun syurga akhirat..u still have to obey ur husband, tu perjanjian between u n God waktu u nak kawin ngn dia.

Mungkin setan skrg tgh happy la sbb dah berjaya..patutnya kalau sis nk buat perangai layan laki lain or tersuka laki lain, biarlah jgn waktu pgg status tunang org ka bini org ka..Allah nak kasi pahala bersabar kt sis, diberi ujian begini tapi sis boleh suka kt org lain lak..bini2 zaman skrg.

Alina, Isteri klu sayang mmg sanggup terluuka dan pendam rasa asalkan psangan bahagia.. Tp bila da selalu diambil kesempatan n dlm masa yg sama ada pulak lelaki yg gunakan kesempatan, keadaan n ruang yg ada untuk memenangi hati perempuan tu..

Alamatnya mmg berbelah bagi la hati isteri.. N waktutu la si suami baru tersedar apa yg dibuat pada isteri tu salah.. Terlalu biarkan isteri berdikari.. Kasar ngan isteri.. Biarkan isteri sendiri.. So bila dah jadi macamni…

Bagi aku mmg dah terlambat.. Lepaskan je lah bini ko.. Dia dah tawar hati ngan perangai ko n ada insan yg lebih menghargai dia.. Biarkan je la dia pergi.. Lagipun ko hanya buat bini ko mcm mesin atm dan tempat ko buat anak je.. Saakit pening bini ko.. Ko abaikan… Nafkah bini ko abaikan… Emosi binipun ko abaikan.. Bagi peluang untuk isteri ko bahagia.

Hafizah, Paling x boleh terima kalau time skit tak dipedulikan. Anak skit pun x ambil tahu. Hal duit boleh sabar lagi. Tp time s4kit mmg time lemah dan perluukan sokongan mntal fizikal.

Kalau time ni pun dah x ambil tahu, kalau sy mmg bo layan. Selamat tinggal. “Wlpn xde cinta lain, ku relakan diriku mencari bahagia sendiri tanpamu insan taguna” (khas utk tt kalau nak cakap kat hb dia)

Tp kalau nk kekalkan rumahtangga, hb tt mmg kna struggle la nak pikat dan berubah sepenuhnya. Kena belajar jadi lelaki. Bukan tahu jadi lelaki je.Apapun sy doakan yg terbaik utk tt sekeluarga dan bosnya yg baik tu.

Dina Nadiah, Carilah bahagia anda banyak berkorban demi seorg suami yg Xthu berterima kasih dan.pentingkan diri.sendiri Dan bergantung hidup of isteri tanpa bersalah selama berbelas2 tahun Masih tak tahu malu menagih kasih bila Minta dilepaskan…kerana dia tahu dia Alan ssah hidupnya kerana tiada kesenangan selps mi kerana sekian lama jd dedalu menumpang demi kesenangan utk diri sendiri.

Mana tgjwb suami of isteri Dan anak…Masih bg peluang lg…org lelaki tahu kelemahan perempuan kerana selalu diberinpeluang Dan mengambil peluang….moral kisah ini bukan pasal org ketiga ttpi kedudukan suami yg xbertamadun terhadap keluarga.

Ros Yatie, Klu banyak kali peluang2 yg u berikn pada suami u dia x hargai lh setelah hati u tawar baru dia nk terkejar2 bgi I klu x bahagia wat pa nk bertahan setip org nk suami yg bertangjawap suami yg mmbahagiakn..drp dpt suami yg pentingkn diri sendiri lh baik bercrai cara elok.

Bercrai x haram tapi di haruskn drp melakukan lbh banyak dosa2 tersembunyi lbh baik salin melepaskan …ni pendpt I lh semua org nk bahagia klu x bahagia buat apa sksa diri utk bersama jika tiada keikhlasan..lbh baik lh bercrai cara elok dn mulakn hidup baru itu yg terbaik drp menambah dosa…dosa..dn dosa…st0p buat dosa..fikir kn lh sebaik2nya.

Sumber : krt