Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum.. Aku nak cerita kisah hidup aku & aku nak minta pandangan kalian semua. Aku seorang suami & seorang ayah. Perkahwinan yang aku harapkan indah pada mulanya berubah bagaikan aku tidak layak untuk merasa manis alam perkahwinan. Usia perkahwinan aku baru berusia 1 tahun 11 bulan. Isteri aku muda 7 tahun dari aku.
Pada awal perkenalan dengan isteri aku, tidak nampak mana kurangnya dia. Dengan layanan dia untuk aku dah keluarga aku.
Isteri aku cantik, rajin, sopan dan manis senyumnya. Tapi itu laa orang kata selagi belum menjadi suami isteri kita tak akan tahu perangai dia yang sebenar.
Kisah bermula lepas 2 3 bulan perkahwinan, aku duduk dengan keluarga mertua atas desakkan isteri. Di rumah mertua baru aku nampak perangai isteri aku.
Seorang yang rajin, manis, sopan berubah 360 darjah jadi seorang pemaki pemalas pengotor dan aku ambil keputusan untuk menyewa rumah lain supaya aku tidak gagal mendidik isteri aku.
Setelah berpindah aku tak nampak isteri aku kemas rumah, memasak kira dari A – Z memang dia tak buat apa2.
Aku tegur kenapa tak tolong kemas sikit2 dia hanya balas, “kerja rumah & memasak kerja suami, bukan tugas isteri”
Aku terdiam kejap, dari situ aku dapat baca isteri aku bagaimana orangnya.
Oleh sebab dirinya yang pemalas & tak ada sikap tolak ansur semua kerja rumah aku yang uruskan termasuk memasak. Isteri tengok & main handphone.
Pernah laa sekali dua aku test tak basuh baju 2 3 hari. Baju2 tu tetap tak bergerak dan dia tak nak bantu basuh lansung belum masuk bab pinggan mangkok dalam singki lagi.
Aku balik kerja malam sebelum tido basuh baju sidai baju, settlekan dapur.
Pernah sekali isteri aku teranjang waktu aku tido disebabkan dia pikir aku tak basuh baju & tak sidai sebab takut baju yang dia suka bertaik lalat.
Korang boleh bayang tak apa perasaan aku masa tu, penat kerja balik uruskan rumah lepas tu tido kena terajang.
Aku muhasabah diri dan nasihat kan dia agar berubah tapi semua sia sia. Aku teringin nak dapat layanan sebagai seorang suami tapi hmm..
Maki hamun & bergduh tu semua dah jadi makanan aku tiap hari. Sedih laa hidup aku. Kat mananya salah lagi dalam rumahtangga.
Duit nafkah RM600 aku bagi tiap bulan, itu belum masuk untuk barang rumah bil air, elektrik, sewa rumah, bayar kereta & anak. Semua tu aku tanggung sorang & ayat dia “itu tanggungjawab aku”.
Gaji aku tak besar pun RM1800 sebabkan semua aku kena tanggung aku terpaksa buat kerja sambilan untuk menampung hidup kami sekeluarga.
Kadang aku menangis sorang2 atas moto kenapa perkahwinan aku tak macam orang lain. Dapat isteri baran, kaki hamun pengotor.
Andai dulu aku tak eg0 & tak tinggalkan seseorang perempuan 1 dalam sejuta yang boleh susah senang dengan aku, yang tak berkira dengan aku.
Aku rasa ini kifarah sebab dosa. Maafkan aku wahai mantanku..
Dengan keluarga aku pun isteri aku tak suka, aku dengan isteri akan bergduh bila aku ajak balik ke rumah mak aku.
Aku kerap mengadu tentang rumah tangga aku pada mak aku & ayat aku yang akan diulang “tak tahu sampai bila rumahtangga ni dapat bertahan”.
Mak aku hanya mendengar & dia suruh aku bersabar, katanya dia tak mahu masuk campur. Senyum, menangis aku hanya dekat mak saja yang aku luahkan untuk hilangkan rasa beban di dada.
Aku nak minta korang doakan aku kuat untuk hadapi dugaan rumahtangga ni. Mintak maaf jugak ayat aku berterabur & cerita aku panjang.
Ramai kavm isteri tak puas hati. Ini antara reaksi yang paling banyak like dari netizen.
Khairulnisa. Saya dapat bayangkan kalau sifat ini diterbalikkan kepada si Suami… Sure berbakul komen2 pedas dan berbaur ancaman kepada si suami… Tapi episod kali ni adalah perangai neraka sang Isteri…
Jadi komen2 dari kavm Hawa berbentuk lebih lembut, positive vibes, memujuk dan sopan….. Jauh bebenor beza komen kalau yg bersalah itu Sang Suami…prejudice is always in our DNA
Hidayah. Ikut didikan Nabi. Asingkan tempat tidur dengan dia, bagi cold shoulder, diam, jangan cakap apa apa dan cuma pesan satu je pada dia, Abang dah jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan sempurna,
tapi tak redha dengan perbuatan kamu yang kurang hormat. Mulai hari ini, abang akan pisahkan tempat tidur kita, dan kamu fikirkan. Jika kamu tak bahagia dan tak suka dalam perkahwinan ini, kita pergi mahkamah.
Adlin. Kalau mula2 kite jumpe seseorg tu macam semuanya perfect, hati2 lah. Too good too be true. Cari pasangan bkn nak tgk kelebihan je, kene tgk kekurangannye juge.
Tapi tu lah, masyarakat kita suka kata ‘tak elok berkawan lama2’. Sebenarnya, ‘berkawan lama2’ seiring dgn hala tuju lebih baik drpd main sauk aje, nak cepat2.
Aina. Lain kali ko pilih lg yg lawa and hot. Nk sgt cantik kan? Mendapat la bro. Hahahah.. tips dia. Ppuan cantik and hot mmg pemalas. Nasib I Bukan hot and cantik.
First of all. Tumpang Kesian. Ko pi report kt Mak and ayah mertua ko. Suruh diorg ajar anak diorg jd manusia. Nmpk sgt failed didik anak.
Second. Ko kene tegas. Buat la yg mcm islam ajar. Tegur x jalan, pkul sikit Bukan sampai p4tah riuk, asing tempat tido. Cut off duit nafkah.
If x jalan.
Cm biasa Baru la pakai kuasa veto.
To wife ko. I harap sgt dia baca. If x taw tugas bini jgn jd bini. Jgn kawen. Bujang sampai mati. If x taw belajar. Kene Rajin. Kalau nk sgt malas jgn jd bini. Bodoh Kecik2 x nk mampus. Dh besar scammed org dgn kecantikkan ko. Munafik sgt.
Azlin. Kalau kau kerja halal, nafkah tak culas. Tapi bini kau still pemalas macam kera, bini kau mmg melampau. Kau pergi pejabat agama, nanti akan dapat sesi kaunseling.
Time tu tengok la lepas kaunseling ada perubahan tak bini kau tu. Kalau takde jugak, dan kau tak tahan dengan perangai dia.
Better hantar je dia balik rumah mak pak dia. Dan pasal ex tu takyah la mention. Nnt kau dah duda kau mention la.
Hafiz. Ok kalau kerja rumah termasuk memasak, jaga anak, membasuh semuanya tanggungjawab suami seorang, tanggungjawab bini ko untuk berdandan cantik-cantik, melayan ko zahir dan batin dengan penuh kelembutan ada dia tunaikan tak? Ke ustazah yang mengajar bini ko tu ajar tak habis?
Hira.”Isteri aku cantik, rajin, sopan dan manis senyumnya. ”
Mesti dia tingalkan ex gf utk isteri dia sebab cantik kan??
Sekarang menyesal sebab memilih yang cantik..
Sebab kecantikan tu yg masih bersabar walaupun kena teranjang kan?