Lps kahwin sy ad mslah kputihan yg teruk, rupanya suami prnh bersama dgn ramai prm sblm bkhwin

Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin sebab siar kisah sy pada 17 mei jam 23:01. Saya rasa lega sikit lepas dapat luah kat sini. Sy tak dapat nak cerita kat sape. Tahun lepas kami pernah ke pejabat agama, selepas dia kantoi ada akaun dengan nama palsu, dan dia duk post video luch non-stop kat situ. Kantoi dengan sy, sy terus avoid dia.

Sy mintak cer4i. Sebab dah banyak kali kantoi banyak benda yang berdosa besar. Kalau hukum hudud ada kat negara ni dah kena dah dia, tak sempat nak berzna dengan banyak perempuan macamni.

sy malu ada pertalian suami dengan dia. Isteri sendiri ada tapi tak sentuh, duk tengok video lcah. Patutlah setiap malam tidur lewat.

Yang tengok lcah tu praktis kat mana? Tapi dia mintak utk sesi kaunseling. Masatu kaunseling tu, 1st time sy luah separuh drpd apa yg terbuku dihati, Sumpah, kalau kantoi dengan sy sebelum kawin,

sy takkan kawin dengan lelaki macamni. Sebelum kawin memang sy ada syak macam-macam tapi kita bersangka baik. Mungkin sy je syak macam-macam.

Tapi percayalah naluri wanita memang tepat. Lelaki cuma sweet talker, tu yg buat wanita tertipu.

Lepas kawin saya start ada keputihan yang terlalu banyak, dan itu petanda awal yang saya mula syak ada yg tak kena..

Saya beranikan diri bertanya sebab benda ni tak pernah jadi kepada sy. Dan memang ya. Dia bukan teruna. Dia pernah terlanjur.

Dia cerita hanya terlanjur dengan ex dia dulu, lebih 5 tahun dulu. Katanya ex dia memang ada keputihan. (Eh kau ingat keputihan ni keputihan je?

penykit kelamin yg lain pun keluar cecair kat situ, bukan sekadar lendiran biasa) sebelum kawin kata segar dari ladang, lepas kawin baru mengaku.

Dia salahkan ex dia dulu. Tapi hakikatnya lepas tu, sy berjaya bongkar banyak kisah dia berzna dengan btina-btina lain.

Ya Allah penykit apa yang kau bagi kat aku ni suami? Aku jaga diri, tak pernah disentuh lelaki. Lepas kawin baru aku bagi kau sentuh, kau bagi penykit kat aku?

Tapi, Kita isteri ni cepat lembut hati, maafkan walaupun tak boleh lupakan. Tapi keputihan yang keluar tu, warna pun dah pelik.

Kuning pun ada. Berterusan sampai mengandung, doktor bagi antibiotik, sy terpaksa makan sebab takut kuman affect baby.

Tapi dlm masa yg sama sy takut jgk makan certain antibiotic ms mengandung, takut risiko kepada baby. Sebab masatu sy baru nak masuk trimester kedua.

Alhamdulillah anak sy takde pape, tapi lahir terus kena tahan ward kerana jangkitan kuman.

Banyak kali sangat dah sy berlembut hati. Semuanya kerana fikirkan anak. Tapi sampai bila? Sy dah letih. Nafkah zahir batin dua-dua tak dapat.

Nafkah zahir, biasanya dapat masa makan kat kedai je, dia bayar. Yang lain 90% sy bayar sendiri. Loan rumah dan kereta pun kami share 50:50.

Nafkah btin? Sy dapat nafkah btin kerap masa beberapa bulan lepas kahwin je, sebab sy agak lambat mengandung dan suami rasa tergugat bila kawan dia tanya bila nak dapat anak, kawan-kawan dia semua isteri mengandung terus lepas kawin.

Sedangkan sy dah lebih setengah tahun kawin tapi tak mengandung. Masatu jelah ada nafkah batin. Lepas konfem mengandung, tu titik permulaan kepada nafkah batin sekali dalam 2-3 bulan.

Dan sy pregnant, mestilah tak period. Walau diajak, tapi dia melengahkan (menolak tapi tak cakap, duk sibuk buat benda lain, main hp, etc), akhirnya sy tidur dalam air mata almost setiap malam.

Sampai sy terfikir nak beli se x toy. Sehingga ke bersalin sy makan hati. Dan 8 bulan lepas bersalin baru dia ajak bersama.

Sebelum anak umur 8 bulan tu, banyak kali sy ajak, sy bagi hint tapi dia buat-buat sibuk.

So agak-agak kat mana dia lepaskan nfsu? Lelaki-lelaki boleh jawab ke, suami ni jenis yg tak tahan nfsu selama ni, tiba-tiba tak sentuh bini lamaaa sangat.

Lepas nfsu kat mana? Sekarang, setiap kali bersama pun sekejap sangat. 10 minit tu paling lama dah. Dan Sebulan biasanya 1 kali, kadang-kadang 2kali.

Sy ni ibarat kawin tanpa nafkah. Dan menanggung banyak perbelanjaan. Bil yg beratus sy bayar sebab dia kaki aircond, makan pakai pun saya bayar.

Keperluan anak pun byk yg sy bayar. Sebelum bersalin, barang keperluan baby semua sy tanggung sendiri.

Dalam kepala sy, akulah suami akulah isteri. Lagi dasyat dari orang yg tak kawin sebab utk certain benda, sy tanggung suami.

KISAH KE 2. Aku kahwin dengan wanita pilihan mak, rupa rupanya bakal isteri aku penghidap h1v dan merayu untuk aku menutup aibnya, akhirnya aku kahwin juga dengannya. Tak sangka ini yang berlaku di malam pertama kami….

Assalam semua pembaca, bila baca confession, banyak pulak cerita yang menunjukkan kesampahan lelaki. Suami cuurang dengan jiran, suami pkul isteri, suami tak straight, sesak jiwa saya.

Jadi, rasa terpanggil nak kongsi cerita saya di sini. Harap dapat memadam sedikit rasa tsayat dalam kalangan wanita tentang perkahwinan.

Saya Din. Tahun ni umur 30. Saya duda. Kem4tian isteri 5 bulan lalu. Arwh isteri saya biarlah saya namakan sebagai Nina. Saya dan Nina punya jarak jauh beza usia. Dia 38. Kami kahwin atas dasar pilihan mak saya. Mak saya suka sangat dengan Nina.

Mak kata Nina baik, Nina hormat orang tua, Nina pandai masak. Serba serbi baik senang cerita. Dan sebab Nina ni kecil molek orangnya, tak nampak yang umur dia hampir 40.

Kami nampak macam sebaya. Bila mak kata nak jodohkan saya dengan Nina, saya serba salah.

Sebab saya dah ada girlfriend masa tu. Kami belajar sama-sama kat U, tapi dia junior saya. Saya panggil dia Ita. Mak tak tahu pasal Ita sebab saya plan nak bagitahu pasal kami bila Ita dah habis belajar.

Tapi bila mak dah keluar cerita pasal Nina, saya macam blur kejap. Mak asyik push saya untuk cuba kenal & kawan dengan Nina.

Sebab mak dah berkenan sangat. Pendekkan cerita, sebulan lepas mak sampaikan hasrat nak bermenantukan Nina, mak saya men1nggal.

Mak memang dah lama s4kit. Sayalah yang jaga mak selama di hspital. Mak kenal Nina sebab berjiran katil kat hspital.

Bila Nina melawat mak dia, berbual-buallah dengan mak saya. Tu yang suka sangat dengan Nina.

Lagi pulak mak saya ingat saya memang tak ada sesiapa, lagilah mak saya nak sangat kami kahwin. Lepas mak pergi, saya buat istikharah. Saya tak nampak Nina, tapi saya nampak mak.

Setiap kali buat istikharah, saya nampak mak. Sebak gila rasa sebab saya memang ikhlas & sayangkan Ita. Tapi istikharah tu? So saya ikut jawapan istikharah. Saya pilih Nina. Ita menangis teruk.

Ita kata saya kena s1hir Nina sebab saya sanggup tinggal Ita yang dah bertahun bercinta demi Nina, seorang anak dara tua. Entah.

Saya pun tak tahu nak explain apa kat Ita. Ita minta saya pergi berubat & dia sanggup tunggu sampai saya sihat balik, tapi dia minta saya jangan kahwin dengan Nina.

Saya pesan kat Ita, jangan tunggu saya. Ita berhak dapat lelaki lebih baik. Klisè sangat kan jawapan saya. Macam drama pkul 7. Tapi saya memang nak dia bahagia walaupun tanpa saya.

Persiapan pun dibuat. Meriah giila. Sebab Nina anak sulung yang telah dilangkah bendul 3 kali. Jadi parents dia excited sangat & nak buat majlis grand kiranya. Saya ikutkan jek.

Kemuncak cerita bila pergi pejabat agama untuk interview sebelum kahwin. Biasanya, sampul keputusan ujian drah akan dibuka oleh pegawai pejabat agama depan bakal pengantin.

Masa tu saya dah selesai interview. Tetiba pegawai agama yang interview Nina panggil saya masuk bilik dia dan terbongkarlah segala kisah. Nina H1V+.

Nina menangis macam budak kecil masa tu. Pegawai agama minta saya fikir baik-baik apa langkah seterusnya. Terpulang pada saya nak teruskan atau batalkan perkahwinan.

Bila masuk kereta, saya tengok Nina. Tapi saya tak tahu nak cakap apa. Nina minta maaf sesungguhnya. Nina kata dia b0doh sebab dia ingatkan dia boleh tipu saya tentang ini.

Nina lupa yang ada ujian drah segala sebab dia hanya nak tutup mulut makcik-makcik bawang yang sibuk tanya bila nak kahwin sedangkan hakikatnya dia tak patut kahwin pun.

Dah tu, saya pak sanggup ke? Yaa Tuhan. Bala apa pula kali ni. Saya rasa frust sangat. Jawapan istikharah ni membawa saya kepada musibah ini ke? Saya buntu. Nina cakap, terpulang kalau saya nak batalkan majlis. Lagi sebulan. Nak batalkan?

Nak cakap apa kat keluarga? Saya tanya, parents Nina tahu tak pasal ni. Nina kata, tak ada siapa yang tahu. Saya teruskan. Saya tak tahu kenapa Tuhan lorongkan hati saya ke pilihan ini. Serius.

Bila fikir-fikir balik, macam g1la juga keputusan saya ni. Malam perkahwinan itu saya nangis mengenang nasib yang menimpa.

Sepanjang perkahwinan, lepas solat berjemaah, doa kami adalah supaya urusan kami dipermudahkan, tak kira apa jua kesudahannya.

Saya ajar Nina solat, mengaji. Nina cakap dia suka saya sebab dia selalu dengar saya mengaji untuk mak saya masa di hspital.

Sebab tu Nina cuba sedaya upaya untuk ambil hati mak saya supaya jadikan Nina menantu. Nina cakap, dia tak nak m4ti menderita sorang-sorang tapi at the same time, Nina tak nak family dia tahu yang dia ada H1V+. Maha Suci Allah, kasih sayang yang lahir dalam hati saya ni memang ikhlas bukan berlandas nfsu semata.

Semakin hari, saya nampak perubahan Nina. Kuulit Nina mengering macam berkeruping & berbekas hitam. Bila dalam rumah pun Nina pakai lengan panjang & tudung.

Sebab Nina kata dia malu kulit dia buruk. Selalu sangat demam sampai sesak nafas. Nak jalan pun tak larat. Batuk tak sembuh-sembuh. Sehinggalah dia s4kit terlantar, saya yang jaga Nina sepenuhnya.

Kawan-kawan pejabat Nina semua buat andaian yang Nina kena s1hir sebab tak ada siapa sangka perempuan baik seperti Nina boleh ada H1V+.

Sehinggalah Nina pergi. Selepas Subuh, hari Khamis. Lepas saya mandikan Nina, dia kata dia s4kit perut. Masa tu Nina macam dah boleh bergerak sikit. Saya papah dia ke bilik air.

Lepas siap, Nina kata dia sejuk sangat. Saya selimutkan Nina & masa tu lah Nina n4zak depan mata saya.

Tiba-tiba. Nina sempat minta maaf sebab seolah dia dah aniaya hidup saya & ucap terima kasih banyak kali sebab jaga dia sampai akhir hayat. Nina pergi macam tu jek. Mudah. Tenang. Saya terkelu kejap.

Tak tahu nak rasa apa. Nina pergi bersama aibnya yang tertutup rapat. Maha Suci Allah yang Maha Pengampun & Penerima Taubat hambaNya.

Oleh sebab Nina masih muda & tak ada history s4kit teruk, so kena buat post mortem untuk claim insurans. Mulanya saya tak nak bagi sebab saya risau kecoh pulak tentang punca s4kit Nina yang sebenar.

Tapi keputusan post mortem menunjukkan yang Nina kena Tibi (batuk kering) sebab pekerjaan Nina yang selalu keluar negara. Even parents Nina pun tak tahu sampai ke sudah.

Jadilah saya duda muda. Perkahwinan kami hanya 5 bulan. Bak kata Nina, Allah hantar saya untuk tutup aib & jaga Nina ke hujung nyawa.

Andai itu takdirNya, saya redha. Semoga Allah tutup juga aib saya & berikan saya ganjaran kebahagiaan di dunia & akhirat. Cinta sejati tu wujud ye, semua.

Saya tak galakkan korang buat keputusan seperti saya sebab saya rasa kisah saya ni rare sangat. 1 dalam seribu kot. Bukanlah saya nak kata saya ni jejaka beriman ke apa.

Cuma mungkin ini ujian untuk saya & alhamdulillah saya berjaya tempuh hingga ke hujung cerita. Now saya dalam proses nak menenangkan diri.

Semoga cerita saya akan jadi semangat buat wanita-wanita di luar sana untuk percaya yang lelaki baik itu masih wujud untuk anda. Terima kasih kerana membaca hingga ke noktah terakhir.