Aku tgh syok karaoke, suami jerit2 maaki aku baabi sbb anak pnjat meja. Dia ckp aku tidur pn mcm baabi

Foto sekadar hiasan. Asalam.. 2 hari lagi nak raya tapi aku dah di ceraaiikan.. begini tadi pkul 8 malam saya dan husband santai2 anak pula main2 macam selalu… Tapi yang salah nya anak naik atas meja makan main2 sendiri.. Saya tengah karaoke turn saya.. Suami tegur anak cara baik.. Tapi anak degil biasa la anak jenis aktif umur pun baru 2 tahun lebih…

tak tahu apa2 lagi sem4kin di larang sem4kin anak main2 kat atas meja tu saya berhenti nyanyi.. Belum sempqt saya ambil anak dari meja..

Suami berteriak marah2 kan anak sampai suara suami jiran2 boleh dengar siap kluar rumah tengok2 rumah kmi…. Saya marah la suami kenapa perlu teriak2 anak? kenapa tak angkat letak di lantai??

Dia terus cakap saya ni baabi, mana la saya tak marah… Dia cakap lagi saya ni tak guna, syial la, tak tahu ber syukur la,

saya dengan nada agak marah saya tengking2 suami halau dia dari rumah ni sebab saya skit hati dia cakap saya ni baabi dan Dia cakap lagi saya ni tidur macam baabi..

Sape isteri yang tak skit hati? Anak tengok kami gduh, anak pun ikut nangis.. Semua jiran2 dengar kqmi bertekak..

Sekarang saya paking baju anak dan saya nak pergi rumah mak saya esok pergi ikut bas besar… Saya uruskan makan minum dia dan anak..Kalau pun saya skit suami tak pernah nak bantu2 jaga anak atau kerja dapur…

saya dah lega lawan betekak dengan suami dia buat saya skit hati suka hati mulut puaka dia cakap saya ni baabi, tak guna, tak tahu nak bersyukurla, tidur macam babilah..

Allahuakhbar.. Ya Allah kuat kan hati ini menempuhi hari2 yang mendatang… Nasib anak la yang buat saya bahagia sekarang nii..

KISAH KE 2. Aku kahwin dengan janda anak 2, lepas kahwin aku rasa serabut rimas dengan isteri dan anak anak tiri. Sampailah satu hari aku dah tak mampu nak tengok muka mereka sebab….

Aku ni lelaki…Suami dan ada anak seorang… isteri aku yang aku nikahi 3 tahun lepas ni janda anak 3.. Masalahnya… aku ni tak tau kenapa… kadang aku sayang isteri aku, kadang2 tak…

Aku dah halau isteri aku dan anak² balik duduk kampung sebab aku rasa rimas ada mereka kat rumah aku… Bila isteri aku tanya bila dia dan anak boleh balik stay dengan aku…

aku cakap stay ja kampung.. Aku tak suka isteri aku ambil tau pasal aku.. pasal family aku… hp aku pun aku tak bagi isteri aku sentuh min..

Aku nikah dengan isteri aku mak aku dan kakak² aku tak setuju kerana isteri aku janda..

Isteri aku ni kadang stress…kadang aku rasa dia macam gila… aku tak peduli sangat life dia…aku cuma bg duit setiap bulan.. Isteri aku pernah bagitau…

dia pergi berubat.. dan kami kena sihir pemisah…tapi aku tak percaya min.. aku rasa isteri aku saja reka cerita..

Sekarang isteri aku sendirian kat kampung dia jaga anak² termasuk anak aku… kami belum ceraai… aku kadang rasa sayang ..

kadang rasa benci sangat bila dia tanya pasal peribadi aku… Aku tak suka…Aku nak rasa tenang sendirian kat sini… Aku buntu …

Aku tau isteri aku rindu aku…tapi aku selalu buat tak tau ja … kalau dia macam²..aku maaki dia macam macam..

aku rasa dia macam perempuan tak guna ..tak dak fungsi… Aku nak komen positif.. Aku buntu

KISAH KE 3. Tuhan bagi kemewahan kereta mahal rumah mewah, tapi sunyi dengan kasih sayang suami. Suami banyak kali kantoi….

Hari ini aku berjumpa dengan kawan lama. Dah hampir dua tahun kami tak jumpa.. Terakhir masa buka puasa dua tahun lepas dan hari ini kami berbuka puasa lagi bersama..

Dari zamam sekolah aku kawan dengan dia orang ni.. Dan sejak dari dulu sampai sekarang aku rasa hidup aku jauh kebelakang dari dia orang.. Aina dan Laila anak orang berada.. Keluarga aku pula dari flat kos rendah..

Hari ke tiga ramadhan Laila whatsapp ajak keluar berbuka. Katanya Aina ada sekali. Lepas aku fikir 2 3 jam and lepas minta izin suami aku pun setuju dengan Aina akan ambil dan hantar aku balik..

Kereta baru cantik hon depan bustop. Aku masuk kereta, diam. Selang beberapa saat aku tanya, kereta siapa ni. Dia diam saja gelak2.. Aku tak cemburu, aku kagum, alhamdulillah murah betul rezeki kawan ni.

Sampai kedai nampak Laila dah tunggu, makanan dah sampai.. Borak borak kosong, lepas makan baru kita cerita tentang life masing2.. Bukan life aku, tapi life dia orang..

Laila dah setahun putus tunang, tapi masih belum move on. Hidup nya tak tenang.. Anxiety disorder, krus cengkung.. Tapi masih, dia yang paling cantik antara kami bertiga.. Jauh lebih cantik dari aku..

Selama ni aku fikir, jadi orang cantik macam Laila senang, bertuah nya dia.. Cari kerja senang, cari teman hidup senang.. Tapi tak.. Dia pun diuji.. Skit nya jelas..

Baru sekarang dia nak fikir tentang diri dia, baru try loan kereta.. Then plan nak beli rumah.. Bertahun buang masa dengan orang yang salah. Mungkin salah.

Selama ni tak pernah terfikir tentang kereta, rumah sebab selama ni bertahun rasa dia ada support yang kuat dari bekas tunang..

Kata Laila perjumpaan kita buat dia rasa lega amat sebab dapat bercerita dan dia rasa hari ni macam dia tak pernah ada masalah hati. Gembira. Eksited. Sampai dia bayar semua bil makan, haha.

Aku tanya sekali lagi tentang kereta baru Aina.. Beruntungnya kata aku.. Aku tumpang gembira.. Dia beli kereta cash puluhan ribu.. Cantik betul kereta nya.. Selasa sungguh.. Aku susah betul nak dapat kereta kata aku..

Cerita di sebalik nya.. Suami dia berkali kali kantoi cur4ng.. Pernah sekali kantoi bawa perempuan lain masuk rumah tidur dalam bilik dia masa dia balik rumah mak dia..

Lepas berapa lama ada rezeki dia beli kereta dan cari kerja sebab nak prepare kalau apa apa jadi dalam rumahtangga.. Atleast ada kerja untuk sara anak kecil yang seorang..

Aku diam..

Apa aku nak cerita tentang hidup aku.. Aku kahwin lepas betul betul habis sekolah.. Anak yang sulung dah 10 tahun.. Anak no dua 6 tahun.. Biasa biasa saja..

Menyewa rumah flat dan kereta saga.. Tak ada yang menarik.. Yang aku tahu, aku jauh kebelakang dari mereka.. Aina rezeki mencurah curah.. Laila bekerjaya, cantik..

Aina cakap, dia selalu ingat aku bila ada masalah.. Dia nak jadi macam aku yang selalu tenang macam tak pernah ada masalah.. Fikirnya selalu kenapa aku yang kahwin muda tanpa persediaan pun boleh hidup bahagia..

Aku cuma jawab, tak ada orang yang tak ada masalah.. Tapi jujurnya, aku dengan suami bahagia..

Laila cakap, dia idamkan rumahtangga sempurna macam aku, suami yang baik dengan anak anak comel yang sihat membesar.. Sedangkan aku, selalu mengeluh dengan masalah kewangan..

Perjalanan pulang, sekali lagi Aina cakap.. Dia jadikan aku idol sebab selalu tenang dan matang..

Aku diam, termenung..

Balik rumah lihat suami tersenyum, anak anak bertalu talu bertanya umi pergi mana umi pergi mana… mungkin selama ni.. Kurang rasa bersyukur dan selalu melihat kekurangan..

Kali ini untuk pertama kalinya aku rasa aku tak dibelakang lagi, aku cuma perlu bersyukur.. Tuhan aturkan manusia dengan rezeki yang lain lain..

Semoga sahabat sahabat aku terus dikurniakan rezeki, sihat dan sejahtera dalam rahmat Tuhan..