Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum admin dan para pembaca. Saya Airis, berusia pertengahan 30an, punya 2 cahayamata lelaki berusia 6 dan 2 tahun dan sudah hampir 1 tahun menjadi surirumah kerana beberapa faktor dan salah satunya ialah anak. Sewaktu bekerja pendapatan saya melebihi suami dan saya menyumbang 50% kepada segala perbelanjaan di rumah. Saya terpanggil untuk menulis asbab membaca confession yang ditulis oleh Papa John semalam mengenai hanya nak seorang sahaja anak.
Maaf andai confession ini sangat panjang. Ini cuma nukilan yang saya ingin kongsikan berdasarkan pengalaman hidup saya sepanjang berkahwin selama 10 tahun.
Untuk memendekkan cerita, saya juga punya pemikiran dan perancangan yang sama seperti Papa John – punya seorang anak dan perancangan persaraan masa depan.
Malahan saya juga punya misi untuk bersama-sama suami mengembara ketika anak sudah membesar.
Namun benar kata orang, kita hanya mampu merancang dan perjalanan hidup kita tidak mungkin sama. Saya mungkin agak malang kerana bila perihal tentang anak, senantiasa akan ada ujian buat saya.
Anak didera pengasuh, pengasuh yang berhenti tiba2, anak allergy kepada sesuatu sampai memerlukn makanan khas.
Untuk pengetahuan saya pernah bercuti tanpa gaji 3 bulan saat pengasuh tiba2 berhenti kerja kerana skit dan sekarang saya berhenti tahun lalu kerana anak juga – taska tutup angkara covid, anak yang tidak boleh bersekolah.
Cari pengasuh gantian? Tiada yang mahu membantu. Keluarga mertua, keluarga sendiri. TIADA yang sudi untuk membantu.
Bukan kerana kami suami isteri tidak baik, tapi entah, memang kami berdua ini adalah manusia yang membantu keluarga saat diperlukn tapi mereka hil4ng saat kami memerlukn.
Disebabkan segala yang berlaku dalam hidup saya, saya telah menghidapi skit ment4l (depresi dan anxiety) – sedang dan masih dalam perawatan.
Kenapa cerita saya sama seperti Papa John? Kerana ketika dan saat ini, orang2 keliling termasuk suami saya masih lagi mengharap, meminta saya mengandung lagi dengan harapan saya bisa memberi anak perempuan kepada suami. Suami juga ugvt saya yang dia akan kahwin lain kalau saya tidak mahu mengandung sampai dapat anak perempuan.
Sadis bukan???
Apa kurangnya saya? saya sudah mengandung. Punya dua anak lelaki. Apa lagi yang tak mencukupi????
Pasti anda tertanya2kan saat saya sudah tidak bekerja apa jadi dengan perbelanjaan. Segala simpanan sepanjang saya 11 tahun saya bekerja saya gunakan. Suami?
Saya yang memilih untuk berhenti, jadi saya harus fikirkan jalan untuk membayar segala perbelanjaan seperti saya bekerja dulu.
Dan suami juga masih kadang2 meminta supaya saya memikirkan soal menambah zuriat. Kalau lah suami tahu apa yang saya rasakan ketika ini.
Saat saya ‘bersama’ suami walaupun saya mengamalkan perancang, saya tetap berasa sangat takut, sangat panic andai kata saya mengandung. Lebih prah andai kata ada kelewatan period pada bila-bila masa – penykit anxiety saya akan menjadi teruk.
Saya selalu berkias dengan anak2 bahawa yang abang anak sulung saya, yang adik adalah si bongsu.
Reaksi suami – kadang2 suami membalas jokingly yang mereka bakal beradik atau suami hanya menggelengkan kepala sahaja.
Mertua dan keluarga saya?? Tetap mereka akan bertanya dan meminta saya mengandung lagi.
Kadang2 bila datang rasa tak tahan saya, memang saya menjawab kembali-nanti kalau tiada pengasuh atau anak perlu dijaga oleh kami untuk tempoh yang agak lama atau kalau kami perlu bantuan kewangan membesarkan anak boleh ke mereka membantu?
Response mereka – jangan lah doa begitu or jangan berfikiran negative.
Entahlah, sekarang ini duit simpanan saya bakal kehabisan lagi 3, 4 bulan. Dalam keadaan kesihatan ment4l saya begini, doktor tidak menyarankan saya untuk berkerja kerana kerja harian saya berhadapan dengan tekanan yang tinggi.
Tentang anak – kadang-kadang saya memikirkan untuk berpisah sahaja dengan suami. Biarlah suami beristeri lain untuk mengejar impian mempunyai anak perempuan. Biarlah saya menjaga kedua-dua anak lelaki kami.
Buat anda di luar sana, kita tidak akan pernah tahu masalah dalaman sesebuah keluarga. Janganlah menambahkan masalah, lebih-lebih jika anda tidak juga mahu membantu. Doakan sahaja yang baik-baik atas apa sahaja keputusan ahli keluarga kita.
Buat suami, maafkan saya tidak dapat memberi zuriat perempuan buat mu. Bukan niat saya untuk merancang tidak menambah anak selama-lamanya tapi sayag juga sedia maklum keadaan kewangan kita dan juga keadaan kesihatan ment4l saya.
Saya sedih kerana sayang sepatutnya lebih memahami keadaan saya. Bagaimana tertekan nya saya saat diasak dan didesak tekanan kerja dan juga permasaalahan anak-anak kita.
Saya mohon di bulan ramadhan, kalian doakan semoga keadaan kesihatan saya akan bertambah baik, semoga saya boleh kembali semula bekerja dan semoga issue zuriat ini tidak anak menjadi tragedi buat keluarga kecil yang saya sayangi.
Terima kasih dari saya, Pn Airis – seorang ibu depresi yang cuba membantu diri sendiri.
Insyirah. Puan Airis.Pertama. Sayang diri sendiri dahulu. Jaga kesihatan emosi dan fizikal puan. Ibu nadi sebuah keluarga, kalau ibu tumbang maka hil4ng seri sebuah keluarga.
Kedua. Sayang diri sendiri. Jaga diri baik-baik, makan makanan yang sihat supaya bantu puan untuk sihat. Buat apa-apa kerana Allah.
Berdandan, bagi diri sendiri bangga dengan diri sendiri (tanpa perlu salahkan orang lain atau libatkan hal orang lain). Elakkan bandingkan dengan orang lain, sebab bila ibu unhappy nobody yang ambil kisah melainkan diri sendiri kena bantu diri sendiri.
Ketiga. Anak-anak tak menjamin kebahagiaan, nanti dah ada anak perempuan, tak rasa happy juga sebab bahagia ni dalam hati ; semua orang ada kebahagiaan tersendiri dan cara yang berbeza untuk bahagia.
Keempat. Biarlah orang nak cakap apa pun, puan boleh menangis. Boleh bersedih, puan manusia normal. Then, azam tak cakap macam tu pada orang lain sebab we know pedihnya hati lalui kan. Selalu doakan orang lain.. semoga doa yang sama, malaikat doakan buat puan kembali.
Hugs.
Puan berhak bahagia.
Be kind. Always.
Nur. saya ajar puan, kalau suami sebut lagi pasal tambah anak, picit pipinya kuat2, jangan lepaskan, sekuat hati. cubalah..yg orang lain tu, biarkan je..ok3, i admitted its a bit sad (saya pun anak dua orang), but its ok..saya taknak mengandung dlm keadaan stress..saya nak anak saya hadir dlm keadaan fully welcomed, fully cherished, fully longing..thats it
Puteri. saya seorang ibu berkerjaya frontliner , 3 anak lelaki , penghidap major depression with 2 autisme kids ( anak istimewa ) di sebabkan komitmen yang tinggi saya tak mampu nak berhenti kerja….
masaalah kita sama , anak saya tiada penjaga ….turun kerja tunggang langgang bila taska tutup, lebih lagi musim covid , cuti kena beku…..dulu saya pernah terfikir nak ada anak perempuan.
tapi disebabkan komitmen dan masaalah ment4l saya , saya terpaksa lupakan . benar…kita hanya merancang tuhan yang menentukan. saya berharap saya kuat dan tuhan hil4ngkan segala kesusahan saya. AMIN…. semoga awak kuat.
Hela.Sy rasa kebanyakan suami memang nak anak lebih dari 2 org regardless apa pun jantina. Suami sy pun sama.. tapi sy jenis kuat melawan.
Kalau dia melawak nak anak lagi, sy rilek je jawab ” aku terburai atas bawah (sy czer dan normal), hang senang2 main order ja. Ingat aku ni warung? ”
Gitu.. tapi dia pun paham..sy pasang iucd pun dia sokong je..sy rasa awak kena ‘keras’ sikit dgn suami tu.
Hana..Jangan habiskan simpanan…sebab tt xbekerja…lepaskan semua urusan nafkah kepada suami tt sahaja….restructure semula kehidupan tt dgn kewangan suami sahaja….itulah kemampuan sebenar dia sebagai ketua keluarga dan redha sikit banyak rezeki sekarang…moga dipermudahkan semuanya..aamiin…
Zila..Kenapa x cakap je dengan suami pasal kemampuan dia nak sara sorg lagi anak?..sampai puan sendiri kena keluarkan duit simpanan untuk tanggung keluarga..
lagi ada hati si suami nak tambah anak..haish tak faham..stop bagi suami duit simpanan tu..fahamkan dia tanggungjawab dia sara keluarga & takat mana kemampuan dia..jangan dia tau seronok nak tambah anak je tapi belanja keluarga minta isteri..
Lidia. Fikirkan diri sendiri dahulu.
Pedulikan apa yg dikata orang, yg menghadapi nanti puan.
Serahkan segalanya pada Allah dan dlm masa yg sama puan harus merancangkan masa depan dan buat apa yg terbaik utk puan.
Ceritakan segala masalah kpd orang yg benar2 boleh menolong puan.