Foto sekadar hiasan. Banyak kali cerita perihal isu batas aurat masing-masing bila berkumpul ni diulas. Tapi saya sedia nak kata, tahap kesedaran semua orang tak sama. Saya sudah berkahwin hampir 8 tahun. Suami saya anak bongsu. Suami mempunyai seorang kakak dan 6 orang abang. Rumah mertua saya bukanlah rumah yang besar. Hanya teres biasa 3 bilik 2 tingkat
Kami antara yang selalu pulang ke rumah ibu baba kerana duduk berdekatan. Ibu di sepang, kami ni kajang.
Berikutan usia ibu baba juga dah meningkat, suami kerap kali ajak pulang ke rumah ibu untuk jenguk mereka
Anak-anak kami juga antara cucu yang kecil, paling kecil masih 4 bulan. Abang dan kakak ipar masing2 anak dah bersekolah rendah
. Masing2 sangat sibuk dan jarang pulang kerana ada yang duduk di melaka, di kelantan
Saya suka ikut ke rumah ibu. Ibu baba sangat baik mertua yang saya sayang, syukur tiada isu apa-apa seperti kisah-kisah di page rumahtangga lain
Cumanya apabila adik beradik berkumpul, dan ada majlis besar, mula masalah satu per satu timbul
Sebabkan rumah mak hanya 3 bilik, kakak sulung sentiasa dapat bilik satu, abang kedua dapat bilik satu.
Sebuah lagi memang bilik ibu jadi yang lain bercampuran di ruang tamu yang juga kecik dan sempit
Walaupun zaman harini banyak pilihan duduk homestay hotel, suami saya tetap setia ingin tidur di rumah ibu.
Sebab ibu suka main dengan cucu-cucu. Dan suami juga anak bongsu sangat manja dengan ibu, ingin jaga hati mereka
Keadaan jadi susah bila anak2 abang dan kakak ipar dah besar, saya dan beberapa biras lain mempunyai anak kecil yang hendak menyusu..
tiada ruang di rumah dan tak pernah dapat bilik. Tak kira waktu mengandung, waktu menyusu, berpantang.
Saya berpantang di rumah mama jadi tiada masalah. Biras yang berpantang di rumah ibu sangat kasihan. Di ruang tamu hanya bubuh langsir sementara sebagai pemisah
Bilik masih jadi keutamaan kakak dan abang ipar paling tua. anak kecil kami 4 bulan.. anak abang ipar ke 4, ke 5 masing2 ada bayi kecik 1 thn dan 8 bulan
Suami pun selalu suruh saya susukan sahaja di ruang tamu yang padat dengan adik beradik biras lain. Kadang2 terselak, hampir nak menjerit saya pada anak
Bila tidur saya tak tahu nak tidur di mana. Sana sini ada abang ipar dan biras, di tambah anak buah lelaki yang dah 7 – 8 tahun.
Walaupun benda ni nampak remeh, tetapi mama ayah saya selalu tekan kan isu aurat dari kecil.
Saya sangat tak selesa dengan menyusu anak dan nak jaga penampilan ketika tidur semua
Ada kala saya berdoa Allah bukak hati abang dan kakak ipar yang tua untuk beri ruang pada adik2 ipar perempuan mereka yang kecil pula tidur di bilik, menyusu dan ruang berehat.
Anak-anak mereka dah besar, mereka tak rasa payah nya nak cover/ tutup aurat sepenuhnya sambil anak-anak kecil nak minum
Tapi masih belum termakbul doa saya sampai hari ni. Hampir 6 tahun saya menahan waktu tidur apabila berkumpul sejak mengandung anak pertama. Anak saya sekarang berumur 5, 2 dan 4 bulan
Saya tak tahu bagaimana keadaannya bila cucu semuanya dah besar. Kalau mampu nak sahaja kami belikan rumah baru yang besar untuk ibu baba.
Tapi faktor usia yang lanjut, ibu baba tak mahu pindah dan adik beradik suami yang lain juga tak memberikan sokongan
Saya buntu…
Ini antara respon dari netizen yang perihatin.
Hafsah. Bincang dgn suami isu aurat tu, sbb klu suami pun xconcern mmg susah sgt.. Satu lg, dorg jarang2 balik kn.. Klu time dorg balik tu, awak discuss la dgn husband, balik tdo kt umh sendiri je.. Xjauh pun.. Balik tu bkn awal sgt, sedang elok org nk tdo dh, awak n family balik la..awal pagi boleh dtg semula.. Sekadar cadangan je sis..
Izati. Patutnya kalau ada 2 bilik extra tu khaskan 1 utk lelaki 1 utk perempuan..so siapa2 nak tukar/pakai baju boleh masuk bilik yg dah khaskan ikut jantina, nak susukan anak pun masuk bilik khas perempuan. tapi bila dah malam time nak tido jadikan dua2 bilik tu bilik perempuan, yang laki tido la kat ruang tamu. tak susah pun sebenarnya
Norazlina. Kakak sulong tu kan takde aurat dgn fam sendiri sbb dia sorg pmpuan. Yg lain semua lelaki mahram dia kan.
So dia la kena beralah. Anak bongsu lelaki ni mmg kadang2 tak boleh fikir logik sgt. Kdg dorg risau nak tegur abg2 n kakak2. Kita la sebagai isteri kena selalu remind suami.. klo saya dah rebel dah.
Adliah. Kalau bilik sikit, sepatutnya bilik itu untuk anak, menantu dan cucu perempuan sahaja. Balik sekali2 tak payahlah mesti mesti jugak nak sebilik sefamily.
Malah adik beradik pun mesti dipisah tempat tidur, takkan sepupu sepapat, ipar biras tidur seruang.
Tak payah nak hoosnozoon sangat. Suasana macam ini boleh menyebabkan berlakunya pencabulan.
Bukannya kita tak pernah dengar dan baca dalam iium confession ini tentang kanak2 dan remaja yang dicabul semasa tidur beramai2 cuti di rumah opah atuk. Nak bersilaturrahim, mengeratkan hubungan tak perlu sampai langg4r hukum.
Ashani. Bukan salah kakak2 ipar ye.mereka yg lebih tua memang layak dihormaati.suami sis tu yg salah taktau menjaga kebajikan isteri sendiri.
dia yg taknak mengalah sewa homestay ke apa dan tak berusaha ut keselesaan isteri.jangan nak merengek pulak minta orang lain faham sedangkan suami sendiri taknak faham.
Ayu. Mujurlah time covid ni dekat setahun tak payah ke mana-mana. Saya di klang, jumpa parents pun duk depan pintu sekejap je. Bukan setakat aurat terjaga, turut jua menjaga penjarakan sosial.
Wan.1) slow talk dgn suami. Biar dia tido umah mak dia. Puan tido kt hotel/homestay.
2) slow talk dgn Ibu. Minta Ibu asingkan bilik siap2. Ppuan sume dalam bilik dan lelaki kt luar
3) suh suami belikan khemah untuk puan Dan biras2 utk salin baju/menyusu.
4) jika tiada satu pun berjaya dibuat, bertegas dgn suami puan tidak mahu pergi jika aurat puan tidak dilindungi sepenuhnya.
Ingatkan suami bahawa aurat isteri terdedah dia yg berdosa kerana abaikan tgjwb tersebut Fii hifzhillah
Hajar. ya Allah kakak dgn abang punnn apa yg kempunan sgt nak duduk dgn psangan masing2. kan dh ada anak takkanlah takleh faham strugle mak ayah ada anak kecik.
semua salah. dari mak ayah mertua yg tak cakna, sampai ke kakak abang yg dh berusia tapi tak reti fikir pasal orang, sampailah si suami yg nak jadi anak mithali tapi lupa aurat isteri.
dia nak tunggu sampai anak buah dia cakap kuat2 ternampak breast isteri dia baru nak ada akai. budak2 kan jujur.
Hidayah. Bagi saya jumpa husband sis, nak ketuk kepala dia bagi waras sikit. Gila ke suruh dekat ruang tamu je. Rumah parents aku sendiri pun aku lari dalam bilik.
Kalau saya jadi sis panggil grab balik je Kajang, peduli apa pulak. Orang tak kisah perasaan kita, kenapa kita nak kisah perasaan orang lain .
Laila. Tak sure nk komen apa sbb my fmly xde ketegaq bab cmni. Time bkumpul, walau bilik sape pun, akan dikemaskan pastu buat asing.
Bilik ni utk ank2 dara atau bujang perempuan. Bilik ni utk warga prmpuan yg lbih brusia. Bilik sana utk prmpuan yg ada ank kecik.
Yg llki smua tido luar x kira bujang kecik dah berbini. Halah2 tak meletupnye alat suliit tu klau tido berenggang sekejap
Nadzra. Suami tak peka dan tak jaga aib isteri. Itu tugas suami utk sediakan tempat yg selesa dan secure utk isteri dan anak2.. Lagi2 ibu yg menyusu ni mmg perlukn bilik yg tidak berkongsi ngn sape2 utk privasi dan jaga aurat.
Ada ramai je yg tak sensitif bab aurat. Disuruh berkongsi sebilik dgn mertua ipar duai semua tu pn ada. Huhu.
Puan kena tegas dan slow talk dgn suami, kdg2 isu2 yg dipandang remeh kalau pendam lama2 nnti boleh jadi racun.
Tak perlu peduli cakap2 org lain yg tak peka psl dosa pahala and batas2 tu. Janji aib kita terjaga.
Pujuk baik2 suami utk cari homestay berdekatan atau pinjam bilik sekejap. Benda boleh settle tu. InshaaAllah.
Siti.Sekadar cadangn
1.pastikan pakai tudung labuh,
Kalau boleh pakai tudung mcm ustazah zaman dulu yang tudung labuh bulat labuh (labuh depan, belakang, kiri dan kanan)
Alhamdulillah ni sy amalkan,
Menyusu baby dalam pasaraya pun org tak perasan, sebab cnfrm baby cover seluruh,
usia baby saya 2bulan lebih saya bawa ke india,
Baby fully breastfeeding,
Alhamdulillah langsung tidak sukar utk menyusu baby dimana shaja.
Note :- bila dah ajar baby menyusu dari kecil menyorok dlm tudung, insyaallah baby okey je walau seluruh badn dia dalam tudung kita.
2. Jika ada duit lebih sikit, mnta suami belikan bidai kayu yg boleh stand, boleh lipat.
Terutama wktu nak tidur tu guna.
Ali. Kalau dapat laki yg takda common sense camni kena cakap kuat2 dan jelas2. Cakap, bang, abang suka ke ipar duai nampak te*** saya? Atau ternampak kain saya terselak malam2? Kalau laki tu marah dialah yg bodoh.
Sufiana. Saya rasa bila berkumpul semua ahli ada, jika bilik tidak cukup. Kumpul kan saja yang perempuan tidur didalam bilik. Yang lelaki boleh tidur diluar.
Menyusu badan atau tidak, ada anak kecil/besar, yang perempuan (ipar dan biras) perlu tidur didalam bilik untuk menjaga aurat. Setiap hari berkepit dengan suami kan? Balik kampung sekali sekala berkrban la tidur asing sekejap.