Foto sekadar hiasan. Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Harap semua sihat dalam waktu pkp ini. Terus terang, aku adalah seorang lelaki yang telah berusia 33 tahun. Bekerja sebagai jurutera disebuah syarikat perkapalan oil and gas yang agak terkemuka dalam negara.
Pernah mendirikan rumah tangga, dan tidak berjaya untuk bertahan lama. Kisahnya bermula pada usiaku 29 tahun, aku dikenalkan oleh sedara kepada seorang wanita yang tinggal berdekatan dengan daerah kerja ku. Wanita itu sewaktu itu telahpun berusia 31 tahun. Dan ketika itu aku suka melihat dia.
Dan kami bertukar no telefon. Macam kebiasaan lelaki, aku yang mesej dia dulu waktu malam selepas habis kerja. Aku ingin mengenali dia. Dia pun memberi layanan agak baik untuk ku ketika itu.
Dan kami mula mengenali hati budi masing masing. Perkenalan kami dibawa hinggalah 1 tahun dan kami rasa kami dah tak fikir nak terus berhubung sebegini.
Kami cuba mendekati hubungan halal dan dia pun bersetuju untuk bawakan aku berjumpa ayah dan ibunya. Ayah dan ibunya agak lanjut usia, dan amat warak.
Ini adalah suatu perkara yang positif kerana aku rasa anaknya mesti juga taat kepada perintah Allah swt. Pabila aku berjumpa dengan keluarganya dan menyatakan hasrat untuk menikahi anaknya, si ayah bersetuju.
Si ibu tak berkata apa. Lantas mereka pun berkata jika serius, sila bawa keluarga aku berjumpa keluarganya untuk berbincang. Dan aku bersetuju. Selang 1 minggu selepas itu, aku pun membawa keluargaku berjumpa dengan mereka.
Dan perbingcangan terus berlaku. Ketika sesi perbincangan itu berlangsung, aku tidak berada dalam rumah tersebut, aku hanya diluar minum air dan berborak bersama sedaraku.
Pabila selesai, ibu aku ajak pulang dan selesai kami bersalam, semuanya balik. Ketika di rumah aku, ibu aku bertanya, aku mampu ke? Kerana mereka meminta hantaran 30k.
Terkejut aku tak terkata pada waktu itu. Aku pun terus menelefon kek4sihku dan bertanya dia pun mengiyakan. Aku pun berkatalah, tak kan sampai 30k untuk sebuah perkahwinan.
Dia pun berkata, itu adalah keputusan ibu bapanya. Dia hanya mampu menuruti sahaja. Kerana sayang yang muncul dalam diri aku, aku tidak membantah, aku setuju dan aku pun jelaskan kepada ibuku untuk bersetuju sahaja. Dan ibuku pun nyatakan persetujuanku kepada pihak keluarga sana.
Aku pun cuba dapatkan 30k untuk perkahwinan ni dengan bekerja keras, simpan duit dan keluarkan separuh saham dari ASB dan buat pinjaman kecil dari koperasi dalam 10k,
akhirnya selepas 3 bulan aku berusaha, ianya mencukupi. Lalu aku pun nyatakan kepada kek4sihku ianya sudah cukup.
Dan aku serahkan wang kepada ibuku untuk dihantar pula kepada mereka. Selesai penghantaran wang, 1 tarikh diletakkan untuk kami bernikah, dan ksemua perkara nikah juga ditanggung oleh aku untuk pakaian pengantin, tok kadi dan lain lain.
Aku agak terkilan, aku dah beri 30k seperti dipinta, tapi yang perkara lain lain masih lagi aku yang perlu tanggung. Tapi tak mengapa, kerana sayang aku turutkan lagi.
Hinggalah ke hari pernikahan kami, kami telah pun sah bersuami isteri, isteri aku pula tiba tiba dia berbisik, malam ni aku tak dapat tidur bersama dia.
Aku fikirkan dia datang bulan. Aku senyapkan saje. Kami bersanding dan makan beradab tidak seperti aku jangkakan.
Kerana isteri aku langsung tak nak bercakap dengan aku waktu itu. Dan malam tu, memang benar, aku tidur di bilik pengantin, dan isteriku tidur dibilik lain. Aku jadi hairan.
Pabila selesai majlis semuanya, aku nak bawa isteri keluar dari rumah mertua dan pergi ke rumah yang aku sewa. Tetapi sebelum aku nak packing barang barang ayah mertuaku panggil dan beritahu aku sesuatu.
Dia cakap, yang duit hantaran aku yang aku beri 30k, ada baki 25k lagi untuk kami. Dia gunakan 5k sahaja untuk majlis kami, yang lain lain dia tanggung dengan wang pencen dia.
Dan dia nyatakan dia dah serahkan wang tersebut kepada isteriku. Jadi dia minta aku dapatkan rumah sewa atau beli ruamh jenis landed.
Supaya dia boleh datang menjenguk kami pada masa akan datang. Ayah mertua aku adalah pengguna kerusi roda. Dia tak mampu berjalan sendiri.
Jadi dia mohon aku sewa atau beli rumah teres landed. Dilema aku terjadi dan memuncak ketika aku bawa isteri ke rumah sewa ku rumah sewa ku adalah apartment di tingkat 2.
Si isteri masih lagi tak nak tidur denganku. Dan dia masih nak berasingan. Bila tanya kenapa, dia cakap masih dalam bulan.
Bila aku bertanya tentang 25k yang si ayah dia pulangkan, dia terus cakap jangan tanya pasal wang tu, dan terus marahkan aku. Aku diamkan dulu.
Diteruskan cerita seminggu selepas tu aku suruh dia tidur dengan aku. Aku masih lagi teruna dan tidak sentuh dia setelah seminggu berkahwin, dan dia masih lagi tak nak.
Dia tiba tiba ubah topik mengajak aku pergi honeymoon, dan tempat honeymoon dia sendiri cakap dia nak ke Maldives. Aku masih lagi turutkan kerana mungkin di Maldives dia nak tidur dengan aku.
Aku selesaikan urusan passport tiket dan booking hotel di Maldives dan duit aku untuk belanja di Maldives memang tak cukup.
Dia suruh aku meminjam sedangkan aku cakap, 25k tu ada pada kau, dan gunakanlah sedikit untuk kegunaan disana nanti. Tapi dia berkeras tak nak.
Lalu aku sediakan juga duit tambahan dengan meminjam pada sedara mara. Sampai di Maldives aku dimarahi lagi oleh isteri kerana dia cakap hotel panas, aircond hotel tak sejuk.
Dan itu menjadi alasan dia tetap tak nak tidur sekatil dengan aku. Aku disuruh tidur di sofa bilik, manakala dia tidur seorang di atas katil.
Selesai honeymoon, kami balik Malaysia dan aku pun bekerja seperti biasa. Sehinggalah pada suatu hari, aku balik keje jam 8 malam, aku sampai dirumah isteri ku tiada dirumah.
Makanan untuk aku pun tiada. Bila aku telefon dia, dia cakap dia balik rumah mak dia sekejap. Rumah mak ayah dia hanyalah sebelah daerah tempat aku keje.
Dan aku pun tunggu lah dia balik rumah kami. Sampai ke esok tetap juga dia tak balik. Bila telefon tak diangkat. Aku wassap tak balas, hanya bluetick sahaja.
Esok masih sama dan tak balik balik, bawalah ke lusa pun sama. Lantas hari ke empat aku pergi ke rumah mak dia.
Bila sampai disana, dia ada diluar rumah terus dia lari masuk ke dalam bilik bila nampak aku. Apa dia nampak aku ni hantu ke nak lari?
Bila aku jumpa mak ayah dia, mak ayahnya minta maaf kepada aku, kerana merka tak tahu kenapa anak mereka tak nak tinggal dengan aku. Aku betul betul terasa hati.
Dia langsung tak keluar bilik untuk jumpa aku. Hinggalah suatu hari selepas dia tinggalkan aku selama 2 minggu, dia call aku dan nyatakan bahawa dia tak menyayangi aku selama ini.
Dia cakap dia cuba sayang aku setelah sah bernikah, tapi dia tetap kata dia tak boleh lakukan dan tak boleh sayangi aku. Lantas dia ajak aku untuk berpisah dengan baik.
Aku mulanya tak nak. Tapi lepas dipaksa banyak kali, aku cadangkan untuk sama sama pergi kaunseling rumah tangga dulu. Dia terus marahkan aku.
Dia cakap itu takkan berlaku dia tak nak kaunseling dia cuma nak berpisah. Aku pun dah tercabar banyak kali pun aku bersetuju.
Tapi dengan syarat, pulangkan wang aku semula 25k tersebut. Dan kita berpisah cara baik. Dia terus bersetuju, tapi dia cakap dia pulangkan 5k dulu dan kami proceed untuk berpisah.
Malam tu juga dia transfer 5k untuk aku. Dan esoknya dia dah ke pejabat agama daerah untuk berpisah dan buat alasan kepada pejabat agama mengatakan aku yang mengabaikannya.
Bila aku tahu alasan itu, aku terus balas balik ke pejabat agama, aku baru berkahwin dengannya 2 bulan, taklik pun tak berlaku, macam mana aku pula yang mengabaikannya?
Aku teruskan ke episod mhkamah. Disana hakim bertanya kami kenapa nak berpisah, aku cakap aku tak ada sebab.
Si dia terus cakap aku ni tak sesuai jadi suaminya dan macam macam fitnah dia tabur demi perpisahan ini berlaku. Aku terus lawan hujah dia. Dan aku jelaskan kepada hakim ini adalah fitnah.
Dan aku terus tanpa ragu ragu nak juga berpisah kerana dia dah fitnah aku dalam mahhkamah syariah ini. Hakim tunda k3s dan suruh kami cari jalan berdamai.
Setelah sebulan menanti, tetap tiada jalan pendamaian. Kami kembali ke mahkamah dan hakim izinkan aku untuk lafazkan t4lak.
Aku pun lepaskan dia dengan jatuhan 1 t4lak. Setelah selesai proses berpisah aku minta maaf dengan keluarganya. Dan dia langusung tidak meminta maaf dengan aku dan keluargaku.
Selama ini aku berkahwin dengan orang yang cuma ambil ksempatan terhadapku. 3 bulan perkahwinan yang hanya sia sia. Duit aku lagi 20k. Dibuat senyap.
Nak dituntut mhkamah, aku memang tiada hitam putih. Aku cuma dapat konklusikan, perkahwinan aku hanyalah sia sia, duitku 30k dibazirkan begitu sahaja. Kelakian ku dicabar dan hidupku terhadap perkahwinan penuh dengan dilema.
Aku jadi takut untuk berkahwin lagi. Walau ibuku pernah nak kenalkan aku dengan orang lain.
Bagi aku mungkin ini dugaanku. Jadi aku terima. Mungkin tiada jodoh lagi buatku. Biarlah aku kelseorangan. Terima kasih dan Assalamualaikum. – Ahmad (Bukan nama sebenar)