Perut besar ini hasil bersama lelaki belasan tahun. Mak dpt rasa tp sy bg jwpn mengelak

Foto sekadar hiasan. Assalam, terlebih dahulu saya dengan rasa rendah diri memohon maaf seandainya cerita ne ada menyinggung perasaan mana2 pihak, yaa kisah ne bukannya nak membuka aib diri sendiri atau pihak2 tertentu tapi sebagai pengajaran dan peringatan jika kisah ne bermaanfaat. Bermula tahun 2008 saya disahkan mengandung hasil perhubungan yang tidak halal. Waktu itu saya berumur 21 tahun dan teman lelaki waktu itu lebih muda dari saya 2 tahun.

Waktu saya dapat tau dengan mengunakan test kit prgnancy dan teman lelaki tahu akan kandungan saya tapi keluarga kedua pihak tidak tahu menahu akan hal ini. Waktu itu saya tidak mempunyai kekuatan dan takut untuk memberitahu keluarga dan teman lelaki pun tidak tahu bagaimana untuk handle perkara ini.

Saya mengandung tidak seperti orang lain yang ada bermacam2 test dan supplement untuk perkembangan bayi. Waktu itu rasa bersalah sangat2 dgn anak saya sbb saya tak mampu bg nutrition yg tbaik buat nya kerana takut bila di tanya oleh dktor.

Akhir nya kami diam kan shaja perkara ini shingga perut saya dah besar. Mesti ramai yang tertanya2 tak akan ibu tak perasan akan perubahan diri ini, bohong la jika seorang ibu tidak dapat melihat perubahan diri ini.

Telahan mama saya memang tepat skali mama ada bertanyakan pada saya tapi waktu tu saya hanya mampu diam seribu bahasa dan paling teruk saya menidak kan kata2nya, kerana kepercayaan mama terhadap saya perkara itu tidak dipersoalkan lagi tapi dalam hati ne rasa bersalah tak tahu bagaimana untuk diungkapkan.

Tapi naluri sorg ibu tak akan pernah silap kan ditakdirkn mama saya mimpikan saya tentang kehamilan saya dan esoknya tanpa ragu dan berlengah mama menyuruh adik saya menemani saya untuk pemeriksaan dan dktor telah sah kan saya mengandung dan tinggal beberapa minggu saja untuk bersalin.

Masih segar dalam ingatan ini waktu dktor scan dan dengupan jntung bayi berbunyi terlalu kuat shingga adk saya waktu tu yang berada dalam bilik sebelah boleh mendengar dengupan tersebut.

Dia terus terdiam dan dia kawal emosinya, lepas semuanya selesai masuk saja dalam kereta adik terus menghamburkan tagisan nya dan dia bertanya pada saya kenapa buat macam ini tak kesian kan mama ke? Bertalu2 soalan adk pada saya tapi saya hanya mampu diam seribu bahasa.

Selepas semua nya selesai di klinik kami pulang ke rumah. Tapi sebelum pulang adk ada menelefon abg sulong yang kami panggil along dan menceritakn segalanya sebelum pulang kerana kami bergantung harap pada along dia lah ketua keluarga buat kami setelah kehilangan papa sewaktu kami masih di bangku sekolah lagi.

Sesampi di rumah hati ni gusar dan bermacam2 rasa yang tak dapat digambarkan. Waktu tu mama baru saja selesai solat asar dan muka mama yang penuh kerisauan kerana bimbang akan kesihatan anaknya, along dengan penuh lembut menceritakn segalanya tentang kandungan saya, Dan saya pasti korang tau apa perasan mama waktu tu.

Tak perlu cakap tagisan sepanjang hari dari mama. Alhamdulilah mereka tidak malu dengan saya dan tidak buang saya, malah mereka menyuruh bapa kepada anak ini berbincang dan akhirnya keluarga saya dan suami saya bersetuju kahwin kan kami.setelah kedua keluarga berbincang dengan pegawai agama kami di nikah kan di pejabat agama shah alam.

Setelah segalanya selesai urusan pernikahan kami, saya dan suami tidak duduk sebumbung suami ikut keluarga balik ke kampung dan saya bersama keluarga saya shingga saya bersalin. Di sini la segalanya bermula coretan hidup saya sebagai seorang isteri.

Perkahwinan yang tidak mendapat restu dengan jalan yang salah tak akan bahagia kan. Kami seperti orang bujang sorg di utara dan sorg lagi di barat. Tapi setelah kelahiran puteri saya,saya cuba untuk berubah ke arah kebaikan perbetulkan apa yang tak betul kerana fikiran saya jika mahukan sesuatu yang baik saya perlu ubah diri saya ke arah kebaikan.

Telah lama saya tinggalkan Allah dan hanyut dalam duniawi. Waktu ini saya seperti tersedar dari mimpi yang dulu nya lancar membaca kalam suci kini segalanya terkunci rapat dan merangkak2 membaca kalam suci Allah , yang dulu hebat menghafal kalam suci Allah seperti yassin ayt krusi dan surah2 lain kini hilang segalanya tiada lagi nikmat itu.

Merangkak2 saya dalam mencari perubahan itu dan saya rindu akn diri saya yang dulu. Allah maha besar dan berkuasa kan jika dia berkendak menarik nikmat hanya sekelip mata dan begitu juga jika sebaliknya. Tapi perubahan saya waktu itu belum sampi taubat nasuha kerana saya masih ragu dengan diri sendiri.

Suami saya? Masih merasa dia seperti bujang. Saya cerita sikit tentang dia. Dia saya gelarkan ‘F’ suka akan hiburan dd4h dan wanita baginya adalah biasa jika tiada wanita dalam hidup nya seperti kosong jiwa nya.

Kalau nak dihitungkan wanita berapa ramai tidak terhitung oleh saya selama tempoh perkahwinan saya dalam 8 tahun, bermacam2 wanita yang datang dan pergi dalam hidup dia shingga saya sudah lali akan semua tu.

Masih saya ingat peristiwa di putrajaya suami ditahan polis atas memiliki ddah dan keputusan keluarga ‘F’ mereka relakan dia dalam penjara dengan harapan dia belajar sesuatu dan berubah.

Saya mengaku selama F dalam penjara skali pun saya tak pernah jenguk dia. Ramai akn bertanya kenapa? Sebabnya waktu itu saya baru sahaja berkerja disebuah syarikat perkapalan dan gaji saya tak banyak hanya rm1200 mana bayar kereta stp bulan rm400 mana bayar tadika anak mana beli susu dan pampers anak semuanya atas gaji 1200.00.

Dan waktu tu saya kecewa dengan F kerana apa biar antara saya dan F. Lepas F dalam penjara bermacam2 orang datang cari dan ugut saya. Seorang wanita saya gelarkan ‘P’ yang saya tau F dan dia bersedudukan jauh mana mereka punya hubungan saya tak pasti kerana saya tak nampak dan boleh jatuh fitnah pada F dan P.

Saat tu P datang mencari saya dengan berkata mengandungkan anak F waktu tu perasaan saya tak tahu apa rasa dan P meminta wang dari saya untuk gugurkan kandungan dia. P ada mengugut saya dan dia tau segalnya tentang anak saya jika saya tidak memberi wang kepadanya saya tak akan dapat lihat anak saya lagi.

Dengan rasa berat hati saya memandang barang kemas pemberian mama kepada saya satu ketika dulu tapi saya tiada cara lain selain saya gadaikan semuanya untuk diberikan pada P.

Sepanjng perkahwinan saya bersama F skali pun dia tak pernah memberi nafkah zahir pada saya segala urusan kewangan atas bahu saya.

Setelah F keluar dari penjara dia bercinta dengan seorg wanita bernama M. Tapi cinta mereka tak kesampaian kerana keluarga M sudah mempunyai colan suami buat nya.

Selepas tu F datang Kl untuk berkerja tapi kami masih tidak sebumbung kerana saya tak mampu untuk meyewa rumah di Kota raya ini, saya masih di rumah mama dan F di hostel tempt keja nya.

Saya ingt F sudah berubah selepas saya memberi peluang untuk nya. Tak tau mana silap nya F mengambil keputusan berkerja di seremban. Waktu ne F sedang asyik bercinta dengan seorg wanita bernama W mereka kenal di tempat keja yang sama.

Naluri seorg isteri tak pernah silap dan akhirnya F mengaku sayang dan cinta akan si W dan tak akan lepas kan dia. F sanggup menampar saya kerana pertahankan W. Selepas kejadian itu saya sepanjang malam berfikir tentang jalan yang terbaik antara saya dan F.

Alhamdulilah Allah masih sayangkn saya dia tunjuk akn jalan apa yang perlu saya ambil. Waktu ne saya betul2 serah kan segalnya pada Allah setelah tau apa yang patut buat, saya sendiri pergi failkn pencerian di mahkamah dan syukur Allah permudahkn urusan saya.

Dengan bukti2 yang kukuh F tak pernah memberi nafkah selama 8 tahun meski pun membelikan pakaian dalam wanita pun dia tak mampu dan menyediakan tempt tinggal apatah lagi berpoligami. Segalnya terlalu pantas dan saya dicraikan di dalam mahkmh pada 5/10/2016.

F saya minta ampun sekiranya ada salah dan silap dalam perkahwinan kita saya minta maaf kerana bukan isteri yang sempurna utk awk seperti yang awak katakan saya tak pernah bagi peluang untuk awk sbgi suami. Maaf kan saya.

F Kemaafan utk awak masih belum mampu saya maafkan sepenuhnya kerana skit nya terlalu saakit. Paling skit waktu awk berkata saya dan anak tak pernah membawa bahagia dan kesengan pada awk. Maaf kan kami seandainya kami tak pernah memberi itu semua.

Insyaallah saya akn didik anak semampu saya dan saya akan ingat kn dia ttg awk. F seandainya awk tak boleh melihat dan menghargai apa yang saya lakukan selama ne tak mengapa cuma satu anak dambakan kasih sayang awak bukannya dengan video call 2 bulan atu sebulan skali dia dah besar dia tau menilai, maafkan dia jika ada sikap kurang senang dengan awk. Doakan supaya Allah bukakan pintu hati saya utk maafkan awk sepenuhnya.

Untuk wanita bernama W saya tak mampu maaf kan awak. Kerana kata2 yang awak karang menyakitkan hati saya dan saat saya dapat tahu awk terlanjur dengan suami saya malah awk dan F lagaknya seperti suami dan isteri. Dan saya tau F tidak mampu untuk berpoligami.

Saya skit W sebab duit yang F pernah mintak pada saya untuk bayar sewa bilik rupanya duit itu digunakn bersama awk sdngkan waktu tu gaji saya cukup2 sehingga hujung bulan tetapi F tak pernah bertanya akan saya dan anak cukup atu tak.

Saya s4kit saat dapat tahu gaji suami saya separuh daripadanya diberi pada keluarga awk tetapi dia lupa akan tanggungjawab pada saya dan ank dia. Saya s4kit saat awk cakap faham perasaan saya tapi sebenarnya awk tak faham pun.

Jika awk faham awk tak akan bercinta dan sanggup menyewa satu bilik dengan suami org. Saya s4kit saat awk cakap awk nampak F perluukan kasih sayang bagaimana pula kasih sayang saya dan anak??. Cuba awak ditempat saya dan ada sorg wanita yang berkata begitu apa yang awk rasa?

Banyak W kalau saya nak senaraikan. Tapi cukup la awk tau saya x mampu maafkan awk. Doakan lah semoga Allah bukakan pintu hati saya utk maafkan awk W.

Alhamdulilah setelah kembali ke jalan Allah (semoga Allah ampun kan aku) saya npk context yang berbeza, saya dikurniakan kasih sayang dari keluarga dan sahabat2 saya megapa perlu saya butakan hati dan minda saya kerana F tidak lagi sayang dan bersama saya. Alhamdulilah Allah kurniakan kebahagia saya bersama anak saya, semuanya berhikmah.

F dan W semoga kalian bahagia hingga jannah bersama permata hati kalian. Utk F terima kasih atas semunya. Terus terang F tidak semuanya salah awk ada sisi kebaikan awk yang org lain tak nampak dan saya nmpk kebaikan itu. Cuma DIA telah membelah jalan kita berbeda. Maafkan saya kerana bukan isteri sempurna utk awk.

Untuk keluarga saya terima kasih bersama saya waktu susah dan senang walaupun saya dah menconteng arang pada kalian. Keluarga saya jugak (bekas mentua) ayah kakak abang dan adk terima kasih, kerana menerima saya dalam keluarga dan menyangi saya walaupun saya hadir dalam keluarga kalian dengan memaluukan tapi kalian ttp menerima saya dengan kasih dan sayang, kalian ttp keluarga saya hingga akhir hayat saya.

Sahabat2 saya yang sentiasa ada bersama saya waktu saya hanyut dan waktu saya mencari jalan pulang terima kasih korang byk bg kata2 semangat walau korang tau akan diri ini. Korang sahabat dunia akhirat sayang korang.

Benar hati Allah yang pegang hati manusia berbolak balik. Jika penulisan saya tersiar terima kasih admin dan pembaca. Jika ada yang boleh mengajar saya dan anak ttg agama sila tinggal kan komen area shah alam atu bukit jelutong (hanya mencari utazah).

Apa reaksi warganet, ramai yg bg nasihat dan kongsi pengalaman

Arishah, Tak payah mintak maaf sbb x jadi isteri yg sempurna dik. Mcm isteri Ude dok sebut perkara yv sama. Kalau dia suami mithali tu lain la. Dan, takyah nak kenang sisi baik dia yg org tak tau tu. Tak perlu dingat2 lagi. Bila asik dok ingat, nanti kalau dia rayu nak bersama, terkulai la awak, terima balik padahal dah begitu banyak siksaan dari dia. Tutup buku, move on.

Syahmina, Xpela dik…I won’t judge u…sbb sbg manusia kita x terlepas dr melakukan kesilapan…kita bukannya malaikat….anggapla ni adalah ujian n pengajaran pd awak… semoga ini mematangkan awk n mendekatkan diri awk pd yg esa….Semoga urusan awk n anak awk dipermudahkan di masa hadapan…aminn.

Siti orked, Tak perlu kecam KRT ke apa. Siap cakap cerita bodoh. Macam la kita cerdik sgt. Bersyukur kita tak ditempatkan situasi dia..entah2 tindakan kita lagi bodoh drpd dia. Dia mengarang bukan mcm budak wicet dan ada pengajaran boleh diambil drpd kisah dia..ambik je la yg baik. Susah jugak orang bajet cerdik ni..