Aku khwin dgn lelaki h1v yg di anggap baik, slps khwin suami mula tnjuk sikap plik bt aku myesal

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya baru berkahwin sebelum puasa. Sekarang menetap bersama suami. Saya seorang pendendap4m dan sukar nak maafkan. Sekali tercalar, ambil masa lama untuk pulih. Sebelum berkahwin, saya tahu sejarah suami saya. Dia ada penykit H1V tapi bukan salah dia. Dia mngsa keadaan. Lama saya berfikir, saya jumpa kaunselor, saya pergi kaunseling dengan doktor pakar, saya minta nasihat daripada yang pakar mengenai H1V.

Ya, mereka benarkan kami berkahwin. Saya buat istikharah. Saya percaya keputusan saya adalah betul.

Kenapa saya terima dia? Pada mata saya, dia seorang yang sangat baik. Saya melihat cara dia melayan adik beradiknya.

Saya melihat cara dia bergaul dengan adik beradik saya. Sikap dia bila dengan saya, semua sangat ok. Kami tiada mak ayah sejak kecil.

Saya akui, saya takut nak bersuami. Saya dilahirkan dalam keluarga yang besar. Dan saya yang bongsu. Dari kecil tinggal pindah randah bersama kakak atau abang yang sudah berkahwin.

Dari situ, saya nampak macam mana abang atau abang ipar saya melayan isteri dan anak mereka. Serius saya takut nak masuk alam rumahtangga.

Nafkah, tanggungjawab, semua ke laut walaupun solat kat masjid. Bukan terhadap isteri saja, nafkah tanggungjawab terhadap anak pun tak terjaga.

Ada yang pentingkan mak lebih dari anak bini. Ada yang panas baran, habis anak bini kena sepak terajang. Itu pun, isteri masih bertahan.

Ada yang isteri bela biawak hidup. Ada yang isteri berniaga bersama suami, tapi gaji isteri tak ada. Ada yang rasa bila isteri bekerja, nafkah dah tak perlu bagi. Saya jadi takut kalau bakal suami saya bersikap begini.

Tapi dia menunjukkan sikap sebaliknya. Saya sangat terpikat dengan sikapnya. Dia sangat baik, jaga solat, tak kedekut, tak pernah tinggi suara, sangat sabar melayan kerenah saya, tak berkira soal duit, selalu beli hadiah atau makanan untuk saya.

Dia pandai ambil hati saya. Dia pandai ambil hati adik beradik saya. Dengan adik beradik dia yang susah juga dia lakukan yang sama.

Usia perkahwinan masih sangat baru. Tapi, sikit2 dia dah tunjukkan perangainya yang sebenar.

Kelmarin, paling saya terkedu, dia mengmuk. Saya tak rasa salah saya tapi dia mengmuk macamlah saya yang salah. Puncanya, saya buang tarmus yang saya beli untuk dia, siap ada nama lagi. Saya buang sebab saya sedih, kecewa.

Dia minta saya sediakan bekal untuk dia sebab takut kantin masih cuti. Saya sediakan ikut apa yang dia minta. Cumanya saya tambah kopi panas dan seketul ayam goreng. Itu sahaja. Bekas pun saya letak asing.

Bila dia tengok, dia marah. Dia tukar balik bekas yang dia selalu bawa. Saya baru berkahwin dengan dia, mana saya tahu bekas apa yang dia selalu guna. Ini pun jadi isu.

Saya naik bilik untuk solat. Bila turun, dia dah pergi kerja tapi bekalnya langsung tak bawak. Kecewanya saya rasa. Sebabkan bekas dan tarmus saja dia marah saya tak tentu pasal.

Bila dia balik, dia moody dengan saya. Saya lagilah moody sebab bukan salah saya kan. Dah lah usaha saya dia tak hargai langsung, tiba-tiba saja nak melenting.

Esok paginya, dia tanya pasal tarmus tu. Saya cakap saya dah buang. Berkali2 dia tanya sebab tak percaya langsung kat saya.

Sampai satu tahap, dia amik ayam yang dah diperap kat dapur, dia campak ke lantai. Dia amik pulak kuih raya atas meja, dibaling ke bawah. Segala apa yang ada di sekeliling, habis dia campak ke lantai.

Saya terkejut sangat dengan tindakan dia sampaikan saya demam. Sekarang ni, dia suka memaksa saya untuk ikut apa yang dia suruh.

Saya nak tunggu isyak pun, dia paksa turun bawah. Saya nak tido awal sebab demam, dia paksa saya untuk tengok tv dengan dia. Dia langsung tak faham saya dah.

Dah berapa hari dah saya demam dan tak ada selera nak makan. Saya sedih kenapa dia bertindak di luar kawalan. Tapi dia buat tak kisah saja. Siap arah buat tu buat ni. Macam la selama ni saya tak buat langsung.

Sekarang, saya rasa dia bukan suami yang baik untuk saya. Saya tahu saya pun ada salahnya juga tapi tindakan dia sangat melampau. Dia selalu ugut nak mencederakan saya atau dirinya.

Saya dah rasa sangat menyesal sekarang ni. Saya ingatkan, sikap dia sebelum kahwin sama saja dengan selepas kahwin, rupanya tak. Itu semua lakonan.

Saya berkorban kehidupan saya untuk dia. Saya pilih dia untuk jadi suami saya walaupun dia ada H1V sebab saya yakin dia boleh jadi suami yang sangat baik. Banyak benda saya berkorban untuk dia. Dia tak nampak dah semua tu. Asyik-asyik dia cakap dia skit. Konon tagih simpati.

Ntah la. Saya rasa saya takut nak hidup dengan dia. Jantung saya berdegup laju 3 hari dah. Demam pun tak kebah lagi. Saya takut dia naik tangan pulak lepas ni sebab dah pernah ugutkan.

Saya tak redha dia jadi suami saya. Saya tahu saya dosa. Saya rasa nak lari saja sekarang ni. Tapi saya tak kerja, tak cukup duit. Tapi sampai bila saya nak hadap sikap suami yang macam tu? Saya takut. Sangat takut.

Setiap hari dia memaksa, setiap hari dia ugut saya. Saya rasa saya ni dah bukan isteri dia lagi dah sebaliknya hamba yang dia boleh perlakukan apa sahaja.

Menyesal saya pilih dia yang tak pandai nak hargai isteri. Saya saja yang b***h sanggup berkorban untuk dia tapi dia??

Maaf, saya tak ada tempat meluah. Saya rasa sangat lemah sekarang.

Orang yang di sangka baik, lemah lembut budi pekerti, rupanya sangat panas baran. Sikap yang berjaya dia sembunyikan dari pengetahuan saya dan keluarga. Keluargaku sangat memuji dia. Memang tak nampak langsung sikap kurang elok dalam diri dia.

Saya redha apa nak jadi lepas ni. Saya tak berdaya nak melawan. Saya hanya isteri yang di mata suami, tak ada nilai pun. Susah payah saya sediakan makan minum dia, jaga rumah, jaga aib dia, tapi tak ada makna pun untuk dia.

Pengorbanan saya yang sanggup bersuamikan dia, seorang peskit H1V, sangat sia2. Saya b***h sebab risikokan diri sendiri semata-mata untuk dia. Hilaang terus rasa sayang dalam diri ni. Yang ada hanya rasa takut apa yang akan dia lakukan selepas ni.

Lepas ni mesti ada yang kecam sebab saya pilih suami H1V kan. Ye, saya tahu saya b***h. Tak apa lah. Saya redha.

Keputusan dah dibuat. Saya pula harus cari jalan untuk keluar dari perkahwinan ni. Saya tak nak hncurkan diri saya lagi.

Doakan ye semoga ada jalan untukku.

Ini antara reaksi positive dan ngatif daripada netizen untuk perkongsian ini.

Onn. Laki marah…kau pulak pergi tambah bara…dok buang barang segala…makin buruk lah keadaan…

sepatutnya bila sorang marah, sorang relaks kejap…. Kalau dua2 nak jadi naga, hangus la semua benda…. Aku x kata laki kau baik…sbb sikap dia mmg buruk bg aku….

x reti nk kawal emosi…. Tp kau pun selevel aje dgn dia… Agak sepadan la korang bg aku…

Apa pun keputusan di tangan kau..sepatutnya dr awal lagi dah fikir habis2 sebelum kahwin dgn dia… Bukannya dah kahwin baru fikir…

Yasmina. Jgn eg0 dik. Give and take.Usia perkahwinan muda sgt lagi. Masih usaha nak kenal peribadi masing2. Awak jgnla terkejut sgt dgn perangai dia, sebab dia pun mgkin tgh terkejut dgn perangai sebenar awak. Biasalah baru kawin.

Dah duduk sebumbung, tido sebilik mmg baru nak kenal ye. Bukan tgk yg luaran sblm kawin.Dah nampak, pls bincang. Buang eg0.

Dia ajak turun teman dia kat bawah maybe sebab nak bincg, nak pulihkan keadaan.Kdg2 org.lelaki dia xpandai ckp, lagi2 yg xpernah bercinta, tak pernah rapat dgn ppuan sblm kawin.

Cuma mgkin sabarnya agak kurang. Cuba uruskan dgn jawab secara manja merengek, bukan nada eg0 dan kasar yg awak sedang demam, nak dia dukung bawa turun, haaa contohnya lah.

Sy nasihat ni sbb awak yg confess ya. Kalauutk dia, nasihat utk dia lain bunyinya.Bagi ruang utk dia buat salah dan dimaafkan.

Wpun dia yg sblm kawin berbeza dgn yg awak nampak skrg.Dia manusia biasa, bkn malaikat. Belajar rendahkn eg0. Jgnla sampai berdend4m, itu pun kalau sayang lg rumahtangga.

Xpenat ke buat persiapan kawin dlu, sampai baru ujian seawal ni dah pikir nak berpisah?Saya rs dia ada tanda2 stress berdasarkan cerita awak.

Buka ruang komunikasi, bg dia terus terang.Ingat, dia bkn malaikat wpun awak nampak dia mcm tu sblm kawin ye.

Again tu semua kalau sayangkan rmahtgga. Be realistic. Ko dah ada dlm alam ni dah.

Nak x nk kenalah usaha utk selesaikan segalanya.Belum lg ada anak3 lagi.. be cool handle yg ada ni dlu.

Haslina. baik awak angkat kaki b4 ada anak… Xbkerja tp kalau awak sorang, masih senang utk cari kerja berbanding nk fikir nk cari pengasuh, nk cari rumah terbaik utk anak awak… Sebelum apa2 jadi, baik awak bertindak dulu..macam bhaya je situasi ni skrg ni…

Sofia.adik,adkah awak ni seorang introvert? kalian baru sangat berkahwin. umur perkahwinan mcm ni,biasanya asal tersentuh je terus “sayang”.

awak kena berkomunikasi. dan hentikan berkorban diri. ada beza antara berkorban dan berbakti.

jangan biarkan suami teka2 pasal awak dan awak pun berteka pasal dia. mesti ada sebab dia sayang gila2 kat termos tu.

cuba minta maaf, sembang dan belikan yg baru. kalau tiada perubahan,dia pun tak menyesal, go to next plan.