Aku tlg jaga anak, mak aku mrh ckp itu krja isteri bkn krja aku. Stiap kali isteri msk mak complain xsdap

Foto sekadar hiasan. Aku ada nak cerita pasal mak mertua bini aku. Ya, mak aku sendiri. Aku ni dah 10 tahun kahwin. Sepanjang 10 tahun ni ada saja benda yang mak aku tak suka kat bini aku ni. Tak tau lah pasal apa. Mak aku ni dah tua. Ibu tunggal sejak 15 tahun dulu. Bini aku ni memang bukan pilihan dia. Pilihan aku sendiri.

Aku kenal bini aku masa kat U dulu. Tapi tak kan sebab tu mak aku ni tak suka bini aku sampai la. Perempuan pilihan mak aku dulu tu pun dah lagi awal kawin dari aku.

Banyak perkara yang mak aku buat kat bini aku. Nak tulis pun tak larat. Tapi yang paling aku geram hat yang baru-baru ni jadi kat rumah aku.

Dia mai rumah aku sebelum pkp 2.0 sebab nak p rumah adik beradik dia yang lain. Saja mai jalan-jalan la. Duk rumah aku seminggu.

Sepanjang seminggu ni habis dia complain itu ini. Kebanyakannya pasal masakan bini aku. Pasal penjagaan rumah.

Bini aku ni pembersih. Barang-barang semua ada tempatnya. Ada label. Semua kat tempat bertutup supaya tak kena habuk. Tapi mak aku tak suka. Dia kata susah dia nak cari.

Aku cakap tak susah pun mak, semua ada label. Kalau mak tak jumpa jugak, mak tanya la Ayu (bini aku). Dia tak boleh terima. Masih nak cakap Ayu ni kedekut nak bagi dia guna barang-barang.

Bila aku balik keja, ada saja benda tak kena. Ada saja dia nak complain kat telinga aku ni. Kebanyakan masa aku terangkan balik apa yang dia tak puas hati sangat tu.

Bini aku ni keja 20km dari rumah. Jadi memang setiap hari dia balik lewat dari aku. Aku akan ambil anak-anak, keluarkan makanan mentah dari freezer siap-siap dan tolong masak nasi.

Ini pun mak aku tak suka. Dia kata Ayu buat anak dia macam orang gaji.

Aku cakap kat mak aku, patutnya mak bangga dengan anak mak ni. Anak lelaki yang ringan tulang tolong isteri dan rumahtangga, bukan tau jadi raja berhari hari.

Dulu arw4h abah pun rajin tolong mak kat dapur. Bukan duk saja tengok tv. Lagipun Ayu keja. Bukan duk rumah. Kalau pun Ayu duk rumah, tak kan la aku tak tolong dia langsung.

Bila aku jawab macam tu, mak aku kata aku ni manjakan sangat bini. Last-last aku jawab tak pa lah manjakan bini sendiri, dapat pahala.

Malas aku nak lawan cakap lagi banyak pasal ni. Sebab dah banyak kali cakap. Nanti bila bini aku dah balik, dia masuk dapur masak, lagi satu dia complain.

Dia kata goreng ikan tak cukup garing la, masak sayur sekejap sangat la, potong sawi tak betoi la, siang ikan tak betoi la, masak sup tak letak kentang la. Semua serba tak kena. Semua yang salah.

Dia tak complain direct kat bini aku. Dia p jugak jugak kat telinga aku ni complain.

Aku ni simple. Orang dah masak, kita makan, ucap terima kasih. Tak perku komen panjang-panjang. Lagipun pada aku tak ada yang tak kena dengan masakan Ayu. Semua serba lengkap, sedap.

Yang paling penting aku bersyukur, walaupun Ayu sama-sama keja, dia masih tekad nak memasak untuk family. Tapi mak aku tak fikir macam aku. Pada dia, kalau tak sama dengan cara dia, maksudnya salah.

Kalau kami balik kampung, lagi banyak yang tak kena kat mata mak aku ni. Umpama setiap perlakuan Ayu tu salah semuanya.

Ya Allah. Kadang-kadang aku tak sanggup nak bawa Ayu balik kg disebabkan perangai mak aku tu. Aku kesian kat Ayu. Aku suami. Aku patut lindungi dia.

Aku dah banyak kali tegur mak aku. dah dah la nak cari salah Ayu. Ayu tu terima aku yang muka pecah rumah ni pun dah baik sangat dah.

Ayu selalu mengalah dan diam sahaja kalau dia terdengar apa yang mak aku complain. Aku selalu minta maaf kat Ayu sebab perangai mak aku macam tu.

Tapi Ayu selalu cakap tak pa. Aku tau Ayu kecil hati dengan mak aku selama ni tapi dia tak pernah cakap kat aku.

Aku pernah tanya mak aku. Apa yang tak suka sangat dengan Ayu tu? Atau mak ada tak puas hati apa kat Man sampai cari salah Ayu sentiasa. Dia jawab tak ada apa.

Aku ni tiap2 bulan bagi duit belanja kat mak. Bukan setakat cukup buat belanja dapur, cukup jugak untuk mak aku p jalan-jalan.

Aku upahkan orang bersihkan rumah mak aku luar dalam setiap hujung minggu. Barang-barang masak aku belikan tiap-tiap bulan.

Sungguh aku buntu. Tak faham. Sebolehnya aku nak bahagiakan mak dan isteri aku.

Ramai yang terkesan dengan perkongsian lelaki ini dan ini adalah realiti sebenar hidup seorang menantu perempuan. Ini antara respon daripada netizen

Alin.Kadang2 mak2 ni bila dier komplen bukan sebab dier x sker, dia rase kehilangan sebab anak dia dah tak harapkan dia. Ada isteri yg perfect serba serbi.

Macam kita dgn anak2.. Bayangkan jaga berpuluh tahun, tiba2 anak2 kawin, tinggalkan kita, sygkan orang lain lebih dr kita.. Sikit sebanyak mesti ader raser sedih.

Sayer ada sorg kawan, bg sayer perfect.. Tp satu hari dier ckp mak dier nk mai.. Dier cakap mak dier walau sehebat mana pun dier kemas, mesti mak dier nampak kekurangan sebab mak dia nak dia raser dia still perlukn mak dia..

Bkn senang, bela anak dr kecil pastu hilang, tunggu laa time tiba nnt kita plak rasa. So, bwk2 laa bersabar n berlebih kurang dengan mak supaya bila tiba time kita nnt Allah lembutkan hati anak2 kita terima peel kita.

Syahirah.Walaupun mak hang macam tu, aku percaya Ayu memang tak ambik hati. Sebab dia bangga dan bahagia ada suami macam hang. Yang berani pertahankan isteri di saat mak hang komplen macam2. Yang sentiasa hargai dan bantu isteri bab2 kerja rumah.

Percayalah, kami para isteri langsung tak kisah pasal apa2 ujian dari luar selagi suami ada di sisi dan hargai kami selayaknya. Kami kuat ada suami yang melindungi kami.

Btw, Isteri hang pun bagus. Pembersih, rajin masak, hormat orang tua, rajin bekerja dan tak banyak songeh.

Tolonglah pertahankan rumahtangga hang tu sampai akhir hayat. Jangan lupa hibahkan untuk isteri ya. Kita taktau apa jadi kalau hang pergi dulu.

Aku doakan hang dan Ayu bahagia sampai akhir hayat.

Pasai mak hang tu, buat donno jela. Dia singgah pun seminggu je kan. Selagi hang jalankan tanggungjawab sebagai anak, takyah fikir sangat. Maybe sebab mak hang bosan, so saja la dia cari modal nak berborak

Hafizah.Kalau mak kata yang kemas tu susah nak cari jawab jer…nanti saya suruh ayu sepahkan senang mak nak cari…kemas salah,sepah salah…lepas tu ketawa…ajak mak ketawa sekali….

Lama-lama mak awak tahu dia complain tak bersebab.Baru dia perasan.Ulang langkah sama,sampai mak sedar.

Linda. Kalau dah anak lelaki sendiri pun pening dgn kerenah emak., apa lagi lah isteri .
.
Terkadang orangtua s0mbong macam mak awak ni memang tak sedar diri . Maaflah .

Saya pun seorang ibu ada anak² lelaki yg akan berkahwin juga . Dengar kerenah mak awak , hati jadi geram pun.ada . Sepatutnya kita mak lagi lah bersyukur anak menantu saling bekerjasama dan harmoni berumahtangga .

Apapun.saya doakan emak awak cepat sedar diri . Cepat tahu diri dan cepat² lah insaf . Aamiinn