Foto sekadar hiasan.Salam admin. Nama saya Aisyah. Bukan nama sebenar. 28 tahun. Dah berkahwin, dan ada cahaya mata seorang. Saya mengambil masa yang lama untuk menulis luahan ini. Rasa perit untuk menceritakan apa yang terjadi kepada saya. Namun, setelah difikir berulang kali, saya rasa perlunya luahan saya ini untuk memberi sedikir pengajaran kepada semua pembaca.
Saya percaya, rata-rata pembaca IIUMC mungkin dari kalangan wanita dewasa yang sedang melalui hidup berkahwin, atau mungkin juga sedang dalam usaha untuk memasuki kehidupan perkahwinan.
Saya telah berkahwin selama 4 tahun. Kami dikurniakan seorang cahaya mata puteri, sekarang berusia 3 tahun. Suami saya sebaya dengan saya. Dia bekerja sebagai seorang jurutera, berasal dari Kelantan. Manakala saya pula berasal dari Selangor.
Kami mula kenal sejak 5 tahun lepas. Ketika sedang melalui fasa mencari pekerjaan. Suami saya merupakan kawan kepada abang saya. Abang saya yang suggest untuk kenal suami saya. Katanya, suami saya adalah lelaki yang paling baik dia pernah jumpa.
Dari segi perangai dan agama, dan juga berpendidikan. Suami saya berasal dari keluarga yang berada dan sangat berdisiplin. Cuma kekurangan suami saya adalah, dia hisap rokok.
Selepas setahun berkenalan, kami putuskan untuk bernikah. Keputusan kami disambut gembira oleh kedua-dua belah ahli keluarga. Pada hari itu, saya berasa sungguh gembira.
Namun, sedikit sebanyak, saya merasa agak risau dan takut. Ini kerana, suami saya tidak tahu bahawa saya sudah tidak ada dara. Dia tidak pernah tanya tentang kisah silam saya. Sedangkan saya selalu stalk dan trace kisah silam dia.
Pada waktu itu, saya rasa sungguh benci kepada bekas kek4sih saya. Sedangkan saya tahu, itu juga berpunca dari kesilapan saya sendiri.
Semasa hari pernikahan, saya merasa sangat gugup. Apabila saya melihat suami saya tersenyum lebar ketika ingin akad nikah.
Saya tidak mampu membayangkan betapa sedihnya dia apabila tahu saya sudah tidak ada dara. Pelbagai usaha saya lakukan supaya suami tidak tahu yang saya tidak ada dara pada malam pertama.
Sehinggalah pada suatu malam, kami ingin bersama. Pada ketika itu, saya cuba meluahkan isi hati saya. Saya cuba memberitahunya tentang kisah silam saya.
Namun, dia terlebih dahulu membuka mulut.“Abang tahu apa yang Aisyah nak bagitahu abang. Abang takkan judge masa silam Aisyah, untuk hidup kita pada masa sekarang.”
Saya terdiam apabila dengar suami saya cakap macam tu. Saya langsung tak sangka, sebenarnya suami saya dah tahu tentang hal ni.
Saya memohon maaf kepadanya kerana tidak dapat menjaga kesucian saya. Apa yang membuat saya terharu adalah, suami saya langsung tidak terkesan oleh kisah silam saya. Saya sayang suami saya lebih dari apa sekalipun.
Kehidupan kami sungguh bahagia. Kami tidak lagi dihujani apa-apa masalah berat. Kewangan suami yang stabil dan sokongan keluarga belah suami yang sangat kuat membuatkan saya rasa saya adalah wanita yang sangat bertuah.
Setahun kemudian, kami dikurniakan seorang cahaya mata. Suami saya sungguh gembira. Sudah lama dia inginkan seorang anak perempuan. Kasih sayang yang diberikan oleh suami saya memang tidak berbelah bahagi kepada kami sekeluarga.
Seluruh ahli keluarga saya, sayang sangat suami saya. Kadang-kadang saya tertanya-tanya, kenapa Tuhan begitu bermurah hati memberi saya seorang suami yang sangat sempurna.Semuanya kelihatan berjalan lancar, maka Tuhan memberikan kami satu ujian..
Pada tahun lepas, bekas kek4sih saya mula hadir kembali ke dalam kehidupan saya. Dia hadir sebagai client saya. Kerana saya adalah agent sebuah syarikat kenderaan.
Pada awalnya, kami berhubungan atas dasar business. Namun, dari hari ke hari, bekas kek4sih saya mula meminta sesuatu yang lebih sebagai kawan.
Saya tidak menceritakan hal ini kepada suami saya. Saya risau dia akan susah hati. Saya yakin yang saya mampu untuk menjaga diri saya. Namun itu cuma kata hati saya, pada waktu itu.
Kami berhubungan selama berbulan-bulan. Lama kelamaan, kami mula jatuh cinta kembali. Tanpa pengetahuan suami saya.
Saya mula bersikap kasar terhadap suami. Saya jarang meluangkan masa dengan suami saya. Saya jarang meluangkan masa dengan anak saya.
Saya kerap pulang lewat malam walaupun telah ditegur berulang kali oleh suami saya. Atas alasan kerja.Suami saya bukan jenis yang mengongkong.
Oleh kerana saya selalu menceritakan cita-cita saya untuk jadi berjaya, dia mendokong sepenuhnya usaha saya dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saya.
Mungkin itu adalah tiket kepada saya untuk melakukan hal-hal yang..terkutuk dengan bekas kek4sih saya..Saya tenggelam di dalam hidup bermaksiat bersama kek4sih saya.
Kami mula melakukan hal-hal yang.. Jiwa, hati dan tubuh saya, saya serahkan kepada bekas kek4sih saya. Pada waktu itu, tidak terasa sekelumit rasa bersalah pun kepada suami saya.
Kehidupan kami sekeluarga mulai renggang. Suami saya mula menunjukkan rasa tawar hati kepada kepada saya. Mungkin kerana saya kerap balik lewat malam dan selalu outstation.
Kami juga telah lama tidak bersama. Kerja rumah saya serahkan kepada suami. Dia terpaksa abaikan kerjanya untuk mengambil anak saya di nursery waktu petang dan menidurkan anak saya pada waktu malam.
Sehinggalah pada 5 bulan lepas, suami saya bersikap sedikit berlainan. Dia mula melayan saya dengan sangat baik. Dia kerap membawa kami sekeluarga ke tempat-tempat percintaan kami. Dia bawakan kami bercuti ke tempat idaman saya.
Dia curahkan kebahagiaan kepada saya melebihi dari apa yang bekas kek4sih saya pernah lakukan kepada saya. Dia buat landskap di tepi rumah untuk saya berehat dan bersantai bersama keluarga. Dia buat home theatre untuk kami sekeluarga bersantai pada hujung minggu.
Saya merasa agak pelik dan hairan. Saya mula mengesyaki suami saya. Apa yang ada dalam kepala saya, adalah mungkin suami saya melakukan sesuatu hal yang menyakitkan hati saya. Saya syak dia ada perempuan lain.
Saya mula stalk semua tentangnya. Melalui social media, melalui rakan-rakannya, melalui keluarganya. Apa yang saya jumpa, adalah kosong. Saya check phone dia.
Buka semua apps, tiada. Hanya carian googles tentang pembinaan landskap, decorate your home thaetre, tempat peranginan, dan resepi memasak. Suami saya tiada apa-apa skandal dengan perempuan lain.
Saya tertanya-tanya kenapa suami saya berubah sikap. Saya cuba berpura-pura tidur pada waktu malam untuk melihat sama ada dia text someone or not. Pun tiada.
Sehinggalah pada minggu lepas, saya cuba buka phone dia balik. Saya tengok semua gambar, call logs. Saya tetap tak jumpa apa-apa. Kemudian.. saya buka imessage.
Saya baca satu conversation suami saya dengan kawan baiknya dari kelantan. Isi conversation adalah dalam loghat kelantan. Apa yang membuatkan saya ingin tahu isi perbualan adalah, kerana ada nama saya di dalam conversation tu.
Saya mula baca dari atas. Dan terus ke bawah. Phone suami saya jatuh ke atas katil. Saya rasa sungguh bersalah. Dan terharu. Saya menangis.
Suami saya, mengadu kepada kawannya tentang kecuraangan saya dengan bekas kek4sih saya. Dia tahu apa yang saya buat selama ini.
Setiap ayatnya dalam conversation tu, menggambarkan betapa sedih dan kecewanya dia terhadap saya. Saya rasa sangat berdosa. Rasa sangat tercemar.
Suami saya.. dia berusaha untuk menggembirakan saya… supaya saya dapat melupakan bekas kek4sih saya. Dia cuba menghiburkan hati saya.
Cuba mengingatkan saya kembali terhadap kisah percintaan kami. Dia berusaha untuk menceriakan rumah kami, supaya saya lebih kerap berada di rumah…..
Saya rasa bersalah sangat. Rasa berdosa sangat. Saya nak minta ampun dan memohon maaf kepada suami saya tapi saya malu untuk mengaku semua benda ni di depannya.
Dia mengadu kepada kawannya, dia taknak confront saya tentang kecuraangan saya sebab, dia risau akan berakhir dengan perceraaian.
Dia taknak berceraai. Dia taknak anak kami hidup dalam keluarga berceraai berai. Dia taknak keluarga besar kami berasa sedih atas perceraaian kami.
Saya menangis, rasa bersalah, berdosa.. saya delete number bekas kek4sih saya. Saya tinggalkan dia. Saya nak bersama keluarga saya.
Saya nak bersama suami saya.Pada hari selepas tu, saya tengok suami saya, tersenyum melihat saya. Dia pluk saya seolah olah tiada apa yang berlaku. Walaupun saya tahu, dia sebenarnya tengah pat4h hati di dalam.
Saya rasa tak layak untuknya. Saya malu sangat. Saya putuskan untuk tidak menyentuh hal ni di depannya.
Saya akan devote diri saya sepenuhnya kepada suami dan keluarga saya. Saya nak dia tahu, saya dah berubah. Saya akan selamanya di sisinya. Sampai ke akhir hayat. Terima kasih kepada yang sudi membaca.