Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Aku rase terpanggil nak share kisah aku dalam grup ni untuk dijadikan pengajaran bersama. Hide kan fb aku ni ye. Aku pernah berkhawin sebelum ni. Waktu kawin dulu kita orang hidup susah sangat bekas bini aku plak mengandung. Semue keinginan dia aku penuhi walau aku kerja dispatch.
sebelum anak lahir hidup kit orang diuji.. Aku dapat kerja kat seberang(singapura).. aku tekad sebab fikir akan kehidupan lepas kawin.
susahnya kita orang sampai terpakse tumpang stor rumah kawan sebab time tu memang mase tak cukup untuk aku uruskan semue dengn dugaan aku nak tempuh perjalanan pergi balik,
dengan duit tak ade nak byar deposit sewa rumah.. Dengan wallet aku tercicir kat kastam dalam tu ade 500 sgd gaji bulan pertama, workprmit, bulan tu jugak anak aku lahir. Aku. sabar lagi tempuh.
Dengan anak aku kene tahan w4d sebulan juga sebab kene jangkitan otak kat kuman.
Waktu ni mase awal2 nak raya. Allah uji aku kaw2 tapi aku tak mengeluh aku layan akhirnya, aku dpt sebiji rumah. Rumah tu baru tapi owmer tak duduk.
Aku uruskan, balik kerja je aku tak tidur aku smbung deco sikit2. penat nak mti sebab sehari tido 2-3 jam je pastu masuk kerja balik. aku sabar.
Anak bini aku da kautin dengan bapak mertua nak tgglkan kat sna smentara aku nak siap uma. Hnya bapak mertua aje tau apa aku buat, dia cakap tk kesa.
Dia stuju. Dlm sblm tu aku hntar bini aku dok kampung. Tapi tiap mnggu aku balik kampung tgok anak bini sebb aku kne lekas siapkan rumah. Dlm mase 2 bulan aku habis 6 ribu. Gaji aje aku trus beli barang2 untuk ruma.
Lepas rumah da siap, cukup kelengkapan kirenya nak aku buat surprise untuk bini aku sebab dah lahirkan anak aku kirenye dia tinggal cuci kaki aje sebab semue dalam rumah dah complete, tv, speaker, aisbok, mesin basuh , dpur gas , set bilik..
Aku balik kampung nak bagitau bini aku yang aku kene serprise balik.. aku dari sg balik kampung hujan2 Aku naik motor je betapa letih waktu tu sampai kampung aje bini aku tengking aku dan dia sendiri berani sepak terajang aku.
Aku tak tau apa punca. Aku ajak berbincng tapi adik beradik ipar aku semue desak aku ceraaikan dia.
Aku nak amik bini aku balik tapi bini aku sendri melawan cakap aku. Sampai kan fmly bini aku tu semue pkul aku.
Bapak mertua aku sendri halau aku macam anjing, orang yang aku percayakan dan cakap pacik2 dia nak bantai aku.
Talak belum jatuh tapi bekas bini aku da canang sekampung dia da kne ceraai dan jadi janda. Hujung2 aku nak balik tu aku campak gambar2 ruuma yang aku deko, passport aku, workpermit aku kerja. Semue menganga.
Aku sabar dalam sebulan aku diam kan dri, aku nak bini aku tu balik dan mntak maaf, tapi dia ingat aku akan melutut kat dia. dia sibuk nak mntak ceraai.
Dia ugut aku macam2, hujung2 aku naik mahkmh dan nak ceraai cara baik. Depan hakim dia bantah pulak.
Dahla masa kat mahkmh langsung dia tak pelawa mak aku tengok cucu sulung dia. Selamba jalan smbil dukung anak sebab mak aku dari lahir tak sempat nak tgok cucu dia tu..
Tu yang buat aku lagi panas hati. Hakim tak stuju sebab kata hakim tak ade persetujuan. Hujung2, keluar dewan aku terus jatuhkan talak 3.
Pasal mak dia macam ngnjing aku dapat cara baik lepaskan la cara baik. Betapa hina aku kat mata diorang. Aku dituduh, campur lagi dengan adik beradik yang campur urusan ruuma tangga.
Alhmdulilah hidup aku mendadak berubah lepas berceraai dengan dia.. Dri 0 aku maju dari dulu. Aku nak cerite aku ni jadi contoh Untuk semue isteri.
Hargai laki, yang snggup sengkang mata demi keselesaan untuk anak bini.. Macam aku perjalan satu hari ulang alik aje da dekat 160km.. Nak hadap cuaca, jem lagi? Andai aku mti tgh jalan, macam mana? Rupanya indah apa yang Allah da aturkan. Aku terima. Aku redha..
Kisah rumah tangga
KISAH KE 2. Aku kahwin dengan lelaki miskin taraf spm, aku pula berkerjaya seusia 23 tahun aku dah mampu beli rumah sendiri. Suami aku dah lah tak berduit tapi perangai…
Aku Maya. Berusia akhir 20-an, sudah berkahwin dan punyai seorang anak berusia setahun. Suami ku Man, bekerja di sebuah organisasi kerajaan dan berusia awal 30-an, berpangkat rendah. Anak aku Jelita, berusia setahun.
Ini cerita tentang aku, seorang isteri derhaka. Aku harap admin akan hide identiti aku kerana aku tidak mahu aib suami ku tersebar.
Aku berkenalan dengan Man kira-kira 9 tahun sebelum kami berkahwin. Aku seorang yang bercita cita tinggi, lulusan ijazah di sebuah universiti dan mempunyai beberapa sijil pengiktirafan antarabangsa dalam bidang professional.
Seawal usia 23 tahun sudah mampu membeli sebiji rumah berharga 300k dan sebuah kereta buatan malaysia.
Aku bekerja di sebuah international company dengan gaji yang agak lumayan, memegang jawatan eksekutif.
Gaji ku semestinya lebih tinggi dari Man. Manakala Man hanya lah seorang lelaki biasa dengan level pendidikan SPM.. Aku sangat sayangkan Man.. Ya.. Terlalu sayang.
Hari pertama aku di rumah keluarga Man selepas kami menikah, ayah Man telah menceritakan padaku tentang bekas kek4sih Man.
Ayah Man memuji bekas kek4sih Man yang merupakan seorang anggota perubatan berpangkat rendah. Aku tahan hati cemburu. Aku isteri Man. Dan Man sangat baik dengan ku.
Namun Man berubah semasa Jelita di dalam kandungan. Man tidak suka aku meluahkan tekanan kerja padanya. Man marah setiap kali aku cuba berkongsi masalah di pejabat.
Man, sewaktu itu sangat menggilai permainan game online sehingga tidak peduli tentang anak dalam kandungan. Disebabkan itu, kami sering bertengkar dan berakhir dengan tangisan ku.
Man tak pernah memujuk ku. Ketika aku muntah kerana morning sickness, tidak pernah dia berusaha untuk menenangkan loya ku, malah Man kata dia amat geli dengan muntah ku.
Setiap check up, aku pergi sendiri tanpa Man. Aku tertekan dan sangat sedih sehingga setiap malam, tidur ku ditemani air mata. Namun Man tidak pernah peduli.
Ye lah. Dia sedang bermain game, mana mungkin ada masa untuk aku.
Aku menghadapi komplikasi ketika bersalin sehingga memberi effect kepada Jelita. Menurut doktor, Jelita berkemungkinan tidak boleh hidup secara normal.
Ia memberi tekanan kepada ku sehingga aku disahkan menghidap penykit meroyan dan depresi. Aku di pantau oleh pakar psikiatri dan diberi ubat penenang. Aku sering kali menyalahkan diri ku sendiri di atas apa yang menimpa Jelita.
Bulan berganti, Jelita berusia 4 bulan. Man kantoi mengambil barang terlarang. Alasan yang diberikan kerana dia stress dengan masalah kesihatan Jelita. Aku terduduk, menangis semahunya.
Aku telefon ibu mertuaku untuk meminta tolong. Namun hampa. Ibu mertua ku menyuruh aku menyelesaikannya sendiri. Man berjanji untuk berhenti. Beberapa bulan selepas itu, Man kantoi pula menonton video porno.
Hncur luluh hati ku. Apakah kurangnya aku? Aku bukan mahu perasan. Namun aku punya rupa sehingga menjadi rebutan lelaki lelaki di pejabat walaupun tidak pernah sekali aku melayan.
Cinta dan kasih ku begitu utuh buat Man. Tapi ini yang Man balas padaku.
Sejak itu, aku menjadi sangat kasar dengan Man. Respect yang aku pegang selama ini telah punah. Aku sering memaki Man dengan bahasa kesat. Aku seakan benci dengan Man.
Aku tidak pernah berkira soal duit. Aku tidak pernah berpaling tadah dengan Man. Tapi aku terasa dikhianati oleh Man.
Nafkah zahir ku tidak pernah aku tuntut. Man akan beri ikut suka. Paling banyak sebulan RM50. Aku sering menyuruh Man menjaga solat. Namun aku dimarahi kerana kuat membebel. Man benci mendengar suara ku.
Kerana mulut ku yang semakin lantang terhadap Man, aku pernah dipkul oleh Man. Terperosok berbenjol kepala dihentak kedinding, di sepak terajang dan ditampar.
Tapi aku seperti kebal. Pkulan Man tidak berbekas dihati ku. Kerana apa yang lebih mengecewakan bila janji Man untuk berhenti mengambil barang telarang hanya tinggal janji. Begitu juga porno.
Kerana masalah kesihatan Jelita, aku kini telah menjadi suri rumah sepenuh masa. Aku mengorbankan cita cita ku demi menjaga Jelita sepenuh masa.
Kehil4ngan kerjaya menambah luk4 dihatiku. Namun, aku tidak mahu menyesal dikemudian hari kerana mengabaikan Jelita.
Aku mahu melihat Jelita sihat, berlari seperti kanak kanak yang lain. Aku pernah meminta ceraai dari Man. Namun Man tidak mahu melepaskan aku.
Aku tahu, aku boleh minta fasakh. Namun mengenangkan Jelita yang sangat rapat dengan Man, aku batalkan niat ku.
Hubungan aku dan Man tidak ubah seperti housemate. Tiasa kasih sayang dalam berumahtangga. Man seperti selesa dengan hubungan sebegini.
Aku melayani Man selayaknya sebagai suami. Namun, kekasaran aku dengan Man seperti sudah sebati. Aku seperti hil4ng hormat pada Man.
Aku terlalu sedih. Begini kah pengakhiran perkahwinan ini? Aku tidak mahu menjadi isteri derhaka. Ia bukan impian ku. Namun, hati aku sepertinya sudah terlalu hncur. Aku tidak pasti bagaimana pengakhirannya.
Doakan aku lebih sabar dalam menempuhi ujian hidup. Sesungguhnya, Allah itu maha baik.
Pasti ada sebab mengapa aku diuji dengan Jelita dan Man. Tolong doa kan Jelita sembuh dan jauh dari penykit celebral palsy. Tolong doakan Man menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab.
Aku sangat merindui Maya yang dahulu. Maya yang ceria dan positive. Doa kan aku.