Foto sekadar hiasan. Aku Han. Aku memang pembaca setia dekat IIUM Confession ni. Baca untuk ambil pengajaran dan pujuk hati yang sedang bersedih. Aku sentiasa baca confession yang berkaitan dengan toxic parents sebab aku menghadapinya. Aku diam je baca komen kat Facebook, ada yang mencemuh sebab anak-anak hina mak bapak, ada yang sangat faham dan beri doa, tak kurang juga yang tetap dengan pendirian, jahat macam mana pun dia tetap mak bapak kita. Macam-macam komenlah kan.
Aku ni anak angkat. Dari kecik aku ni faham bahawa abah dan mak yang menjaga aku bukan ibu dan bapa kandung.
Alhamdulillah, Tuhan jadikan aku cerdik dari kecik. Dalam pelajaran takde masalah. Masa berlalu dengan pantas, aku tadika, sekolah rendah, menengah, diploma and now degree.
Pada umur aku 20 tahun which is tahun lepas, mak angkat aku marahkan aku atas sebab aku terlupa nak seterika baju.
Dihamburnya ma kian “anak haram, hang taw dak hang ni anak luaq nikah???? sebab tu perangai hang macam babi sebijik la perangai mak kandung hang tu” Sejak itulah aku dapat tahu yang aku anak luar nikah.
Jadi aku tenang. Aku masuk bilik dan menangis. Rasa sedih la kan sebab tahu diri ni anak luar nikah. Tapi aku okay. Aku tenangkan diri dan aku cakap Tuhan sayang sangat dekat aku.
Sebelum ada yang tertanya-tanya, ibu dan ayah kandung aku memang tak ambil tahu pasal aku. Sampai harini aku berumur 21 tahun, ibu dan ayah tak pernah sedikitpun tanyakan khabar.
Baik, aku cari mereka, di Facebook, dan aku ambil nombor telefon. Aku whatsapp dan bertanya khabar sebab nak ambil berat dan rapat dengan ibu ayah kandung. Tapi, sepi.
Whatsapp tak berbalas, Aku call pun tak angkat. Setahun juga aku whatsapp, hantar voice. Tapi tak dibalas.
Tak apalah ya Allah, aku terima. Kiranya dalam hidup aku, tak ada langsung memori aku bersama mak ayah kandung. Cerita di bawah ni semua adalah aku dan mak ayah angkat yang menjaga aku sahaja.
Dari kecik, aku selalu kena pkul. Masa umur lima tahun, mak pkul aku dengan hanger. Dia ambil dua hanger dan dia pkul aku berbirat-birat di belakang sampai patah.
Masa umur lima tahun aku dah boleh membaca sebab selalu kena pkul dengan kayu panjang. Skit sangat, kadang-kadang tak pergi sekolah (PASTI) sebab demam kena pkul.
Setiap kali kena pkul,tok pasti akan protect aku. Tok tinggal bersama dengan kami sejak tokwan dah tak ada. Aku ingat lagi dia tarik aku dalam plukn dia sebab tak nak aku kena pkul. Sedih bila ingat balik.
Pernah sekali tu, masa 7 tahun, aku nak pergi buang sampah. Lepastu ada satu jam tangan aku yang sudah lusuh.
Aku dengan polos tanya “Mak jam ni nak kena buang ke?” terus ditamparnya muka aku. Berdesing telinga kena tampar. Sedih bila ingat balik, aku baru darjah satu, Totally polos dan tak nakal.
Mak dan abah berkahwin lama tak ada anak. Kebetulan masa aku lahir, mak dan ayah kandung aku memang berniat nak buang aku. Tapi diselamatkan oleh tok dan tokwan aku dan aku diserahkan kepada mak dan ayah angkat aku.
Fast forward selepas tujuh tahun aku dibela, mak aku mengandung anak sendiri.
Aku ingat lagi, masa tu aku umur tujuh tahun. Orang yang datang melawat baby mak mesti akan cakap, “Alhamdulillah ni semua sebab kakak bawak rezeki” “Bela anak angkat ni betul-betul pembawa rezeki” Aku polos, cuma dengar dan tak faham.
Darjah satu aku dah disuruh mandikan baby. Aku pun tak pasti mcm mana aku boleh buat semua tu. Basuh berak, buatkan susu. Semua aku buat.
Kalau tersalah, kayu dan hanger macam biasa akan naik ke belakangku. Takdir Allah yang sangat baik, aku ditawarkan asrama ketika darjah empat.
Aku betul-betul happy sebab walaupun orang anggap aku budak yang polos, tapi aku happy sebab dah tak kena pkul.
Urusan asrama aku, semua cikgu yang uruskan sebab mak dan ayah angkat tak nak uruskan. Terima kasih cikgu saya, sehingga liang lahad saya memohon keampunan Allah untuk cikgu.
Masuk ke asrama dan Alhamdulillah happy. Mak dan abah jarang melawat. Kalau datang melawat mesti aku dimarah dan dim4ki.
Aku fikir tak apa mak marah sebab dia sayang. Cuma sedih juga asyik dim4ki, anak haram-anak babi-pelaq-dan sebagainya yang aku tak tertulis di sini. Darjah empat, aku rasa aku kecil dan polos tapi aku tekadkan diri dan UPSR dapat 5A. Masuk ke MRSM.
Ya Allah, lima tahun yang sangat membahagiakan. Aku tak kisah kalau orang cakap aku lebihkan masa dengan kawan-kawan, banyak bercakap pasal kawan-kawan.
Tuhan sahaja yang tahu betapa aku teringin sangat tengok kawan-kawan aku, mak dorang datang melawat, keluar outing.
Jadi aku nak hilangkan sedih aku, sabtu dan ahad aku pergi kelas dan study. Aku fikir tak apa ya Allah, Allah baik dan pasti sedih saya akan digantikan kegembiraan.
Masa tingkatan 1, ustazah homeroom aku bertanyakan status aku. Jadi dia menerangkan dari awal sampai akhir tentang aurat aku dan abah. Jadi aku pun balik pakai tudung dalam rumah.
Hari pertama aku pakai tudung, aku dihalau keluar, katanya emak “Hang ingat hang belajaq tinggi sangat ka sampai nak jadi bodo kurang ajar dengan mak pak hang?”
Aku terdiam. Aku ingat lagi time tu, aku baru jejak keluar dari bilik dan pakai tudung. Seminggu aku dipalau dalam rumah. Sedih bila ingat kena halau keluar rumah. Tapi aku kuatkan diri aku cakap ya Allah aku terima habuan aku dan ujian aku.
Bukan senang nak berhijrah. Aku terangkan yang hukum dalam agama, aurat dengan ajnabi dan sebagainya. Nasib aku baik, aku tak ditampar ketika itu. Allah letihnya menulis, dari kecik sampai besar asyik kena pkul dan dim4ki.
Lepas habis diploma, aku bawak diri. Jauh dari keluarga sebab tak tahan asyik dim4ki hamun, dibaling barang. Aku dah besar. Dah 21 tapi dilayan sebegitu rupa.
Aku duduk sorang di Selangor, happy, aku ada buat online business jual skincare. Bolehlah sikit-sikit untuk aku makan dan minum. Rasa tenang, terima kasih ya Allah.
Orang kata, dekat bau busuk, jauh bau wangi. Betul? Tapi itu tak apply dekat aku. Walaupun aku duduk jauh, aku call jugak emak. Tanya “emak buat apa” Tapi apa yang aku dapat “Hang tu kurang ajar, Bela hang pun tak guna. Langsung tak tolong mak pak hang”.
Sedih rasa, setiap kali cuti, aku balik tolong mak dan abah meniaga. Dari pagi aku buat kerja, pergi pula ke kedai, malam sambung besiang segala barang niaga. Penatnya hanya Tuhan yang tahu.
Lepas dah siap kerja, tidur, esok pagi macam biasa kena m4ki. Terkilan mak aku cakap, “takdak anak macam hang pun bagus, Macam babi ada anak macam hang. Menyusahkan aku” kakak mintak maaf mak, kakak cuba yang terbaik.
Semua aku usahakan, belajar betul-betul, yuran masa diploma pun aku ikat perut bayar sendiri. Ada sikit-sikit dibantu oleh partner aku, terima kasih awak, semoga awak dikurniakan Tuhan jodoh yang baik untuk segala pertolongan awak.
Sekarang aku dah sambung ijzah. Nak jadi cikgu dan nak berbakti untuk anak bangsa. Sekarang online class di rumah. Tapi masa class, aku selalu kena m4ki sebab tak buat kerja.
Disuruhnya bersiang daging, buat itu ini padahal aku dah siapkan malam sebelumnya. Aku tak boleh buat sebab kena bukak camera, jadinya kalau aku buat kerja lain time class, nampak tak hormat pada pensyarah.
Sedih, tersepit. Aku tak berani nak bukak mic sebab takut orang dengar yang aku asyik kena m4ki.
Baru minggu kedua aku dah dimention dalam group whatsapp kenapa aku tak masuk online class. Tak tahu nak explain macam mana ya Allah. Terpaksa aku tipu aku cakap rumah aku takde line.
Tok sekarang dah terlantar skit. Menunggu masa untuk pulang ke plukn Tuhan. Jadi sebelum class mula, aku mandikan dia, basuh berak dia.
Semua aku buat sebab mak sentiasa kata “Bila mak ni nak m4ti???? Menyusahkan aku taw tak??”. Kepada Tuhan saya pohon ampun. Dari dulu mak suka m4ki mak mertua dia. Dikatanya menyusahkan.
Paling saya terkilan bila mak suruh tok mengesot sendiri ke bilik air. Dihempasnya makanan depan muka tok just because tok makan tertumpah. Bayangkanlah seorang tua yang uzur dan menunggu hari dilayan sebegitu?
Abah pula macam lembu kena cucuk hidung. Tak pernah tegur mak dan lawan mak. Mak selalu cakap “Ada laki pun macam celaka. Macam babi menyusahkan aku, anak-anak pun macam babi”
Entahlah kadang-kadang rumah ini seperti neraka dunia. Depan orang mak ni pijak semut pun tak m4ti, adik aku which is anak kandung mak aku membesar macam raja. Tak buat kerja rumah, sekolah selalu ponteng. Dia perempuan pula tu.
Bila ada pinggan dia yang tak dibasuh, pinggan tu yang mak baling dekat aku sambil m4ki hamun aku yang aku ni pemalas.
Kadang-kadang rasa sedih nak je tarik nyaawa sendiri sebab sedih dan tertekan. Bawak diri merantau pun dim4ki hamun katanya anak tak mengenang budi, tak membalas jasa sedangkan apa yang aku buat hanyalah membawa diri dari luk4 dan torture yang tak terganggung.
Sekarang bulan puasa tak lama lagi aidilfitri. Tak suka hari raya sebab setiap kali hari raya mesti kena m4ki dan dipalau.
Tak kisah pun mak tak belikan aku baju raya cuma sedih sebab pagi raya selalu kena m4ki. Bila tengok rumah orang lain tengah seronok-seronok, aku dalam bilik menangis tekup muka dekat bantal. Tapi tak boleh sedih lama-lama kena keluar cuci pinggan mangkuk.
Ada ibu ayah kandung tak pernah dikisahkan, ada mak dan abah angkat, aku dipkul dan dihamun. Ya Allah berilah aku ibu mertua yang sayang dan kasih aku. Luk4 hari ini sangat dalam, aku tak kisah orang nak cakap aku derhaka sebab membawa diri.
Korang doakan boleh balik kampus cepat taw? Aku tak tahan dalam keadaan begini.
Aku tengah kumpul duit kahwin jugak so that aku boleh mulakan hidup baru. Jadikanlah saya ibu yang pengasih dan penyayang.
Doakan saya taw. Saya pasti pembaca sekalian adalah ibu yang baik. Salam sayang.
Sambungan... ( Aku mesej ibu kandung, mak..betul ke kakak ini anak luar nikah, akhirnya mak kandung balas mesej aku tapi…. )
Luahan kedua ini ditulis atas rasa peribadi nak berterima kasih. Tulis ni mengigil-gigil sebab tengah kunci pintu takut dim4ki dan dibaling barang. Sadis hidup begini, tapi tak apa Allah tak pernah tidur kan?
Alhamdulillah. Ok, setakat luahan kedua ini ditulis, ada lebih kurang 400 komen acik ankel, abang2 dan kakak2 tulis untuk diri ini. Terima kasih wahai Tuhan yang menciptakan kami. Engkau menghimpunkan kasih sayang di sebalik sebuah confession.
Ada banyak komen yang bertanya itu ini, hihi. Tak apa aku sambung.
Sewaktu aku masih kecil, aku fikir yang tiada ibu bapa yang tak sayangkan anak. Walaupun aku selalu kena pkul tapi rahmat Tuhan menjadikan fikiran aku sentiasa tertanam “Sabar banyak-banyak”. Ada dalam komen yang cakap aku ni lurus dan polos. aku tak lurus.
Tuhan sahaja yang tahu bahawa rasa sedih yang mengcengkam. Setiap kali rasa nak marah, aku akan menangis. Tak pandai nak marah dan angkat tangan.
Tak pernah sesekali terfikir nak balas perbuatan mak dengan cara yang sama. Hanya doa sahaja yang diratib kepada Tuhan sebab Tuhan lebih adil kan? Tak apa, semoga kubur kita diluaskan atas sebab kita bersabar, aamiin.
Rasa macam tergantung pulak bab anak luar nikah. Lepas mak m4ki hamun “anak babi” “anak luar nikah” dan semua tu aku menangis.
Dalam empat jam macamtu. Mata bengkak, memang tak boleh sorok. Aku kuatkan semangat, aku whatsapp ibu kandung sekali lagi walaupun maybe dia akan ignore saja.
Dengan penuh kekuatan aku tulis “Ibu, betul ke kakak ni anak luar nikah?” Ibu reply cepat pulak time tu, dia cakap “Ya, kakak anak luar nikah”.
Saya terima. Terima kasih Allah yang menciptakan saya. Malu, macam mana nak kahwin dan sebagainya zapp datang dalam kepala. What i can do?
Whatsapp itu tergantung dan berkahir begitu sahaja, maka, aku perlu sediakan diri. Kalau nak berkahwin macam mana? Kalau mak mertua tak suka macam mana? Ha macam gitulah. Tapi aku fikir takpe. Ramai emak yang baik dalam dunia ni.
Setiap kali hari raya. Pagi raya, konfem kena m4ki. Kalau tak kena m4ki kena baling seterika ke? Ha macamtulah saban tahun.
Agaknya kalau aku ni budak, dah m4ti aku terjelepok atas lantai dibaling seterika. Tajam hujung seterika tu. Hari raya, aku pergi ke rumah tok sebelah mak.
Tok (emak kepada mak) sangat baik. Masa aku kecik, tok aku diam-diam akan tanya “Mak selalu pkul ke dekat rumah?” aku angguk perlahan-lahan.
Bertakung air mata sebab rasa macam nak je cakap “Tok, kakak selalu kena pkul. Tengoklah peha dan belakang kakak tok. Skit”
Sebenarnya aku tak sangka aku dah boleh berfikir dengan waras walaupun seawal umur lima tahun. Tok belah abah dan mak, tahu aku anak luar nikah tapi tak pernah bezakan aku dengan cucu yang lain.
Cuma sekarang, kedua-dua tok skit, jadi, hanya kasih dan sayang yang ada dulu mampu aku kenangkan.
Bayangkan orang yang melindungi kita kini menunggu hari untuk pulang ke plukn Tuhan. Tuhanku, kasihanilah mereka yang menyayangi aku dan ringankanlah azab mereka.
Sehingga aku meningkat dewasa, emak selalu menyumpah aku yang aku ni anak derhaka. Sehingga hari ini berumur 21 tahun, tidak sekalipun aku melawan. Hanya menangis.
Bahkan kalau kena pkul pun perkataan “skit” tu tak terkeluar dari mulut aku. Diam. Sedih, kalau melawan, lagi dipkul. Lebih baik diam kan? Apa aku boleh buat?
Layanan emak antara aku dengan anak-anak dia sendiri sangat berbeza. Anak-anak dia disayang-sayangkan. Tapi dengan aku, Allahuakbar. I dont know ni mode coping ke, fight or flight ke apa.
Tapi aku cakap dekat diri aku, “tak apa, kalau aku dekat tempat mak pun maybe aku buat benda yang sama” Sampai tahap itu, punyalah aku paksa diri ni untuk bersangka baik.
Adakah ianya menyakitkan? yes. Seperti memaksa diri telan duri. Mungkin kalau orang lain, dah tak boleh telan. Terluak balik rasanya, huhu.
Dalam kesedihan yang tertanggung ni. I am still grateful. Ada pendidikan, duit boleh cari sendiri, rupa paras ada. Adakah aku sayang diri aku sendiri? yes i am.
Mencari suami yang baik itu bukan matlamat mutlak. Dan aku sedar itu. Terima kasih sebab doakan aku dapat jodoh yang baik. Aku nak kahwin supaya ada teman untuk berkongsi happy moments after a long hell period.
Aku tak berdend4m, bahkan setiap hari bangun tidur aku fikir ya Allah what i can do? Ya Allah how about i move out? But what are my reasons?
Ya Allah, kalau aku keluar rumah siapa nak jaga tok ya? Pelajaran adik-adik macam mana? How can i be better? Is there anyone else going through the same thing like me? Bermonolog sampai menitik air mata.
Masa di MRSM, masyaAllah i have a lot of friends. Sayang sangat-sangat. Kawan-kawanlah keluarga. Selalu jadi tempat mendengar, keluar makan sama-sama. Rindunya zaman MRSM. Gembira yang membahagiakan.
Aku ingat lagi masa tingkatan dua, aku terpaksa pakai kasut PVC yang buruk sebab mak tak nak belikan kasut.
Aku minta RM20 dekat abah dan masuk ke econsave beli kasut getah. Lepastu jiran aku dapat tahu yang mak aku selalu marah aku, jadi jiran aku buatkan cheesecake dan ajar aku meniaga.
Bayangkan jiran yang tolong? Bukan emak? Huhu. Aku jual cheesecake. Jalan dari satu kelas ke kelas. Orang tengah prep, aku dah get ready sebab aku tahu semua masih lapar.
Habis juga cheesecakes dalam 50 bekas. Satu bekas untung aku 50 sen. Kumpul punya kumpul, dapatlah beli kasut baru jenama Larrie.
Happy rasa macam orang kaya haha. Kasut dah tak rosak, dan cantik nak pergi kelas. Terima kasih jiran yang baik.
Orang ingat aku berniaga sebab nak tolong emak, and ramai ingat aku suka berbusiness. Padahal, kalaulah dorang tahu kenapa aku bersusah payah meniaga di maktab, mesti tak terjangkau dek akal kenapa aku buat begitu.
Ada benda yang disimpan di pekung dada. Orang lain tengah study, aku sorang-sorang angkat tong penuh kek dan ais untuk dijual.
Tapi Allah baik, macam mana pun aku, aku tetap skor. Habis sekolah aku dim4ki sebabnya aku ni tak dianggap pandai. Hari graduasi aku, mak dan abah datang.
Oh ya sebelum kita pergi jauh, abah baik. Cuma dia dah tua dan macam lembu kena cucuk hidung sebab tak larat nak tegur mak yang suka m4ki dan ugut meminta ceraai.
Mak datang, dan ditanya anak orang lain. Aku masa graduasi rasa macam takde sape datang tengok. Aku perhati rakan batch yang paling last menerima anugerah graduasi. Mak ayah dia datang, pluk, ucap tahniah, belikan bunga yang ada patung kecik tu. Sayu hati aku.
Walaupun di maktab dia dianggap tercorot tapi alhamdulillah sekarang he is doing really well. Cemburu, dengan kasih sayang mak ayah, pasti terselit doa yang jadikan kita berjaya.
Aku duduk tepi dewan. Tahan air mata kerana tak diraikan. Masuk kereta dim4ki hamun sebab anak orang lain lagi berjaya. Sedihnya ya Allah tak tahu nak cakap macam mana.
Masa amik result spm pun sama. Aku jumpa cikgu-cikgu buat kali yang terakhir. Guru homeroom, guru jabatan sains.
Menangis-nangis aku salam sebab aku sayang sangat dekat cikgu aku. Sambil dalam kepala aku fikir, ya Allah macam mana aku nak duduk di rumah?
Mak selalu cakap, bila aku besar aku akan melahirkan anak luar nikah. Dia kata, anak luar nikah ni pembawa sial. Sedih hati aku. Sehingga begitu sialkah aku? Entahlah. Takpelah, Allah sayang kot kan?
Lepas SPM, aku nak apply uitm. Tapi macam biasa dim4ki, katanya menyusahkan, “bodo menyusahkan aku, aku takda duit nak bayar yuran tu, kalau hang nak hang cari duit sendiri”
Jadi, aku mohon kolej profesional mara. Duit aku dapat mana? Dari Zakat yang aku mohon. Duit raya yan aku kumpul dari kecil, semua mak ambil dan guna.
Mak juga amik barang kemas tok yang sekarang terlantar dan gadaikan untuk duit. Duit tu dia guna untuk layan lelaki lain selain abah. Jijik saya nak cerita tapi itulah.
Hanya yang serumah sahaja yang tahu. Dapat kolej profesional mara. Aku still cari duit sendiri. Aku cari supplier bomboloni dan aku jual bomboloni. Kerja di cafe waktu hujung minggu. Semua aku buat.
Seronok juga ada duit lebih. Tiap-tiap bulan dapat elaun. Alhamdulillah. Pilihan aku tak salah.
Diploma habis, grad first class whis is aku happy sangat. Aku tak bagitahu result aku sebab kalau aku bagitahu mak akan cakap “tetap bodo jugak, bodo sebab kurang ajaq. belajaq tinggi pun kurang ajaq” Huhu dari kecik sehingga besar dicop kurang ajar.
Maka, berfikirlah aku, aku kurang ajar dekat mana. Tapi takpelah, aku telan je. Aku syukur, lepas SPM, aku ada rapat dengan kawan lelaki yang aku pernah pinjam buku Ibnu Battuta.
Tak sangka dari pinjam buku jadi lah peneman setia sehingga hari ini. Dah empat tahun. Kami sama umur 21. Masih muda kan. Jadi kami dua kumpul duit.
Dia kerja cuci karpet, aku buat business online. Memandangkan dah empat tahun, aku selalu cakap dekat dia,
“Kalau kita ada jodoh kita kahwin, kalau tak ada saya ikhlas tengok awak bahagia. Awak selalu tolong saya. Saya bersyukur mengenali hati budi seorang lelaki yang terima status saya. Tak semua orang merasa pengalaman macam saya”
Dialah yang kadang-kadang bayarkan duit yuran. Kadang-kadang, bila teringin apa-apa, dia usaha belikan. Syukur.
Masa aidilfitri yang lepas, kan mak tak nak belikan baju raya. Aku tak kisah pasal tu pun, cuma aku luah dekat dia, aku sedih dim4ki hamun pagi raya. Mak dia terus jahitkan aku baju raya dan pos ke alamat kolej.
Jamuan raya di kolej, aku pakai baju yang mak dia jahit. Aku cakap dekat dia, “Awak terus teranglah dengan mak awak pasal status saya. Rugi bercinta lama-lama kalau mak ayah awak tak restu, mana tahu awak dapat jodoh yang lagi baik dari saya”
Maknya terus telefon aku. “mak cik tak kisah status Han macam mana. Makcik ada sorang saja anak lelaki, harap Han dapat sayangkan anak makcik ya. Makcik mintak maaf kadang-kadang dia agak degil.
Han boleh belajar buat sup sayur sebab dia suka sup sayur” Tedengar gelak tawa mak dia dekat hujung telefon. Waktu diploma, mak dan ayah dia datang melawat bawak aku ke bazar ramadhan. Huhu rasa macam menantu di awang-awangan.
Mak dia selalu pesan, insyaaAllah kalau ada jodoh tak ke mana.
“Makcik tahu Han sedih, tapi makcik nak Han tahu, anak luar nikah ni salah itu tidak terletak pada han. tak apa mak ayah kandung han buat sikap. Han maafkan mereka ya?” Pasangan aku datang dari keluarga yang baik. Syukur. Doakan taw.
Adakah aku sedih? ya aku sedih. Adakah aku marah? ya aku marah. Siapa sahaja yang tahan. Ment4l aku bukan setakat koyak tapi macam dah hncur pun ada.
Tapi, itu bukan alasan aku untuk menjadi orang yang sama macam emak. Terima kasih ya Allah, kemampuan berfikir dengan baik ni kurniaan Tuhan.
Aku nak jadi baik. Tak nak ulang benda yang sama. Tak apalah walaupun ada dua emak, dua ayah namun terasa kosong dan seperti mahu lari. Berilah saya syurga ya Allah.
Terima kasih yang offer bunga, baju raya dan ajak datang raya sekali. MasyaAllah, semoga Aildilfitri kita sentiasa gembira. Terima kasih acik ankel semua. Han hanya baca, dan berdoa untuk acik ankel.
Dan untuk adik kakak yang bongsu, sekarang masih boleh dukung, dan pluk ciium. Nanti adik besar kakak dah tak boleh nak buat macamtu.
Dalam rumah ni, adik jela yang kakak paling rapat. Dari tapak kaki sebesar dua jari kakak mandikan, kakak tidurkan. kakak sayang adik. Kalau nanti adik tahu yang kakak ni adalah sekadar insan yang menumpang.
Adik jangan buang kakak taw. Membesarlah adik. Kakak curahkan segala kasih dan sayang yang tak pernah kakak kecapi selama menjadi polos di waktu kecil. Balik sekolah kakak belikan aiskrim, buat kerja sekolah pun tak pernah diherdik.
Kakak ternampak diri kakak yang dulu polos macam adik. Tergamak mak pkul kakak sampai lembik. Kesian dekat adik sangat-sangat. Adik jadi baik taw. Nanti kakak belikan mainan baru.
Untuk abah, abah dah tua. Semoga abah bersabar walaupun mak ada lelaki lain. Umur abah hampir ke 70. Semoga umur abah panjang dan tengok kakak kahwin. Abah tak pernah marah, tapi kakak sangat hormat akan abah. Jangan tinggal kakak. Please be here untuk sedikit masa lagi.
Dan untuk mak, tiada apa yang mampu diungkapkan. Kepada Tuhan, kakak serahkan segala kesedihan.
Jangan nangis-nangis. I will always be here…