Isteri selalu outstation jd aku yg jaga anak. Isteri nk tmbh anak, aku guna fmily planning senyap2 sbb xnk anak

Foto sekadar hiasan. Pertama sekali, aku lelaki, suami dan seorang bapa kepada seorang anak. Sudah berkahwin hampir 8 tahun. Anak kini berumur 7 tahun. Satu masalah dalam hidup aku adalah tekanan dari masyarakat. Aku nak anak seorang je. Tak nak tambah. Semuanya bertitik mula bila lahir anak aku ni. Isteri aku bekerjaya, tak tentu masa.

Kadang-kadang tak balik lama. Aku faham, aku izinkan sebab aku percaya yang wanita perlu bekerjaya.

Aku sangat mengalakkan wanita bekerja, ada duit sendiri, boleh jaga diri, independent. At least kalau aku mati, dia tak terkontang kanting.

Aku pun bekerja, office hour 8-5. Stabil, kewangan lebih dari cukup kami sekeluarga. Tak makan duit isteri untuk belanja anak dan keperluan rumah.

Jadi, bila anak sorang tu lahir, mostly aku lah yang uruskan dari baby sampai sekarang. Sebab banyak kerja isteri memerlukn travel selalu.

Aku rasa betapa penatnya jadi parent mengasuh. Tu baru sorang anak, belum banyak lagi.

Sebab tu aku respect and kagum dengan perempuan yang anak ramai dan uruskan sendiri. Kau orang memang power.

Aku awal-awal tu nak surrender, hantar rumah mak bapak suruh jaga. Tapi memikirkan kesian orang tua, aku jaga sendiri.

Sekarang dah masuk darjah satu. Isteri aku pun mula tanya, bila nak tambah korum. Aku confident jawab, cukup la sorang.

Mula-mula tu masam muka gak dia.

Tapi bila aku dengan berhemah explain yang aku tak larat nak jaga berdasarkan pengalaman lalu, kerja dia yang travel sana sini (bhaya if pregnant), aku agak dia mula paham dan tak bertanya lagi.

Oh ya, aku yang mengamalkan family planning, bukan isteri. Segala pil ke, iud ke, cucuk ke ikat ke, dia tak buat.

Selesai bab isteri, mula la extended family, kawan2 rapat, kawan2 office tanya benda sama. Aku explain mcm mana aku explain kat isteri. Tapi jawapan tipikal yang aku terima:

1. Anak ni bawa rezeki.

2. Anak ni nak jaga mak ayah nanti.

3. Anak tak de kawan.

4. Nanti sunyi bila anak besar.

So aku jawab:

1. Alhamdulillah rezeki aku cukup walau anak satu.

2. Bila aku dan isteri tua nanti, aku tak nak bebankan anak aku. Aku check in je sendiri ke rumah orang tua-tua yang high class. At least ada kawan kat sana.

Or, kemungkinan besar aku tak sempat pun tua bila umur tak panjang.

3. Aku kawan baik anak aku.

4. Bila anak besar dan ada life sendiri, aku nak travel dan buat hobi aku utk hilangkan sunyi.

Jawapan aku dibalas dengan cebikan dan di pandang serong. Yang lelaki, sedap la cakap anak banyak best.

Ye la, bukan kau orang jaga pun. Yang perempuan, macam2 diumpatnya aku kat belakang. Kau orang rajin jaga, good for you.

Salah ke aku nak anak sorang? At least anak sorang aku tu cukup terjaga dan penyejuk hati, buah jantung hati aku.

Letih rasa melayan masyarakat. Sekian…

Ini antara pendapat dan reaksi netizen mengenai perkongsian ini.

Ameera. Ni cerita benar, dulu waktu anak sulung baru setahun, laki aku dah beriye nak tambah anak lg. Aku x ready sebab first czer, n aku blom boleh adapt sepenuh nya lagi, tp nak sgt kan, pregnant lah lagi, ambil ko rezeki Allah bg kembar pulak, dan diuji sorg autism..

laki aku sendiri kata surrender dia xnak dah. Bila org sekeliling soal bila nak tambah anak (anak kembar dah nak 3 tahun dah), aku xyah susah2 explain, laki aku dah panjang lebar ckp xnak.

Well, anak ni amanah, kuantiti tu tiada gunanya kalau kualiti xda, keperluan anak tu tak cukup, nak itu ini tersekat. Plus membesarkan anak ni x mudah ya, zaman dulu dan sekarang mmg xsama.

Anak skit, kita yg jaga, belanja nak membesarkan pun bukan org yg suruh tambah anak tu bagi, so sebaiknya kita respect je setiap keinginan org tu. jgn sebok tanya pasal suruh org tambah anak, kita jaga je family kita, anak2 kita

Sukma. Anak berapa pun takde yg salah. Yang penting kita tahu dan sedar kemampuan diri dari segala sudut. Encik ni kira tahu lah kemampuan diri kan, so jangan dengarlah suara sumbang. Enjoy your time with your little family, tak perlu bebankan kepala otak

Sop.Izinkan saya menjawab dari perspektif seorang anak. Anak sunyi tu betul sangatt.

Kawan baik sy anak tunggal, dia selalu rasa terpinggir bila geng kami bercerita pasal adik beradik masing2.

Memang nampak la air muka dia berubah, terus tunduk kepala. Kadang kalau perasan dia macam tu, kami tukar la topik tapi kadang seronok bercerita tak sedar ada orang yg terasa.

Anak confessor tak pernah ke cakap nak adik? Kalau dia takde cakap mungkin ok la kot, kalau dia sendiri minta memang perlu difikirkan permintaannya tu.

Lagipun bila membesar, tak semua benda anak boleh cerita kat mak ayah, ada benda yg hanya selesa diceritakan kat rakan/adik beradik.

Shasha.Kalau la semua suami merasa jaga anak a-z mcm ni jugak, mesti suami2 jd lebih memahami isteri masing2. Ramai sgt tgk aduan2 pasal suami x hargai bla3..

Balik kepada tt ni, gini la senang tt kalau nk kurangkan sikit mulut2 bising ni. Setiap kali org tanya bila nk tambah, jwb je “Itu la tu.. Xpela, sorg ni pun syukur sgt dh..”.

Ha jwb gitu. Dah stop. Lari dan tukar topik lain  Yg penting tt dan pasangan ok. Tu je. Suami isteri kena sepakat sama2 bahagia.

Peduli la org lain tu, nama pun org lain, byk persepsi sendiri. Kadang lebih elok xyah bgtau org luar apa plan hidup kita ni walaupun adik beradik/mak ayah sendiri, lebih tenang kot. Sekadar pendapat