Aku dh xsuci tp suami ttp nk khwin dgn aku. Mlm prtama, tak sgka suami bt bnda ni sblm sntuh aku

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selama ni aku just baca je confession dan buat pertama kali dalam hidup aku, aku nak story tentang hidup aku yang hanya orang terdekat dengan aku yang tahu. Yang sudi baca, Terima Kasih aku ucapkan. Moga bermanfaat dan bagi kekuatan meneruskan hidup untuk yg senasib dgn aku. Okey dah *panjang sangat mukadimah nanti bosan pulak. HAHA. Aku perkenalkan diri aku sebagai Mel. Aku berasal dari Kuala Lumpur. Aku anak tunggal perempuan dalam keluarga. Ada abang dan adik lelaki. Dah tentu aku kesayangan keluarga.

Dari kecil kemahuan aku sentiasa dipenuhi. Tak pernah rasa hidup susah sebab Abah dan Mama aku bergaji besar. Alhamdulillah.

Kisah hitam aku bermula sewaktu aku berpindah di sebuah negeri P. Biarlah aku rahsiakan. Mama aku dipindahkan atas tuntutan kerja.

Maklumlah kerja kerajaan. Memerlukn khidmat Mama aku tidak kira tempat. Jadi kami sekeluarga terpaksa berpindah.

Dari sekolah rendah hingga tingkatan 1 aku tidak tahu bergaul dgn rakan sekolah lelaki. Maklumlah dah biasa sekolah perempuan sahaja.

Dan untuk pertama kalinya aku dipindahkan ke sekolah campur yang berdekatan dgn rumah aku.

Bermula di sekolah campur aku hilaang kawalan. CULTURAL SHOCK. Jakun tengok lelaki. Sebagai budak baru dari kota metropolitan, nama aku jadi sebutan di bibir setiap pelajar lelaki. Aku rasa bangga.

Ramai pelajar perempuan yang cemburu dengan aku. Aku silih bertukar psangan semasa di sekolah. Walaupun aku menjadi semakin liar, pelajaran tetap aku utamakan.

Keputusan PMR aku lulus cemerlang. Cukup untuk menyakinkan keluarga aku bahawa aku fokus semasa belajar. Semasa di tingkatan 4 aku berkenalan dgn S.

S seorang pelajar lelaki yg digilai ramai pelajar wanita. Aku hanyut dengan perasaan aku sehingga aku telah ‘terlnjur’ dengannya dan pelajaran aku merosot.

Hal ini diketahui oleh Abah dan Mama aku sebab kantoi ‘loveblte’. Mereka rasa sangat kecewa gila dengan aku. Memandangkan aku lah satu2nya anak perempuan tunggal mereka.

Aku malu dengan diri aku sendiri. Atas desakan Abah dan Mama. Aku putuskan hubungan aku dengan S dan fokus dengan SPM.

Ayat Abah aku yang sampai ke maati aku akan ingat “Kalau tak ada lelaki yang sanggup memperisterikan Mel, Abah akan jaga Mel sampai akhir hayat Abah”.

Sebelum kejadian kantoi, actually Abah aku ada inform Mama aku yang lately dia asyik mimpi permata macam bentuk diamond pecah.

Dan dia tak sangka rupanya itulah petanda bahawa permata (mahkota kesucian aku) yang dijaga selama ini dah hncur.

Tamat SPM aku ditawarkan ke sebuah IPTA di Selatan. Demi untuk membalas jasa Abah dan Mama aku yang sudi menerima kekurangan aku sebagai anak, aku menyambung pelajaran aku untuk membanggakan mereka.

Dan disinilah aku bertemu dengan Z. Z merupakan senior aku. Berasal dari family sederhana. Aku berkawan dan bercinta dengan Z.

Aku terpaut dengan keikhlasan hatinya, sifat kepimpinan yang ada dalam dirinya dan bertanggungjawab. Wajahnya cukup menyenangkan hati aku.

Semasa bulan ke 3 hubungan kami disebabkan aku taknak dia rasa dipermainkan hatinya, aku mintak putuskan hubungan memandangkan hubungan kami masih di peringkat awal.

Tapi Z taknak. Z cakap dia sayangkan aku dan tak sanggup tengok aku dengan lelaki lain. Malam tu Z ajak aku jumpa dia.

Aku jumpa Z dan aku nekad aku nak confess status aku malam tu dan aku harap Z akan benci dengan aku. Tujuan utama aku mintak putuskan hubungan sebab aku rasakan diri aku tak layak untuk dia.

Aku berterus terang dengan Z bahawa aku dah tak suci lagi. Masa tu aku dah tak kisah apa dia nak anggap tentang aku. Aku terima.

Sangkaan aku meleset, Z dengan tenang mendengar confess aku. Dia menyakinkan aku bahawa dia terima aku seadanya dan apa yang terjadi pada aku biarlah terkubur jadi sejarah.

Aku terkejut dan aku was2 dengan Z. Aku tak percaya dengan Z dan aku takut dia cuba ambil kesempatan atas kekurangan aku.

Sehinggalah pada bulan ke 5 hubungan kami, dia menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan parents aku.

Semasa cuti sem, aku bawa Z bertemu dengan parents aku. Parents aku menerima kunjungan Z ke rumah kami dengan rasa besar hati.

Mereka juga turut mengamanahkan Z untuk menjaga aku sepanjang aku belajar jauh dari mereka. Z mengotakan janjinya untuk menjaga aku dan turut jadi penyampai berita kepada parents aku kalau2 aku ada buat hal. Haha. *siiot betul.

Musim berlalu, hubungan aku dan Z memasuki tahun ke 2. Bagi menyakinkan diri aku bahawa Z memang betul2 ikhlas dengan aku, aku banyak buat hal dan skitkan hati Z.

Dan Z banyak bersabar dengan kerenah aku. Aku keluar dengan kawan lelaki aku dia tahu sebab dia follow aku dari belakang.

Kawan2 dia merupakan mata2 dia untuk mengawasi gerak geri aku. Sepanjang perhubungan kami, even dia kecewa dan marah dengan aku, dia tak pernah memperlekehkan kekurangan aku. Aku mula tersentuh dengan keikhlasan hatinya.

Alhamdulillah aku berjaya menamatkan pengajian aku dan Z juga dah bekerja di sektor awam. Dia masih bersama aku. Hubungan kami berjalan lancar even ada onak dan duri dengan perasaan aku yg masih was2 dan tidak percaya 100% pada Z.

Sehinggalah selepas setahun aku bekerja (swasta), Z meluahkan hasratnya untuk memperisterikan aku. Sungguh aku macam tak percaya. Kenapa aku yang hina dan jijik ni masih ada yang sudi untuk dijadikan isteri??

Oh yaaa, Parents aku tahu bahawa aku dah confess kisah hitam aku pada Z. Mulanya mereka terkejut dan risau aib aku terbuka.

Tapi aku bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sebab aku taknak akan ada masalah dikemudian hari. Disingkatkan cerita, Kedua parents kami bersemuka untuk kali pertama bagi urusan merisik aku.

Segalanya berjalan lancar mengikut perancangan kami (aku & Z). Tahun 2014 penghujung tahun kami ditunangkan. Tahun 2015 kami disatukan menjadi psangan suami isteri.

Saat lafaz akad oleh Z aku dapat rasakan betapa bertuahnya aku ketika itu, masih ada yang sudi berkongsi kehidupan dengan aku.

Dan aku dapat lihat airmata keikhlasan Z yang jatuh selepas selesai akad nikah kami. Begitu tersentuh nya hati aku. Siapa kata lelaki sekarang semua ‘trash’??

Malam pertama kami sebagai suami isteri, Z meminta izin ingin ‘menyentuh’ aku buat kali pertama. Airmata aku berjujuran malam itu memohon ampun dan maaf kepadanya kerana gagal menjaga ‘mahkota’ aku.

Aku juga sudah lama bertaubat. Z cuba mententeramkan keadaan aku. Pada masa itu dapat aku rasanya betapa tenangnya perasaan aku berada dalam dakapannya.

Genap bulan ketiga perkahwinan kami, aku disahkan hamil. Z lah orang yang paling happy sekali. Dia menjaga aku dengan penuh kasih sayang.

Setiap permintaan aku dipenuhi. Apa yang aku mengidam dia akan cuba dapatkan. Urusan kehamilan aku berjalan lancar dan aku bersalin ditemani Z.

Z adalah penyokong tegar aku. Memberikan kata semangat tak kira waktu. Z juga memilih untuk lihat sendiri anak kami dilahirkan.

Syukur aku selamat bersalinkan anak kami secara normal. Bertalu-talu Z mengucup dahi aku mengucapkan terima kasih kerana berjuang untuk melahirkan anaknya.

Dan aku dapat lihat airmatanya kali yang kedua menitis (airmata pertama semasa akad nikah kami).

Kini perkahwinan kami sudah menganjak tahun ke 4. Anak lelaki kami juga sudah berusia 3 tahun. Sepanjang pergduhan kecil @ besar kami, Z tak pernah mengungkit sejarah silam aku @ kekurangan aku.

Dan tak pernah juga merendahkan dan menghina aku. Malah sentiasa berbangga dengan status aku sebagai isterinya.

Parents aku juga sangat sayangkannya. Bagi aku Z adalah SUAMI KIRIMAN TUHAN. Yang tidak jemu menasihati aku dan mendidik aku menjadi isteri yang solehah juga dekat dengan agama.

Kepada Readers sekalian, doakan semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke syurga dan anak kedua kami yang bakal lahir tak lama lagi dalam keadaan sihat sempurna.

Dan nasihat aku kepada wanita yang pernah melakukan ‘kesilapan’, bertaubat lah dengan seikhlas hati, dekatkan diri dengan Tuhan dan teruskan kehidupan dengan penuh keyakinan.

Jangan terlalu percayakan lelaki sekelip mata dan jagalah maruah diri anda. Dan percayalah SUAMI KIRIMAN TUHAN adalah WUJUD.

Cuma anda yang perlu bijak memilihnya kerana dalam hidup, kita mempunyai banyak pilihan dan elakkan memilih jalan yang boleh membinasakan anda.